Kata orang, kalau nak enjoy main game semua nie. Elok main masa tengah hidup single. Bukan ape, bila kita dah ada awek. Apa perasaan awek kita bila tengok pakwe dia asyik melayan game ajer 24/7 sampai takde masa nak beramas mesra dengan kekasih. Almaklumlah, Bila hari weekend masa takde kuliah ataupun kerja mesti si pakwe cari alasan nak elak dating sebab nak habiskan satu level dalam game. Yelah kan bro, hari mana lagi kita si lelaki betul-betul free. Takkan saje-saje mintak MC sehari semata-mata nak habiskan game tu kot. Oleh itu, adakah sepatutnya seorang lelaki patut menghapuskan habit bermain games semata-mata demi memuaskan hati kekasihnya?.
Bagi pendapat Shacklesmith lah, saya akan kata tidak. Kenapa?. Well, kerana games tu bukan sekadar bermain untuk suka-suka atau nak seronok. Tapi ianya adalah satu 'passion' sebab bagi kami lelaki-lelaki penggemar permainan video ini. Sesuatu games itu adalah hasil masterpiece yang sungguh bernilai dan ianya perlu dihayati dengan lebih mendalam seperti hingga separuh jiwa raga itu. Hehe, macam girl's semua bila tengok drama ngan novel cintalah. Mesti menangis kan?. Begitulah juga kami lelaki pencinta games ni tapi takdela sampai mengeluarkan air mata semua. Cuma, sekadar naik hangin sikit jela bila tak dapat pass satu level. Lepas dapat setelkan level tu. Barulah dapat rasa lega beb.
So, camner nak survive kalau ade balak yang kaki main game tu erk?. Ikut cara Shacklesmith lah, sebagai kekasih kita haruslah memahami perasaannya. Okeylah aku bagi point of view seorang lelaki. Bagi akulah, kalau dah pakwe tu giler games terima jela dengan seadanya sebagaimana pakwe tu menerima anda yang gila shopping sakan dan novel cintan juga. Lelaki juga nak difahami perasaannya. Kalau boleh join la skali bila dia main. Bukan lah susah mana pun. Ikut-ikut jelah kepala, ingatlah kalau anda buat begitu bertambah sayang dia dibuatnyer. Chewahh.
Disini Shacklesmith nak bagitaulah sapa-sapa yang cakap hanya lelaki singles saje yang boleh main games tapi yang dah berpunya tidak. Siapa kata begitu? Abang ipar saya sendiri yang bekerja sebagai pilot pun manfaatkan gaji besarnya untuk beli X-Box 360 dua tahun lalu pun kakak saya tak bising. Malah, sporting ajer akak saya tu. So, bagaimana pula anda?.
Shacklesmith : Saya mengaku, Saya Memang PLAYBOY <<< Gila Games
No comments:
Post a Comment