Monday, October 22, 2012

Matinya Seorang Diktator Di Tangan Pengkhianat!


Kelmarin pada tanggal 20 Oktober, genap setahun pemergian Presiden Libya Muammar Gaddafi yang menemui ajal akibat dibunuh dengan kejam oleh pengkhianat bangsanya. Khabar akan kematian beliau tidak sekadar dihebahkan kepada masyarakat dunia dengan seluas-luasnya oleh media massa pro barat. Malahan, rakaman video pembunuhan beliau beserta footage jenazahnya yang disimpan di bilik beku kedai menjual daging haiwan ternakan turut disebarkan!. Sesungguhnya pembunuhan beliau yang sangat sadis itu berlaku di luar dugaan. Tiada siapa yang menyangka riwayat beliau akan tamat dengan cara begitu mengaibkan sekali. 

Tersungkurnya beliau dari tampuk pemerintahan bermula daripada momentum yang dicetuskan oleh apa yang kita panggil Arab Spring adalah sesuatu yang mengejutkan. Tidak dinafikan lagi, faktor kebangkitan rakyat di rantau negara Arab telah banyak menyaksikan tumbangnya beberapa rejim diktator negara seperti Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir. Puncanya di dua negara Arab Afrika Utara berkenaan, rakyat berdepan dengan masalah ekonomi yang meruncing akibat kenaikan harga barangan dan gaji pekerja awam dan golongan bawahan yang tidak seberapa mencukupi untuk menampung hidup keluarga.


Segalanya bermula akibat tindakan berani mati seorang peniaga sayur berusia 26 tahun, Mohammad Bouazizi yang telah membakar dirinya sendiri akibat bengang akan sikap acuh tak acuh, endah tak endah majlis bandaran yang tidak mempedulikan keluhan beliau akibat dirampas vegetable cart-nya oleh seorang anggota polis wanita. Maka bermulalah episod kebangkitan rakyat iaitu Arab Spring rentetan daripada peristiwa bersejarah itu. Selepas tumbangnya Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Rakyat Mesir turut mengambil inisiatif yang sama berikut kejayaan yang sama saudara serumpun mereka. Maka tumbanglah juga rejim Hosni Mubarak yang sendiri memerintah lebih lama berbanding rakan sejawatnya dari Tunisia itu.

Jika dilihat melalui perspektif yang lebih kasar dan mendalam lagi, didapati punca kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir didorong oleh tekanan hidup melampau hasil daripada sikap kelalaian Ben Ali dan Mubarak dalam menguruskan negara dan tidak mempedulikan nasib rakyat sendiri. Cuba bertanya kengkawan korang yang belajar di Mesir dan korang sendiri dapat bayangkan betapa peritnya hidup rakyat di sana. Sebagai contoh, gaji doktor di sana hanya RM1000 atau lebih kurang saja daripada pendapatan sebenar doktor di Malaysia. Oleh itu, kalau dah gaji doktor pun kurang. Apatahlagi gaji yang diterima pekerja awam dan anggota keselamatan, sudah tentunya jauh lagi kecil!.

Akan tetapi, senario berlainan pula berlaku di Libya. Ramai yang tidak tahu, standard of living rakyat Libya adalah lebih baik berbanding dengan Mesir dan Tunisia. Malahan, Libya pada ketika pemerintahan Gadaffi adalah di antara terbaik di antara negara Afrika yang lain. Untuk kepastian sila tonton video di bawah. Ini bukan sekadar omongan kosong beb.




Berbanding Saddam Hussein, jelas Muammar Gaddafi memiliki lebih banyak kelebihan untuk mendekatkan diri kepada rakyatnya. Apatah lagi, tiada persengketaan di antara mazhab seperti yang berlaku di Iraq kerana hampir 100% penganut Ahlusunnah Wal Jamaah walaupun terdapat sebilangan kecil penganut Ibadi (warisan Khawarij pada ketika ini) di kawasan pergunungan Nafusa. Tambahan lagi, sebahagian besar rakyat Libya berbangsa Arab dan Berber yang kesemuanya beragama Islam dengan pendatang Itali-nya sudah dinyahkan beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, tiada langsung masalah sosial dan politik yang dicetuskan golongan bawaan penjajah seperti yang berlaku di negara kita sekarang. Lihat video, kita dapat membayangkan sendiri betapa teguh sokongan rakyat Libya terhadap Gaddafi. 


Pada hematku, tidak salah untuk menjadi seorang diktator. Sebabnya demi menyatupadukan rakyat, seorang pemimpin yang berkaliber harus memiliki disiplin dan ketegasan untuk mencapai objektif atau sasaran. Semua ini dilakukan untuk kebaikan bersama rakyat. Senang ceritalah, bukan semua diktator jahat. Untuk mendisiplinkan rakyat, harus ada elemen kekerasan!. Bayangkan, apa akan jadi jikalau sesebuah negara itu diperintah oleh pemimpin lembik?. Silap haribulan, bom C4 meletup depan rumah dia sudah cabut lari naik flight Air Force One!.



Kedua pemimpin di atas adalah contoh 'diktator' baik yang disayangi rakyat meskipun dibenci dan digeruni lawan. Manakala, dibawah pula contoh diktator yang betul-betul menyalahgunakan kuasa dan langsung tak bawak sebarang kebaikan kepada rakyat melainkan aktiviti tak berfaedah seperti propa memanjang, kaki perempuan dan sebagainya. Turut dipaparkan seorang tua kutuk bajet mafia don gatal pesta bunga-bunga dari Itali yang kepingin nak jadi diktator tapi tidak kesampaian sebab jatuh takhta akibat telur kena jentik oleh rakyat. Ketiga-tiga mereka boleh dikategorikan sebagai diktator yang memerintah menggunakan kepala lutut!.






Akan tetapi, disebalik kewujudan elemen penyatuan satu hati, keserumpunan bangsa dan keseragaman agama rakyat Libya. Tetap tersirat bibit perpecahan yakni sikap assabiyah kesukuan yang sudah membelenggu negara Afrika Utara berkenaan semenjak sekian lama. Umum mengetahui, masyarakat Arab dan Berber di Libya terbahagi kepada beberapa kabilah dimana hierarki paling tinggi sekali dipimpin oleh kepala suku. Sebagaimana juga sistem adat bersuku yang dimiliki bangsa-bangsa lain di dunia, ketua atau kepala suku memiliki kuasa dalam menentukan hala tuju suku tersebut termasuklah dalam hal ehwal siasah dengan kaum luar suku.

Sikap assabiyah kekabilahan dan kenegerian ini boleh dilihat di Benghazi dimana penduduk wilayah itulah yang menjadi pemangkin kepada perang saudara menentang Gaddafi ini. Sebilangan besar pemberontak bangsa Libya sendiri kebanyakannya berasal dari wilayah berkenaan. Berbeza dibandingkan dengan Gaddafi yang banyak memberi mukakepada pribumi kulit hitam di negara itu, dilaporkan warga Benghazi melayan kaum kulit hitam bagaikan sampah.

Di Malaysia, sikap assabiyah kesukuan Arab Libya ini hampir 100% menyamai sikap kenegerian melampau orang Melayu yang terlampau membangga-banggakan negeri kelahiran atau asal-usul masing-masing. Malahan, sikap kenegerian ke tahap dewa babi tonyok amatlah keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan tidak senang daripada rakan sepejabat, sekuliah dan dimana-mana saja premis kegiatan manusia. Boleh dikatakan, semangat kenegerian puak-puak pentaksub ini sendiri melebihi semangat patriotisme kepada agama, bangsa dan negara!. Terus-terang gua katakan beb, aku tak nampak sebarang kebaikan atau kecerdikan di air muka mereka semua. Sebaliknya, kejumudan dan kebodohan melampau bagai dirasuk syaitan!. Bukan sajer kenegerian, nepotisme pun satu hal jugak. Macamlah takde orang lain lagi bagus daripada anak beranak dorang!.

Kesimpulannya, untuk mengekang sikap buruk ini dari terus membelenggu benak pemikiran masyarakat Melayu. Bagaimanakah caranya?. "Doktor" pun dah gagal nak buat lagu mana dah. Apakah kita masih memerlukan seorang lagi diktator untuk membaikpulih kerosakan-kerosakan yang dilakukan 'pemimpin-pemimpin' di bawah.






Shacklesmith : Setahun lepas bapaknya kena bunuh. Anak bongsunya pula menerima nasib yang sama SINI. Al-fatihah buat arwah.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget