Monday, November 19, 2012
Friday, November 16, 2012
Awal Muharram Dan Belasungkawa Buat Sahabat Yang Telah Pergi
Assalamualaikum,
Alhamdullillah, kita telah melangkah masuk tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1434 Hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah ini mula diperingati oleh umat Islam ketika penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dari kota kelahirannya, Makkah al Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah (sebelum itu dikenali sebagai Yathrib) pada 622 Masihi. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, maka diambillah tanggal 1 Muharram ini sebagai tarikh permulaan takwim Islam dimana penghijrahan itu berlaku pada tarikh tersebut.
Seperti tahun masihi yang digunakan sebagai catatan lembaran hidup duniawi, maka seharusnya tahun hijrah ini kita ambil pula sebagai catatan lembaran amalan hidup kita untuk akhirat. Sebermulanya lembaran baru dalam hidup kita, bukanlah bermakna kita perlu melupakan lembaran hidup kita yang lalu. Ambillah peristiwa pahit itu sebagai pedoman dan iktibar untuk kita melangkah kehidupan yang baru dengan lebih sempurna. Bermuhasabahlah selalu. Hijrah Rasullullah dari kota Makkah ke Madinah harus dijadikan inspirasi untuk kita melangkah ke hadapan. We must be adapted to changed in a new environment.
Kita sebagai umat manusia mungkin tidak dapat lari daripada kelemahan seperti kecenderungan melakukan dosa yang baik sekecil semut mahupun sebesar gajah. Namun begitu, kita juga punyai kuasa untuk mengubahnya. Sememangnya, ia bukanlah perkara yang mustahil. Perkuatkan diri dengan iman dan kukuhkan amal ibadat. Maka itu pasti menjadi kenyataan!. Bagi yang ingin berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, maka mulakanlah azam baru dan perkuatkan juga semangat dan jatidiri untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. Jangan mudah mengalah dan berputus asa, jikalau generasi kita yang terdahulu mampu melakukan 'one-giant leap' di dalam keadaan serba kekurangan mengapa tidak kita pula sebagai generasi yang sudah cukup segala-galanya ini?.
Bukalah buku baru dalam hidup agar kita menjadi insan yang lebih sempurna. Disebalik nikmat panjang umur yang Allah telah kurniakan pada kita. Mungkin ramai masih belum tersedar bahawa ada yang telah pergi dahulu menghadap Illahi di usia yang sangat muda. Ajal dan ketentuan semua terletak di tangan-Nya. Sesungguhnya ajal itu tidak mengira usia. Izinkan daku memulakan belasungkawa buat seorang sahabat sekolejku dahulu.
Baru-baru pada Selasa lalu, aku mendapat khabar dari rakan sekolej lama akan kematian seorang sahabat sekolej kami dalam satu kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Buloh. Hatiku mula berkecamuk. I was dumbfounded. Aku tidak menyangka arwah akan menemui ajal di dalam nahas jalan raya apatahlagi dalam umur semuda ini. Sejujurnya, aku bukanlah teman rapat arwah kerana kami berlainan program pengajian di kolej Cybernetics. Aku mengikuti Diploma Teknologi Maklumat manakala beliau pula mengambil Diploma Pengurusan Perniagaan. Akan tetapi, disebabkan juga aku punya ramai kenalan daripada program dan hostel Fatahna Court yang sama dengan beliau. Maka secara tidak langsung aku juga 'terheret' untuk menjadi kenalan arwah.
Masih segar dalam ingatanku pada semester kedua, sekitar Februari 2009. Akibat tidak masuk ke kuliah kerana pintu sudah dikunci. Aku dan si Ali "Shouran" melepaklah di kaki lima bawah JPN, Taman Maluri bersetentangan dengan tempat letak kereta kompleks Maluri. Di dalam rasa kebosanan akibat tak dapat masuk kuliah dan menunggu kuliah yang satu lagi, aku telah ditegur oleh Farah Natasya yang bersama arwah Lan dalam perjalanan ke kuliah mereka. Si Tasha lantas menegurku bertanya mengapa aku melangut di kaki lima itu dan kemudian bertanya pula mengapa aku 'sombong' tidak menegurnya beberapa hari yang lalu. Aku terdiam tanpa berkata apa-apa sambil menelan air liur kerana ramai rakan sekuliah modular dan programku sudah tahu bahawa aku seorang pemalu dan pendiam. Pada ketika itulah juga si Ali memperkenalkan arwah Lan kepadaku sebagai teman sehostelnya. Kebetulan pula mereka berasal dari negeri yang sama iaitu Perak, jadi boleh dikatakan mereka sahabat rapat pada waktu itu.
Hubungan mereka amatlah baik sejak dari mula tinggal di hostel Fatahna sehinggalah mereka menyewa di Pandan Jaya. Aku masih ingat lagi, di awal tahun 2010 arwah Lan pernah meniaga nasi lemak special melalui preorder phone delivery dari telefon terus ke pintu rumah. Nasi lemak seringgit sebungkus lengkap seplastik bersama tisu, sudu dan garfu. Amat berbaloi daripada nasi lemak pakcik depan kedai motor yang bila hendak menjamahnya perlu mencari sudu dan garfu sendiri (at least, nasi lemak pakcik tu ada ayam seketul! jangan marah kawan erk). Si Wani punyelah memuji bagai nak rak beb. He He He.
Tasha, Wani, Dee, Aina, Lin, Jun, Jeff, Laila, Izzat, Sai, Zaf, Ajard, dan ramai lagi budak Business Management yang aku selalu temui buat study group dan assignment dalam library bersama dengan arwah Lan. Aku masih ingat lagi di saat itu, aku respek giler semangat setiakawan di antara korang budak-budak DPP berbanding kami budak DTM yang berpuak-puak. Jujur aku katakan, bila aku free tanpa sebarang assignment. Aku enjoy lepak dengan korang, walau aku berdiam tanpa berkata apa-apa bila bersama aku setia mendengar perbualan korang yang membuatkan aku terhibur. Aku paling rapat dan rajin sekali berborak dengan Tasha dan Wani, mungkin kerana di dalam urat kami mengalir darah tentera kerana kebetulan bapa kami bertiga adalah pegawai anggota tentera (yeah, we are military brat!). Arwah Lan daku lihat seringkali keluar masuk library untuk bertanya kepada pensyarah. Jika tidak silap aku, beliau menjadi rujukan teman sekuliah mereka. Arwah juga amat rapat dengan Lin, sorang lagi 'military brat' yang kusangka jauh lebih tua daripada kami akibat kematangan wajah dan perwatakannya.
Tentang perhubungan beliau dengan teman serumahnya. Tidak perlulah aku ceritakan. Sebagai orang lelaki, kita tidak boleh lari daripada satu sikap yang dinamakan 'ego'. Lelaki yang nak naik umur 20 tahun biasalah beb. Darah panas menggelegak bagai dimasak lava gunung berapi Krakatau. Itulah darah lelaki. Pasal kerenggangan hubungan beliau dengan Ali tidak perlulah daku kisahkan pada korang semua. Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Tiada niat untuk mengaibkan langsung. Bagiku, ini perkara biasa dalam hidup lelaki di rumah sewa. Tell me guyz?, housemates mana yang tak pernah berkonflik??!!. Aku seringkali mendengar rungutan adik angkatku akan perangai budak-budak serumahnya. Jadi bagiku ini sudah lumrah. Ali, kau ampunkan sajalah arwah biar dia pergi dengan tenang.
Tasya, aku tahu dikau bersedih. Begitu jugak Wani, Lin dan ramai lagi budak-budak Business Management. Selamat jalan menempuhi alam yang satu lagi Lan. Segala kenangan kami terhadap kau akan tetap dikenang sampai bila-bila. Kami alumni Cybernetics (2008-2011) tidak akan sesekali melupakan kau.
Al-Fatihah
Monday, November 12, 2012
Di Antara Bebalisme Dan Pluralisme Anak-Beranak
Ikutkan hati, dari awal lagi aku memang nak komen. Namun, disebabkan sudah ramai tampil bersuara menjawab balik kenyataan bodoh seorang anak sulung bekas pembesar negara yang sorang tuh. Disebabkan itu, aku dah malas nak komen sebab orang lain dulu dah komen.
Wednesday, November 7, 2012
Iklan PROPAGANDA Terbodoh
Klik link di SINI untuk video
Kalau korang tanya aku siapa penerbit, pengarah, pelakon serta krew waima peon yang terlibat dalam produksi video pendek ini, aku sendiri tak tau nak jawab apa-apa. Apa yang pasti, inilah video propaganda terbodoh pernah dimuatnaik oleh pengguna Youtube Kawasaki9722. At first glance, aku sendiri dah dapat agak. Motif video ni untuk backfire Barisan Nasional ke apa hah?.
Aku nak tanya si pengarah video iaitu sang empunya account Kawasaki9722 kalaulah dia baca blog picisan aku nih, sepanjang kau muatnaik video ni kepada umum kat Youtube. Kau tak rasa menyesal ke dengan cemuhan-cemuhan Youtubers mengutuk video yang kau siarkan?. Penyokong dan cybertrooper BN sendiri pun malas defend video kau sebab idea skrip lakonan short film kau yang bangang (mesej tak berselindung/identiti pelakon didedahkan). Aku bukannya penyokong Pakatan Riot, ni cuma sekadar nak bagi reminder jer. Kalau ye pun nak buat video hentam pembangkang. GUNALAH SUBLIMINAL MESSAGE!!!
Nak aku eksplain apa itu subliminal messaging
Subliminal messages are messages that only your subconscious mind notices (you don't think you notice them, but you do)
For example:
Say you watch a coke commercial, and it has music, Say the song is something classical with no lyrics.
So, you're watching the commercial, and the producer f the commerical has added "Buy Coke" in the background of the music very quietly and you cant hear it. You're subconcious mind will notice it and you may feel the urge to buy a coke after watching it and listining to the message.
you could also search "subliminal messages in advertsinig" on youtube, there are loads of videos where they point out the messages in commercials.
Ni satu lagi gua tepek
They are messages which you do not realise have been sent - they are signals, which you will pick up on in the subconscious and act upon. eg in the online video game world of warcraft there are voices in certain areas of the game, which most people cannot hear telling you to subscribe etc and you dont realise youve heard them, but think that you have thought them yourself in your mind, so most people will act upon these messages.Tak paham? Nak tau dengan lebih spesifik lagi silalah rujuk di SINI
Berikut adalah contoh video 'propaganda' yang menggunakan subliminal messaging.
Biar 'unlike' berderet asalkan tak nampak bodoh, mereka hanya nak lihat betapa butthurtnya totok DAP melalui mesej tersirat berbau sindiran yang terdapat dalam video itu.
Yang kat bawah ni lagi bapak giler punya sarcasm. Kena kowkow kat batang hidung Pakatan Rakyat. ROFL dowh!
So, paham tak korang apa kejadahnya subliminal messaging nih?. Aku malas nak eksplain banyak-banyak lagi dah. Sebab sepanjang aku layan video si Kawasaki9722 daripada mula-mula dulu lagi aku keliru dengan motif sebenar dia. Dia nak kasi Pakatan panas punggung ke apa?. Kot ye pun, awat takde elemen sarcasm dalam video nya macam Fairuz Ajaff dan Bangkang Dari Longkang?.
Berkenaan video terbaru ni, apasal pendek sangat?. Kenapa tak ekplain bagaimana Pakatan Riot bakal menghancurkan negara kita dalam tempoh 100 hari berkuasa?. Banyak bahan kot boleh ditelaah daripada strategis BN daripada team Unit Media Baru dan Nadi Rakyat. Isi kandungan the much coveted Pakatan Riot's bible, Buku Jingga boleh dipertikaikan satu persatu melalui medium video ini. Biarkan puak kem sebelah sana terbakar buntut dalam skala lebih besar lagi sebelum PRU 13 nih. LOL
Lagipun, apakah tenaga kerja belakang tabir Sembang Rakyat ini kekeringan idea laksana Rais Yatim yang sendiri pergi guna pakai slogan roadshow BN 'Janji Ditepati' sebagai motto hari kebangsaan untuk tahun ini? HA HA HA
Tuesday, November 6, 2012
Ada Orang Nak Cari Rumah Sewa Area Bangsar
Masih ingat lagikah korang dengan seorang blogger yang pernah hangat 'warung teh tariknya' tidak lama dulu?. Yup, siapa lagi kalau bukan Nami "Teh Tarik Gelas Besar" atau nama glamernyer "Cob Nobbler" yang terkenal dengan idealisme liberalnya. Tidak dinafikan lagi, pandangan ataupun perspekstif yang dilontarkan beliau agak sukar diterima oleh sebilangan besar orang Melayu sehingga blog beliau sendiri dilabelkan sebagai penyesat nombor wahid orang Melayu oleh forumers iluvislam.com. Korang sendiri paham-paham jelah dengan pemikiran totoks Melayu ini. Asal orang lain berbeza pendapat sikit punyalah nak bangkang sampai ke tahap bertumpah darah bagai. Kalau dah lagu tu macam manalah bangsa kita nak maju?. Instead of arguing for such only teeny weeny shitty matters, why cant we have a healthy debate?. Kan bagus.
Monday, November 5, 2012
Infografik : Cube Borak Pasal Politik Dengan Pakwe/Makwe Korang.. Ada Berani?
Selalunya, bila bertemu dengan kekasih korang. Topik apakah yang selalu korang perbincangkan?. Aku dah agak kebiasaannya, topik yang selalu korang bincangkan semestinya perkara cliche yang lebih menjerumus kepada hal ehwal kekeluargaan dan hiburan semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)