Sebelum baca aku nak korang semua 'bear in mind' bahawa kempen PENDUNGUAN INTELEKTUALISME UMAT MELAYU sedang giat diperjalankan oleh melalui media cetak mahupun elektronik.
Kebelakangan ini (atau
sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak
hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya
mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar
plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak
jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada
hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta
mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama
melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta
78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.
Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan
kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba
kepada hubungan barbarik.
Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama
TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih
produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika
perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan
sumbangannya kepada penonton.
Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin
Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):
Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)
Sementara itu drama TV Amerika pula:
House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan
tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika
menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi
ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat
komentar terhadap kehidupan.
Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu.
Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran
saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada
prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam
hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu
pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.
Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram
semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan
masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even
seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV.
Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur
budaya saintifik.
Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik
sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori
fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari
timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru'
untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di
Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa
babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak
dengan tekun.
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan
watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu.
Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu
emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia
sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah
untuk berdepan dengan performance appraisal.
Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan
metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau
penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import
bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang
patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.
Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita
terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa
inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu
daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa
inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik.
Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar
sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang
ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada
diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa
mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.
Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri
terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi
dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai
buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku
Dulu Ganas Kini Manja”?
Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka
sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan
berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus
horny dengan emosi.
Pilihlah sendiri.
Sumber - Radio Efex
1 comment:
Saya setuju dengan pendapat ini. Drama/ filem melayu kelihatan 'malas'. Oleh kerana cinta tidak memerlukan 'research' maka drama melayu terlalu banyak yang berkonsepkan cinta, atau cerita seram atau gengster/rempit. I mean, even hindi films nowadays have developments. They have investigation, biography, even science fiction. Apatah lagi filem jepun, dan korea. Bagaimanalah pemikiran msyarakat hendak maju..
Post a Comment