Thursday, December 2, 2010

Snippet! Apa dah jadi pada November!!

I KNOW WHAT YOU DID LAST NOVEMBER!

Sedar tak sedar, diam tak diam. Tak perasan pulak tuan hamba yang bulan November dah melabuhkan tirai. Kini Disember pula yang dah pun menjelma. Bukan setakat tu aja, aku pun sendiri tak percaya yang aku dah nak habis tempoh pengajian kat kolej aku lagi dah. Fuhh, tak sangka betul. Tahun depan aku akan menggenggam segulung Diploma Teknologi Maklumat daripada kolej aku. Dalam bulan lepas aja aku dah selesaikan peperiksaan akhir semester aku padahal macam semalam pulak rasanya aku daftar kad matriks untuk Semester 5!. Okey, berbalik kepada apa aku nak ceritakan pada korang nih pasal apa yang dah berlaku bulan lepas. Kalau korang perhatikan betul-betul, macam-macam hal dah berlaku dah berlaku kat negara kita Malaysia yang tercinta nih. Kes model melayu bogel yang anjurkan parti seks buih lah, anak ahli politik bawak sosej babi ke sekolah, ahli politik bukan Islam baca ayat Quran walaupun sendiri tak mengimaninya langsung dan yang paling hangat isteri bekas Timbalan Perdana Menteri yang suaminya kini Ketua Pembangkang berhasrat ingin menghapuskan ketuanan Melayu!. Huh, banyak jugak cerita yang perlu aku cover nih.


Kes pertama, pada 5 November yang lalu seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita Parti Keadilan Rakyat kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Anaknya yang bernama Basil telah dirotan sebanyak 10 kali di telapak tangan akibat memakan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya! Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah. Pada pendapat peribadi saya, hukuman untuk merotan kanak-kanak berkenaan adalah tidak begitu wajar kerana si anak kecil itu bukan beragama Islam. Akan tetapi, akibat dari statusnya sebagai anak orang kenamaan yang pernah bertanding sebagai calon pilihanraya dengan menggunakan nama Islam telah menimbulkan satu spekulasi. Apakah latarbelakang kanak-kanak berkenaan lebih-lebih lagi bapanya? Lantas timbul beberapa persoalan membabitkan identiti anak dan bapa kepada anak berkenaan serta status agamanya selain tindakan susulan majlis agama Islam.

Pertama, membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah. Wajarkah guru merotan murid berkenaan kerana kesalahan itu? Atau dia dirotan kerana pelajar berkenaan beragama ‘Islam’?

Kedua, kenapa pelajar berkenaan dirotan. Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama anak itu Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Islam.

Ketiga, apakah keluarga berkenaan beragama Islam? Dan jika sudah keluar Islam, apakah bapa kepada anak itu menggunakan dua identiti?

Keempat, kenapa apabila membuat laporan mengenai anak perlu menggunakan sayap wanita PKR. Apakah jika tiada parti pembangkang dalam laporan itu Jabatan Pelajaran tidak menerima laporan sedemikian?


Seperti yang kita maklumkan di Sabah dan Sarawak, walaupun seorang itu memiliki nama bercirikan Islam tidak semestinya beragama Islam. Walaubagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab apabila bapa budak sekolah berkenaan membuat pengakuan yang beliau bukan beragama Islam. Bapa pelajar sekolah tu sendiri berkata ketika memohon untuk Mykad, beliau telah menukar nama kepada nama asalnya semula. Laporan akhbar The Star juga memetik,““Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” katanya lagi. Kes berkenaan telah menimbulkan perbahasan hangat di dewan Parlimen membabitkan bekas teman seperjuangan yang pernah 1 parti dengan bapa budak berkenaan iaitu  YB Zulkifli Nordin (MP Kulim - Bandar Baharu) supaya menyiasat taraf kewarganegaraan bapa kanak-kanak berkenaan kerana pernah bertanding menggunakan nama Islamnya ketika pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2001 yang menyaksikan beliau tewas teruk. Jika kita rujuk semula sijil perkahwinan ini pada tahun 1999, beliau telah mengaku tidak lagi menganut apa-apa agama sedangkan pada tahun 2001 beliau masih menggunakan nama Islam-nya ketika bertanding di pilihanraya. Nampak kemusykilan? Untuk pengetahuan lanjut sila layari laman ini



Kes kedua pula adalah berikut mengenai adalah mengenai isu pesta buih malam Krismas yang penuh dengan kemaksiatan sehingga meleret kepada pembongkaran gambar-gambar 18SX seorang model sambilan yang menggemparkan pelayar maya! Insiden ini bermula apabila salah seorang pelayar Facebook telah mendapat invites dari rakan mayanya untuk menghadiri satu pesta buih yang bakal diadakan pada malam Krismas di sebuah nightclub di Jalan P.Ramlee, Bukit Bintang. Terkejut dengan jemputan berkenaan, sang surfer tersebut telah melaporkan kes ini kepada seorang kaki gosip yang kuat mengumpat pasal politik sehingga merapu tahap meraban KBSB. Sejurus selepas laporan berkenaan, maka terbongkarlah siapa penganjurnya dan segala latarbelakangnya dalam internet telah terdedah kepada umum.


Segalanya berkaitan dengan salah seorang penganjurnya telah diserang termasuk dengan pekerjaan sambilannya. Malahan, dengan terjumpa gambar-gambar panas model sambilan tersebut disebuah portal rangkaian model #1 dalam internet Modelmayhem. Ianya turut dijadikan modal oleh blogger berkenaan untuk menyerang penganjur yang juga model sambilan tersebut. Ini menyebabkan dia menutup terus profile-nya di laman tersebut. Kesal dengan kenyataan dan tindakan beberapa page facebook dan blogger yang mengaibkan individu ini, apatah lagi individu ini seorang WANITA. Memang benar dia bersalah, tetapi adakah Islam mengajar kita untuk mengaibkan umat yang lain? Ya pada pendapat saya, tindakkannya mendedahkan tubuh badannya yang montok untuk modeling adalah sememangnya benar-benar HARAM dan tidak boleh dinafikan lagi. Apatah lagi kita tahu apa azab yang akan kita dapat di akhirat kelak!.
Sememangnya, yang tertuduh telah mengaibkan dirinya sendiri dengan meng'uploadkan' gambar sedemikian rupa. Namun adakah kita sebagai umat Islam amatlah tidak wajib begitu sekali menambahkan arang dengan menjadikan dia bahan mengumpat sedemikian rupa. Nauzubillah, Islam tidak pernah sesekali mengajar mahupun membuka ruang untuk mengumpat. Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat buat umatnya kerana sesungguhnya DIA mahu mereka-mereka yang tersesat jalan ini kembali kepada jalan yang diredhai-Nya. Mungkin blogger tu dah biasa dengan gosip-gosip dan mengumpat tentang ahli politik. Jadi tak hairanlah, kepada saudara yang lain. Beringatlah sentiasa selalu. Disini penulis ingin memberi amaran, bahawasanya aku bukan berniat langsung untuk melemparkan tohmahan kepada beberapa individu yang terlibat bahkan jauh sekali nak mengaibkannya. Aku hanya untuk korang berfikir sejauh mana orang-orang terlibat ni buat salah itu aje. Baik yang buat, baik juga yang menuduh. Walahualam


Kes ketiga pula memang telah hangat semenjak beberapa bulan lepas, iaitu kes ahli politik  bukan Islam membaca ayat Al-Quran. Perkara ini bukan baru sekali berlaku, malah sudah berlaku semenjak pilihanraya kecil Bukit Gantang lagi. Terbaru, ianya berlaku sewaktu satu majlis parti berlambangkan mata satu, Parti Keadilan Rakyat (PKR). Aku tertanya-tanya sejenak, macam mana boleh umat Islam tertipu dengan helah licik musuh-musuh Allah SWT?.  Tak cukup dengan ulamak 'suq' yang tebal dengan sikap mazmunah menjual ayat-ayat suci demi tujuan politik sempit mereka meraih undi di ceramah politik kini sekutu rapat mereka dari golongan kafir juga berbuat perkara yang sama dengan sewenang-wenangnya malahan berani membuat tafsiran sendiri yang menyeleweng dari yang sebenarnya! Fikir-fikirkanlah saudara sekalian.

Cubalah korang semua bayangkan, si kafir-kafir ini memperdengarkan pada kita ayat suci Al-Quran tapi jiwa mereka tetap menolak ajaran suci Islam dengan menyekutukan Allah SWT. Pastinya, bagi sekutu mereka dikalangan mukmin akan mengeluarkan hujah bahawa dengan menggunakan ayat Al-Quran pastinya mereka-mereka yakni si kafir ini akan mendekatkan diri mereka kepada nur-Islam sekaligus menjadi mualaf. Namun benarkah begitu? Baiklah, aku bagi tempoh dalam seminggu! kalau diorang tak masuk Islam jugak apa yang korang pencacai semua akan spin nanti? Sesungguhnya, petikan ayat-ayat suci Al-Quran hanyalah umpan untuk meraih undi dari golongan Melayu Islam sahaja. Inilah talbis syaitan dari bakal penghuni neraka yang kufur, jarum-jarum halus yang memerangkap golongan mukmin yang bertakwa. Justeru, marilah kita renungkan secara mendalam firman Allah SWT agar kita bersatu-padu menentang musuh-Nya. Takutlah kepada siksa Allah yang teramatlah pedih di akhirat kelak dan berdoalah semoga kita diredhai-Nya selalu. Amin.

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali". [Surah Al-imran : 28]


Semoga kita mendapat keinsafan dan iktibar dari apa yang mereka lakukan ini. Credits from SangTawal Sakranta for informations.




Kes ketiga pula yakni yang terakhir adalah berkaitan dengan Ketuanan Melayu yang dipermainkan oleh isteri ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah dalam satu majlis PKR. Beliau menyatakan bahawa apabila parti pembangkang dipilih untuk menerajui pentadbiran negara pada satu nanti, Ketuanan Melayu akan ditinggalkan sama sekali. Menurutnya, terma tersebut telah dieksploitasi oleh golongan elit Melayu untuk memperbodohkan golongan bawahan demi menegakkan kekuasaan mereka. Persoalannya, apakah beliau faham akan maksud sebenar Ketuanan Melayu?. Ketuanan Melayu merujuk kepada sistem Raja Berpelembagaan yang terdapat di negara ini. Iaitu bermaksud atau simbolisme kedudukan Sultan-sultan dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan dan kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan hak istimewa kaum Bumiputera. Tidak dan jauh sama sekali berkonsepkan sistem Melayu tuan dan bangsa lain hamba! Fakta ini sudah diputarbelit oleh golongan racist, socialist & chauvinist bigots. 


Ramai yang tidak tahu bahawa perkataan 'Ketuanan Melayu' sendiri yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ketika di dalam Pemuda UMNO dahulu. Malah dengan modal inilah beliau mudah menewaskan pencabarnya dahulu selain dari statusnya sebagai pemimpin ABIM. Generasi sekarang jangan harap nak tau tu semua. Ramai yang masih kabur tentang apakah sebenarnya Ketuanan Melayu ini. Jika isu Ketuanan Melayu ini masih  menjadi masalah kepada golongan muda bukan Melayu kita tak hairanlah sebab minda mereka telah didoktrinkan-subliminally mind-controlled by the media of their respective demonic satanist political parties. Akan tetapi yang memeranjatkan, golongan muda Melayu sendiri tidak faham apa itu maksud Ketuanan Melayu. Aku tak hairan kalau dalam UMNO, PAS dan PKR pun tak faham apa tu semua. Dah depa bodoh tolol nak buat lagu mana kan.  Aku tak sebelahkan mana-mana parti politik pun, sejak akhir-akhir ni aku menyampah dengan ahli politik Melayu baik kerajaan dan pembangkang yang suka membawa isu bermodalkan tong kosong!. Depan Melayu cakap lain, depan bangsa lain cakap benda tak sama pulak. Dunia yang dah nak kiamat ni macam da berlaku. Ahli politik adalah umpama bayangan Dajjal di muka bumi. Nak tak nak, kenala terperuk depan tingkap siang malam  menunggu Imam Mahdi yang entah bila akan sampai. Hanya ibadat kita jela yang membantu. Semoga Imam Mahdi menjadi pembela agama kita pada waktu yang mendesak ini. 


Nah, ni cerita terakhir buat korang. Dengan cerita keturunan pemerintah Ligor iaitu Negara Seri Dharmaraja nak buat tuntutan dengan pembesar negara. Cerita ni aku dapat masa Raya Aidiladha lepas. Punyalah kelakar surat yang depa bagi tu mak oi. hehehe. Rasa2nya sanggup ke PM kita laksanakan hajat depa yang gila tuh kan.


Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah rujuk laman blog Al-Semantani. Secara peribadi, aku amat hormat dengan dia. Penulisan mengenai kupasan sejarah yang detail tapi ringkas. Senang aku fahami, kalau korang nak tau apa-apa pasal sejarah Melayu bolehlah rujuk blog dia. Banyak yang korang semua boleh pelajari. Ingat, apa yang dia tulis tak banyak dicatatkan dalam buku sejarah kita. Oleh, benda yang diajarkan tidaklah membosankan. Okay, tunggu artikel aku yang lepas ni pulak ye. Baca jangan tak baca. Salam persaudaraan dari Shacklesmith. :)


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget