Showing posts with label catatanku. Show all posts
Showing posts with label catatanku. Show all posts

Monday, January 26, 2015

DI ANTARA "KUTU", RAUSYAN FIKIR DAN ANAK DARA SUNTI



Pada Khamis malam Jumaat dua minggu lalu sewaktu aku menunggu phone aku dicas penuh, housemate aku Amin pulang ke rumah dengan membawa sebungkus nasi lemak ayam goreng panas yang dibelinya di bawah apartmentku. Sedang ketika itu aku membelek novel antologi 'Republik Kutu' yang kadangkala hanya aku baca bila waktu senggang saja disebabkan keserabutan aku waktu semester ini.

Antologi cerpen indie yang menampilkan 7 penulis lelaki ternama dan tak ternama itu aku beli semasa pesta buku antarabangsa Mei lalu hanya dapat aku baca lebih sebulan lalu selepas aku menghabiskan novel karya Ridhwan Saidi yang berjudul Stereo Genmai. Boleh dikatakan aku beli antologi ni pun sebab kebetulan Ridhwan Saidi turut menulis dalam antologi tersebut. Sebabnya kerana aku adalah peminat sisi gila ruang kontinuum idea mimpi otak kanan beliau yang sentiasa mengejakulasikan isi karya yang begitu mind blowing di minda aku yang membacanya.

Barang siapa yang pernah baca novel beliau mesti tahu akan filem noir klasik hitam putih, John F Kennedy dan cerut Cuba-nya, keenakan Cuban Sandwiches di kota Miami, kisah bertemu dengan hantu seorang pelajar BBGS bernama Delia di bangunan Pavi, esei akademik Miss Florence Chin, Saodah dan mesin timbangnya dan jugak fenomena Babyrina yang menjadi bahan eksperimentasi lelaki dengan sabun mahupun minyak bayi di bilik mandi ketika 'internet boom' zaman dial-up waktu tahun 1990an dulu. Aku pun tak pasti sama ada Babyrina tu wujud atau tidak. (“Saya harap cerita ini adalah cerita dongeng sahaja.”, Tun Mahathir Mohamad as quoted by Utusan Malaysia 8 November 1998)

Sambil membuka polistrin yang menutup nasi lemak bungkusnya si Amin bertanya kepadaku, "tu novel yang hang baca tu cerita pasai kutu ka?". Jawabku, "Eh dak aihh, cerita dalam novel ni banyak. Cerita pasal kehidupan, kekeluargaan, falsafah dan macam-macam lagilah. Kebanyakan penulis dia pun stok 'rausyan fikir ', semuanya lelaki". Honestly, aku pun tak tau kenapa penggunaan terma "kutu" hanya terhad kepada orang lelaki sahaja. Kutu rayau, kutu rock semuanya lelaki. Cuma main kutu jer orang perempuan join sekali. Agaknya, sebab itulah antologi ini berjudul 'Republik Kutu'. Namun bukan semua lelaki setuju digelar kutu. Senior sefakulti aku dulu cerita Man Bai pernah dibaling botol dan telur gara-gara memanggil crowd konsert rock di Taiping dengan bertanya "Apa kabar kutu-kutu semua?" entah berapa tahun lama dulu.

Kemudian sambil menikmati nasi lemak ayam goreng panas Amin bertanya padaku lagi apa itu 'rausyan fikir', jawabku lagi rausyan fikir itu ada individu pemikir yang level dia bawah sikit dari philosopher. Senang cerita golongan street wise macamtulah. Tak semena-mena dengan full confidence-nya Amin menuding jari ke arahku dengan berkata "Hang lah rausyan fikir tu kan?". Serta-merta aku menafikan "Ehh, mana ada weh. Aku bukan cerdik mana pun. Tak macam si Syahir tu".

Memang benar, Syahir si Che Awe Kelate punya otak lebih tajam dengan idea berbanding aku. Masa aku tinggal sebumbung dengan dia, gusi aku tak pernah kering dengan cerita lawak super annoying-nya yang sering membuatkan seorang housemate lembut rasa sangat-sangat sakit hati. Senang cerita, kau bagilah apa-apa cerita pada dia pun. Dia akan gabungkannya dan menjadi sebuah cerita lawak senggama minda yang kau tak mungkin lupakan sampai bila-bila. Contohnya, bila kau bercerita pasal serunding khinzir dengan si budak lembut yang suka menyebut khinzir tatkala masuk di pintu rumah. Dia akan bertukang karutkan cerita akan si lembut itu sebagai seorang usahawan serunding daging khinzir. Terus terang aku cakap lawak si Syahir ni lebih lejen dari Karoot Komedia, sedangkan karoot komedia sendiri sudah awal-awal lagi bagi reminder yang cerita mereka “buke hok buke, buke ceghito pasa oghe”. Namun amat terang lagi bersuluh situasinya amat berbeza dengan Syahir yang memang bercerita pasal ‘oghe’ dan ‘oghe’ tersebut adalah Azizi, housemate aku yang lembut tapi laser dan Hidayah, pet sis yang pernah menceriakan hidupku satu ketika dulu.

Ujar aku lagi pada Amin, kebanyakan rausyan fikir adalah kaum adam dan kita sebagai orang lelaki harus bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan pemikiran secerdas dan setajam pisau tidak seperti kebanyakan kaum hawa yang naïf dan berfikiran simplistic. Lantaran mendengar buah fikiranku tadi, si Amin ketawa kecil sambil berkata “Hang cakap lagu tu marah oghang perempuan bila depa dengaq”. Aku pun terus terkekek sambil meniru gaya Atikah, rakan sekuliahnya “Eeeh, abang!”. Memang sejak aku berkawan dengan si Syahir, aku agak gemar mengajuk gaya orang walaupun dengan cara belakang-belakang. Cuma secara intentionally bukan nak menyakitkan hati orang.

Berkenaan Atikah, kenapa aku ajuk gaya dia sebab aku suka melihat kecomelannya. Umurnya 4 tahun lebih muda dari aku sebagaimana juga Hidayah. Semenjak mula aku kenal dia dari hujung Disember 2012, aku tau dari situ dia memang syok disakat. Paling untungnya dia seorang gadis Sagittarius seperti juga Illy anak buahku yang sulung, jadi dengan berbekalkan pengalamanku menyakat anak buahku sangat mudah sekali dipraktikkan pada Ika meskipun aku tidak memanggil beliau dengan gelaran ‘monyet’ seperti yang aku lakukan pada anak buahku yang tak reti nak duduk diam tu. Sebaliknya, aku menggelarkan beliau dengan gelaran ‘chipmunk’ . Sebabnya cara dia pandang aku masa dalam di awal perkenalanku dengan beliau ketika kami lif bersama, entah macam mana otak aku terbayangkan Alvin and the Chipmunk.

Maka sejak ‘peristiwa’ aku sering memanggil beliau dengan gelaran chipmunk, meski binatang kegemaran beliau yang sebenar adalah ‘Pikachu’ walaupun secara hakikinya Pikachu dan Pokemon-pokemon lain tidak wujud jadi chipmunk-lah yang aku zahirkan sebagai Pikachu. Pernah sekali aku edit gambar Chipmunk make-up kan sebagai Pikachu dan uploadkan dekat timeline dia. Apa lagi dia pun mengamuklah beb!. Akhirnya dia jadi ‘mangsa’ kedua disakat aku selepas Hidayah, tidak dinafikan betapa seronoknya aku buat perempuan geram bhai. Comel gila kot. Itu cerita zaman masih anak dara sunti.

Bila terkenangkan detik-detik di apartment lama aku lagu The Royal Concept “D-D-Dance” bermain di fikiranku. Yelah, umur aku dah masuk pertengahan 20an tapi semacam kembali ke zaman remaja. Rasa lucu pun ada. Akan tetapi seperti biasa, tiada apa yang kekal termasuklah kecomelan. Jujurnya aku nyatakan, kecomelan adalah hak milik mutlak seorang perempuan namun comel anak dara sunti tidak sama comel gadis yang sudah menginjak usia 20an.

Namun biarpun comel hak milik kaum Hawa, tidak mungkin ianya berkekalan. Atikah yang kukenali kini sudah pasti berbeza dengan Atikah yang aku kenali 2 tahun dahulu. Orangnya kecil molek, lebih rendah paras bahu berbandingku. Akan tetapi siapa sangka dia sudah ligat memandu berseorang balik ke kampong halamannya di Perak setiap hujung minggu.

Si Amin kemudian bertanya pada aku, apa bezanya anak dara sunti dengan anak dara yang biasa?. Nah, satu persoalan yang sungguh kompleks hendak aku jawab sebab aku seorang lelaki. Lantas jawabku dengan ringkas, anak dara sunti adalah si gadis yang masih belum menginjak usia 20an bercampur dengan kematangan fikirannya berfikir seperti orang dewasa.

Tuesday, August 5, 2014

Warkah 140711 Sempena Ramadan dan Syawal



Tanggal 11 Julai lalu adalah ulang tahun kelahiranku dimana usiaku kini menginjak 24 tahun. Pada masa kawan-kawan aku mengucapkan selamat hari lahir di Facebook,  aku pandang pula inbox Blackberry aku, tiada mesej birthday daripada mak dan siblings aku. Selalu tak macam ni, kenapa adakah aku sudah dilupakan?. Bila tiba waktu hari jadi mereka aku ada gatal tangan nak wish tak?. Haram, alasannya aku sibuk dengan bebanan kerja tugasan. Sedangkan adik angkat yang aku anggap sebagai mutiara dalam lubuk hati aku pun tak pernah wish aku langsung meskipun mereka banyak berhutang budi dan harta pada aku yang semestinya aku malas nak ungkit depan-depan. Mujur aku tersenyum seketika saat terpandang ucapan Jara, seorang gadis yang pernah menambat hatiku lebih 6 tahun dulu. Meskipun aku terlalu bodoh buat-buat tak tahu sebab dihantui fobia Shrek dan Princess Fiona berikutan saiz badan kami yang sangat berbeza.

Aku termenung mengenangkan nasib hidup aku pada waktu yang mendatang. Dengan gaya aku yang macam ni agaknya sampai bila aku boleh survive?. Jika ditakdirkan umurku melepasi usia 50 tahun maknanya sudah cukup untuk aku menghabiskan separuh usiaku di muka bumi ini. Ikutkan hati, aku sebenarnya bosan hidup di balik lingkungan vicinity Lembah Kelang ini. Bosan makan benda yang sama setiap hari, bosan berkongsi oksigen yang sama hari-hari bersama manusia-manusia yang membosankan aku. Aku mahu merantau, atau berjalan-jalan di sekeliling Malaysia atau luar negara. Aku nak merasa benda baru, kemudian berganjak ke tempat yang lain dan merasa benda baru jugak. Tapi bila agaknya? 

Kadangkala aku cemburu melihat rakan-rakanku yang dari jauh sanggup berkorban masa berkualiti bersama keluarga tersayang datang ke Lembah Kelang demi segenggam kertas gulung yang kita panggil Diploma dan Ijazah. Aku akui, aku mungkin tak sanggup berada di tempat meraka. Syukur pada Tuhan sekalian Alam yang telah mengizinkan aku melihat anak-anak buah aku membesar dari atas buaian hinggalah mereka bersekolah dengan lebih dekat. Aku rasa bukan aku sorang dapat merasa kenikmatan itu, Jara pun jugak. 

Semalam sebelum tu, aku berbuka puasa dengan nasi itik AAA Kak Lina Taman Ampangan. Menu ni orang Shah Alam dapat merasa setahun sekali jer iaitu di bulan Ramadan. Bulan lain kalau nak merasa kena pergi Seremban lah alamatnya. Dalam seminggu selang sehari aku berbuka dengan juadah berbeza, paling aku gemari adalah Nasi Ambeng Warisan. Istimewanya adalah ianya antara yang paling terbaik daripada semua nasi ambeng yang dijual di bazar ramadan Stadium Shah Alam. Kebiasaannya nasi ambeng dimakan dalam talam. Namun disebabkan ianya jualan bazar ramadan, ianya dibungkus. Berbeza dengan malam-malam sebelumnya, aku hanya beli satu juadah jer. Sejujurnya, aku rasa tak lalu nak makan banyak hari tu.

Dua hari sebelum tu, seluruh dunia dikejutkan kekalahan teruk lagi memalukan Brazil ke atas Jerman dalam permainan semi-final Piala Dunia 2014 di tanah tumpah darah mereka sendiri. Namun tak mengapa, dua team tu adalah top priority yang aku mesti sokong setiap kali musim Piala Dunia. Justeru, andaikata satu team ni kalahpun. Aku tak kehilangan wang pertaruhan yang mana juadah megi goreng kosong dan teh halia untuk bersahur aku tetap bayar sendiri. Biarpun aku cukup menyampah sebab Brazil tak mampu membangkitkan aura final Korea-Japan 2002. Oh aku lupa bai, Ronaldo, Ronaldinho, Rivaldo dan Roberto Carlos mana ada lagi dah. Jangan harap kegemilangan dulu berulang kembali kalau asyik Neymar, Neymar, Neymar jer yang asyik diratib 7 hari 7 malam. Berbeza dengan Jerman, mereka ada semangat esprit de corp yang begitu tinggi sekali. Sebab tu aku happy Jerman merangkul piala tahun ni.

Entahlah, aku bukannya big fans tu dengan soccer semua nih. Aku layan World Cup jer, nak harapkan EPL harom. Cuma entah mengapa aku excited gila bila Liverpool menang, mungkin sebab motto "You'l Never Walk Alone" yang menjadi pedoman Luis Suarez (kini bermain untuk Barca) dan Steven Gerrard (otai nih). The rest, entah mengapa aku menyampah bagai nak mampus dengan Manchester United. Mungkin disebabkan promosi berleluasa David Beckham di ketika zaman kegemilangannya. Cehh, cara tu dorang nak cari duit lebih? Namun begitulah lumrah tinggal di utopia penuh fatamorgana sang kapitalis. Apa pun boleh buat duit.

Senang cerita aku lebih gila muzik, novel dan games daripada bersengkang mata pukul 3 pagi tengok bola di mapley. Aku pun tak tahu kenapa aku susah gila bagai nak mampus nak masuk kepala dengan member yang kaki bola, mungkin sebab aku kurang rapat dengan abang dan bapak aku. Aku sedar bahawa aku bukannya seorang jock yang digilai ramai wanita, aku hanya budak snobby tapi skema tak nerdy gara-gara dilahirkan dengan skizofrenia. Aku tak ada negative thought, cuma aku tertanya-tanya kenapa aku dilahirkan begini. Rumah tangga parents aku hampir runtuh dikala aku masih ingin mengenal dunia dan disebabkan kecelaruan cinta kedua ibu bapa aku. Aku jadi seorang yang buta pada keindahan cinta.

Sejujurnya aku tak pernah stay lama dengan mana-mana perempuan yang aku cintai. Lumrahnya kalau aku bercinta mesti putuslah di tengah jalan, and I don't even blame myself for all this shit I've been through. Ada sebab aku tak nak salah diri aku, kadang-kadang perempuan terlalu expect berlebihan dengan mana-mana lelaki yang dicintainya. Menurut Billi PS Lim dalam best sellernya yang meletup di tahun 1990an "Dare To Fail", lelaki dan perempuan bukan sahaja berbeza jantina tapi turut merupakan spesies yang berbeza. Menurut beliau lagi, orang lelaki mencintai seorang physical aspect namun orang perempuan pula mencintai lelaki for what she can get from him. Kata-kata urban philosopher terulung Malaysia tu jugak ada benarnya. Beliau menambah, orang perempuan secara lumrahnya nak orang lelaki pampered dia sepanjang masa bak umpama tuan puteri. Oleh itu, untuk merealisasikan semua tu orang lelaki harus bekerja untuk mendapatkan wang supaya dapatlah dia melayan pasangannya laksana tuan puteri. Namun, orang perempuan pulak kalau boleh nak lelaki stay dia dengan 24/7 sepanjang masa. Boleh ke begitu wahai kaum Hawa?

Gara-gara cinta aku yang selalu sangat terfaktab maka hati aku tertutup untuk menerima cinta selama lebih setahun. Sehinggalah bila aku sambung balik degree dan bertemu dengan gadis yang bernama Yaya. Pertama kali berjumpa dia sewaktu orientasi di universiti, kebetulan dia sambung diploma di situ jugak. Mulanya aku ni jenis bukanlah nak rapat sangat dengan perempuan honestly ketika itu aku malas gila sudah nak berlovey dovey gara-gara dikecewakan di masa lalu. Namun entah kenapa, kami semakin rapat malahan main kejar-kejar bawah apartment bersama macam budak-budak tadika yang gila Ribena. Kehidupan aku sepanjang semester pertama di kampus aku tu boleh dikatakan agak ceria dengan kehadiran Yaya, aku rasa macam satu tanggungjawab menjaga dia (sesuatu yang aku take for granted dengan mana-mana girlfriend aku sebelum ni). Budak rumah aku mostly assume yang aku bercinta dengan dia. Tapi aku selalu deny, aku kata dia hanya pet-sis aku saja oleh kerana aku belum berapa bersedia hendak menerima gadis yang lebih muda sepertinya.

Dulu masa aku baru nak masuk 20 tahun, nubiles dan nymphettes aku anggap sebagai barang mainan jer disebabkan kenaifan mereka. Akan tetapi bila bersama Yaya, aku rasa dia sangat istimewa bagi aku. Dia seorang gadis berbintang Taurus sebagaimana juga Jara. Bagiku, perempuan Taurus adalah anugerah Tuhan yang paling bermakna buat lelaki Cancer. Namun begitu aku merasakan ada batu penghalang di antara kami berdua yang membuatkan aku berasa tawar hati nak bersama dengan dia. Seperti aku, bapanya bermain poligami (mujur mak tiri aku dah berambus tanpa khabar berita sejak tahun 1998 lagi) dimana dia menanggung derita yang teramat pilu akibat kedua ibubapanya sering bergaduh. Bukan setakat itu ajer beb, segala macam sihir dan santau telah dikenakan kepada keluarganya. Aku rasa belum bersedia nak menanggung sama deritanya. Cintaku pada Yaya kurasakan sangat agung. Namun bak kata Hishammudin Rais, "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal!". Aku hanya mampu bagi kata semangat jer. Terus-terang aku tak nak kena dragged ke dalam personal issue dia. Cukup di sini saja aku bercerita tentang dia. 

Di balik kesibukan aku menghabiskan tugasan dan mengulangkaji untuk midterm-ku, aku cuba jugak untuk menjadi seorang yang cool. Aku mula mendengar lagu dari Foster the People, The Neighbourhood, Imagine Dragons, Bastille, dan Local Natives. Haim pun aku layan jugak sekali sekala. Aku cuba elakkan dari mendengar Linkin Park, P.O.D, Papa Roach, Crazy Town dan segala band nu-metal yang lain. Band-band otai lain seperti Nirvana, Red Hot Chilli Peppers, Pink Floyd, Rolling Stones dan U2 pun aku turut elakkan padahal band-band nu-metal dan old school ni semua jiwa aku. Aku cuba,cuba dan cuba sehingga asal buka Spotify jer update lagu baru yang aku cari sebab nak keep up to date.

Aku pandang refleksi aku sendiri di depan cermin. Aku cuba melihat identiti di balik aku sendiri. Imej apa yang aku bawa selama ni. Apa yang lebih, apa yang kurang mengenai diriku ini. Persoalan yang bermain di minda aku apakah aku akan kekal begini selamanya?. Firman Allah dalam kitab agamaku mengatakan Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri. Ya, aku harus berubah. Namun ke tahap mana terpulanglah kepada diriku sendiri nak mengubah ke tahap mana.

Biasa kalau nak beli pakaian, hanya tiga tempat jer yang aku tuju iaitu H&M, Uniqlo dan FOS. Akan tetapi, top priority pastinya H&M dan Uniqlo. Namun aku tak pernah anggap diriku hipster sebagaimana housemate aku yang lain. Sejujurnya aku bukanlah hamba fesyen, mujur juga kerana aku dilahirkan sebagai seorang lelaki selamba. Asal muat jer aku sarung. Tapi aku tetap mahu jadi cool. Sayang sekali, pakaian yang aku pilih semua tiada saiz aku. Aku tak mampu memakai Men Slim Fit Straight Jeans sebagaimana housemate aku.   
Lagipun aku bukannya hamba fesyen sebagaimana anak muda zaman sekarang. Mengaku hipster tapi poseur belaka. Ramai orang kata aku hidup dalam dunia aku sendiri. Well, perhaps they might be true. Aku memang tak terkesan dengan kata-kata orang lain kerana aku kenal siapa diri aku sendiri and orang lain tak berhak nak judge. Kerana mereka bukan Tuhan. Apa yang orang lain tahu pasal aku semuanya tip of the iceberg. Ya, mungkin kadangkala aku ni self-centered tapi bergantung pada keadaan. Kalau aku tak stress, gua hanya let-loosed jer. Aku open-minded dan mudah ikut flow, namun tak semestinya aku mudah berkompromi dengan perkara yang aku tak selesa. If you can pissed me out then why can't I do that on you?. Hidup kena adil bro. Berani buat berani tanggung. Aku seorang non-konformis, idealis dan realis. Aku hidup dalam falsafah aku sendiri.

To hell lah, orang nak kata apa sebab aku tahu dimana baik dan dimana buruknya perbuatan aku tu. Aku pun manusia bro ada hati dan perasaan. Akhir kata buat warkahku ini. Sejauh mana kita pergi kembalilah kepada fitrah kita. Mulai 

Shacklesmith : Mulai dari tahun ni, aku akan menulis warkah apabila hari lahirku, Ramadhan dan Syawal menjelang. Lihatlah kini dunia dilanda masalah, MH370 hilang tanpa sebarang kesan, MH17 ditembak jatuh, dan Gaza dilanggar geroda ganas lagi zalim Israhell. Brace yourself for more to come

Tuesday, November 29, 2011

Nuffnang Ke Nak Pening?

SALAM MAAL HIJRAH



First of all, aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433 buat seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Aku akui mungkin sedikit terlambat untuk aku mengucapkan kepada korang pembaca semua. Yelah, aku ni bukan la rajin berblog sangat kalau nak dibandingkan dengan Cik Nisa yang suka menaip tu. Aku hanya menaip apa yang terlintas di fikiranku ini dan lantas aku kongsi kan bersama.


Diam tak diam dah setahun aku berblog semenjak November 2010 lagi, banyak pahit manis aku kongsikan bersama pembaca-pembaca setia dan jugak tak berapa setia dan mungkin tak setia langsung blog aku nie. Ada pengalaman aku catatkan dan ada yang aku mungkin terlepas untuk kongsikan bersama korang sekalian. Sebenarnya aku 'berhutang' satu entry dengan blog ni sejak dari Oktober lepas. Entry yang sebutkan tu mungkin sedikit panas dan aku rasakan entry paling panjang pernah aku karang.


KETAM ATAS TIMBANG



Entry tu agak menarik sikit sebab ada cerita mengenai gadis Libra dan apa istimewanya mereka di  mata lelaki berbintang Cancer seperti aku. Menghangatkan lagi posting tu, aku selitkan gambar blogger cum model Hanis Zalikha dan pelakon baru yang semakin meningkat naik iaitu Sarah Ali. Kenapa aku selitkan mereka sebagai penyeri entry aku itu?, kerana sesungguhnya mereka gadis berbintang Libra dan jugak dilahirkan pada tahun yang sama sepertiku iaitu tahun 1990!. Oh ya, adakah Shacklesmith menyimpan perasaan dengan gadis berbintang Libra?. Oh tidak sama sekali (Sila rujuk di SINI).


Sebenarnya aku tidak menyimpan apa-apa perasaan pada dorang pun beb sebab aku bukan lelaki miang. Tambahan pula siapalah aku di mata mereka hanya seorang jejaka biasa yang tak punya harta dan rupa. Tujuan aku menyelitkan mereka ke dalam entry tu adalah sebab  begini ceritanya. Pertama, berkaitan blogger Hanis Zalikha aku menceritakan bagaimana aku mengenali namanya ketika awal 2008 dahulu sewaktu beliau menyertai pertandingan Malaysian Dreamgirl (program ala2 ANTM) sebelum beliau dikenali sebagai blogger kehormat lagi. Disamping itu, aku turut menceritakan pengalaman aku sebagai seorang blogger (Ya, ini bukan blog aku yang pertama. FYI, aku dah mula berblogging di Wordpress pada tahun 2007 lagi).


Cerita kedua agak special sikit. Apa kena mengenanya aku dengan Sarah Ali?, kalau cik Hanis Zalikha tu boleh la jugak sebab dia pun blogger macam aku walaupun aku ni suam-suam kuku ajer beb. Tapi kenapa pulak dengan Sarah Ali wahai Shacklesmith oi??!!. Sebenarnya untuk pengetahuan korang aku mengenali namanya ketika membaca satu artikel di laman Gua.com.my pada Disember 2010 mengenai filem Songlap. Kemudian pada 19 April 2011 barulah beliau muncul dalam satu temuramah di akhbar sisipan Panca Indera Mingguan Malaysia. Selepas itulah nama beliau lekat dalam kepala otak aku sehinggalah wajah beliau diabadikan menjadi cover Panca Indera bertarikh 23 Mei 2011!. Aku jugak masih ingat apa yang ditemuramah oleh wartawan kepada beliau kat dalam dua entry newspaper tu.


Walau bagaimanapun entah mengapa AKU BOLEH TERLUPA nama beliau sehinggalah lebih sebulan setengah kemudian iaitu pada malam 10 Julai 2011 ketika sedang mengalamun tak tentu pasal dalam Twitter akibat terlalu bosan dengan Facebook aku telah secara randomnya membalas tweet's oleh seorang gadis yang aku ingat 'awek mix' manalah sebab muka beliau pun ada unique feature sikit. Selalunya dalam Twitter tu aku kalau aku tweet balik someone memang jarang di balas semula sebab aku pun main random jer. Kadang-kadang tak langsung tapi entah mengapa rajin pulak 'awek mix' balas balik kat aku. Maka seronoklah melayan beb, lagipun nasib baik AKU TAK TROLL kalau tak naya aku kena sound dengan dia malam tu. Aku tengok muka dia pun like someone that you shouldn't mess with. Habislah aku kena tibai kow-kow.


Nak dijadikan aku pun bukaklah page Twitter dia sebab nak tau sapa sebenarnya dia. Menggunakan link facebook yang dia bagi kat page Twitter dia maka aku pun tekanlah. Pergh, baru aku perasan rupanya beliau lah pelakon baru yang jadi cover Panca Indera hampir dua bulan sebelum tu!. Entah macam mana aku terlupa pun aku tak tau. Mungkin dalam kepala aku serabut dok memikirkan CGPA final semester yang bakal keluar ketika itu kot. 


Kalau nak tahu lebih mendalam tentang apa yang aku tulis dalam entry aku tu banyak lagi sebenarnya terutamanya pengalaman bertweeter dengan Sarah Ali yang bagi aku menggelikan hati kerana macam manalah aku boleh tak perasan dengan sapa aku tweet malam tu tu aduyai. Berat hati jugak aku nak melepaskan entry tu lagi-lagi melibatkan dua orang public figure. Lagipun siapalah aku ni kan hanya warga marhaen di bumi ini. Kalau korang nak jugak sila bagi tau kat komen di bawah. Kalau takde respon dari korang jugak jangan haraplah. Hahaha..


GARA-GARA NUFFNANG BIKIN AKU JADI PENING!


Hah, yang ni pulak cerita pasal Nuffnang. Ye, kepada warga-warga blogger Malaysia sekalian mesti kenal dengan advertising company ini bukan. Tak sah kalau ada blog tapi tak bubuh widget iklan ni.  Semua orang menanti duit yang bakal menanti kalau blog tu laku dan iklan tu di klik oleh ramai orang. Biasanya keuntungan blogger top akan dapat income lebih kurang RM100+ sebulan. Tu pun belum campur keuntungan daripada ChurpChurp lagi. Cuma sebenarnya apa niat Shacklesmith menyertai Nuffnang nie?, adakah ianya kerana nakkan untung semata-mata?. Oh bukan itu tujuan ku sebenarnya beb.

Hmm, bukan itu niat ku yang sebenarnya beb. Tujuan aku masuk saja sebab gara-gara terikut akan orang yang sakan meletakkan advertisement sebagai penghias blog. Jadi aku turut terjebak sama. Aku tak mengharapkan sangat income advertisement yang tak seberapa nie. Lagipun aku ni bukanlah top blogger macam Cik Hanis tu beb. Dan keje aku bukan suka menaip seperti Cik Nisa jugak.  Ingat, bahawa kami ni blogger dan kami bukan bekerja dengan pengiklan. Kami hanya ejen menyebarkan risalah komersial ajer bai.

Sebenarnya aku ikut Nuffnang ni sebab nak mengetahui statistik blog aku sebab kebetulan Nuffnang ni ada menyerdiakan carta graf dan carta pai dalam widget Analytics yang memudahkan blogger mengetahui berapa banyak visit's dia dapat dalam sehari dan seminggu sebab almaklumlah Blogger mana ada menyediakan khidmat statistik sebelum ni kalau nak dibandingkan dengan Wordpress. Dahlah aku ni kemaruk statistik jadi secara tak langsung tab widget Analytics ni memudahkan aku mengesan visitor's blog aku dalam sehari dan mengetahui 'siapa' sebenarnya pelawat blog aku.

Kadang aku tak sangka jugak selera pelawat blog aku boleh tahan jugak selera dorang. Ada yang suka fakta dan tak kurang jugak benda-benda 18SX!.  Yang ini adalah print screen analytics Nuffnang aku dua minggu sudah.


Fulamak beb, aku tak tau pe citer asyik nama Neelofa jer yang menjuarai carta keyword kat blog aku nie. Kalau sebelum ni cerita pergaduhan Neelofa dan Fazura, kini benda lain jadi santapan. Rasa-rasanya dah jadi blog utama dah blog Kerambit Assassin's ni di kalangan peminat Neelofa mencari gambar-gambar nya walaupun koleksi aku tak sehebat blog Abe Budiey dan Abe Nara. Ini semua gara-gara Nasi Kerabu 8 Riyal yang dimiliki oleh Neelofa agaknya yang membuatkan blog aku popular di kalangan peminatnya. Kalau aku gosipkan Neelofa dengan Khairul Fahmi (Apexs) konfem meletup punya beb sampai tercabut serban pok lebai di Kelantan sana nun. Ini pulak printscreen terbaru aku dapat kelmarin.


Pergh, yang ini buat mata aku terbeliak sampai tersembur keluar macam aku tengok gambar Neelofa 4 bulan sudah. Semuanya berkaitan dengan perempuan padahal jarang aku sebut pasal perempuan dalam blog picisan aku nih!. Tapi satu yang buat aku tersembur bijik mata adalah search keyword 'ratu bikini sarawak'!. Sejak bila aku cover pertandingan ratu bikini sarawak pun aku tak tau sebab aku ni bukan gila pertandingan ratu cantik. I am no beauty pageant fetish dudes like those Latinos and Filipinos hunk's. Adakah ini berkaitan dengan kes LIMA GADIS YANG DISOALSIAT OLEH JAIS (SARAWAK) KERANA MENYERTAI PERTANDINGAN MISS BORNEO? Entry blog adalah yang paling hangat sejak seminggu lalu. Betul ker sebab aku tak jumpa langsung gambar bikini mereka yang sememangnya tak wujud langsung tu!. Jika benarlah maka aku ingin memohon maaf kepada mereka 'membahankan' mereka tempoh hari. 

Untuk pengetahuan korang sepanjang aku menyiasat kes ni aku menemui satu blog (SINI) milik salah seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Borneo itu yang dikenali sebagai Daynah (bukan nama sebenar). Atas keberatan ini aku ingin memohon maaf kepada beliau jikalau beliau perasan dan terasa hati akan entry aku tempoh hari tu.  Bukan niat aku nak memburukkan beliau dan empat lagi contestant, cuma sekadar berkongsi pendapat saja dengan orang ramai. Aku jugak memohon maaf kepada gadis sana yang aku kenali secara peribadi. Sebab tu lah aku tak link kan entry berkenaan dalam Facebook tempoh hari. 

Okey sekianlah entry aku kali ini buat pelayar-pelayar maya yang sudi membaca entry panjang aku ni. Terima kasih aku ucapkan kepada anda semua. PEACE. Walahualam

Shacklesmith : Entry yang semalam kusangka pendek, rupanya boleh tahan panjang jugak beb!.

Friday, July 1, 2011

Transformer 3 : Dark of The Moon dan Heroin Terbarunya

Seingat aku lah, jarang-jarang sekali aku keluar menonton filem di panggung wayang. Yelah, i am a busy man kan. Ditambah pula dengan bebanan final projek yang sememangnya memberatkan kepala aku pada masa itu!. Kali terakhir aku menonton wayang adalah filem Merong Mahawangsa pada Mac lalu bersama dengan kawan aku yang balik dari Mesir akibat kekacauan tempoh harinya. Nak dijadikan cerita, petang semalam aku pergilah jalan-jalan ke Mid Valley, niat sebenar aku hendak ke sana adalah untuk menonton filem terbaru Transformer's yang baru keluar di pawagam Rabu lalu dan hendak membeli game Xbox 360.


Ini merupakan kali pertama aku keluar menonton wayang semenjak habis belajar sebulan lalu, sebenarnya bukan tidak mahu keluar menonton sebelum ini. Banyak filem-filem menarik yang dah keluar panggung sebelum ini bukan? Cuma tiada masa dan teman sahaja. Tapi bagi Shacklesmith itu semua tak mengapa, biar terlepas dari panggung janji DVD kan ada! Hahaha. Kalau nak diikutkan memang aku nak pergi menonton pada hari Rabu tu jugak tapi mengenangkan tiket pun tak ditempah jadi postpone jela hari Khamis. Padahal, masa pergi semalam pun langsung tak ditempah tiketnya. Kah Kah Kah. Tapi tak mengapalah, bukan hari hujung minggu bukan?. So, apa nak dikisahkan pun.

Sesampai saja di depan GSC Mid Valley, memang mengejutkan aku. Sungguh tak disangka, pada hari kerja macam Khamis pun orang terlalu ramai hendak menonton wayang dengan penonton yang beratur punyalah ramai mak aih. Nak kata cuti sekolah pun tidak, tapi bukan nak kata apalah. Kalah hujung minggu aku rasa. Agaknya ramai yang ambik cuti semata-mata nak menonton filem Transformer's tu kot!. Tulah pasalkan, sebab nak tengok Transformer's punya pasal. Beratur punyalah panjang sampai aku sendiri pun risau tengok kat schedule display screen habis segala senarai jualan tiket sudah bertanda kuning (selling fast). Mulanya aku merancang nak tengok jam 2.15pm tapi itupun dah SOLD OUT!!!. Pergh, aduyai. Apa boleh buat bro. Nampak gayanya terpaksalah aku menonton tayangan jam 5.30pm.

Selesai jam jer aku beli tiket terus aku tengok jam. Diam tak diam baru pukul 1.45pm, aku ape lagi turunlah ke surau yang terletak dekat ngan food court tu (tempat makan paling bajet sebab takde aircond dan makanan murah-murah giler). Lepas jer aku bersolat zuhur masa nak pakai kasut tetiba jer berlaku sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu lima sekeluarga pelancong Turki yang semuanya lelaki. Tak silap aku lengkap tiga generasi dari atuk, bapak dan cucunya sekalinya. Sampai ajer dekat depan surau tu terus jer pergi ke hujung (rak kasut depan surau perempuan!!!). Aku tertanya jugaklah, diorang ni tak reti baca ker yang tu surau perempuan sampai yang paling muda sekali among them (rasa-rasa umur 7 tahun) pun boleh bukak pintu dan masuk ke surau perempuan jugak!!!. Entah apa dia buat aku tak taulah, keluar masuk pergi jenguk-jenguk. Yang aku hairannya, ada seorang awek keluar dari surau tu boleh buat derk ajer budak Turki tu pergi mengintai-intai orang perempuan sembahyang!. Lepas atuknya dah 'jumpa' surau lelaki barulah kesemua ahli keluarga tersebut ikut sama. Bagi aku baguslah, datang melancong negeri orang pun masih ingat solat lagi. Aku teringat cerita emak aku masa dia pergi haji sama dengan ayah aku kat Mekah dulu. Dikatakan jemaah dari Turki ni pelik sikit, suami isteri sembahyang sebelah menyebelah. Itulah agaknya budak Turki tu keliru kot, lain bebenor orang kita kan. Kita pun pelik dengan adat depa jugak, sampai jadi misteri yang tak terungkap sejak dari zaman khalifah Uthmaniah lagi selain dari tarian sufi yang pusing-pusing tu.

Lepas jer aku solat zuhur perut aku pun terasa lapar, ingatkan nak mentekedarah sandwich kat Restoran Subway tapi jalan punya jalan tak jumpa jugak. Nak makan Popeye's Chicken?? macam takde beza jer ngan KFC aku tengok. Ke aku nak jadi ketagih macam Nicky anak setan tu kalau aku makan? Hahaha. Tiba-tiba jer terdetik hati aku nak makan Kenny Roger's. Yelah, dah lama tak makan kan?. Hehe, aku pun pergi lah usha-usha menu kat depan pintu tu. Tengah mengusha menu ada awek pekerja situ datang berdiri depan aku, aku yang tak yakin dengan bajet yang aku ade ni pun curi-curi la usha wallet aku kat bawah meja menu tu (aku rasa dia perasan kot) almaklumlah makanan kat situ kan mahal-mahal. Aku teringin nak makan bukan apa, sebab kali terakhir aku makan kat Kenny Roger's bersama bekas secret admire aku dulu. Tapi kitorang makan kat Times Square. Masa bulan Oktober dulu tak silap aku. Biarlah segalanya tinggal kenangan kan. Hmm, dijadikan cerita masa nak order punyalah aku nervous gila sebab dalam poket aku hanya ada RM28.00 ajer sedangkan makanan yang aku nak order (Quarter Meal) berharga RM16.90 sen tak masuk air minomnya lagi!. Untuk membajetkan lagi kos maka aku orderlah air botol kosong sebab aku taknak minom air manis pulak nanti takut rasa nak terkucil dalam panggung nanti.

Habis makan ajer dan lepas bayar teruslah aku blah untuk men'top-up' duit balik aku yang sudah kekurangan tu. Ambik ko bil yang aku dapat adalah RM22.50!! Tu baru aku minom air kosong kalau air hot chocolate camner pulak ek?? Haha, lepas makan tu aku lepaklah di MPH dan naik balik usha-usha game kat sebelah food court atas tu (yang tu bukan bajet punya okay!). Diam tak diam dah pukul 5.00pm aku pun turunlah bersolat Asar and then barulah aku naik balik setengah jam kemudian. Sepanjang menonton cerita ni boleh tahan jugaklah macam yang sebelumnya ini jugak. Macam biasa kalau Optimus Prime berlawan mesti dia hampir kalah pastu tak pasal-pasal menang pulak jadinya (adatlah kalau hero kan? hehehe). Part yang paling menarik perhatian aku adalah penggunaan wingsuit oleh pasukan special forces Amerika. Memang terbaiklah free diving tu seumpama sugar glider di dalam hutan-hutan yang meluncur di angkasa raya. Aku pun teringin jugaklah nak terjun pakai wingsuit dari atas KLCC, dapat jugak merasa terbang di langit tanpa bantuan enjin dan minyak diesel kan? Hahaha, apa pun memang bestlah cerita walaupun aku tertinggal beberapa scene selama 5 minit akibat rasa tak tahan sangat nak buang ayor. Aduyai, memang selalu buat hal lah bladder aku nih. Time best-best pulak tuh.. Ciss!! Apa pun, berkenaan dengan filem ni aku bagi 4/5 sebab sepanjang tiga siri Transformer's memang tak menghampakan. Grafik CGI dia pun da semakin realistik, tak macam dulu dah.

Tidak menghampakan, walaupun Megan Fox yang seksi giler b@bi sampai b@bi pun boleh jadi giler tu dah takder. Tapi tempatnya sudah diambil-alih oleh Rosie Huntington-Whitley yang tidak kurang seksinya juga (pada standard aku biasa ajer :P,, supermodel lah katekan,, hehehe). Hah, merasakan Shia LaBeuf dalam pelukan hotbabes lagi kan? What a nice chick he got there dude!! Irretwistable Irresistable lips!!


Shacklesmith : Aii brader.. dua gambar je ker?? :D :D D:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget