Thursday, May 5, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume II



BAB 2 : Bagaimana Sikap Suka Berpolitik Boleh Menjadi Sebab Melayu Buta Sejarah?
Akibat dari kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar menyebabkan saya hampir tidak dapat mengotakan janji saya untuk menyambung artikel saya yang terdahulu pada Mac lalu. Lebih sebulan sudah tergendala akibat bebanan tugasan di kuliah yang menyebabkan artikel Bab 2 ini tergantung begitu saja tanpa sebarang sambungan jilid yang kedua dari Mac lalu. Kini sudah masuk bulan Mei, banyak peristiwa penting telah berlaku ketika Mac dan April lalu. Yang tak dapat saya lupakan adalah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh saya anggap sebagai satu anjakan revolusi kepada industri perfileman tempatan. Tidak pernah saya lihat sokongan yang begitu jitu oleh kerajaan untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah ini. Meskipun, ada yang ditonjolkan dalam filem ini tidak begitu tepat seperti lokasi Goa (tempat sebenar Merong Mahawangsa bertemu dengan angkatan Rom adalah di Ghumroon, Parsi), jong Cina belum wujud ketika itu (rekaan tersebut hanya wujud pada kurun ke-10 Masihi sedangkan filem itu berlatarkan kurun 1-Masihi) dan juga rekaan perahu layar Melayu bukan seperti tersebut sebaliknya harus berpandukan rekabentuk kapal Borobudur. Meskipun begitu, segala kesilapan yang dilakukan KRU Production tersebut tidak seharusnya dikesali kerana menjadi adat sesuatu hasil tangan yang dicipta tersebut tidak semestinya perfect 100%. Mesti ada cacat celanya. Lagipun mereka masih baru dalam industri sebegini tidak sampai sedekad. 


Bulan April pula kini telah menjelma dan sudahpun menutup tirai . Mesti ramai yang sudah terkena jerat April Fool sama di sekolah, kuliah, pejabat atau dikalangan sanak saudara bukan?. Adakah anda tahu asal usul April Fool?. Apa kata anda lawati laman akak Rynn dekat SINI untuk seketika, dan anda akan tahu apakah sebab utama kita umat Islam diharamkan untuk menyambut 'April Fool' sebagaimana hari Valentine. Kepada yang ligat berpolitik bulan April ini telah menyaksikan PRK Sarawak yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menewaskan pakatan pembangkang yang kecundang di kerusi kawasan Bumiputera. Sentimen tentang bahayanya pakatan pimpin puak Ultra-Kiasu dari Semenanjung tersebut mungkin telah disedari lebih awal lagi oleh warga pribumi Sarawak dan ada eloknya sentimen berkenaan merebak ke Semenanjung supaya kaum Bumiputera khasnya orang Melayu bangkit untuk menguasai semula ekonomi yang telah musnah akibat penjajahan kuasa Barat pada kurun ke-19 dahulu. Dengan adanya kekuatan ekonomi ini, maka dengan situlah hadirnya kuasa politik yang total dan dinamik. Selama ini orang Melayu sudah banyak berkorban dengan memberikan bermacam kemudahan kepada puak Ultra-Kiasu, tetapi adalah yang dibalas adalah tuba, tipu helah, janji yang tidak kesampaian dan paling teruk maki hamun di ruang maya. Mereka selama ini tersilap sangka bahawa orang Melayu tidak boleh survive tanpa mereka. Therefore, we must shall prove to them that we can!.


Saya ingin kembali kepada topik yang kita harus bincangkan bagaimana sikap terlampau galak dan ligat berpolitik boleh menyebabkan seseorang itu buta sejarah?. Saya akan mengupas isu ini berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang berjinak dengan dunia politik Melayu mengikut dua perspektif yakni dua golongan Melayu. Seperti kita sedia maklum terdapat dua parti politik besar yang dipimpin orang Melayu untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam dibumi bertuah ini. Dua parti besar keramat ini telah lama mencorakkan sosio-politik Melayu selama berdekad lamanya semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Tanpa dua parti politik ini, mungkin orang Melayu takde chance nak memangkah kertas  undi setiap 4 hingga 5 tahun. Bukan apa, kita sebagai manusia Melayu Islam berhak menentukan parti mana yang harus memerintah berdasarkan KETEGUHAN, KEMANTAPAN, DAN KEPEJALAN JIHAD PERJUANGAN sesuatu parti dalam memperjuangkan nasib umat Melayu Islam di hari ini. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara sesuatu isu, kita lihat contoh. UMNO menganggap bahawa merekalah yang memperjuangkan survival Melayu di arena politik manakala PAS pula mendabik dada menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di bumi yang nyata ini. Benarkah begitu? Mari ikut saya kupaskan kebenaran ini.



UMNO lahir pada tahun 1946 atas dasar protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union yang menggugat kedudukan Agama Islam dan Raja-raja selepas Perang Dunia Kedua, manakala PAS pula serpihan UMNO melalui cawangan Ulamak dan ahli agama yang merasakan bahawa mereka diketepikan dari arus politik UMNO yang ketika itu dikuasai golongan pembesar elit Melayu ditambah pula dengan Perikatan dengan parti bukan Melayu Islam. Ada pendapat menyatakan bahawa PAS adalah asalnya dari PKMM dan Hizbul Muslimin yang kemudian diserap masuk ke dalam UMNO ketika pengharaman parti-parti berhaluan kiri yang menyokong insurgensi komunis ketika tahun 1948. Apa yang pasti, mengikut pandangan sesetengah ahli sejarah. PKMM berpecah kepada dua, yang mana golongan yang cenderung kepada ideologi sosialisme ala parti Baath di negara Arab menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM). Manakala yang cenderung kepada falsafah perjuangan Islam pula menyertai PAS. Golongan ulama dan ustaz yang menubuhkan PAS ketika itu menyertai UMNO terlebih dahulu sebelum keluar beramai-ramai akibat tidak bersetuju akan kerjasama UMNO dengan parti-parti yang dianggotai golongan bukan Melayu yang tidak beragama Islam kerana asalnya mereka ketika bersama PKMM dahulu menolak untuk bekerjasama dengan komunis kafir laknatullah  untuk bersama dalam jihad palsu menentang penjajah tapi akhirnya membunuh saudara seagama sendiri. 


Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sikap membenci bekas rakas seperjuangan yang bermandi darah dengan komunis kafir laknatullah meskipun gara golongan cerdik pandai agama ini telah menyertai UMNO yang mengambil sikap berlembut dengan penjajah British. Ini amat bertentangan dengan pewaris mereka ketika ini yang mengambil sikap membenci sampai mati UMNO. Setidaknya, ketika terbit rasa ukhwah persaudaraan sesama saudara seagama dan sebangsa. Khuatir akan tergadai akidah sebab bersekongkol dengan  parti-parti bukan Melayu Islam, maka mereka menubuhkan PAS pada 1951 yang dipimpin oleh para ulama dan cerdik pandai agama. Selama lebih berpuluh tahun PAS dengan ideologi teguh menolak akan berpakatan bersama parti yang bukan milik kaum Melayu Islam cuma mula berpaling tadah dari ideologi semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebelum Pilihan Raya Umum ke-11. Tidak seperti UMNO, demi memperjuangkan Islam PAS sanggup bergerak seorang diri tanpa sebarang allies. Tapi apa sudah jadi hari ini?. PAS sudah bacul seperti dipotong testikel dengan menjadi anjing suruhan DAP. Itupun dengan dungu-dungu tahap lembu mereka masih lagi menyatakan bahawa kerjasama tersebut adalah berdasarkan tahaluf siyasi!. Tahaluf siyasi la sangat sampai sanggup bergolek di atas jalanan kerana diperlembukan DAP ketika di Perak dahulu. 


Bukan niat saya nak menyerang PAS secara total, kerana PAS ketika dahulu merupakan parti yang amat saya respek sebab memperjuang Islam sekalipun tanpa sekutu rapat. Tapi kini apa sudah jadi, PAS kini tidak ubah seperti UMNO yang bacul untuk memperjuangkan Islam akibat berkawan dengan parti kafir. PAS tidak berani memperkenal undang-undang Islam di negeri seperti Selangor dan Perak kerana takut akan DAP. Dimanakah perginya telur mereka, kalau UMNO tu usah cakaplah. Jika PAS menuduh UMNO main rasuah ibarat paku dulang, paku serpih. Apakah masing-masing itu sempurna sangat?. Akibat terlalu kemaruk berperang sesama sendiri nampak gayanya politik Melayu memang tidak akan kemana-mana. Masing-masing mencari salah sendiri untuk dipertikaikan sampai agenda memperkasakan agama dan bangsa telah dilupakan sebab sibuk mencari isu politik yang tidak akan habis sampai bila-bila. Jiran sebelah rumah yang bersaudara sibuk bergaduh sampai APEK suratkabar recycle towkay CURI CEMPEDAK di luar pagar pun masih TAK SEDAR LAGI!!. 


Isu salahlaku moral dan politik wang amat meruncing dalam UMNO dan PAS dan ini amat memburukkan nama ahli politikus Melayu Islam dikalangan bangsa lain. Lihatlah sebagai contoh, kalau hendak menyerang pemimpin UMNO, segalanya akan dijadikan isu oleh PAS sampaikan HAL DALAM KAIN ATAS KATIL SUAMI ISTERI pun dijadikan modal oleh PAS. Perkara yang sama juga dipergunakan UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mensensasikan cerita salahlaku seks dan rasuah pemimpin PAS terutamanya sekali Kelantan (ingat kes balak dan 'main' dalam koc). Senang ajelah, dulu masa Anwar dalam UMNO puak-puak PAS mencanangkan isu liwat oleh pemimpin tersebut dan UMNO pula sibuk mempertahankan bekas aktivis ABIM tersebut. Dan kini lain pula ceritanya, semenjak Anwar dipecat, dipenjarakan dan lompat masuk puak satu lagi, UMNO pula yang mainkan isu liwat dan PAS pulak yang mempertahankan Anwar. Habis tu dimanakah kebenarannya?. 


Tak dinafikan lah bagi saya, Anwar tu bukanlah seseorang yang kita boleh percayai sangat pun. Malahan tidak boleh dipercayai langsung. Apa tidaknya, orang tua seperti Tun Dr Mahathir yang boleh dianggap sebagai father figure membentuknya dari menjadi Ketua Pemuda sehingga menjadi Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri tak sampai 15 tahun pun diderhakainya. Belum campur lagi bekas teman-teman seperjuangan beliau. Kemasukan Tok Wan dari Permatang Pauh ni dalam arena politik Melayu.  tak membawa apa kebaikan langsung melainkan isu-isu yang diputar belit, konspirasi dan ketaksuban melampau tahap dewa oleh pengikutnya. Almaklumlah dah jadi 'anugerah Tuhan' la katakan. Bak kata anaknya Nurul Izzah 'Papa Hebat!!'. Papa memang hebat sebab sepanjang karier politiknya berjaya memperbodohkan UMNO dan PAS sehingga jentera Pemuda-nya yang begitu digeruni oleh para anak muda dan mahasiswa di universiti suatu ketika dahulu menjadi tak ubah seperti babun-babun liar yang terlepas dari zoo yang hanya layak bertempur di jalanan saja. Bagi golongan muda Melayu atas pagar, dengar saja nama pemuda UMNO dan PAS pun dah meluat sebab jadi jentera pengampu profesyional pembodek utama negara. 


Medan pertempuran UMNO dan PAS banyak berubah dari jalanan, ke kedai kopi sehinggalah di ruang maya. Meskipun berbeza lokasi tapi 'senjatanya' tetap saja. Tangan tidak berkeris tapi berparang di lidah dengan isu-isu tidak membina langsung. Akibat dari berpolitiklah Melayu makin lupa sejarah bagaimana mereka pernah jatuh tersungkur berabad dahulu. Machiavellisma mula dianuti tanpa disedari.


Sekian,


Shacklesmith : Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikirkannya



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget