- It's been a while ever since I've last updated my blog. Last entry aku kalau tak silap bertarikh 30 Mei 2013. Ini bermaksud sudah lebih sebulan aku tak mengemaskini blog aku ni. Kalau dulu time aku belajar diploma kat Cybernetics, boleh dikatakan dalam sebulan lebih tiga entry gua karang. Kini kekerapanku mengemaskini blog ini sudah hampir menyamai kekerapanku menggunting rambut iaitu sebulan sekali. Taklah menghairankan dengan status aku ni sebagai blogger yang tak berapa nak popular. Hehehe
- Meskipun aku dah kurang berblog, tapi tidak semestinya aku malas kerana aku banyak tanggungjawab nak pikul sebagai seorang pelajar IPT, anak kedua parent aku, dan bakal suami (ewah2, calon dah ada ke bro?). Seriously, gua tak banyak masa nak hadap blogger ni bai.
- Nak cerita kenapa aku dah kurang berblog sejak sambung Bachelor dulu berbanding Diploma. Okay sebab begini, time diploma dulu kerja aku tak sebanyak mana sebab tumpukan final project jer sekarang amekaw bertimbun-timbun assignment gua kena hadap sepanjang hari sampai naik muak gua dibuatnya. The cure-nya, gua baca blog orang pulak. Tak salah kan?
- Bertitik tolak dari aktiviti membaca blog orang seperti Teh Tarik Gelas Besar, The Other Khairul dan sebagainya. Maka ini sedikit sebanyak menimbulkan minatku untuk membaca novel indie karangan blogger hebat ini seperti Makan Dalam yang penuh sinikal dan Lelaki Eksistensial, yakni sebuah kisah realiti Melayu urban kontemporari.
- Tatkala membaca novel dan antologi sebegini aku merasa bagaikan satu anjakan paradigma melanda fikiranku mengerahkan naluri emansipasi untuk keluar dari kepompong belenggu kekolotan diri dek adat yang entah apa-apa (adat Melayu kampung ada yang mengarut dan lari dari ajaran Islam). To be honest, Nami Cob Nobbler adalah sebahagian dari sumber inspirasi aku sewaktu mula bergiat dalam dunia blogging dulu. Walaupun pendirian politik kami berbeza, at least dia lagi better dari blogger serbanista kolot lagi sempit akal fikirannya. Tu semua pada pengamatan akulah beb. No offence pada yang terasa.
- You know what I'm saying, these guys are an idealist. Orang macam nilah bangsa Melayu kita nak. Kritikan yang diberi harus membina agar membentuk bangsa berintegriti, bermaruah dan berfalsafah. Bukan jadi babi tonyok perhambakan diri pada pemikiran orang lain.
- Dipendekkan cerita, anyway korang tau apa yang specialnya bulan Julai ni? Bulan nilah aku dilahirkan di dunia ini 23 tahun dahulu. Tanggal 11 Julai 1990, maka sejak dari itu bermulalah pengembaraan aku di dunia yang fana dan penuh pancaroba ini. Terima kasih kepada mak dan ayah kerana susah payah membesarkan saya di dunia ini. Alhamdullillah
- Dan juga tidak dilupakan SELAMAT HARI JADI diucapkan kepada mantan Perdana Menteri kita TUN DR MAHATHIR, terima kasih kerana telau menaburkan bakti kepada ini selain menjadi mimpi ngeri yang menakutkan kepada musuh-musuhnya yang anti-Islam dan juga pura-pura bajet Islam pakai ketayap hijau putih sewaktu memangku jawatan perdana menteri dahulu. Tidak dilupakan pemimpin revolusionair Afrika Selatan yang telah berjaya menumbangkan rejim apartheid, Nelson Mandela yang kini masih tenat.
- Turut juga diucapkan selamat hari jadi kepada Tom Hanks, Tom Cruise, Harrison Ford, Vin Diesel, Sylvester Stallone serta ramai lagi selebriti dan karyawan seperti mendiang Ingmar Bergman yang berbintang Cancer. Sebab apa aku kepoh sangat pasal bintang Cancer ini kerana aku juga berbintang Cancer. Entah apa istimewanya aku pun tak tau lah. Aku sendiri pun tak suka makan ketam sebab jariku kerap kali terluka dek duri celah lengan sepit ketam itu.
- Apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam khasnya adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai yang mengenali Shacklesmith ni ha. Tidak dilupakan korang jugak yang sudi meluangkan masa di warung kopi aku yang tak seberapa nak meriah ini.
Saturday, July 20, 2013
Ucapan Salam Ramadan 1434H Dari Birthday Boy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment