Showing posts with label M-POP. Show all posts
Showing posts with label M-POP. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Video Muzik Cinta 247 Daripada MAX 24:7 Memang AWESOME!!!


Serius gua cakaplah beb, terbeliak bijik mata gua bila menonton music video nih!. Ingatkan kumpulan padu suara  lelaki daripada Korea rupanya anak-anak tempatan bangsa kita jugak. Haish, kagum-kagum eden dibueknyo. Aku ada buat entry pasal group nih tiga bulan sudah. Rajin-rajinlah rujuk kat SINI kalau nak tau lebih lanjut. Seingatnya, tak silap aku depa ada buat pengakuan kata mereka memperjuangkan genre muzik M-Pop, tapi kenapa video klip sebijik macam Super Junior pulak?. Ini K-Pop namanya bro. Haha


Cuba anda tonton video ni kat Youtube, anda perhatikan punyalah ramai penonton yang unlike video ini. Sedangkan semasa permulaan music video ini punyalah ramai gadis-gadis terpekik-pekik, terlolong-lolong bagai terkena histeria. Anda cuba agak sendirilah berapa ratus ringgit agaknya yang telah diupah kepada mereka demi menjayakan music video ini. Popular sangatkah kumpulan ini sampai diberi 'penghormatan' sedemikian rupa?. Memang popular pun sampai dikenali di Indonesia (klik SINI) dan klip video pun lebih intense dari yang SINI. 

Koreografi pun seakan kelam kabut sebab ramai sangat yang menari. Mana taknya, ahli kumpulan pun sampai 12 orang. Kalau ahli kumpulan pun 12 orang, ini membenarkan fakta bahawa jumlah lelaki lebih ramai di Malaysia berdasarkan statistik terbaru jabatan perangkaan yang Malaysia merupakan negara yang mengalami masalah lambakan lelaki melebihi wanita mengikut nisbah 105 : 100. Aku tengok pun jadi pening beb sebab terlampau banyak sangat penari. Apa lagi pengacara video klip yang ala-ala bapok tu siap cakap lagi 12 jejaka 'kacak'. Aduhai kacak ker nokk?? Berbulu mato den menengoknyo. GELI!!! Aku tak nak kritik lebih-lebih lagi lah weh. Nanti tak pasal-pasal kurang pahala puasa aku. Apa pun please enjoy music video yang nan hadoh ni.

Shacklesmith : M-Pop? Do you mean by Maknyah Pop...???

Saturday, June 4, 2011

Jejaka Macho Kacukan Korea dan Indonesia??

          Tidak berapa lalu kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemunculan sebuah boyband yang membawa konsep K-pop iaitu 24:7 (kini M-pop MAX 247) dan kumpulan padu suara anak gadis ala 'WonderGirl's' Gula-Gula. Ini menimbulkan spekulasi kepada peminat dunia muzik tempatan, apakah mereka ini akan menjadi modal bahan kutukan oleh rakyat Indonesia bahawa kononnya Malaysia ini negara 'maling' seperti yang digembar-gemburkan media-media sampah  mereka?. Shacklesmith tertanya-tanya.

Ternyata sangkaan ku tidak meleset malah benar sama mereka menerima kutukan di laman Indonesia. Lihat saja SINI dan SINI. Para pelayar internet Indonesia memang takde kerja lain selain mengutuk orang saja, lagi -lagi apa saja berkaitan dengan Malaysia pasti tidak lekang dari menerima kutukan. Semua saja negatif. Saban hari berbagai kutukan dilemparkan, tak terbayang kira-kira berapa banyak pahala yang diterima oleh Malaysia hasil amal ibadat rakyat negara jiran yang mengutuknya itu.

Akan tetapi perbuatan mengutuk Malaysia itu mungkin boleh diibaratkan seperti meludah ke langit kerana apa yang berlaku di negara kita baru-baru ini juga berlaku juga di negara mereka. Apa lagi kalau tidak bukan demam K-POP!!!.  Mau buktinya gan..


Sekilas pandang, persis Super Junior dan Shinee. Tapi bila dua kali pandang, macam mat indon pula. Begitulah sebuah boy-band berkonsepkan genre K-Pop dari Indonesia yang bernama SM*SH yang dianggotai 6 orang pria muda yang kayak jambu itu. Waduh kok!. Indonesia seperti juga Malaysia tidak terkecuali dari dilanda fenomena K-Pop ini sehingga menyebabkan ramai anak-anak gadisnya tergila-gilakan cowok dari Korea. Sudahlah sejak zaman berzaman lagi, ramai gadis-gadis Indonesia telah di 'maling' oleh jejaka luar khasnya dari Belanda dan Australia. Tidak mahu peristiwa lama berulang dengan kemasukan pencabar baru yang diimport dari Korea Selatan, maka demi menyelamatkan keadaan sebelum menjadi lebih parah. Maka muncullah kumpulan SM*SH ini demi memperbetulkan keadaan sebelum menjadi bertambah runcing sebelum ramai lagi gadis-gadis Indonesia berkahwin lari dengan jejaka Korea.


Namun begitu, bagaimana pula implikasinya terhadap Malaysia apabila boy-band plagiat ini bakal membina nama di Malaysia kelak berdasarkan liberalnya stesen radio swasta dalam mengudarakan lagu dari seberang?.
Hampir sedekad lalu majalah hiburan utama URTV sanggup menyiarkan gambar anggota Sheila On Seven membuka pakaian (bukan telanjang bulat) di kawasan pancuran air di KLCC. Tidak mustahil perkara yang sama akan berulang. Bukan setakat itu saja dong, sudahlah gadis Malaysia tergila-gila 'cowok' atau Mat Lombok dan kiri memasang angan-angan untuk berkahwin dengan lelaki Korea. Kini ada pula mat Indon yang mahu berlagak mahu menjadi Korean Guy pula, agak teruk juga kesannya nanti. Gadis Malaysia bakal di'maling' sekali lagi!!. Kepada para towkay radio-radio swasta sekalian terutamanya AMP (Astro) dan Media Prima. SILA AMBIL PERHATIAN. Kami tak mahu lagi sampah-sampah dari Indonesia!.


SHACKLESMITH :  Kalau Korea K-Pop, kalau Malaysia M-Pop, kalau Indonesia apa pula ya? Indon- Pop ya?? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget