Thursday, May 31, 2012

The Putrajaya Youth Festival & Thought of Returning To Campus Life

Untuk kali keduanya aku ketinggalan daripada menyertai Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung di Putrajaya hampir seminggu. Walaupun aku tak pergi, tapi aku tetap tak merasa sebarang kerugian menjadi sebahagian daripada hampir 2 juta belia yang hadir memeriahkan festival di perkarangan pusat pentadbiran negara kita itu. 


Sebenarnya bukan aku tak berminat nak pergi langsung cuma disebabkan masalah transport (aku ada lesen tapi takde kereta) dan kebetulan takde member nak ajak temankan sekali (member oversea dan outstation). 


Ada pulak bekas rakan sekuliah masa diploma dulu baru turun dari Kelantan nak datang berjumpa namun apakan daya, dia nak ajak jumpa hari Sabtu sedangkan hari tu aku banyak kerja. Nak pergi hari Ahad memang tak bolehlah sebab tujuannya ke KL pun sebab ada kursus anjuran BSN  (tempat kerja dia). Nak keluar pun satu hal. Kalau nak ke KL daripada rumah kena jalan jauh turun bukit sebab public transport (bas) takder bai. Cara paling nak ikut public pun menerusi teksi tapi bayar. Itupun kena call lah.


Tambah pulak hari Isninnya tu aku kena pergi kolej mendaftar kemasukan aku untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda. Masa hendak mendaftar pun aku sediakan wang untuk bayaran jadi korang faham-faham jelah kenapa aku nak berjimat sangat minggu lepas. 


Meskipun terasa berat hati aku nak mendaftar disitu disebabkan tempat yang aku pilih (melalui permohonan online sebab dah takde pilihan lain) tu institusi pengajian tinggi swasta gara-gara terlepas peluang mengisi borang UPU. Namun begitu demi masa depan aku teruskan gagahkan jugak. Terima kasih banyak-banyaklah kepada mak aku yang banyak menyokong aku selama ini. Jasamu membesarkanku tetap akan kukenang selamanya. Ur the best mother!.


Minggu depan, aku bakal kembali menjalani semula kehidupan sebagai seorang pelajar setelah berbulan lamanya terperap di rumah menjadi blogger sepenuh masa. Korang pun paham-paham jelah, kalau dah lama tak masuk kuliah kepala otak gerenti sudah tepu bai. Jadi pandai-pandai akulah nak manage kepala aku sendiri. Life must go on!.


 Lagipun aku belajar di tempat baru, environment baru, dapat awek kawan baru. Oleh itu kenalah aku enjoy kan. Bak kata Shacklesmith, "sambil belajar kita enjoy". Baru kita dapat merasakan betapa feelingnya dapat belajar kan?. Simply just don't blame the institution if your campus is goddamn lame. Hahaha


Sebenarnya ini bukan kali pertama aku berasa nervous masa nak further study, I've already felt this before about four years ago. Masa aku mula-mula nak belajar Diploma kat Cybernetics dulu. Memang gila-gila gua nervous beb sebab pertama kalinya aku tinggal di luar. Salah satu sebabnya aku masa peringkat sekolah dulu tak pernah masuk asrama dan secara amnya aku ni budak sekolah harianlah. 


Apapun alhamdullillah aku dapat mengatasi segalanya, disana bermulalah pengalaman indahku apabila kepompong Damansaraku dipecahkan dan aku dapat ramai kawan-kawan dari berlainan negeri dan status sosial. Selama di sekolah dulu pun aku banyak bergaul dengan budak middle class dan high class, jadi aku manfaatkan peluang keemasan ketika menuntut di Cybernetics untuk merapatkan silaturahim dengan rakan-rakan dari jurang sosial yang berbeza.


Aku akan kembali semula menjalani kehidupanku sebagai seorang pelajar dan mungkin waktu untuk aku berblogging semakin singkat dan terhad. Namun, perjuanganku tidak akan berhenti di setakat ini sahaja. Aku akan tetap meluahkan buah fikiranku untuk dikongsikan bersama. Rasa-rasa ramai pembaca blog mungkin tahu mana arah pegangan politik aku kan?. Yeah, dekat-dekat PRU13 ni menambahkan semangat aku!


Itu saja yang aku mampu luahkan malam ini. Selamat Malam dan Assalamualaikum.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget