Sunday, April 3, 2011

Suckerpunch Serius Gila Bebenor Beb!!

Fantasi Menggila Mengalahkan Budak Jantan!!

Kepada sesiapa yang pernah tengok cerita ni memang gilalah. Bukan orang yang tengok tu jadi gila tapi dari segi penjanaan imej, animasi, special effect dan sebagainya yang aku tengok memang betul gila bapak canggih bai!!. Tu belum campur lagi dengan jalan ceritanya yang sifatkan memang betul-betul gila babi sampai babi pun boleh jadi gila siot!!. Filem ni mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Baby Doll yang telah dihantar ke rumah sakit jiwa oleh bapak tirinya yang kaki pukul. Disitulah dia menghilangkan rasa sunyi dalam hidup dengan berfantasi perkara yang bukan-bukan (belom cukup matang ke ape?). Tidak lama kemudian dia dihantar ke sebuah kabaret untuk dijadikan penari tarian ehem-ehem (WTF??!!). Oleh itu, dengan pertolongan rakan-rakan yang tinggal bersamanya. Baby Doll telah merancang untuk keluar dari tempat maksiat tersebut kerana tidak mahu kehormatannya dicabul oleh seorang kepala penyangak yang bernama "The High Roller". Sewaktu dalam kelas tarian untuk buat persiapan menyambut penyangak tersebut. Mindanya telah dibawa ke alam fantasi. Maka disitulah bermula ceritanya.

Kepada sesiapa penggemar filem bercorak fantasi, aksi, fiksyen sains, samurai, naga, robot, zombi dan awek-awek seksi. Inilah filem yang korang mahukan sebenarnya. Kudos kepada Zack Snyder kerana membuat filem yang fantastik ideanya ini. Bak kata pengkritik filem antarabangsa yang menyifatkan filem ini sebagai ala-ala Alice In Wonderland tapi siap dengan mesingan, robot, dan pelbagai benda-benda gempak sebagainya. Inilah yang betul-betul cerita fantasi mengalahkan budak jantan!! Aku yang budak jantan ni pun tak berfantasi ke tahap itu. So, kepada korang brader-brader yang suka akan awek seksi. Shacklesmith cadangkan korang gilah tengok cerita ni. Tak kisahlah, sama ade download guna torrent ke ataupun tengok wayang kalau sempat. Nah yang ni aku bagi contoh gambar pelakon filem tu. Pandai-pandailah korang menilainya ye.


Sambil aku nak tanya korang betul ke awek-awek yang berlakon filem tu seksi dan hot menggila sampai berdarah hidong korang?. Nampaknya bro Obefiend dah bagi jawapan lama sebelum entry ni dikeluarkan lagi. Sila rujuk SINI.. Korang akan dapat jawapannya.

Shacklesmith : Amacam bro??



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget