Monday, November 5, 2012

Infografik : Cube Borak Pasal Politik Dengan Pakwe/Makwe Korang.. Ada Berani?

Selalunya, bila bertemu dengan kekasih korang. Topik apakah yang selalu korang perbincangkan?. Aku dah agak kebiasaannya, topik yang selalu korang bincangkan semestinya perkara cliche yang lebih menjerumus kepada hal ehwal kekeluargaan dan hiburan semata-mata. 



Biasanya, masalah keluarga, saudara-mara, problem dengan member dan segala isi lubuk hati yang dibincangkan. Yelah kan, bila berjumpa dengan kekasih hati tu kenalah ada sesi luahan perasan. Barulah hubungan kasih mesra di antara dua sejoli bertambah erat kan. Selain daripada tu, benda lain pulak hanyalah benda-benda yang bersangkut paut dengan duniawi semata macam plan nak makan di restoran yang sedap-sedap, pergi konsert ataupun tengok wayang cerita terbaru.

Jarang sekali hal-ehwal agama dibincangkan kecuali kalau pasangan merpati dua sejoli itu spesies serbanista. Kenapa, sebab pasangan yang jahiliah ini berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam lembah zina!. Itupun kalau ada yang mengambil langkah hati-hati. Mostly, yang sayang mak bapak takkan buat benda haram ini. Kalau adapun tentu ringan-ringan sajer (itupun sudah kira dosa dah.. haram dowh!)

Anyway, aku topik yang jarang sekali dibincangkan malahan disebut-sebut dalam conversation antara sepasangan kekasih adalah POLITIK. Kenapa POLITIK? sebab kalau diikutkan persepsi golongan muda dulu, topik ini hanya layak dibincangkan di warung kopi oleh orang tua-tua yang dah pencen. Akan tetapi kini, ramai anak muda sudah celik politik. Tengok sajer di khemah baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Anak muda yang ramai join!. Jadi apa salahnya hal berkaitan politik dijadikan bahan bualan pasangan merpati dua sejoli?.

Usahkan orang muda, pakcik makcik duda janda yang dok gatal berdating sebab nak mencari galah ganti pun boleh menjadikan politik sebagai buah perbincangan. Berbalik kepada konteks yang lebih general lagi mengapa wajar topik politik diketengahkan kerana ada dikalangan ibubapa yang menjadikan faktor politik sebagai modal utama dalam mencari  jodoh anak masing-masing. Yelah kot, khuatir kemungkinan untuk berbalah dengan bakal besan pasal berlawanan ideologi politiknya kan. He He He. Parents aku dengan mertua akak aku ok jer sampai la ni. Tak kecoh sangat pun.

Nah, to me I don't really give a s#it about it. Lantaklah bakal bini aku daripada fahaman politik mana janji keluarga restu. Ini dia Infografik mengenai topik yang sama di Amerika Syarikat.


Sumber : Dailyinfographic

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget