Monday, January 26, 2015

DI ANTARA "KUTU", RAUSYAN FIKIR DAN ANAK DARA SUNTI



Pada Khamis malam Jumaat dua minggu lalu sewaktu aku menunggu phone aku dicas penuh, housemate aku Amin pulang ke rumah dengan membawa sebungkus nasi lemak ayam goreng panas yang dibelinya di bawah apartmentku. Sedang ketika itu aku membelek novel antologi 'Republik Kutu' yang kadangkala hanya aku baca bila waktu senggang saja disebabkan keserabutan aku waktu semester ini.

Antologi cerpen indie yang menampilkan 7 penulis lelaki ternama dan tak ternama itu aku beli semasa pesta buku antarabangsa Mei lalu hanya dapat aku baca lebih sebulan lalu selepas aku menghabiskan novel karya Ridhwan Saidi yang berjudul Stereo Genmai. Boleh dikatakan aku beli antologi ni pun sebab kebetulan Ridhwan Saidi turut menulis dalam antologi tersebut. Sebabnya kerana aku adalah peminat sisi gila ruang kontinuum idea mimpi otak kanan beliau yang sentiasa mengejakulasikan isi karya yang begitu mind blowing di minda aku yang membacanya.

Barang siapa yang pernah baca novel beliau mesti tahu akan filem noir klasik hitam putih, John F Kennedy dan cerut Cuba-nya, keenakan Cuban Sandwiches di kota Miami, kisah bertemu dengan hantu seorang pelajar BBGS bernama Delia di bangunan Pavi, esei akademik Miss Florence Chin, Saodah dan mesin timbangnya dan jugak fenomena Babyrina yang menjadi bahan eksperimentasi lelaki dengan sabun mahupun minyak bayi di bilik mandi ketika 'internet boom' zaman dial-up waktu tahun 1990an dulu. Aku pun tak pasti sama ada Babyrina tu wujud atau tidak. (“Saya harap cerita ini adalah cerita dongeng sahaja.”, Tun Mahathir Mohamad as quoted by Utusan Malaysia 8 November 1998)

Sambil membuka polistrin yang menutup nasi lemak bungkusnya si Amin bertanya kepadaku, "tu novel yang hang baca tu cerita pasai kutu ka?". Jawabku, "Eh dak aihh, cerita dalam novel ni banyak. Cerita pasal kehidupan, kekeluargaan, falsafah dan macam-macam lagilah. Kebanyakan penulis dia pun stok 'rausyan fikir ', semuanya lelaki". Honestly, aku pun tak tau kenapa penggunaan terma "kutu" hanya terhad kepada orang lelaki sahaja. Kutu rayau, kutu rock semuanya lelaki. Cuma main kutu jer orang perempuan join sekali. Agaknya, sebab itulah antologi ini berjudul 'Republik Kutu'. Namun bukan semua lelaki setuju digelar kutu. Senior sefakulti aku dulu cerita Man Bai pernah dibaling botol dan telur gara-gara memanggil crowd konsert rock di Taiping dengan bertanya "Apa kabar kutu-kutu semua?" entah berapa tahun lama dulu.

Kemudian sambil menikmati nasi lemak ayam goreng panas Amin bertanya padaku lagi apa itu 'rausyan fikir', jawabku lagi rausyan fikir itu ada individu pemikir yang level dia bawah sikit dari philosopher. Senang cerita golongan street wise macamtulah. Tak semena-mena dengan full confidence-nya Amin menuding jari ke arahku dengan berkata "Hang lah rausyan fikir tu kan?". Serta-merta aku menafikan "Ehh, mana ada weh. Aku bukan cerdik mana pun. Tak macam si Syahir tu".

Memang benar, Syahir si Che Awe Kelate punya otak lebih tajam dengan idea berbanding aku. Masa aku tinggal sebumbung dengan dia, gusi aku tak pernah kering dengan cerita lawak super annoying-nya yang sering membuatkan seorang housemate lembut rasa sangat-sangat sakit hati. Senang cerita, kau bagilah apa-apa cerita pada dia pun. Dia akan gabungkannya dan menjadi sebuah cerita lawak senggama minda yang kau tak mungkin lupakan sampai bila-bila. Contohnya, bila kau bercerita pasal serunding khinzir dengan si budak lembut yang suka menyebut khinzir tatkala masuk di pintu rumah. Dia akan bertukang karutkan cerita akan si lembut itu sebagai seorang usahawan serunding daging khinzir. Terus terang aku cakap lawak si Syahir ni lebih lejen dari Karoot Komedia, sedangkan karoot komedia sendiri sudah awal-awal lagi bagi reminder yang cerita mereka “buke hok buke, buke ceghito pasa oghe”. Namun amat terang lagi bersuluh situasinya amat berbeza dengan Syahir yang memang bercerita pasal ‘oghe’ dan ‘oghe’ tersebut adalah Azizi, housemate aku yang lembut tapi laser dan Hidayah, pet sis yang pernah menceriakan hidupku satu ketika dulu.

Ujar aku lagi pada Amin, kebanyakan rausyan fikir adalah kaum adam dan kita sebagai orang lelaki harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan pemikiran secerdas dan setajam pisau tidak seperti kebanyakan kaum hawa yang naïf dan berfikiran simplistic. Lantaran mendengar buah fikiranku tadi, si Amin ketawa kecil sambil berkata “Hang cakap lagu tu marah oghang perempuan bila depa dengaq”. Aku pun terus terkekek sambil meniru gaya Atikah, rakan sekuliahnya “Eeeh, abang!”. Memang sejak aku berkawan dengan si Syahir, aku agak gemar mengajuk gaya orang walaupun dengan cara belakang-belakang. Cuma secara intentionally bukan nak menyakitkan hati orang.

Berkenaan Atikah, kenapa aku ajuk gaya dia sebab aku suka melihat kecomelannya. Umurnya 4 tahun lebih muda dari aku sebagaimana juga Hidayah. Semenjak mula aku kenal dia dari hujung Disember 2012, aku tau dari situ dia memang syok disakat. Paling untungnya dia seorang gadis Sagittarius seperti juga Illy anak buahku yang sulung, jadi dengan berbekalkan pengalamanku menyakat anak buahku sangat mudah sekali dipraktikkan pada Ika meskipun aku tidak memanggil beliau dengan gelaran ‘monyet’ seperti yang aku lakukan pada anak buahku yang tak reti nak duduk diam tu. Sebaliknya, aku menggelarkan beliau dengan gelaran ‘chipmunk’ . Sebabnya cara dia pandang aku masa dalam di awal perkenalanku dengan beliau ketika kami lif bersama, entah macam mana otak aku terbayangkan Alvin and the Chipmunk.

Maka sejak ‘peristiwa’ aku sering memanggil beliau dengan gelaran chipmunk, meski binatang kegemaran beliau yang sebenar adalah ‘Pikachu’ walaupun secara hakikinya Pikachu dan Pokemon-pokemon lain tidak wujud jadi chipmunk-lah yang aku zahirkan sebagai Pikachu. Pernah sekali aku edit gambar Chipmunk make-up kan sebagai Pikachu dan uploadkan dekat timeline dia. Apa lagi dia pun mengamuklah beb!. Akhirnya dia jadi ‘mangsa’ kedua disakat aku selepas Hidayah, tidak dinafikan betapa seronoknya aku buat perempuan geram bhai. Comel gila kot. Itu cerita zaman masih anak dara sunti.

Bila terkenangkan detik-detik di apartment lama aku lagu The Royal Concept “D-D-Dance” bermain di fikiranku. Yelah, umur aku dah masuk pertengahan 20an tapi semacam kembali ke zaman remaja. Rasa lucu pun ada. Akan tetapi seperti biasa, tiada apa yang kekal termasuklah kecomelan. Jujurnya aku nyatakan, kecomelan adalah hak milik mutlak seorang perempuan namun comel anak dara sunti tidak sama comel gadis yang sudah menginjak usia 20an.

Namun biarpun comel hak milik kaum Hawa, tidak mungkin ianya berkekalan. Atikah yang kukenali kini sudah pasti berbeza dengan Atikah yang aku kenali 2 tahun dahulu. Orangnya kecil molek, lebih rendah paras bahu berbandingku. Akan tetapi siapa sangka dia sudah ligat memandu berseorang balik ke kampong halamannya di Perak setiap hujung minggu.

Si Amin kemudian bertanya pada aku, apa bezanya anak dara sunti dengan anak dara yang biasa?. Nah, satu persoalan yang sungguh kompleks hendak aku jawab sebab aku seorang lelaki. Lantas jawabku dengan ringkas, anak dara sunti adalah si gadis yang masih belum menginjak usia 20an bercampur dengan kematangan fikirannya berfikir seperti orang dewasa.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget