Tuesday, June 12, 2012

Rokok Mahal Pun Takpe Beb



Merokok merupakan satu tabiat yang amat sukar dikekang dikalangan rakyat Malaysia secara am-nya. Sebilangan besar perokok di negara ini majoritinya terdiri di kalangan lelaki namun kaum hawa juga turut terjebak dengan tabiat yang amat membahayakan kesihatan sebegini. Senang cerita habit ini adalah suatu penyakit yang amat sukar sekali untuk diubati. Bak kata pepatah Indonesia yang begitu sadis bunyinya, "Merokok mati, tidak merokok pun mati, MENDING MEROKOK SAMPE MATI!".


Tabiat merokok ini tidak mengenal status miskin atau kaya, usia tua ataupun muda. Senang cerita semua suka merokok kecuali Shacklesmith. Seriously, aku memang tak suka merokok beb. Housemate aku sekarangpun ada yang suka merokok jugak. Malahan dia lebih muda 4 tahun daripada aku kot. Dan aku yakin terdapat lebih ramai perokok yang jauh lebih muda daripada dia. Tidak menghairankan pun sebab jumlah perokok kian bertambah saban tahun.



Perokok Belanja Hampir RM180 Sebulan Beli Rokok

PETALING JAYA – Secara purata, seorang perokok di Malaysia membelanjakan hampir RM180 sebulan, demikian menurut kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011.
Penemuan kajian yang melibatkan 4,250 responden dewasa berumur 15 tahun dan ke atas itu didedahkan pada Persidangan GATS Malaysia 2011 di sini pada Selasa.
“Secara purata, seorang perokok membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan hanya untuk membeli rokok yang dikilangkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman selepas merasmikan persidangan itu.
Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan sebanyak 45.8 peratus perokok terfikir untuk berhenti disebabkan amaran kesihatan bergambar.
“Kesedaran itu timbul disebabkan 87.1 peratus perokok sedar tentang maklumat mengenai antimerokok di televiyen atau radio,” katanya. – BERNAMA 
Sumber - Mynewshub

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget