Friday, April 22, 2011

Shocking News For All Social Networking Sites Maniac!!

Semalam aku mendapat berita yang tersangatlah mengejutkan (bagi aku jela beb) ketika membuka pelayar laman web Flock (dibuka dalam keadaan Stealth Mode). Secara automatik tertera di depan laman interface beralamatkan [www.flock.com], ianya memaparkan mesej memaklumkan bahawa perkhidmatan web browser baru  percuma yang pernah popular buat seketika waktu iaitu Flock akan bakal ditamatkan tidak lama lagi pada 26 April 2011!!


Sebenarnya aku ni bukanlah pengguna otai kepada Flock kerana aku sendiri baru mula menggunakannya sejak lewat Februari 2011 akibat Google Chrome aku mempunyai masalah untuk upload gambar Facebook dan nak link site address pada wall status. Apa yang buat aku tertarik pada Flock ni adelah kerana ianya merupakan alternatif kepada Google Chrome yang tidak memiliki banyak perbezaan dan tidak mengorbankan  'user friendliness' yang ada pada Google Chrome. Sebagai contoh nak cabut dan tampal balik web browser tab pun tak jadi masalah sebab source code yang sama dengan Chrome iaitu Chromium dan dibina menggunakan layout engine yang sama iaitu WebKit seperti juga Chrome dan Safari. Disamping itu, ciri istimewa yang terdapat dalam aplikasi Flock adalah MediaBar yang memudahkan kita mengurus laman social networking kita ( Facebook, Twitter dan sebagainya). Nak tau lebih lanjut usha features yang aku paste bawah nie. Aku malas nak tulis satu persatu.


Aku masa mula-mula pakai pun ada try Media Bar ni, memang memudahkan sebab kali bukak browser dah terpapar segala status kengkawan Facebook dan Twitter aku. Aku tak nafikan keistimewaan itu berbanding dengan browser lain. Actually, bukan kali pertama aku jumpa ciri-ciri special tersebut. Flock sebelum ni pernah buat Media Bar tu sebagai aplikasi tambahan browser Mozilla Firefox 3. Masa tu tahun 2009 dan aku ada pakai kejap pastu buang sebab berat. Time aku memang obses menggila dengan Mozilla Firefox sebab mana taknya kalau pakai Internet Explorer spyware senang tembus dan Google Chrome tu dah la lembab sebab baru lagi. Cuma masa pertengahan 2010 jer aku beralih kepada Google Chrome sebab Firefox aku buat hal (bengong sebab berat banyak aplikasi yang aku tambah). Dan pada Februari 2011, aku beralih pula pada Flock yang aku pakai sekarang ni. Media Bar pun aku pakai tak lama, sekejap ajer sebab berduyun unwanted cookies dalam lappy aku ni dan aku malas nak scan lama-lama. I'm back using the private option just like the old Firefox and Chrome. Senang sikit kan, tak payah nak buang sampah sarap yang masuk tu.

Berbalik kepada topik sebenar, apa yang pasti penamatan ini ada kaitan dengan pemerolehan syarikat pembangun browser tersebut oleh Xynga (syarikat yang develop game-game dalam Facebook koranglah mcm FarmVille, CityVille, ETC). Buktinya ada di SINI, SINI, SINI dan juga SINI. Maka dengan acquisation tersebut, maka seluruh engineering team and think-tank akan diambil untuk bekerja secara terus dengan Xynga. Apa punya decision nie?(Xynga should think better before closing it down, the browser is much innovative and they can have Mozilla a run for their money). Adakah ini merupakan langkah terbaik?. Bagi saya tidak. Agak menjengkelkan, mereka mencadangkan supaya menggunakan browser lain seperti Chrome dan Firefox sebagai ganti. Apa ke jadahnya, bukankah kebanyakan pengguna mereka adalah bekas pengguna Firefox dan Chrome?. Well, perkara ni bukan menjadi masalah kepada pelayar laman internet di Malaysia tapi segelintir tetap mahukan yang terbaik. Apa pun sekarang ni aku tengah usha browser mana yang terbaik. Aku dah jumpa dan ianya adalah RockMelt. So, Malaysian's come and use RockMelt. Look's kind of awesome I guess. Well, just give it a try. Terbaik untuk Macintosh dan Window.


Shacklesmith : Pembentangan Final Projek aku hari Isnin. Website system aku akan dibentang menggunakan browser Flock. What a farewell for the browser that was easy and very fun to use.


This is probably my last blog entry using Flock web browser.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget