Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010! Cetusan hati nurani Shacklesmith


Good Bye 2010, tu hanyalah yang hanya mampu aku ucapkan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, 2010 memang banyak meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap hidup aku. Aku semakin mengenali lebih ramai manusia dari bermacam-macam ragam. Segala hajat yang aku pohon ketika 2010 membuka tirai, ada yang dapat dan ada jugak yang tak tertunai. Macam biasa, aku dapat kawan dan aku hilang kawan. Elok aku berkawan dengan dia sekali entah sapa datang dari mana terus rampas dia dari aku. Semuanya, aku harungi dengan tabah dan penuh rasa keredhaan kerana aku tau segala yang baik datang dari-Nya. Manakala, segala yang buruk datang dari salah kita sendiri akibat kesilapan diri sendiri mencaturkan kehidupan kita yang fana ini. Itulah takdir dan ketentuan ilahi yang menentukan segala perjalanan hidup kita. Kadang-kadang rasa nak surrender tapi bila pikir balik life must go on


Cinta? soal yang sungguh cliche yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap anak teruna dan juga dara. Dalam tahun 2010, ramai kawan aku dapat pakwe dan makwe baru. Ada berkapel sekejap, dan ade bercinta sampai sekarang. Bahkan, ada jugak yang kecundang di tengah jalan. Sungguh banyak yang perlu diharungi dan dikorban demi sebuah cinta yang abadi ni kan. Sanggupkah, aku berkorban untuk semua tu? Terserah jelah pada Allah SWT untuk menentukannya. Aku? pernahkah aku serius dalam bercinta sebelum ni?. Ade rezeki nak bercinta, aku tolak mentah-mentah tapi bila aku nak merasa hatta sedikit kemanisan percintaan tak terbalas pula hajat ku itu. Bak kata pepatah 'Yang dicari tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ada orang tanya kat aku, kenapa aku tak pernah ade awek. Biasanya, aku akan jawab 'nak buat camner beb, rezeki takde. aku ni bukan macam mamat lain, ade kereta, motor ngan macam2 lagi'. Tapi dalam hati kecil ni pulak menjawab, 'aku tak faham apakah erti di sebalik percintaan itu dan adakah ianya akan berakhir dengan rumah tangga seperti yang aku idamkan?'. Terus terang aku katakan, memang payah aku nak yakin akan sebuah relationship tu dan aku ni jugak bila dah kecewa memang payah aku nak berbaik semula dengan orang yang aku kecewakan kan itu meskipun dah berbuih mulut aku mintak maaf kat dia. Paling penting, zaman sekarang ni orang perempuan hanya mahukan yang terbaik aje dalam percintaan mereka macam nak balak yang sentiasa ada disampingnya asyik berkepit 24 jam dan korang semua tahulah secara automatiknya muncul kriteria seperti ada kereta, motor, kredit full sepanjang masa and i'm afraid i can't provide them with all their needs. Guys, paham-paham jela senang cakap cinta sekarang berpaksikan harta ajer. Korang kena jadi  a best player in the match if not, surely you lose the game. Zaman dulu dengan sekarang takde bezanyer, dulu nak tackle awek pakai kuda dengan pedang. Sikalang, guna itu kereta sama duit maahh. I rather be a warrior who dies in the heat of battle than dying in the garden of love. All i'm begging for is for changes in this 2011.


Tahun 2010 jugaklah banyak peristiwa penting berlaku kat negara kita. Bencana alam? toksah citerlah, banjir tiap-tiap tahun berlaku. Peristiwa hiburan tanahair, macam biasalah. Ada-ada jer gosip panas yang Melodi kat TV3 tu hidangkan. Aku pun naik muak kontroversi sana sini sampai aku rasa nak jadi pengarah filem pun tak senang nak cari makan kalau asyik dilanda kontroversi ajer. Sampai bilerlah industri nak maju kalau benda yang kecik tu pun nak diperbesarkan?. Jadi pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi, penggubah lagu, dan promoter tu bisnes jugak. Kalau sorang bangkrap yang lain pun terpercik jugak tau. Dr Rozmey pun sampai dikutuk menggila bagai nak rak. Terus terang jela aku nak gitau kat korang semua, secara personally memang aku tak berkenan dengan strategi  bisnes Dr Rozmey yang mempromosikan filem 2 Alam yang tak best langsung tu. Tapi takdela nak buat dia jadi bahan kutukan, kalau tak puas hati pun kutuk jela dengan cara yang lebih ilmiah walaupun si cendawan tu tak terima langsung. AJL 23 yang berlangsung Januari lepas pun tak kurang hebatnya sampai dipengaruhi anasir Freemason dan Illuminati laknatullah! inilah akibatnya kalau nak tiru sangat Hollywood tu. Sampaikan yang haram pun dicedok sekali, iklan TV3 masa hari raya tu pun sama. Lain kali, carilah idea yang betul sikit dan tak tersasar dari landasan yang sepatutnya. Kita ni orang Islam. Pasal politik, aku malas nak sentuhlah buat masa ni. Memang tak dinafikan politik tu kotor, ada parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam tapi perangai ahlinya langsung tak mencerminkan Islam sampai sanggup jadi kuda tunggangan dan lembu parti kafir lagi. Begitulah jugak parti yang kononnya memperjuangkan Melayu tapi hanyalah kosmetik sahaja. Parti politik yang kononnya memperjuangkan kesamarataan antara semua kaum hanyalah pandai bermuka-muka saja. Hakikatnya, mereka pencetus kacau bilau suatu ketika dahulu dan secara halusnya memperjuangkan agenda kiasu kaum mereka saja. Politics is just plain dirty at the uttermost core


Anak-anak buah aku pun makin lama makin cerdik, seronok aku tengok dorang membesar. Melayan kerenah budak-budak semua ni sememangnya memeningkan kepala. Tambah lagi kat rumah aku dah ade TV Plasma 15 inci, makin teruklah aku nak berebut dengan dorang. Anak buah aku yang paling tua sekali tahun 2011 ni nak masuk darjah satu. Pak Su harapkan kau janganlah degil sangat erk. Nanti kena marah cikgu, bukan apa. Kau tu dahlah degil ya amat. huhuhu :D. Oh yer, tak lupa. Team Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010. Congratulation boy's, you all done a great job's. Okeylah, Shacklesmith dengan berbesarkan hati nak tujukan lagu ni kat korang semua. Lagu ni dengar cerita lagu raya, tak taulah tang mana bunyi mood raya-nyer tuh. Tapi lagu ni memang aku minat. Okey jom dengar lagu tu. Semoga 2010 kekal dalam kenangan kita semua. Assalamualaikum dari Shacklesmith untuk anda. 


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget