Monday, June 11, 2012

Al-Kisah Pinjam Tapi Pulangkan Tak Nak

Sudah lama bebenor aku tak berblog beb, hampir dekat dua minggu sampai nak berserawang labah-labah blog aku nie. Aku nak kaborkan kepada pembaca setia blog ni bahawa sebenarnya aku sudah mendaftarkan diri di sebuah IPTS untuk mengikuti program ijazah selama tiga tahun sejak seminggu lalu. 


Yeah, sudah hampir setahun aku menghadirkan diri dalam mana-mana kelas ataupun kuliah (kecuali KPP JPJ) sehingga dah dekat nak tepu isi kepala otak aku nie sampaikan entah boleh terima ke tidak apa yang lecture nak ajarkan kelak. Nervous tu memang nervous gak beb. Biasalah weh, masuk new environment kan. Nak sesuaikan diri pun satu hal jugak, kena biasakan diri supaya tak kekok dengan suasana di sana. Muka pun kena tebalkan supaya senang nak berkenalan dengan kawan baru. Well, that aint really a problem for coz I'm friendly in person.


Bagi sesiapa yang sudah menjalani kehidupan sebagai mahasiswa tu (bukan mahasewel Adam, Khalid, Safwan & the gang) korang paham-paham jelah apa aktiviti yang dijalankan sejurus selepas mendaftar di kampus. You know what I mean?. Haha, SESI ORIENTASI-lah apa lagi bai!. From there on, you'l be subjected to several form of psychological torture especially games that were meant only for elementary grades (ie. singing, dancing the traditional mostly picked by the OC's). Senang cerita korang kena 'buli' dengan senior OC lah beb.


Nak pulak, hampir kesemua OC-OC yang terlibat dalam program orientasi tersebut umur lebih kurang sebaya dengan aku. WTF!. Agak-agaklah mana aku tak hangin beb!. Kalau gua di peringkat diploma tu masih lagilah gua boleh terima tapi aku dah degree dan please dont make a fool out of us!.  Aiyoh, sepatutnya sesi orientasi untuk pelajar diploma dan degree dijalankan secara berasingan.


Okeylah, enough of  it.  Aku nak cerita benda main story pulak dah (cerita mengikut tajuk di atas).  Korang tau apa maksud "Pinjam Tapi Pulangkan Tak Nak". Apa lagi kalau bukan "PTPTN" beb. Bagi aku yang sudah meminjam sewaktu peringkat diploma dulu maka seharusnya aku menangguhkan dulu pembayaran dan membuat pinjaman yang lagi satu. Itupun kalau aku masih setia lagi dengan PTPTN lah beb. 


Cuma, kalau aku nak meminjam MARA tu lain ceritalah bai. Namun, permohonan untuk membuat pinjaman MARA adalah lebih rumit daripada membuat PTPTN. Aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri member sekuliah sewaktu diploma dulu tulis surat itu ini pada masa yang sama terpaksa membayar sendiri untuk semester pertama. So, cuma korang bayangkan betapa peritnya keadaan itu. Aku pun skeptik sikit lah pasal pinjaman MARA nie meskipun pulangan masyuk kepada pelajar dengan elaun fulus bulanan tapi dengan  masalah birokrasi (lembab) ini dorang betul-betul ikhlas ke nak tolong orang Melayu?. 


Lagi sekali, forget about MARA and lets talk about PTPTN. Baru-baru ni dikecohkan dengan khabar pembekuan sementara permohonan pinjaman pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS bagi sesi baru tahun 2012 yang menjadi kontroversi hangat apabila tindakan drastik tersebut dikritik secara hebat oleh pencacai Pakatan Riot. Segalanya bermula berikutan seruan Anwar Ibrahim the Kingdom of Zion Security Defender menyeru para pelajar pendokong beliau supaya tidak membayar semula wang pinjaman mereka. 


Selain itu, tindakan yang boleh aku sifatkan sebagai 'shock therapy' tersebut adalah bertujuan bagi membolehkan Pakatan Riot melunaskan janji mereka bagi memberikan pendidikan 'percuma' kepada rakyat yang berada di bawah negeri tadbiran mereka. Sebenarnya kalau diikutkan aku pun tak berapa bersetuju jugak dengan tindakan demikian kerana atas soal politik kenapa harus para pelajar yang majoritinya masih belum mendaftar ni hendak dilibatkan sekali.


Mungkin niat kerajaan pusat menjalankan pembekuan sementara ini bertujuan untuk membolehkankan kerajaan negeri supaya membuktikan keupayaan mereka menunaikan janji-janji seperti yang selalu taburkan di setiap ceramah mereka di seluruh negara. So, secara mudah boleh dikatakan kerajaan pusat hendak lihat sejauh mana kerajaan negeri boleh memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang belajar dibawah institusi pengajian milik mereka. Setakat UNISEL dan KUIS tu baru satu beb, kalau perintah peringkat pusat pulak bagaimana?. Baru kena satu pun dah kalut ibarat kucing dijentik telinga. Bayangkan bagaimana pulak bila nak handle semua IPT bila PTPTN dihapuskan kelak?.


Tak payah nak dibandingkan negara kita dengan Finland sebab penduduk kita pun berkali ganda lebih ramai daripada negara pengeluar Nokia, The Rasmus dan awek-awek cun berambut blonde. Jadi bagaimana nak bagi pendidikan percuma kepada?. Nak harapkan PETRONAS tu setakat berapa lama reserve kita boleh bertahan?. Kita bukanlah pengeluar utama pun sebab minyak yang korang isi kat motor ngan kereta pun masih lagi diimport daripada negara Arab kawasan teluk. 


Lagi aku skeptik dengan bapak Kak Ijah Lembah Pantai  ni bagaimana hendak memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi. Kalau di peringkat dan menengah tu aku rasa lebih realistik tapi kalau di universiti tu macam sipi-sipi jer. Yelah, gila ke apa kerajaan hendak tanggung 100% pendidikan di IPTS. Melainkan kalau kesemua IPTS tersebut diconvertkan kepada Government Link Companies. Cuma, agak-agak menguntungkan ker?. MAS dan Proton sudah membuktikan betapa beratnya beban yang terpaksa ditanggung kerajaan pusat membela syarikat sebegini. Okeylah, kalau mereka kekalkan IPTS tapi dipotongkan harga yuran amacam?. Hehe, agak-agak dengan yuran yang sudah dipotong tu berapa ramai yang sanggup hendak jadi lecture?. 


Oh ya, dengar cerita kerajaan negeri terpaksa me-utilisasi-kan aset hartanah milik kerajaan negeri bagi menangani permasalahan ini. Kenapa?, aku dengar cerita daripada seorang pakcik teksi pelanggan tetap Harakah dari Kelate bahawa negeri Selangor 'bebas rasuah'?. Kalau BEBAS RASUAH kenapa tak pergunakan sajer 'reserve-reserve yang ada'. Kalau sudah nama reserve tu tak semestinya hartanah jugak kan?. Haha


MANA PERGI RIZAB RM1.9 BILION NEGERI?. KALAU DICAMPUR DENGAN DUIT TOK NUAR PERMATANG PAUH LAGI BANYAK TU BEB!







No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget