Hari Ahad yang lepas, aku berkunjung ke KL Convention Centre untuk melawat Pikom Digital Lifestyle Expo yang berlangsung selama dua hari dari 10 hingga 12 Disember. Apa bezanya dengan Pikom PC Fair, rupanya baru aku dapat tau yang sebenarnya Pikom PC Fair telah dipakejkan semula sebagai Pikom Digital Lifestyle Expo. Pandai betul strategi pemasaran dorang kan?. Disebabkan itu merupakan hari terakhir ekspo itu akan menutup tirai, maka untuk tidak melepaskan peluang aku pergilah ke sana walaupun keseorangan. Sebenarnya, kalau nak diikutkan hati mau aja aku pergi KLCC hari Sabtu tu. Tapi disebabkan akak aku buat open house menyambut ulang-tahun anak buah aku, jadi terpaksalah aku pergi hari Ahad tu jugak. Biarlah sesak macam manapun, janji aku dapat kehendak hati aku. Tu pun nasib baik aku tak memandu ke sana, kalau tak jenuh aku mencari parking yang memang payah nak dapat bila hari weekend tambah lagi masa Pikom Digital Expo tu berlangsung. Jangan haraplah, sewa petaknya punyalah mahal tapi orang kalau dah nak membeli-belah peduli apa dia kan. Aku bajet 20-30% nombor plate kereta yang menyewa pun mungkin datang dari luar KL. Bagi aku, tu semua tak jadi masalah lah sebab aku pun kalau nak pergi KLCC naik LRT ajer dari Bangsar ataupun KL Sentral. Haha, kan senang beb. Biarlah terbakar duit aku sikit nak membayar tambang pergi balik asalkan aku dapat pulang dengan selamat. Walaupun tak dinafikan, kalau aku drive ke sana dapat jugak aku melencong sampai ke Putrajaya kalau aku nak sekalipun because i've got the key dan aku boleh balik bila-bila masa jer kalau nak aku nak pun.
Seperti biasalah, kalau aku nak pergi ke LRT station pun mesti kene ade orang yang menghantarnya jugak kan. Yela, rumah aku dengan LRT Bangsar ( nearest to my house ) bukannya dekat pun. 2 batu jauhnyer, nak pegi sana naik bas pun takde. So, aku tumpanglah kereta akak dengan abang ipar aku. Sampai jer kat KL Sentral akupun terus meluru kat stesen LRT Putra. Masa tu biasalah hari minggu kan, nak beli tiket pun kena beratur panjang. Aku ni dahlah jenis orang yang tak berapa nak penyabar. So, aku beli lah tiket kat automatic ticket vending machine yang tak ramai orang pun nak membeli kat situ sebab leceh dapat small change duit syiling. Aku pun tak ambik pot la sangat sebab dah berapa bulan aku tak naik LRT pergi jalan-jalan kat KL nih. Punyelah lama sampai destinasi pun aku tak pasti nak kemana. Dekat sebelah aku pulak, ada sekumpulan awek-awek yang pada firasat aku baru balik dari cuti semester sebab nampak dorang angkut beg besar. Gua pun apa lagi beb, pasang telingalah dengar apa dorang borak sambil beli tiket tuh. Dengar-dengar dorang nak ke Masjid Jamek. Jadi aku yang tak sedar sepatutnya aku pergi KLCC pun terikut-ikutlah kepala dorang yang nak ke Masjid Jamek. Dipendekkan cerita, aku pun beli sekali tiket pergi Masjid Jamek!. Aduyai, lepas beli tu aku yang masih tak sedar-sedar pun pergilah naik ke atas menunggu kat departure platform dengan harapan dapat naik satu gerabak bersama awek-awek cun tadi. Hehe, ambik kesempatan nampak ye bro? :). Aku perasan dorang kat belakang selepas naik eskalator terus duduk kat bench tepi platform tu. Tak sampai 5 minit, tren yang kitorang tunggu dah pun sampai. Bab naik tren Putra ni memang aku tak suka lagi-lagi tren yang dua gerabak. Sebab apa?. Kalau dapat yang dua gerenti aku tak dapat duduk langsung. Tapi apa boleh buat, RapidKL tu bukan parent aku yang punya. Nak tak nak naik jela, jangan banyak soal!.
Masa, tren tu dah sampai macam biasalah. Kalut-kalut orang berpusu-pusu berebut nak masuk tren termasuk orang yang nak keluar terpaksa merempus segerombolan manusia yang nak masuk tu. Selepas aku dapat meloloskan diri masuk kedalam tren itu, aku perasan yang geng-geng awek cun tersebut tak naik satu gerabak dengan aku. Sebaliknya, mereka naik gerabak di depan manakala aku pula naik gerabak di belakang. Selepas itulah baru aku sedar rupa-rupanya aku dah tersalah beli tiket ke Masjid Jamik dan bukannya tiket pergi KLCC!. Cehh, aduhai betapa tololnya aku rasakan yang aku rupanya dah tersalah beli tiket. Selepas sampai ke Masjid Jamek, aku seperti penumpang lain naik ke atas dan terus menuju ke kaunter bertanyakan abang tiket apa yang harus aku lakukan. Brader tu cakap, pergi kat KLCC pastu tambah lagi 50 sen kat kaunter. Aku pun ikut jela apa yang brader tu cakap. Disebabkan aku nak melepaskan 'hajat', maka aku pun pegilah ke tandas kat belakang atas subway metro tu. Selesai membuang hajat, tengah aku membetulkan tali kasut kat washbasin aku telah ditegur oleh seorang aku pernah kenal dulu ketika baru masuk kolej dulu. Dia tu sebenarnya senior housemate yang pernah duduk serumah dengan aku kat Taman Maluri dulu. Brader tu seorang anak muda Orang Asli dari Perak. Memang dah berapa bulan aku tak nampak dia, tak sangka rupenya dah grad senior tu beb. Wah, tahniah la bro!. Congratulation's for CICT senior's 2007 batch. Dalam 5 jugaklah kitorang berborak luar kat tempat basuh tangan. Cuma yang siotnyer aku lupa ucapkan tahniah kat dia sebab concentrate sangat ikat tali kasut. (Cehh, bertuah punyer junior).
Sesampainya aku di KLCC, aku terus menunaikan solat fardhu zuhur dekat Masjid As-Syakirin. Dah lama aku tak kesana sebenarnya, kali terakhir aku pergi KLCC masa bulan 4 sebab pergi Ekspo PC Fair jugak. Macam biasa, kat situ mana ada perubahan yang ketara. Semua sama jer macam sediakala, KL tak pernah berubah. Selepas, aku terus pergi tapak ekspo kat KL Convention Centre. Masuk-masuk jer memang banyak syarikat barang elektronik buat display kat situ disamping menjual dengan harga yang murah. Yang aku tak tahan. Sony MP5 player dijual dengan harga $169!. Kira murah jugak tuh beb, lagi berbaloi dari beli iPod. Tapi apakan dayalah, duit gua masa pergi pun tak banyak. Senang cerita ATM tak cocok lagi, mana ada duit kan. Semua barang aku usha, TV, MacBook dan apa lagi?. Yang paling aku berkenan sejak dari zaman sekolah lagi adalah kamera Nikon DSLR. Sejujurnya aku memang minat dunia fotografi nih, aku suka tangkap gambar. Tapi malangnya kamera takdak, apakan daya :(. Oleh itu, aku bercadang nak kumpul duit beli kamera Nikon DSLR!. Yeah, tengoklah tahun depan aku masuk kelab fotografi Kuala Lumpur. Nak jugak timba pengalaman dengan abang-abang yang lebih berpengalaman. Tangkap gambar yang ehem-ehem PANAS hehe :). Okey berbalik pasal ekspo tadi, jalan punya jalan sampai kat satu benda yang menarik perhatian aku. Memang aku dah lama cari offer ni tapi tak kesempatan langsung. Harga memang berpatutan, berbaloi dengan servisnya yang sampai setahun. Nak tau apa dia?, ianya adalah antivirus/internet security. Aku sebenarnya dah lama mencara perisian macam tu sebab aku dah tak percaya dengan freewares lagi dah. Leceh, bertimbun trojan pulak tuh. Nak dijadikan cerita selepas mendengar penerangan brader yang tukang promosi tu akupun keluarlah pergi kat Suria KLCC untuk cucuk duit dari ATM dan lepastu aku masuk balik kat tapak ekspo tu semata-mata nak beli perisian tu. Haha, aku tak boleh bagi tahu apa jenama yang aku tu sebab security measure ngee~. Nanti manela tau sebok korang nak hacked aku nih. Cewah2.
Memang banyak tarikan ekspo kali ini, aku rasa adalah aku terlepas apa yang dorang paparkan sebab bukan merangkumi ruang interest aku. Sebenarnya, aku bawak kamera digital sebab nak tangkap gambar suasana dalam ekspo tersebut. Mana tau, aku dapat buat tugasan sambilan wartawan (guna blog ni jer beb) kat situ hehe. Tapi mengenangkan takde sapa pun tangkap gambar jadi buat dekk jela tak tangkap apa-apa pun. Malu siot!, kang orang pikir budak kreko entah mana sesat kat KLCC nih. Lebih baik aku wat donno jer. Bukan takde benda yang aku boleh snap picture. Cuma aku agak keberatan sikit nak tangkap. Ah moi berpakaian seksi melambak kat dalam tu, pakai skirt punyalah singkat separuh peha nampak. Mak ai, kalau iman korang tak kuat memang cair dibuatnyer. Ada aku nampak pakai baju ketat sampai nampak nenen dia sekali. Aduyai, tak pakai bra ke apa ah moi tu kan beb?. Bikin malu orang pompuan jer tengok. Aku sebagai orang laki hanya mampu istighfar jela. Aku tengok ramai brader Melayu kita syok melayan tangkap gambo Ah moi tu semua. Tapi bajet kamera dorang bagus-bagus, pakai DSLR tu bro. Setakat aku ni pakai Olympus biasa jer mana boleh masyuk skali line brader!. Strategi pemasaran yang paling kotor di akhir zaman ni adalah tubuh seorang perempuan diperdagangkan. Aku terpikir sejenak 'Sex really sell's, to promise a greater patronage from the masses'. Bagi aku tak relevan langsung.
Selesai membeli barang aku tersebut, aku terus pergi ke luar sebab nak ambik angin. Aku teringat aku ada temu janji dengan seorang kawan perempuan. Dia mau aku jumpa dia kat Stesen Bas Sementara Bukit Jalil menunggu kawannya yang baru tiba dari selatan tanah air. Mesej punya mesej aku tanya dia kat mana sekarang. Dia jawab masih lagi kat rumah sewanya di Wangsa Maju. Merasakan masih banyak lagi masa yang aku boleh habiskan di KLCC tu. Aku pun apa lagi, jalan keliling tamanlah main tangkap orang berendut hehe. Cuaca punyalah panas, aku relak aja duduk melepak sorang-sorang. Yela, orang single kan. Mana ada awek, nak usha seorang pun badan tengah berpeluh sebab duduk berjemur. Selesai keliling taman sambil tangkap gambar perut yang dari pagi tadi tak makan-makan langsung dah mula berbunyi. Aku pun masuk dalam lah, cari apa yang patut nak alas perut yang berkeroncong zapin inang joget dondang sayang dengan poco-poconya sekali. Biasanya kalau aku lapar, aku makan di tempat bajet ajer. Tapi ni KLCC beb, mana nak cari nasi campur?. Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil. Aku pun makan lah di restoran Burger King, bukan apa sebab takde pilihan lagi dah. Petang itu aku makan burger whopper aku dengan penuh kenikmatan dan kelazatan yang betapa hebatnya!. Yela, bukan selalu aku dapat makan whopper tu beb. Jarang sangat sampai boleh bilang dengan jari. Habis licin dengan kentang french fries-nya sekali aku kerjakan sebab lapar punya pasal. Habis makan burger, aku nampak kat depan tu ada jual sundae cone. Tak sangka jugak aku Burger King ada jual sundae cone macam McDonald, aku pun pekena jela. Tengah menikmati aiskrim tu aku terpandang sesuatu yang menarik sekali untuk aku kongsikan kat korang semua. Kedua pasangan yang aku pikir pelancong dari Jepun berkongsi whopper dan hot coffee antara satu sama lain. Memang sungguh romantik pasangan ni bagi aku. Yela, umur dorang pun dah mencecah hampir 50 tahun tapi cinta masih utuh!. Nak tengok pasangan kita orang Malaysia buat macam tu pun jarang. Lebih-lebih lagi orang Melayu macam kita nih. Jarang nak berkongsi suami isteri, yang bercinta pun lebih kurang gitu jugak. Dua kali lima saja. Aku harap dapat mempraktikkan perkara yang sama seperti pasangan usia emas Jepun itu kelak apabila aku kahwin nanti dengan bini aku. Sumpah, aku tak mau jadi macam pasangan tipikal orang Malaysia nih!!. Aku berjanji rela berkongsi burger whopper dengan isteri aku nanti. Susah nak cari pasangan macam tu.
Tengah relak aku makan, sedar tak sedar jam sudah masuk pukul 5 petang. Alamak, kawan member aku tu mungkin dah sampai bas dia gamaknya. Sedangkan aku masih di KLCC lagi. Nak pergi ke tak?. Nak hantar mesej talipon ada masalah. Nak tak nak aku balik jelah. Mak aku menunggu, lepastu nak solat asar lagi. Kepada kawan aku tu mintak maaflah banyak-banyak beb. Lain kali jela ea. Insyallah. Tunggu posting aku yang lepas ni tau :)

Aku pernah menginap kat hotel ni masa tahun 2009 dulu. |

Pelik betul. Dalam gambar warna ungu tapi sebenarnya warna biru. |

No comments:
Post a Comment