Monday, November 12, 2012

Di Antara Bebalisme Dan Pluralisme Anak-Beranak

Ikutkan hati, dari awal lagi aku memang nak komen. Namun, disebabkan sudah ramai tampil bersuara menjawab balik kenyataan bodoh seorang anak sulung bekas pembesar negara yang sorang tuh. Disebabkan itu, aku dah malas nak komen sebab orang lain dulu dah komen. 





Let me tell you first, I'm not one of those so called keyboard warrior who rambles randomly at an issue whom he or she doesn't really know at all. Apabila dipastikan kesahihannya, maka barulah terdetik di hati aku menampalkan cerita tersebut dalam ruang blog ini. Inilah pokok pangkalnya bermula permasalahan isu yang hendak diulaskan. Korang semua dah tahu kan. Bijak kenyataan ahli parlimen first timer anak papa hebat ini?

Isu berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu, adalah suatu isu yang sangat sensitif untuk dipersoalkan kerana ianya sudah termaktub dalam Al-Quran dan Perlembagaan bahawa murtad itu adalah satu dosa besar dan Melayu agamanya Islam. Jadi,  sebarang usaha untuk mengubah dasar-dasar legasi penting Melayu Islam pastinya akan mendapat tentangan hebat. Oleh itu, janganlah sesekali bermain dengan api.

Seperti biasa, partai penternak golongan serbanistas totok terulung se-Malaysia dengan berbekalkan fahaman Macchiavelli yang baru mereka pelajari daripada bapak parasit merangkap bapak kandung anak papa hebat ini barangkali telah lama mereka pelajari semenjak didaftarkan oleh Nadarajan pada tahun 1951 cuma baru sekarang hendak praktikkan setelah mendapat lampu hijau tanda 'go on' daripada ulamak tersohor mereka yang 'holier than thou' akan datang beramai-ramai membela kenyataan anak papa hebat tersebut atas kapasiti sebagai sekutu kuat nombor wahid mereka. Inilah hakikat menjadi pencacai waima anjing paling setia dalam pakatan. Jadi spin doctor, macai bagai sanggup belaka. INIKAH NAMANYA PEMBELA DAN PEJUANG ISLAM NOMBOR WAHID DI MALAYSIA? Semua sekutu kuat mereka buat benar-benar belaka meskipun bercanggah dengan agama. Berikut kata salah sorang daripada mereka bukan suka-suka hati aku hendak menulisnya.


Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, " jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu ". Itu bukan paksaan kah namanya ?

Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, " ohhhh no no no .. you cannot leave islam ".

Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.

Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, " islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur " .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.

Saya rasa orang seperti ini, " it is better to let them go rather than to keep them ". Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.

Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, " kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal ". Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.

Ahli Pas 1956 (sumber SINI) Baca juga di SINI untuk menilai dengan lebih lagi tahap pemikiran mereka.

Entah betul ke tidak 'orang tua' tu dah menganggotai PAS semenjak tahun 1956 aku pun tak taulah. Boleh jadi dia bajet konon-konon dah bersama PAS semenjak dalam perut mak dia lagi. Who know's? He he he.. Inilah hakikat sebenar PAS sejak bersama bapa si anak tersebut.





Jikalau sekutu kuat serbanista mereka pun bertempik membela anak bekas pembesar negara ini, apatahlagi sekutu kuat mereka yang satu lagi tu. Alah, macamlah tak tau golongan Melayu Hipster yang menghalalkan darah orang Melayu yang mati dibunuh pengganas komunis dulu tuh. Akidah punya hal, parti politik lawan pulak yang dipersalahkan. Apa nak jadi lah. Tengah kemaruk tak dapat pekena candu ke apa orang tua tak sedar diri nih?.





Aku teringat cerita member sekuliahku, sorang anak Felda Jengka masa baru start belajar diploma di kolej Cybernetics empat tahun lalu. Dia menceritakan kepada aku dan geng-geng lepak yang lain di kafeteria depan kolej ketika zaman persekolahannya dulu, ada sorang anak pak imam telah ditangkap menghisap dadah (aku tak ingat sama ada ganja, kokain ataupun gam) oleh peneroka dan diserahkan kepada polis. Si ayah, yakni pak imam tersebut telah datang ke balai dan berhempas-pulas menegakkan benang yang basah membela anaknya yang bersalah itu dengan menuduh IANYA ADALAH KONSPIRASI ORANG-ORANG KAMPUNG hendak memburuk-burukkan nama dan kredibilitinya sebagai pak imam kerana berbeza pegangan politik walhal anaknya memang terbukti menagih dadah!. 

So, nampak tak persamaannya dengan keratan akhbar di bawah? 





Typical Meleis cheap mentality, bila anak buat salah seberapa teruk sekalipun sudah terbukti. Tetap jugak bela bagai nak mampus. Seriously, there's no need to say WTF anymore. Ini dah biasa beb. Korang tak payahlah hairan bila isteri anugerah Tuhan merangkap ibu anak papa hebat tu keluarkan kenyataan balas membela kelancangan mulut anaknya itu.

Kalau terlajak kereta boleh reverse, tapi kalau terlajak kata boleh reverse tak?. Siapa kata tak boleh beb!. He he he.

Nurul sokong kebebasan agama untuk Melayu



PETALING JAYA: Peguam yang bertanya kepada Nurul Izzah sama ada orang Melayu patut diberi kebebasan agama sama seperti bukan Islam pada sebuah wacana hari ini melahirkan rasa kesal dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kerana dikatakan mengubah pendirian. 
Siti Kasim menegaskan jawapan yang diberikan oleh anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada wacana itu Sabtu lalu membayangkan beliau (Nurul) menyokong orang Melayu diberikan kebebasan agama sedemikian.
Siti berkata beliau terkilan Nurul mengubah pendiriannya selepas dikritik oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin PAS dan NGO Islam yang menuduh Naib Presiden PKR itu sebagai menggalakkan murtad.
“Saya percaya Nurul (ketika itu) cuma sedang cuba mengambil hati hadirin, beliau tidak memikirkan natijah (kenyataannya), Siti dipetik berkata oleh portal FMT. 
Peguam itu yang juga ahli jawatankuasa hak asasi Majlis Peguam berkata Nurul sepatutnya bertegas mempertahankan pendiriannya bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu yang beragama Islam. 
“Tidak ada apa salah dengan pendirian itu. Beliau bercakap benar. Memang pasti (jawapannya) akan mencetus kontrovesi, tetapi sebagai ahli politik anda harus berpegang kepada kebenaran,” kata Siti.
Siti akur bahawa Nurul tidak menggunakan perkataan murtad dalam jawapannya itu namun berkata Ahli Parlimen itu jelas mahukan orang Melayu diberikan kebebasan beragama.
“Namun pada hari-hari seterusnya beliau menarik balik kenyataannya itu dan menegaskan beliau tidak menggalakkan murtad. Tetapi secara tidak langsung apabila anda berkata anda menyokong kebebasan beragama dan jika (berdasarkan hak itu) orang Melayu mahu keluar daripada Islam, itu adalah murtad,” jelas beliau. 
Siti berkata beliau pernah mengajukan soalan sama kepada Anwar namun tidak mendapatkan respon jelas daripada ahli politik veteran itu. 
“Beliau (Anwar) memberi  jawapan kabur. Kita mahukan  ahli politik untuk berterus terang,” ujar Siti.
Siti mendakwa pihak yang mengkritik Nurul adalah golongan konservatif yang menegaskan hanya versi Islam mereka yang betul.
Antarapos semalam menyiarkan klip video jawapan penuh Nurul kepada soalan yang diajukan oleh Siti pada wacana Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya.  
Siti bertanya : “Apabila anda bercakap mengenai kebebasan beragama, adakah anda juga maksudkan bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?
Jawab Nurul - “Tidak harus ada paksaan di dalam agama..... Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum) 
“Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik yang mengatakan untuk orang Melayu ini cara ia patut dilakukan. 
Nurul akan memberi kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Selangor esok berhubung isu itu yang turut mengundang teguran daripada  oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Nurul menafikan beliau menggalak murtad dan akan menyaman sekurang-kurangnya dua akhbar dan beberapa blog yang didakwa cuba memberikan gambaran sedemikian. 
Ini pula ulasan Ustaz Nasharuddin Md Isa berkenaan kenyataan anak papa hebat itu..


Nurul Izzah Perlu Taubat

Mukadimah – “Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya.’’ Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD, beliau menjelaskan secara terperinci di mana silapnya kenyataan Nurul Izzah yang dianggap beliau boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat Islam. Nasharudin juga turut mengupas tentang Muktamar Tahunan Pas Ke-58 yang akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan minggu depan.

MINGGUAN: Apa pandangan Yang Berhormat (YB) tentang kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu?

NASHARUDIN: Isu ini pada saya, sangat fundamental dan menyentuh umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya, ditinjau daripada segi tasawwur dan epistemologi Islam. Isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat di Malaysia.
Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja. Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen berkenaan dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contohnya kononnya disalahtafsir atau disalahpetik. Ketiganya, ramai di kalangan kita termasuklah saya sendiri, mula mendapat tahu isu tersebut dalam portal media internet.
Dan keempatnya, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat dan dengar hampir setiap hari di dalam berita televisyen kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim – amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang beliau ucapkan itu. Itu adalah empat perkara penting yang menggarisi ulasan saya seterusnya.
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT”. Ini kaedah Islam yang digunapakai sehingga kini oleh para ulama.
Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan. Dalam hal ini beliau mentafsirkan ayat ke-256 surah al-Baqarah yang bermaksud ‘Tiada paksaan dalam agama’ untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan, iaitu dengan maksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan beragama. Itu adalah maksud yang amat jelas daripada ucapan beliau yang dilafazkan secara zahir lagi terang. Begitulah yang boleh difahami dan setakat saya bertanya beberapa kali dengan ramai kalangan yang turut sama mendengar ucapan beliau tersebut.
Itulah perkara zahir yang diucapkan oleh Nurul Izzah yang dirakam secara verbatim tanpa edit oleh media elektronik. Disebabkan itu, maka Nurul Izzah harus memberi penjelasan – umpamanya apa sebenar maksud beliau jika menafikan berkata begitu? Apa hujah beliau berkata demikian? Jika beliau akui berkata demikian, beliau harus menariknya semula kerana kata-kata itu bertentangan dengan epistemologi dan tasawwur Islam.
Mudahnya, ia menyalahi hukum Islam, bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah bertentangan dengan akidah Islamiah yang suci murni itu. Kenyataan beliau juga menyalahi pemahaman dan tafsiran yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah dianggap beliau memahami tafsiran Melayu-Islam dalam konteks Perlembagaan Negara. Kalau tidak pun menarik balik kenyataan tersebut kerana ini ada berkaitan dengan akidah.
Ayat ‘Tiada paksaan dalam agama’ itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran itu bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.
Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim, maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud ‘Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak hak untuk memilih……’ terpakai ke atasnya sebagai Muslim. Ini adalah tafsiran tanpa khilaf di kalangan ulama sejak dulu hingga kini. Orang Islam tertakluk dengan ayat ini. Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak kita tidak ada hak untuk memilih. Hak kita hanya (Sami’ na wa ata’na) yakni “kami dengar, dan kami taat” sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran.
Oleh itulah, istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat “Tiada paksaan dalam agama” itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas “Akidah dan Syariah Islam.
Kedua, ia juga bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang saya sebut terdahulu, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya adalah kenyataan yang cukup besar dan membawa implikasi yang amat dalam kepada umat Islam di Malaysia .
Saya juga sudah membaca sebuah laporan di dalam Utusan Malaysia yang menyiarkan berita mengenai individu yang bertanya soalan itu kepada Nurul Izzah. Orang yang bertanya itu pula secara kebetulan seorang peguam berdaftar, menyatakan bahawa dia sendiri amat memahami apa yang dijawab oleh Nurul Izzah sebagai mengiyakan supaya orang Melayu boleh dan berhak memilih agama – dengan maksud “tidak semestinya orang Melayu itu menjadi Muslim secara natural, jika orang Melayu itu tidak mahu memilih Islam sebagai agamanya”. Itulah konteks ucapan beliau, sebab itulah saya kata isu ini merupakan satu isu yang besar dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut.
Dalam hal ini, saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Mengasihani. Yang paling penting di sini, kita sedar kita silap dan memohon maaf kepada siapa yang telah lakukan kesalahan berkenaan, dan selepas itu bertaubat kepada Allah SWT. Inilah kelebihan Islam di mana Allah SWT memahami kelemahan insan.
Dalam kes ini, Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
Sebab itulah saya merasakan isu ini boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat kita. Sebagai komponen Pakatan Rakyat, Pas khasnya, kepimpinan Pas yang terdiri daripada kalangan ulama harus memandang serius kenyataan ini. Sebelum ini, isu hudud telah menimbulkan satu polemik besar dalam masyarakat dan ia tidak terjawab sehingga hari ini. Saya telah menyatakan pendirian secara terbuka tentang isu hudud ini, bagi saya, ia merupakan satu tamparan yang cukup kuat kepada Pas dalam usaha kita hendak meneruskan agenda memperkenalkan Islam itu kepada masyarakat.
Sekarang isu terbaru ini pula yang berbangkit dan bagi saya, kenyataan zahir yang dibuat oleh Nurul Izzah bercanggah dengan Islam dan dengan apa yang sepatutnya difahami daripada ayat yang beliau bacakan itu.

Ada pemimpin kanan Pas yang menganggap isu yang dikaitkan dengan Nurul Izzah ini isu remeh?

NASHARUDIN: Bagi saya, ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh. Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud “Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya”. Mentafsirkan Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.

Tetapi masalahnya ada beberapa pemimpin kanan Pas mempertahankan kenyataan Nurul Izzah?

NASHARUDIN: Saya lihat orang yang mempertahankannya itu bukan berlatar belakangkan pengajian Islam secara akademiknya apatah lagi dari kalangan ulamak. Dalam hal-hal tentang pentafsiran ayat-ayat al-Quran biarlah ahlinya sahaja yang bercakap. Janganlah kerana (mungkin) hendak dikaitkan dengan politik, tuduhan dan sebagainya ada orang yang bukan berlatar belakang asas pengajian Islam pun hendak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam. Ini yang akan terus menerus menimbulkan polemik.

Ada pihak yang mengaitkan kenyataan Nurul Izzah itu dengan agenda fahaman pluralisme?

NASHARUDIN: Kita berhukum pada perkara yang zahir. Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam kategori mengiyakan fahaman liberalisme iaitu ‘meliberalkan’ fahaman agama Islam dan ‘mempluralkan’ fahaman agama Islam. Meletakkan agama Islam itu sama taraf dengan agama-agama lain.
Ini bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan akidah Islam. Betul, ada ayat al-Quran yang menyatakan tiada paksaan dalam agama dan Allah sendiri menyebutnya dalam al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 6, yakni lakum dinukum wa liyadin bermaksud “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku.” .
Maksudnya di sini, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kita menghormati orang beragama Kristian, orang yang memilih Hindu sebagai agamanya, kita menghormati orang memilih Buddha sebagai fahamannya.
Daripada segi hormat-menghormati, ya kita dituntut menghormatinya. Saya juga selalu menyebut Islam mengajar kita untuk menghormati orang sesama Islam sebagai saudara kita seiman dan orang bukan Islam sebagai saudara kita seinsan. Paksa tidak boleh. Tetapi barang diingat, berdakwah, sama ada kepada Muslim atau non-Muslim, adalah wajib dan berterusan sehingga hari kiamat. Demikilah Islam yang mesti kita baca dan faham dalam konteks the bigger picture of Islam. Dan memberi kebebasan beragama kepada orang Melayu “untuk memilih agamanya sendiri” adalah satu saranan yang cukup bercanggah dengan ajaran Islam dan peruntukan Perlembagaan kita.

Ada penyokong-penyokong Pas merasa tidak selesa dengan isu Nurul Izzah ini, sejauh mana YB yakin Pas ada keberanian bersuara dalam isu ini.

NASHARUDIN: Apa yang saudara katakan itu betul yang mana ramai yang menghubungi saya tentang isu ini. Mereka tunggu kenyataan kepimpinan tertinggi dan sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi. Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan. Saya katakan saya bukan kepimpinan tertinggi. Namun atas nama seorang Muslim saya berpandangan Pas harus berani menyatakan pendiriannya sebagaimana orang Pas diajar dalam skema tarbiah Pas itu sendiri.
Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas. Dakwah yang dibawa oleh Pas sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang ialah mengajak kepada Islam yang syumul. Kita selalu dididik dalam Pas untuk menghayati ayat 208 surah al-Baqarah yang bermaksud “Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya”.
Itulah yang dididik oleh Pas kepada kami. Betul, kita boleh berkawan dengan pihak lain sehingga ke peringkat bertahalluf daripada segi siasahnya tetapi seperti yang saya katakan dahulu at-tahalluf as-siyasi ada syarat dan batasnya juga. Kita berkawan dengan orang (parti lain) ada syarat-syaratnya.
Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan ketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahun Pas Ke-58 minggu depan. Mengapa tidak – bukankah ini isu yang sangat fundamental dalam arus perdana dasar perjuangan Pas yakni, al-amru bil makruf, wan-nahyu ‘anil munkar – menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada kejahatan.
Dalam isu Nurul Izzah ini kita mesti menjaga dan membela kredibiliti Pas dalam memperjuangkan Islam yang mana akidah tidak sepatutnya dipolitikkan. Pemikiran dan amalan pluralisme dan liberalisme bercanggah dengan perjuangan Pas sejak parti ini ditubuhkan. Selain sebagai seorang Muslim, saya juga bercakap sebagai aktivis Pas dan Ahli Majlis Syura Pas. Saya sudah menjalankan tugas mengeluarkan kenyataan ini – mendahulukan asas Islam daripada perimbangan dan perkiraan poltik kepartaian.
Kredibiliti Pas harus diangkat kerana kita telah diterjah dengan beberapa isu yang Pas tidak respons dengan cara yang dikehendaki oleh Islam dan juga oleh ahli serta para penyokong Pas. Jadi, dalam isu ini diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persiapan Pas untuk menghadapi PRU-13 dengan imej Islamnya tidak akan terganggu sehingga mengakibatkan nanti boleh hilang kepercayaan pengundi-pengundi teras Pas iaitu orang Melayu Islam. Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas harus proaktif dan berani memastikan haluan parti berada di atas landasan syarak yang jelas.Wajib bersuara di mana perlu kerana tanggungjawab dan amanah disaksikan Allah SWT.

Apakah kesannya dalam isu ini jika Pas tidak membuat pendirian yang jelas?

NASHARUDIN: Saya melihat ada kesannya. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa Pas akan bertanding dalam kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti pengundi di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, bukankah kita selalu menyebut bahawa politik adalah hal berkaitan dengan persepsi rakyat dan masyarakat.
Jadi persepsi yang sebegini, apabila Pas tidak dilihat mendepani atau berada di saf hadapan mempertahankan hal yang berkaitan dengan akidah atau menjelaskan hal berkaitan dengan ‘akidah mungkin orang akan letakkan Pas ini sama tarafnya dengan parti-parti politik yang lain.

Adakah benar timbul persepsi meluas bahawa keengganan Pas membuat teguran dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang?

NASHARUDIN: Beginilah, tegasnya saya lebih bersedia dan jauh lebih baik jika saya singgung rakan dalam pakatan daripada menyinggung Islam itu sendiri ataupun menyinggung dalam konteks politiknya harapan dan kepercayaan orang yang hendak melihat Pas ini memperjuangkan Islam.

Imej Pas sudah tercalar
Apakah yang YB lihat signifikannya muktamar Pas yang akan diadakan di Kelantan minggu depan?

NASHARUDIN: Saya dapat merasakan muktamar kali ini akan tertumpu kepada isu-isu dalaman parti, persiapan PRU-13 dan juga mungkin peranan Pas sebagai gerakan Islam sama ada di peringkat serantau mahu pun di peringkat antarabangsa sebab sudah ada perkembangan mutakhir ini yang menyebabkan imej Pas sudah tercalar di mata rakyat khususnya.
Saya telah didatangi oleh wakil Ikhawanul Muslimin dari Syria tiga hari lepas. Mereka datang ke rumah saya. Mereka bertanyakan apakah pendirian Pas sebenarnya dalam isu di Syria ekoran keluarnya berita di televisyen Syria mengenai lawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Menteri Hal Ehwal Agama Syria di Damsyik baru-baru ini.
Kenyataan Mohamad Sabu yang dikeluarkan di dalam temu bual tersebut telah menimbulkan tanda tanya yang cukup besar dalam kalangan rakan-rakan gerakan Islam di Syria. Ini adalah kerana dunia sedar dan amat memahami keadaan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad ke atas rakyatnya sendiri, berlakunya pembunuhan, isu tajaan Syiah untuk membunuh orang Islam di Syria ini. Yang menjadi ironinya, di tengah-tengah konflik ini tiba-tiba Timbalan Presiden Pas pergi mengunjungi Menteri Hal Ehwal Agama Syria. Dari segi roh Islam dan kepemimpinan parti yang memperjuangkan Islam, ini adalah merupakan satu isyarat yang cukup tidak baik dan cukup negatif kepada Pas.
Saya sebutkan kepada rakan-rakan kita dari Syria yang saya bukan lagi kepimpinan tertinggi Pas. Saya cadangkan supaya mereka bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan. Itu dalam konteks antarabangsa. Dari konteks organisasi pula terlalu banyak isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang akan dibahaskan oleh para perwakilan. Saya dapat merasakan mungkin juga akan ada perbahasan mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu Islam yang tidak dapat diketengahkan pada tahap yang sepatutnya kerana kepemimpinan terlalu mementingkan hubungan antara parti dari segi politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya. Sekarang ini telah masuk hampir tahun kelima kita menubuhkan kerajaan bersama. Demikianlah saya rasa di antara isu-isu yang akan dibangkitkan oleh perwakilan dalam muktamar akan datang.

Berbalik mengenai kumpulan rakan-rakan dari Syria yang bertemu dengan YB, apa yang diluahkan oleh mereka sebenarnya?

NASHARUDIN: Mereka bertanya terus kepada soalan mengenai apa sebenarnya pendirian Pas terhadap isu peperangan yang berlaku di Syria ini. Saya kata, saya tidak boleh menjawab bagi pihak parti kerana saya bukan lagi kepimpinan tertinggi. Saya cadangkan mereka bertemu dengan Presiden. Bagaimanapun saya menyebut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya sudah mula hendak memahami keadaan di Syria ini.
Apa yang berlaku itu adalah kezaliman rejim pemerintah kepada rakyat kemudian rejim pemerintah ini mendapat sokongan, dokongan iaitu dalam konteks mazhab daripada Syiah dan dari segi negaranya sokongan daripada Iran dan sebagainya. Apabila laporan banyak dibuat di media meskipun ulasan tidak menyeluruh namun sedikit sebanyak ia telah memberi kesedaran kepada umat Islam negara kita terhadap isu yang berlaku sekarang ini di Syria.

Ada pandangan agar para perwakilan mendesak Pas menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dan menghapuskan imej Pas sebagai ‘pak turut’

NASHARUDIN: Politik ini adalah berkait rapat dengan persepsi dan itulah persepsi yang berlaku sekarang sama ada persepsi itu benar atau dibentuk. Pas dilihat semacam hilang taringnya, tidak ke depan dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan umat Islam. Pas juga dilihat menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu.
Semua perkara ini harus diberi penjelasan dan paling penting dan getir kerana kita juga terpaksa akur PRU-13 kali ini tinggal had masa maksimum kurang empat bulan sahaja sebelum pilihan raya diumumkan. Boleh ke kita dalam tempoh ini kita perbaiki imej Pas ini? Seperti yang saya sebut tadi, saya rasa tiada siapa yang boleh menafikan imej Pas telah tercalar.
Di peringkat antarabangsa pula, paling tidak, isu lawatan Timbalan Presiden Pas ke Syria akan disuarakan dan beberapa isu lain. Di peringkat tempatan ia berkaitan dengan pendirian-pendirian Pas, kenyataan-kenyataan Pas dan isu-isu yang tidak diketengahkan oleh Pas termasuk isu-isu berkaitan dengan ketelusan pengurusan dan pentadbiran yang timbul di beberapa buah negeri yang ditadbir oleh Pas. Harapan saya adalah supaya muktamar ini tidak menjadi muktamar yang bersifat konvensional tetapi sesuatu yang perlu diasak supaya Pas dapat maju ke hadapan dan betul-betul menjadi parti Islam yang dominan dalam pakatan rakyat yang mempertahankan kepentingan Islam.
Suara Pas mestilah menjadi suara yang dominan mempertahan dan memperjuangkan Islam sebab itu merupakan perjuangan Pas sejak awal – awal lagi dengan meletakkan Islam pada tempatnya. Jika Pas hanya sekadar menjadi, seperti istilah bola sepak ‘field passenger’ saja, saya rasa Pas hilang manfaatnya kepada umat Melayu-Islam secara khusus dan masyarakat umum Malaysia secara amnya.

Apakah peranan dan saranan atau isyarat yang perlu diberikan oleh Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas supaya Pas kembali ke perjuangan asal?

NASHARUDIN: Memang ada satu gerakan atau saranan bagi memastikan pimpinan tertinggi dalam parti terdiri daripada golongan ulama. Ini telah menjadi perdebatan dalam parti sejak sekian lama. Walaupun ada hujah seperti yang disebutkan tadi (mengenai golongan profesional) iaitu apa yang penting adalah institusi dan bukan individu tetapi bagi saya kedua-duanya penting. Presiden penting. Kita memerlukan seorang tokoh ulama menjadi presiden parti. Alhamdulillah, presiden kita sekarang mempunyai ketokohan itu sebab ada ketikanya selain daripada keputusan yang hendak dirujuk kepada Majlis Syura, keputusan hendak dirujuk kepada Dewan Ulama, Presiden juga harus mempunyai identiti dan mempunyai keberanian dan mempunyai kekuasaan untuk menentukan arah tuju parti. Apabila disebut arah tuju parti sudah tentu arah tuju terasnya Islam, matlamatnya Islam, kaedah yang hendak disampaikan mestilah bersandarkan Islam.
Saya sebenarnya bimbang jika berlaku perubahan konsep itu, sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin dengan alasan kita sudah ada Majlis Syura dan Dewan Ulama untuk menghuraikan isu-isu berkaitan hukum dan dasar-dasar Islam. Ulama diperlukan bukan sahaja untuk duduk dalam jawatankuasa Penasihat Syariah, tetapi juga ulama diperlukan sebagai pemimpin parti .

Adakah isu pelaksanaan hukum hudud dijangka ditimbulkan dalam muktamar kali ini?

NASHARUDIN: Ahli-ahli ada menghubungi saya, terutama mereka yang masih berkomunikasi dengan saya antaranya kepimpinan di peringkat kawasan. Pagi tadi pun ada seorang ulama Pas menghubungi saya. Isu hudud ini adalah identiti bagi Pas. Selain daripada identiti ketelusan, kesederhanaan, dan juga beberapa identiti Islam lain yang ditonjolkan, identiti yang agak besar yang ada pada Pas ini adalah perlaksanaan hukum hudud. saya rasa isu ini akan turut dibahaskan oleh perwakilan sebab isu ini adalah isu yang melekat mendalam di hati ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.
Ini yang membezakan Pas daripada UMNO. Inilah juga yang membezakan Pas daripada parti politik lain iaitu Pas berjuang untuk menegakkan syariat Allah. Syariat Allah ini luas dan salah satu aspek syariat Allah itu adalah aspek hukum jenayah atau undang-undang syariah. Salah satu aspek undang-undang syariah ini adalah undang-undang hudud yang mana saya berpendapat melalui peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perundangan negara kita ini ada peruntukan dalam hukum hudud ini boleh kita laksanakan.
Tiba-tiba dilihat seolah-olah kita (Pas) beri jalan kepada orang untuk tidak boleh melaksanakan undang-undang tersebut dan dilihat juga semacam kita (Pas) ini berlembut untuk membolehkan ia tidak dilaksanakan. Sudah tentulah perkara ini menimbulkan keresahan di kalangan ahli – Mingguan Malaysia, 11 November 2012
Way to go Ustaz Nasharuddin!

Akhir kata buat Nurul Izzah.. Aku tak mintak disaman, cuma suarakan pendapat orang lain jer. Nak saman? Saman jelah cybertroopers UMNO. I'm not one of them anyway. Hehehe


Shacklesmith : Kalau tak nak dituduh keluarkan kenyataan berbau kontroversi janganlah menggatal pergi menyertai forum-forum haramjadah yang dianjurkan oleh geng-geng anasir Soros musibat tuh!. Lebih baik diam jer lagi bagus.



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget