Amacam seronok tak melahap ketupat dengan lemang?. Aku yakin ramai di antara kita mengambil kesempatan Aidiladha ini untuk menghabiskan stok-stok nasi himpit segera yang masih terperap di dalam almari dapur sejak dari Aidilfitri yang lepas. Itu bagi yang tak pandai menganyam
Sebut jer pasal raya korban bagi yang non-serbanistas korang mesti terbayang daging-daging segar yang dilapah dari lembu-lembu dan kambing-kambing yang sudah disembelih. Bila tengok jer daging-daging tersebut, pasti korang terliur dan membayangkan daging-daging tersebut dipanggang enak ala BBQ ataupun dimasak gulai kawah. Biasanya kita ada chance nak makan daging bakar especially kambing pun time kenduri aqiqah jer. Tu pun kalau dijemput, maka waktu hari raya korban mungkin salah satu dari peluang terbaik untuk merasa keenakkan daging kambing. Tak kisahlah sama ada cara BBQ ataupun lauk gulai. Selalunya bahagian yang paling laku sekali adalah ekor dan gearbox. Sebabnya boleh dibuat sup. Apa lagi tambah pulak bahagian tu kecik, jadi bagi sesiapa yang berminat kena book awal-awal la jawabnya. Bagi orang Melayu berketurunan Banjar dan Jawa, pasti korang tak boleh lupa akan bahagian ni. Kalau dibuat sup kenikmatannya menyengat woh!.
Aku pernah merasa sup kaki ni dalam dua tahun sudah, bapak aku yang merebusnya dulu sebelum dibuat sup sebab mak aku fobia dengan bahagian-bahagian yang 'eksotik' ini seperti kaki dan ekor. Actually, tak payah tunggu raya korban pun korang boleh cari kaki lembu nie. Kat pasar minggu melambak beb. Lagi satu antara bahagian lembu kegemaran kami sekeluarga adalah perut lembu especially bahagian carpetnya. Mungkin ramai yang tak berapa suka bahagian ni sebab cara nak membersihkannya agak rumit kerana melibatkan penggunaan kapur dalam kuantiti yang banyak untuk proses pemutihan. Jadi sebab itulah ramai yang makan bahagian perut lembu (babat) di warung sate ajer. Kebiasaannya, perut lembu ini dimasak dengan air asam akan tetapi kami sekeluarga selalunya makan lemak cili api. Well, omak eseh orang nogori beb (motif : loghat KL + Nogori, gua tak bisa basurah Banjar der)
Disinilah terletak keistimewaan hari raya korban dikalangan orang Melayu. Senang cerita, a chance to get taste of fresh meats!. Atas peluang keemasan ini, maka berbondong-bondonglah Tengku-tengku, Datuk-datuk dan Tan Sri-tan sri menaja bukan saja lembu dan kambing ke masjid-masjdi. Malahan unta juga turut diimport dari Tanah Arab, India dan Australia semata-mata nak menjual nama bahawa beliaulah yang paling teguh sekali beramal jariah. Padahal hasil sembelihan itu kebanyakan diperlahapkan sendiri dan diedarkan kepada kaum kerabat terdekat!. Walhal tujuan sebenar kita mengorbankan haiwan ternakan bukankah untuk beramal kebajikan?.Tidak dinafikan, sudah menjadi trend di kalangan hartawan Melayu Islam kita untuk menaja lembu-lembu untuk membuat ibadah korban. Aku sejujurnya menarik nafas lega apabila khabar mengenai program korban lembu untuk warga Muslim Champa Kemboja oleh rakyat Muslimin Malaysia berkurangan untuk tahun ini.
Bukan niatku nak menentang usaha murnia amal jariah ini, namun kalau nak menolong orang luar pun biar berpadalah. Apa takde langsung ke fakir miskin di Malaysia sampai hasil sembelihan kita melimpah ke luar?. Merekalah yang sebenarnya lebih berhak ke atas sembelihan tersebut. Di negara kita, penghuni rumah kebajikan seperti anak yatim dan warga tua juga memerlukan daging korban buat bekalan makanan mereka. Orang kita di luar bandar pun masih ramai lagi yang dihimpit kemiskinan. Lainlah kalau orang Rohingnya ke takpe, ini Champa Kemboja. Seingat aku sudah banyak program yang kerajaan kita dah buat supaya mereka berdiri sama tinggi dengan saudara serumpun mereka iaitu orang Melayu Malaysia. Mereka adalah bangsa Melayu tertua yang paling resilient dalam mempertahankan survival keturunan mereka meskipun digasak dengan begitu ganas dan zalim sekali oleh bangsa Viet yang merupakan keturunan barbarian pendatang dari selatan China. Ramai juga orang Melayu yang tinggal di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu berdarah Champa. Tidak ketinggalan jugak Pak Lah bekas Perdana Menteri yang ke lima itu, kalau nak tahu Allahyarham ibunya berketurunan Utsul iaitu berasal dari keturunan Champa yang berhijrah ke Pulau Hainan, China. Ibu beliau bukanlah Cina Muslim totok seperti yang dikhabarkan media massa. Sebaliknya, berketurunan dari satu-satunya rumpun Melayu yang bertapak di Tanah Besar China. Berbalik kepada isu orang Champa, mereka mampu berdiri semula. Pol Pot pun dah mampus, takkan lembu tak boleh beranak lagi kot.
Off topic. Walawey, terkejut beruk aku dibuatnya semasa hendak menyiapkan entry blogku yang sudah semalam. Nak tau apa yang membuatkan aku terkejut beruk tahap dewa malam tadi?. Rupanya ratusan pelayar maya menjengah blog aku melalui hasil pencarian 'salam aidil adha' dalam kotak search Google!. Dipendekkan cerita, aku ni bukanlah blogger yang aktif sangat menaip entry2 bombastik sampai readershipnya mencecah ratusan pembaca dalam masa sehari. Semenjak menjadi mahasiswa swasta bermula pertengahan tahun ini, masa aku untuk mengemaskini kandungan blog ini pun jadi terhad. Jadi aku hanya ada chance untuk update blog ini pada masa yang terluang ajer. Korang pun tengok sendirilah, nak update pasal Merdeka Aidifitri wish pun boleh terlewat hampir seminggu!. Anyway, aku sekarang ni pun tengah semester break jadi soal masa tak jadi masalah!. That's all for today folk's. Have a wonderful Eid.
No comments:
Post a Comment