Showing posts with label aku blogging. Show all posts
Showing posts with label aku blogging. Show all posts

Monday, January 26, 2015

DI ANTARA "KUTU", RAUSYAN FIKIR DAN ANAK DARA SUNTI



Pada Khamis malam Jumaat dua minggu lalu sewaktu aku menunggu phone aku dicas penuh, housemate aku Amin pulang ke rumah dengan membawa sebungkus nasi lemak ayam goreng panas yang dibelinya di bawah apartmentku. Sedang ketika itu aku membelek novel antologi 'Republik Kutu' yang kadangkala hanya aku baca bila waktu senggang saja disebabkan keserabutan aku waktu semester ini.

Antologi cerpen indie yang menampilkan 7 penulis lelaki ternama dan tak ternama itu aku beli semasa pesta buku antarabangsa Mei lalu hanya dapat aku baca lebih sebulan lalu selepas aku menghabiskan novel karya Ridhwan Saidi yang berjudul Stereo Genmai. Boleh dikatakan aku beli antologi ni pun sebab kebetulan Ridhwan Saidi turut menulis dalam antologi tersebut. Sebabnya kerana aku adalah peminat sisi gila ruang kontinuum idea mimpi otak kanan beliau yang sentiasa mengejakulasikan isi karya yang begitu mind blowing di minda aku yang membacanya.

Barang siapa yang pernah baca novel beliau mesti tahu akan filem noir klasik hitam putih, John F Kennedy dan cerut Cuba-nya, keenakan Cuban Sandwiches di kota Miami, kisah bertemu dengan hantu seorang pelajar BBGS bernama Delia di bangunan Pavi, esei akademik Miss Florence Chin, Saodah dan mesin timbangnya dan jugak fenomena Babyrina yang menjadi bahan eksperimentasi lelaki dengan sabun mahupun minyak bayi di bilik mandi ketika 'internet boom' zaman dial-up waktu tahun 1990an dulu. Aku pun tak pasti sama ada Babyrina tu wujud atau tidak. (“Saya harap cerita ini adalah cerita dongeng sahaja.”, Tun Mahathir Mohamad as quoted by Utusan Malaysia 8 November 1998)

Sambil membuka polistrin yang menutup nasi lemak bungkusnya si Amin bertanya kepadaku, "tu novel yang hang baca tu cerita pasai kutu ka?". Jawabku, "Eh dak aihh, cerita dalam novel ni banyak. Cerita pasal kehidupan, kekeluargaan, falsafah dan macam-macam lagilah. Kebanyakan penulis dia pun stok 'rausyan fikir ', semuanya lelaki". Honestly, aku pun tak tau kenapa penggunaan terma "kutu" hanya terhad kepada orang lelaki sahaja. Kutu rayau, kutu rock semuanya lelaki. Cuma main kutu jer orang perempuan join sekali. Agaknya, sebab itulah antologi ini berjudul 'Republik Kutu'. Namun bukan semua lelaki setuju digelar kutu. Senior sefakulti aku dulu cerita Man Bai pernah dibaling botol dan telur gara-gara memanggil crowd konsert rock di Taiping dengan bertanya "Apa kabar kutu-kutu semua?" entah berapa tahun lama dulu.

Kemudian sambil menikmati nasi lemak ayam goreng panas Amin bertanya padaku lagi apa itu 'rausyan fikir', jawabku lagi rausyan fikir itu ada individu pemikir yang level dia bawah sikit dari philosopher. Senang cerita golongan street wise macamtulah. Tak semena-mena dengan full confidence-nya Amin menuding jari ke arahku dengan berkata "Hang lah rausyan fikir tu kan?". Serta-merta aku menafikan "Ehh, mana ada weh. Aku bukan cerdik mana pun. Tak macam si Syahir tu".

Memang benar, Syahir si Che Awe Kelate punya otak lebih tajam dengan idea berbanding aku. Masa aku tinggal sebumbung dengan dia, gusi aku tak pernah kering dengan cerita lawak super annoying-nya yang sering membuatkan seorang housemate lembut rasa sangat-sangat sakit hati. Senang cerita, kau bagilah apa-apa cerita pada dia pun. Dia akan gabungkannya dan menjadi sebuah cerita lawak senggama minda yang kau tak mungkin lupakan sampai bila-bila. Contohnya, bila kau bercerita pasal serunding khinzir dengan si budak lembut yang suka menyebut khinzir tatkala masuk di pintu rumah. Dia akan bertukang karutkan cerita akan si lembut itu sebagai seorang usahawan serunding daging khinzir. Terus terang aku cakap lawak si Syahir ni lebih lejen dari Karoot Komedia, sedangkan karoot komedia sendiri sudah awal-awal lagi bagi reminder yang cerita mereka “buke hok buke, buke ceghito pasa oghe”. Namun amat terang lagi bersuluh situasinya amat berbeza dengan Syahir yang memang bercerita pasal ‘oghe’ dan ‘oghe’ tersebut adalah Azizi, housemate aku yang lembut tapi laser dan Hidayah, pet sis yang pernah menceriakan hidupku satu ketika dulu.

Ujar aku lagi pada Amin, kebanyakan rausyan fikir adalah kaum adam dan kita sebagai orang lelaki harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan pemikiran secerdas dan setajam pisau tidak seperti kebanyakan kaum hawa yang naïf dan berfikiran simplistic. Lantaran mendengar buah fikiranku tadi, si Amin ketawa kecil sambil berkata “Hang cakap lagu tu marah oghang perempuan bila depa dengaq”. Aku pun terus terkekek sambil meniru gaya Atikah, rakan sekuliahnya “Eeeh, abang!”. Memang sejak aku berkawan dengan si Syahir, aku agak gemar mengajuk gaya orang walaupun dengan cara belakang-belakang. Cuma secara intentionally bukan nak menyakitkan hati orang.

Berkenaan Atikah, kenapa aku ajuk gaya dia sebab aku suka melihat kecomelannya. Umurnya 4 tahun lebih muda dari aku sebagaimana juga Hidayah. Semenjak mula aku kenal dia dari hujung Disember 2012, aku tau dari situ dia memang syok disakat. Paling untungnya dia seorang gadis Sagittarius seperti juga Illy anak buahku yang sulung, jadi dengan berbekalkan pengalamanku menyakat anak buahku sangat mudah sekali dipraktikkan pada Ika meskipun aku tidak memanggil beliau dengan gelaran ‘monyet’ seperti yang aku lakukan pada anak buahku yang tak reti nak duduk diam tu. Sebaliknya, aku menggelarkan beliau dengan gelaran ‘chipmunk’ . Sebabnya cara dia pandang aku masa dalam di awal perkenalanku dengan beliau ketika kami lif bersama, entah macam mana otak aku terbayangkan Alvin and the Chipmunk.

Maka sejak ‘peristiwa’ aku sering memanggil beliau dengan gelaran chipmunk, meski binatang kegemaran beliau yang sebenar adalah ‘Pikachu’ walaupun secara hakikinya Pikachu dan Pokemon-pokemon lain tidak wujud jadi chipmunk-lah yang aku zahirkan sebagai Pikachu. Pernah sekali aku edit gambar Chipmunk make-up kan sebagai Pikachu dan uploadkan dekat timeline dia. Apa lagi dia pun mengamuklah beb!. Akhirnya dia jadi ‘mangsa’ kedua disakat aku selepas Hidayah, tidak dinafikan betapa seronoknya aku buat perempuan geram bhai. Comel gila kot. Itu cerita zaman masih anak dara sunti.

Bila terkenangkan detik-detik di apartment lama aku lagu The Royal Concept “D-D-Dance” bermain di fikiranku. Yelah, umur aku dah masuk pertengahan 20an tapi semacam kembali ke zaman remaja. Rasa lucu pun ada. Akan tetapi seperti biasa, tiada apa yang kekal termasuklah kecomelan. Jujurnya aku nyatakan, kecomelan adalah hak milik mutlak seorang perempuan namun comel anak dara sunti tidak sama comel gadis yang sudah menginjak usia 20an.

Namun biarpun comel hak milik kaum Hawa, tidak mungkin ianya berkekalan. Atikah yang kukenali kini sudah pasti berbeza dengan Atikah yang aku kenali 2 tahun dahulu. Orangnya kecil molek, lebih rendah paras bahu berbandingku. Akan tetapi siapa sangka dia sudah ligat memandu berseorang balik ke kampong halamannya di Perak setiap hujung minggu.

Si Amin kemudian bertanya pada aku, apa bezanya anak dara sunti dengan anak dara yang biasa?. Nah, satu persoalan yang sungguh kompleks hendak aku jawab sebab aku seorang lelaki. Lantas jawabku dengan ringkas, anak dara sunti adalah si gadis yang masih belum menginjak usia 20an bercampur dengan kematangan fikirannya berfikir seperti orang dewasa.

Tuesday, November 6, 2012

Ada Orang Nak Cari Rumah Sewa Area Bangsar


Masih ingat lagikah korang dengan seorang blogger yang pernah hangat 'warung teh tariknya' tidak lama dulu?. Yup, siapa lagi kalau bukan Nami "Teh Tarik Gelas Besar" atau nama glamernyer "Cob Nobbler" yang terkenal dengan idealisme liberalnya. Tidak dinafikan lagi, pandangan ataupun perspekstif yang dilontarkan beliau agak sukar diterima oleh sebilangan besar orang Melayu sehingga blog beliau sendiri dilabelkan sebagai penyesat nombor wahid orang Melayu oleh forumers iluvislam.com. Korang sendiri paham-paham jelah dengan pemikiran totoks Melayu ini. Asal orang lain berbeza pendapat sikit punyalah nak bangkang sampai ke tahap bertumpah darah bagai. Kalau dah lagu tu macam manalah bangsa kita nak maju?. Instead of arguing for such only teeny weeny shitty matters, why cant we have a healthy debate?. Kan bagus.


Monday, May 14, 2012

Jom Beli Bini Vietnam!


Alangkah gembiranya hati aku bila mendapat khabar berita yang amat seronok didengar nih!

Aku nih sudah 22 tahun sokmo hidup aku membujang tanpa seseorang bergelar kekasih. Hidup pun dah tak keruan tak tau mana nak cari bakal isteri. Sumpah gua mengaku masih lagi single beb!. Sudahler hidup aku sentiasa sibuk nak mencari rezeki sampai kekasih hati pun tak tercari lagi ditambah pulak dengan jumlah nisbah kaum wanita di Malaysia ni JAUH LEBIH KURANG DARI LELAKI!. Lagipun aku cakap betul siot, tak percaya pergi periksa kat jabatan perangkaan. Hahaha!.

Namun begitu apa boleh buat beb, redha jelah dengan takdir yang menimpa ini tambah pulak aku ni lelaki pemalu jadi payah sikit ler nak tegur awek. Kalau aku jenis lelaki players tu lain cerita ler bai, 1Malaysia semua tak kira negeri aku sapu!. Usahkan satu kat Malaysia jer, seluruh dunia pun aku sanggup. Haha, just kidding gua sembang kencang jer beb. Itupun kalau aku ni betul-betul players, tapi sebaiknya aku mengelak nak jadi jantan spesies cenggitu KERANA AKU BUKAN SEPERTI JANTAN-JANTAN OPORTUNIS YANG MELATA DALAM INDUSTRI POLITIK DAN HIBURAN TANAH AIR!.

Mungkin sekarang belum sampai jodoh aku lagi, dalam pada masa yang sama aku ramai kengkawan perempuan. Cuma aku masih mencari siapa yang terbaik ajer supaya dia menjadi pilihan tepat untuk aku buat pasangan hidup. Insyallah.

Ini cerita best aku baru terima dari blog abang Mazidul yang agak menarik untuk dikongsikan bersama korang. Sebenarnya kes ni dah lama berlaku cuma beliau (Mazidul) sesaja pi highlight-kan sekarang iaitu penjualan awek Vietnam untuk tujuan seks halal kepada lelaki Malaysia berbangsa Cina (Melayu tak layan sangat awek Vietnam, kecuali brader-brader keje kilang yang ade pekerja gadis Vietnam).


Gila babilah apek-apek ni sanggup melabur sebanyak USD$6000 (wasted) semata-semata nak berkahwin dengan awek Vietnam. Aku jamin ini bukan dah kira setakat gila babi sajer beb, INI TAHAP GILA BABI SAMPAIKAN BABI PUN JADI GILA!. Mamat Melayu yang kerja setempat dengan awek Vietnam kalau hendak menekel setakat beli belanja KFC ataupun McD jer tapi apek-apek ni sanggup perhabis (WASTING) life saving hanya kerana kegersangan cinta sejati angau-angau akan awek-awek Vietnam ini.

Penyudahnya, 'cinta sejati' yang diharapkan apek-apek tua ni tak kesampaian. Wang yang dilaburkan lebur begitu saja tanpa membuahkan hasil yang diharapkan. 'Anak dara Vietnam bergetah' yang diidamkan apek-apek untuk dikeronyoh batang peliaq tua mereka rupanya sudah dicemari najis AIDS/HIV sehingga satu 'tusukan nikmat' membawa padah!. Ada jugak yang lari ketika 1st day bersama barangkali kerana tidak tahan dengan bau tengik apek-apek tua yang kita sedia maklum sudah 'expired' walaupun barang masih berfungsi. Last sekali, sapa yang untung?. Tokan betina Vietnam jugak untong maa.

Kalau korang baca paper The Star, biro aduan MCA pimpinan sudah banyak kali kendalikan kes dengan menghebahkannya kepada media dan buat police report. Bukan sekali dua tapi sudah berkali-kali, nasib baiklah kepala Datuk Michael Chong tak botak dibuatnya gara-gara kes ini. Pelik jugak beb, bila waktu susah ni pandai cari MCA. Kenapa tak cari DAP yang kononyer terlalu 'demokratik' dan tak kronisme(?) itu. What sort of shit is happening right now dude?.

Itulah, hari-hari dok meratib 'Melayu bodoh' tapi sendiri diperbodohkan oleh jalang-jalang Vietnam ni tak sedar pulak beb. Ye, Melayu memang 'bodoh' sebab tak pandai nak memikat jalang-jalang murahan dari negara jiran untuk dibuat isteri. Dan Melayu jugak 'bodoh' sebab tak nak melaburkan sekali life saving semata-mata nak mengimport isteri. Kami jugak sebagai orang Melayu teramatlah 'bodoh' kerana kami tahu apa itu erti cinta sebenar yang tidak mudah dibeli dengan wang!

Sebagai penutup, aku sarankan kepada Melayu-melayu yang berangan hendak menjadi sepandai kaum itu supaya tidak melepaskan peluang melabur sebanyak USD$6000 untuk mencari pasangan hidup kerana cara tradisional mencari kekasih adalah lapuk dan ketinggalan zaman. Maka janganlah segan-segan menghubungi nombor yang tertera ini.


Shacklesmith : 'Berbaloi-baloi'.. Hahahaha!

Tuesday, November 29, 2011

Nuffnang Ke Nak Pening?

SALAM MAAL HIJRAH



First of all, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 buat seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Aku akui mungkin sedikit terlambat untuk aku mengucapkan kepada korang pembaca semua. Yelah, aku ni bukan la rajin berblog sangat kalau nak dibandingkan dengan Cik Nisa yang suka menaip tu. Aku hanya menaip apa yang terlintas di fikiranku ini dan lantas aku kongsi kan bersama.


Diam tak diam dah setahun aku berblog semenjak November 2010 lagi, banyak pahit manis aku kongsikan bersama pembaca-pembaca setia dan jugak tak berapa setia dan mungkin tak setia langsung blog aku nie. Ada pengalaman aku catatkan dan ada yang aku mungkin terlepas untuk kongsikan bersama korang sekalian. Sebenarnya aku 'berhutang' satu entry dengan blog ni sejak dari Oktober lepas. Entry yang sebutkan tu mungkin sedikit panas dan aku rasakan entry paling panjang pernah aku karang.


KETAM ATAS TIMBANG



Entry tu agak menarik sikit sebab ada cerita mengenai gadis Libra dan apa istimewanya mereka di  mata lelaki berbintang Cancer seperti aku. Menghangatkan lagi posting tu, aku selitkan gambar blogger cum model Hanis Zalikha dan pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Sarah Ali. Kenapa aku selitkan mereka sebagai penyeri entry aku itu?, kerana sesungguhnya mereka gadis berbintang Libra dan jugak dilahirkan pada tahun yang sama sepertiku iaitu tahun 1990!. Oh ya, adakah Shacklesmith menyimpan perasaan dengan gadis berbintang Libra?. Oh tidak sama sekali (Sila rujuk di SINI).


Sebenarnya aku tidak menyimpan apa-apa perasaan pada dorang pun beb sebab aku bukan lelaki miang. Tambahan pula siapalah aku di mata mereka hanya seorang jejaka biasa yang tak punya harta dan rupa. Tujuan aku menyelitkan mereka ke dalam entry tu adalah sebab  begini ceritanya. Pertama, berkaitan blogger Hanis Zalikha aku menceritakan bagaimana aku mengenali namanya ketika awal 2008 dahulu sewaktu beliau menyertai pertandingan Malaysian Dreamgirl (program ala2 ANTM) sebelum beliau dikenali sebagai blogger kehormat lagi. Disamping itu, aku turut menceritakan pengalaman aku sebagai seorang blogger (Ya, ini bukan blog aku yang pertama. FYI, aku dah mula berblogging di Wordpress pada tahun 2007 lagi).


Cerita kedua agak special sikit. Apa kena mengenanya aku dengan Sarah Ali?, kalau cik Hanis Zalikha tu boleh la jugak sebab dia pun blogger macam aku walaupun aku ni suam-suam kuku ajer beb. Tapi kenapa pulak dengan Sarah Ali wahai Shacklesmith oi??!!. Sebenarnya untuk pengetahuan korang aku mengenali namanya ketika membaca satu artikel di laman Gua.com.my pada Disember 2010 mengenai filem Songlap. Kemudian pada 19 April 2011 barulah beliau muncul dalam satu temuramah di akhbar sisipan Panca Indera Mingguan Malaysia. Selepas itulah nama beliau lekat dalam kepala otak aku sehinggalah wajah beliau diabadikan menjadi cover Panca Indera bertarikh 23 Mei 2011!. Aku jugak masih ingat apa yang ditemuramah oleh wartawan kepada beliau kat dalam dua entry newspaper tu.


Walau bagaimanapun entah mengapa AKU BOLEH TERLUPA nama beliau sehinggalah lebih sebulan setengah kemudian iaitu pada malam 10 Julai 2011 ketika sedang mengalamun tak tentu pasal dalam Twitter akibat terlalu bosan dengan Facebook aku telah secara randomnya membalas tweet's oleh seorang gadis yang aku ingat 'awek mix' manalah sebab muka beliau pun ada unique feature sikit. Selalunya dalam Twitter tu aku kalau aku tweet balik someone memang jarang di balas semula sebab aku pun main random jer. Kadang-kadang tak langsung tapi entah mengapa rajin pulak 'awek mix' balas balik kat aku. Maka seronoklah melayan beb, lagipun nasib baik AKU TAK TROLL kalau tak naya aku kena sound dengan dia malam tu. Aku tengok muka dia pun like someone that you shouldn't mess with. Habislah aku kena tibai kow-kow.


Nak dijadikan aku pun bukaklah page Twitter dia sebab nak tau sapa sebenarnya dia. Menggunakan link facebook yang dia bagi kat page Twitter dia maka aku pun tekanlah. Pergh, baru aku perasan rupanya beliau lah pelakon baru yang jadi cover Panca Indera hampir dua bulan sebelum tu!. Entah macam mana aku terlupa pun aku tak tau. Mungkin dalam kepala aku serabut dok memikirkan CGPA final semester yang bakal keluar ketika itu kot. 


Kalau nak tahu lebih mendalam tentang apa yang aku tulis dalam entry aku tu banyak lagi sebenarnya terutamanya pengalaman bertweeter dengan Sarah Ali yang bagi aku menggelikan hati kerana macam manalah aku boleh tak perasan dengan sapa aku tweet malam tu tu aduyai. Berat hati jugak aku nak melepaskan entry tu lagi-lagi melibatkan dua orang public figure. Lagipun siapalah aku ni kan hanya warga marhaen di bumi ini. Kalau korang nak jugak sila bagi tau kat komen di bawah. Kalau takde respon dari korang jugak jangan haraplah. Hahaha..


GARA-GARA NUFFNANG BIKIN AKU JADI PENING!


Hah, yang ni pulak cerita pasal Nuffnang. Ye, kepada warga-warga blogger Malaysia sekalian mesti kenal dengan advertising company ini bukan. Tak sah kalau ada blog tapi tak bubuh widget iklan ni.  Semua orang menanti duit yang bakal menanti kalau blog tu laku dan iklan tu di klik oleh ramai orang. Biasanya keuntungan blogger top akan dapat income lebih kurang RM100+ sebulan. Tu pun belum campur keuntungan daripada ChurpChurp lagi. Cuma sebenarnya apa niat Shacklesmith menyertai Nuffnang nie?, adakah ianya kerana nakkan untung semata-mata?. Oh bukan itu tujuan ku sebenarnya beb.

Hmm, bukan itu niat ku yang sebenarnya beb. Tujuan aku masuk saja sebab gara-gara terikut akan orang yang sakan meletakkan advertisement sebagai penghias blog. Jadi aku turut terjebak sama. Aku tak mengharapkan sangat income advertisement yang tak seberapa nie. Lagipun aku ni bukanlah top blogger macam Cik Hanis tu beb. Dan keje aku bukan suka menaip seperti Cik Nisa jugak.  Ingat, bahawa kami ni blogger dan kami bukan bekerja dengan pengiklan. Kami hanya ejen menyebarkan risalah komersial ajer bai.

Sebenarnya aku ikut Nuffnang ni sebab nak mengetahui statistik blog aku sebab kebetulan Nuffnang ni ada menyerdiakan carta graf dan carta pai dalam widget Analytics yang memudahkan blogger mengetahui berapa banyak visit's dia dapat dalam sehari dan seminggu sebab almaklumlah Blogger mana ada menyediakan khidmat statistik sebelum ni kalau nak dibandingkan dengan Wordpress. Dahlah aku ni kemaruk statistik jadi secara tak langsung tab widget Analytics ni memudahkan aku mengesan visitor's blog aku dalam sehari dan mengetahui 'siapa' sebenarnya pelawat blog aku.

Kadang aku tak sangka jugak selera pelawat blog aku boleh tahan jugak selera dorang. Ada yang suka fakta dan tak kurang jugak benda-benda 18SX!.  Yang ini adalah print screen analytics Nuffnang aku dua minggu sudah.


Fulamak beb, aku tak tau pe citer asyik nama Neelofa jer yang menjuarai carta keyword kat blog aku nie. Kalau sebelum ni cerita pergaduhan Neelofa dan Fazura, kini benda lain jadi santapan. Rasa-rasanya dah jadi blog utama dah blog Kerambit Assassin's ni di kalangan peminat Neelofa mencari gambar-gambar nya walaupun koleksi aku tak sehebat blog Abe Budiey dan Abe Nara. Ini semua gara-gara Nasi Kerabu 8 Riyal yang dimiliki oleh Neelofa agaknya yang membuatkan blog aku popular di kalangan peminatnya. Kalau aku gosipkan Neelofa dengan Khairul Fahmi (Apexs) konfem meletup punya beb sampai tercabut serban pok lebai di Kelantan sana nun. Ini pulak printscreen terbaru aku dapat kelmarin.


Pergh, yang ini buat mata aku terbeliak sampai tersembur keluar macam aku tengok gambar Neelofa 4 bulan sudah. Semuanya berkaitan dengan perempuan padahal jarang aku sebut pasal perempuan dalam blog picisan aku nih!. Tapi satu yang buat aku tersembur bijik mata adalah search keyword 'ratu bikini sarawak'!. Sejak bila aku cover pertandingan ratu bikini sarawak pun aku tak tau sebab aku ni bukan gila pertandingan ratu cantik. I am no beauty pageant fetish dudes like those Latinos and Filipinos hunk's. Adakah ini berkaitan dengan kes LIMA GADIS YANG DISOALSIAT OLEH JAIS (SARAWAK) KERANA MENYERTAI PERTANDINGAN MISS BORNEO? Entry blog adalah yang paling hangat sejak seminggu lalu. Betul ker sebab aku tak jumpa langsung gambar bikini mereka yang sememangnya tak wujud langsung tu!. Jika benarlah maka aku ingin memohon maaf kepada mereka 'membahankan' mereka tempoh hari. 

Untuk pengetahuan korang sepanjang aku menyiasat kes ni aku menemui satu blog (SINI) milik salah seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Borneo itu yang dikenali sebagai Daynah (bukan nama sebenar). Atas keberatan ini aku ingin memohon maaf kepada beliau jikalau beliau perasan dan terasa hati akan entry aku tempoh hari tu.  Bukan niat aku nak memburukkan beliau dan empat lagi contestant, cuma sekadar berkongsi pendapat saja dengan orang ramai. Aku jugak memohon maaf kepada gadis sana yang aku kenali secara peribadi. Sebab tu lah aku tak link kan entry berkenaan dalam Facebook tempoh hari. 

Okey sekianlah entry aku kali ini buat pelayar-pelayar maya yang sudi membaca entry panjang aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada anda semua. PEACE. Walahualam

Shacklesmith : Entry yang semalam kusangka pendek, rupanya boleh tahan panjang jugak beb!.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget