Thursday, October 25, 2012

Chua Soi Lek Ni Paham Ker Buat2 Tak Paham!!??


Semenjak beberapa bulan lepas, aku dah malas giler nak bubuh entry berkaitan dengan politik. Apatah lagi aku ni seorang blogger picisan yang tidak bergerak di atas platform mana-mana parti politik baik UMNO, mahupun PAS (PKR?, sorry to say la der.. aku tak iktiraf pun kewujudannya sebab diasaskan untuk membela sorang individu sajer.. itu parti nepotisme anak-beranak jer beb). Tambahan pulak gua ni student jadi lebih baik aku duduk sorang-sorang atas pagar jer bai. Soal gua nak menyokong parti politik mana, itu hak gualah beb!. Aku tetap jugak berdiri mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara. Tiada kompromi jika ada sesiapa yang mencabar. Walaupun aku dah terlepas banyak isu termasuk kes tayang punggung yang mana pelakunya adalah junior kolej aku sendiri!.

Meskipun aku sudah lama tak berblog mengenai hal ehwal politik, aku tetap peka akan senario politik semasa. Semakin dekat bahang PRU, semakin sengit 'peperangan' di antara kedua-dua khemah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Baik kedua pihak saling mengemukan isu tersendiri untuk 'dijual' kepada media sebagai modal perjuangan masing-masing. Senang cerita, pihak mana lagi banyak jual propaganda. Maka mereka pemenang nombor wahid perang informasi. Orait, lets start our story for today!.

Siapa tak kenal Datuk Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan yang pernah dikecam teruk gara-gara kontroversinya beraksi panas dengan seorang 'courtesan' yang tidak dikenali di sebuah hotel di Kluang, Johor . Selepas tamatnya isunya memalukan yang memalukan itu, beliau langsung tidak bertanding dalam PRU12 tahun 2008 yang menyaksikan parti pimpinannya MCA kecundang teruk dibelasah DAP dalam setiap kerusi DUN dan Parlimen.


Ingatkan selepas kesnya berlalu, dia bersara terus dari gelanggang politik. Rupanya tidak, masih berani lagi bertanding dalam pemilihan MCA sehingga memegang semula jawatan Presiden!. Dipendekkan cerita, aku pahamlah dia tengah struggle bagai nak rak menaikkan semula MCA yang sudah rebah jatuh ke bumi gara-gara ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina pada pilihan raya lalu. Buatlah apa cara sekalipun, dia nak belasah kowkow DAP sampai mampus?. LANTAQ BIAQ PILAH!. IKUT SUKA AKU PEDULI APA?

Cuma yang tak berapa sedap dan paling sekali menyakitkan hati!. Aku dah keep on track sejak dari tahun lepas lagi.

1 -  5/12/2011 -Chua Soi Lek LEBIH Hina Islam Dari Dap ! Harap Umno Beri Teguran.
2 - 19/10/2011 - ahLek - Asal Komen Hal Islam Mesti Buat Sakit Hati

Ayat dia yang paling siot masih segar dalam benak kepala aku adalah sewaktu PRK Tenang lalu apabila beliau memperkatakan tentang gaya calon PAS iaitu Cikgu Mala..

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” Chua dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.

First of all, apa masalah dia dengan cara pemakaian orang lain?. Sedangkan orang UMNO sendiri masa tu pun tak kisah dengan sarung tangan Cikgu Mala. Inikan pulak beliau, suka hati Cik Mala lah nak pakai apa pun. Kenapa dia tidak komplen pasal sarung tangan doktor, tukang urut dan tukang gunting rambut?. Sebagai seorang doktor dia harus paham perkara asas iaitu hygiene!. 

Apa yang aku lihat Chua Soi Lek ni semakin galak menyerang PAS!. Peliknya, bukankah itu tugas UMNO?. Sepatutnya beliau patut menumpukan perhatian menyerang DAP melalui isu penyelewengan di dalam negeri yang diperintah pakatan pembangkang dan bukannya isu negara Islam!. Buat apa nak takutkan orang Cina pasal hudud sedangkan orang Melayu sendiri sudah tahu yang PAS tidak lagi komited dalam memperjuangkan agenda negara Islam melainkan hanya seronok tidur sebantal dengan Anwar Ibrahim dan menjadi anjing suruhan DAP sajer. Perjuangan menegakkan negara Islam tidak ada lagi dalam kamus jihad PAS kerana menurut Tok Guru Hadi Awang, di dalam kitab al-Quran disebut langsung perkataan negara Islam!. Aiyah, modal Soi Lek memang dah basi lah. Ingat DAP senang-senang jer biarkan PAS tubuhkan negara Islam. Dalam keadaan politik sekarang, DAP lebih cerdik dari PAS dan pihak yang sedangkan dikudatunggangkan oleh DAP adalah PAS. Jadi dalam senario ini, DAP lebih berkuasa dari PAS!.

Kita harus mengakui, semuanya berpuncara dari kegagalan kita umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memberikan kefahaman tentang definisi sebenar tentang hudud kepada orang bukan Islam. Ye, sememangnya hudud adalah langkah preventif terbaik untuk mencegah segala bentuk jenayah dan kemungkaran akan tetapi ORANG BUKAN ISLAM MELIHATNYA DARIPADA SUDUT YANG LAIN. Karpal sendiri cakap yang dia menentang perlaksanannya dan bukan hukumannya kerana kelak akan menjejaskan cara hidup orang bukan Islam di Malaysia. Dalam erti kata lain, cara hidup mereka seperti minum arak di majlis keramaian dan parti sosial akan terjejas begitu perniagaan nightclub, karaoke dan panggung wayang juga terbatas. Oleh itu, bila hudud sudah terlaksana kelak takkan nak dibiarkan perkara yang menjurus kepada maksiat berleluasa seperti nightclub, panggung wayang, konsert dan penjualan arak!. Kita tak boleh ada hudud sekiranya perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan maksiat berleluasa!. Takkan kita nak biarkan anak-anak muda bercampur gaul lelaki ngan perempuan sampai mereka terjebak dengan zina. Kita mesti ada langkah pencegahan, naik taraf kuasa jabatan agama supaya memiliki autoriti setanding dengan polis dalam menangani jenayah moral. 

Lagipun apa gunanya hudud tapi orang perempuan dok seronok pakai seksi merata-rata, amoi pun sama pakai skimpy2 dan pada malam-malam buta pulak bohsia dan rempit dok seronok merayau terkinja-kinja menari mabuk dekat nightclub. Kena ingat bahawa arak menjurus kepada zina dan rogol!. Oleh sebab itulah orang bukan Islam merasa khuatir akan perlaksanaan hudud sebab bukan sajer cara hidup mereka terjejas malahan turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi kerana pelabur kafir pasti melihat hudud sebagai batu penghalang peluangan perniagaan mereka di bumi Malaysia ini. Yelah, memang rezeki itu datang dari ALLAH SWT tapi korang kena ingat realitinya ekonomi kita masih lagi dikuasai oleh orang Cina. Jadi kita sebagai orang Melayu Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini haruslah memberikan kefahaman kepada kafir-kafir ini. ORANG MELAYU JANGANLAH SELALU AJER JADI PAK HANGGUK KEPADA PEMIMPIN BUKAN ISLAM SEBAGAIMANA PEMIMPIN UMNO DAN PAS DI WAKTU INI!!!. KERANA PEMIMPIN UMNO DAN PAS WALAUPUN MASING-MASING BERLAGAK MEMEGANG TITLE JUARA AGENDA DAN ASPIRASI AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU, HAKIKATNYA MEREKA KALAU BOLEH NAK MELUTUT PADA KEHENDAK ORANG CINA SEMATA-MATA ATAS UNDI DUNIAWI SAHAJER. INILAH REALITI SEBENAR UMNO DAN PAS SELEPAS PASCA PENINGGALAN TUN DR MAHATHIR DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR. AGENDA AGAMA DAN BANGSA SUDAH HILANG ENTAH KE MANA.


Aku dari awal lagi dah pelik, apa yang Chua Soi Lek ni risaukan sangat pasal hudud kerana semenjak PAS berkawan dengan DAP, maka perjuangan untuk menegakkan hudud secara automatiknya terbatal!. Oleh itu DAP boleh memberi jaminan kepada beliau bahawa hudud takkan dilaksanakan dan beliau juga terselamat dari menerima hukuman kerana bukti perlakuan tidak senonoh beliau di hotel itu adalah 'besi' seperti kata Tok Guru Hadi Awang. He he he. Oleh itu, apa yang beliau perlu risau lagi? Jom layan video ceramah ustaz Fathul Bari!. Tuu dia, Gua shoot guna shotgun, dia pulak bawak mai machine gun pi tembak CSL!!!






No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget