Friday, November 16, 2012

Awal Muharram Dan Belasungkawa Buat Sahabat Yang Telah Pergi


Assalamualaikum,

Alhamdullillah, kita telah melangkah masuk tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1434 Hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah ini mula diperingati oleh umat Islam ketika penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dari kota kelahirannya, Makkah al Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah (sebelum itu dikenali sebagai Yathrib) pada 622 Masihi. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, maka diambillah tanggal 1 Muharram ini sebagai tarikh permulaan takwim Islam dimana penghijrahan itu berlaku pada tarikh tersebut.

Seperti tahun masihi yang digunakan sebagai catatan lembaran hidup duniawi, maka seharusnya tahun hijrah ini kita ambil pula sebagai catatan lembaran amalan hidup kita untuk akhirat. Sebermulanya lembaran baru dalam hidup kita, bukanlah bermakna kita perlu melupakan lembaran hidup kita yang lalu. Ambillah peristiwa pahit itu sebagai pedoman dan iktibar untuk kita melangkah kehidupan yang baru dengan lebih sempurna. Bermuhasabahlah selalu. Hijrah Rasullullah dari kota Makkah ke Madinah harus dijadikan inspirasi untuk kita melangkah ke hadapan. We must be adapted to changed in a new environment.

Kita sebagai umat manusia mungkin tidak dapat lari daripada kelemahan seperti kecenderungan melakukan dosa yang baik sekecil semut mahupun sebesar gajah. Namun begitu, kita juga punyai kuasa untuk mengubahnya. Sememangnya, ia bukanlah perkara yang mustahil. Perkuatkan diri dengan iman dan kukuhkan amal ibadat. Maka itu pasti menjadi kenyataan!. Bagi yang ingin berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, maka mulakanlah azam baru dan perkuatkan juga semangat dan jatidiri untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. Jangan mudah mengalah dan berputus asa, jikalau generasi kita yang terdahulu mampu melakukan 'one-giant leap' di dalam keadaan serba kekurangan mengapa tidak kita pula sebagai generasi yang sudah cukup segala-galanya ini?.

Bukalah buku baru dalam hidup agar kita menjadi insan yang lebih sempurna. Disebalik nikmat panjang umur yang Allah telah kurniakan pada kita. Mungkin ramai masih belum tersedar bahawa ada yang telah pergi dahulu menghadap Illahi di usia yang sangat muda. Ajal dan ketentuan semua terletak di tangan-Nya. Sesungguhnya ajal itu tidak mengira usia. Izinkan daku memulakan belasungkawa buat seorang sahabat sekolejku dahulu.

Baru-baru pada Selasa lalu, aku mendapat khabar dari rakan sekolej lama akan kematian seorang sahabat sekolej kami dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Buloh. Hatiku mula berkecamuk. I was dumbfounded. Aku tidak menyangka arwah akan menemui ajal di dalam nahas jalan raya apatahlagi dalam umur semuda ini. Sejujurnya, aku bukanlah teman rapat arwah kerana kami berlainan program pengajian di kolej Cybernetics. Aku mengikuti Diploma Teknologi Maklumat manakala beliau pula mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan. Akan tetapi, disebabkan juga aku punya ramai kenalan daripada program dan hostel Fatahna Court yang sama dengan beliau. Maka secara tidak langsung aku juga 'terheret' untuk menjadi kenalan arwah. 

Masih segar dalam ingatanku pada semester kedua, sekitar Februari 2009. Akibat tidak masuk ke kuliah kerana pintu sudah dikunci. Aku dan si Ali "Shouran" melepaklah di kaki lima bawah JPN, Taman Maluri bersetentangan dengan tempat letak kereta kompleks Maluri. Di dalam rasa kebosanan akibat tak dapat masuk kuliah dan menunggu kuliah yang satu lagi, aku telah ditegur oleh Farah Natasya yang bersama arwah Lan dalam perjalanan ke kuliah mereka. Si Tasha lantas menegurku bertanya mengapa aku melangut di kaki lima itu dan kemudian bertanya pula mengapa aku 'sombong' tidak menegurnya beberapa hari yang lalu. Aku terdiam tanpa berkata apa-apa sambil menelan air liur kerana ramai rakan sekuliah modular dan programku sudah tahu bahawa aku seorang pemalu dan pendiam. Pada ketika itulah juga si Ali memperkenalkan arwah Lan kepadaku sebagai teman sehostelnya. Kebetulan pula mereka berasal dari negeri yang sama iaitu Perak, jadi boleh dikatakan mereka sahabat rapat pada waktu itu.

Hubungan mereka amatlah baik sejak dari mula tinggal di hostel Fatahna sehinggalah mereka menyewa di Pandan Jaya. Aku masih ingat lagi, di awal tahun 2010 arwah Lan pernah meniaga nasi lemak special  melalui preorder phone delivery dari telefon terus ke pintu rumah. Nasi lemak seringgit sebungkus lengkap seplastik bersama tisu, sudu dan garfu. Amat berbaloi daripada nasi lemak pakcik depan kedai motor yang bila hendak menjamahnya perlu mencari sudu dan garfu sendiri (at least, nasi lemak pakcik tu ada ayam seketul! jangan marah kawan erk). Si Wani punyelah memuji bagai nak rak beb. He He He.

Tasha, Wani, Dee, Aina, Lin, Jun, Jeff, Laila, Izzat, Sai, Zaf, Ajard, dan ramai lagi budak Business Management yang aku selalu temui buat study group dan assignment dalam library bersama dengan arwah Lan. Aku masih ingat lagi di saat itu, aku respek giler semangat setiakawan di antara korang budak-budak DPP berbanding kami budak DTM yang berpuak-puak. Jujur aku katakan, bila aku free tanpa sebarang assignment. Aku enjoy lepak dengan korang, walau aku berdiam tanpa berkata apa-apa bila bersama aku setia mendengar perbualan korang yang membuatkan aku terhibur. Aku paling rapat dan rajin sekali berborak dengan Tasha dan Wani, mungkin kerana di dalam urat kami mengalir darah tentera kerana kebetulan bapa kami bertiga adalah pegawai anggota tentera (yeah, we are military brat!). Arwah Lan daku lihat seringkali keluar masuk library untuk bertanya kepada pensyarah. Jika tidak silap aku, beliau menjadi rujukan teman sekuliah mereka. Arwah juga amat rapat dengan Lin, sorang lagi 'military brat' yang kusangka jauh lebih tua daripada kami akibat kematangan wajah dan perwatakannya. 

Tentang perhubungan beliau dengan teman serumahnya. Tidak perlulah aku ceritakan. Sebagai orang lelaki, kita tidak boleh lari daripada satu sikap yang dinamakan 'ego'. Lelaki yang nak naik umur 20 tahun biasalah beb. Darah panas menggelegak bagai dimasak lava gunung berapi Krakatau. Itulah darah lelaki. Pasal kerenggangan hubungan beliau dengan Ali tidak perlulah daku kisahkan pada korang semua. Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Tiada niat untuk mengaibkan langsung. Bagiku, ini perkara biasa dalam hidup lelaki di rumah sewa. Tell me guyz?, housemates mana yang tak pernah berkonflik??!!. Aku seringkali mendengar rungutan adik angkatku akan perangai budak-budak serumahnya. Jadi bagiku ini sudah lumrah. Ali, kau ampunkan sajalah arwah biar dia pergi dengan tenang.

Tasya, aku tahu dikau bersedih. Begitu jugak Wani, Lin dan ramai lagi budak-budak Business Management. Selamat jalan menempuhi alam yang satu lagi Lan. Segala kenangan kami terhadap kau akan tetap dikenang sampai bila-bila. Kami alumni Cybernetics (2008-2011) tidak akan sesekali melupakan kau.

Al-Fatihah



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget