Turkey Burger For Miss Turkey
Mengikut strategi marketing, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik minat pelanggan demi membeli produk yang ditawarkan. Macam-macam caralah boleh buat bergantung pada kreativiti entreprenuer tersebut untuk melakukan produk yang dijualnya itu. Paling senang kalau ikut cara tradisional turun temurun warisan Melayu, apa lagi kalau bukan main bomohlah sampai ada yang nak jadi pesaing boleh bangkrap dalam masa kurang seminggu!. Tapi itu cara Melayu yang sudah lapok dek hujan dan lekang dek panas dan tambah lagi kiasu (Malay style)!. Bagaimana pula dengan orang barat?. Anda pernah dengar Carl's Jr.??
Sebut ajer restoran fast food Carl's Jr. orang KL manalah yang tak kenal langsung kan? Boleh dikatakan kebanyakan shopping complex besar-besar macam Mid Valley Megamall, Pavillion, One Utama, The Mines dan entah kat mana lagilah semua ada. Dah hampir 4 tahun dia masuk beroperasi kat negara kita nie. Okey, berbalik kepada cerita mengenai kaedah strategi pemasaran. Apakah strategi yang digunakan Carl's Jr untuk menarik minat pelanggan?. Masih ingat iklan Paris Hilton dalam Youtube lebih kurang 6 tahun dulu?. Haha, kepada sesiapa yang rajin bukak Youtube masa 2006 dulu mesti boleh ingat punya! (masa tu Youtube belom berapa feymes sangat lagi kat Malaysia beb). Aku pun masa tu sekolah dalam Tingkatan Empat lagi bai.
Korang tengok betapa sedap dan nikmatnya Paris Hilton menikmati burger yang enak berlemak berkrim disukai ramai tu!. Kalau nak cubalah mintak sikit dari dia. Tapi tunggu dulu, halal ke burger yang dia makan tu? Setahu aku Jakim pun belum pun bagi sijil halal pada francais tu lagi sehingga tahun 2007. Haha, orang Malaysia pun mana kenal lagi Carl's Jr. melainkan sesiapa yang rajin pergi ke seberang Tambak Johor (Singapore).
Hak tu yang lama punya. La ni macam mana pulak na? Hah, yang tu aku nak habaq kat hangpa semua!. Apa pulak strategi depa pakai la ni. Taktik yang sama, cuma orangnya jer yang tak sama. Tengok balik sub tajuk korang mesti dapat tau punya. "Turkey Burger For Miss Turkey". Dulu Paris Hilton sekarang ni sapa mangsanya kan..?? 'Miss Turkey' ke?. Tengok video yang aku paste kan kat bawah nie. And you shall get answer..
Aku pun pelik, negara Amerika Syarikat. tu punyalah besar gedabak dan mempunyai bilangan Ratu Cantik yang banyak berdasarkan jumlah negeri dalam persekutuan tersebut. Takkanlah tak dapat sorang kot?. Apa sebab depa pilih Miss Turkey Gizem Memic untuk tolong promosikan burger ayam belanda 500 calorie tu?. Alasan mereka kenapa Miss Turkey dipilih adalah disebabkan "To help you remember our delicious new charbroiled turkey burger, we hired Miss Turkey. To help you remember Miss Turkey, we put her in a bikini. And to help you remember Miss Turkey's bikini, we had it designed with little tiny pictures of our charbroiled turkey burger." Kah kah, nak tergelak aku dengor statement mangkuk hayun nie. Macamlah orang sana tak kenal Ayam Belanda ( Turkey). Tiap-tiap Thanksgiving depa makan bai. Sampaikan hari Thanksgiving tu digelar 'Turkey Day' oleh sebilangan rakyatnya. What a stupid advertisement. Anyway, Carls Jr. memang terkenal di US dengan iklan tolol yang digelar slutburger-nya itu. Sila rujuk SINI. Pelik bercampur kelakar pun ada. Kenapa tak mau ambil yang INI?. Pemenang Miss World tu kot. Haha
Boleh jadilah disebabkan negaranya sebab tu dia dipilih, aduyai mesti mengamuklah puak Ketuanan Bangsa Turkic (Pan-Turanism) kan?. Hahaha, konfem agaknya geng skinhead Neo-Nazi white supremacist KKK dan pro- Pan Turkism akan bertempur di jalanan silap haribulan entah dimana!. Dan lagi satu, di Turki ada ke Carl's Jr.? Boleh rujuk SINI. Kalau ada bolehlah dorang kongsi iklan tu tu tapi kalau takde nampak sangat eksploitasi puak kapitalis jongos ni. Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam pun tak taulah nak cakap apa. Yang penting kita jaga akidah dan keimanan kita. Negara depa tu macam Indon kecuali depa tu way better and smarter than Indon's ofcourse!!
By the way, kalau korang nak berkenalan inilah Miss Turkey tersebut. Nama dia Gizem Memic, seriously she's the real Miss Turkey for the year 2010 and she once participated for Miss Universe 2010 in Las Vegas and Miss World 2010 in China. Need to know more about her, care yourself to check out HERE and HERE.
Facebook?? Cari ler sendiri weh. Aku mana tau. KAH KAH KAH KAH KAH.
Homer Simpson : Mmm... Carl's Jr Charbroiled Turkey Burger |
No comments:
Post a Comment