Friday, August 19, 2011

Video Muzik Cinta 247 Daripada MAX 24:7 Memang AWESOME!!!


Serius gua cakaplah beb, terbeliak bijik mata gua bila menonton music video nih!. Ingatkan kumpulan padu suara  lelaki daripada Korea rupanya anak-anak tempatan bangsa kita jugak. Haish, kagum-kagum eden dibueknyo. Aku ada buat entry pasal group nih tiga bulan sudah. Rajin-rajinlah rujuk kat SINI kalau nak tau lebih lanjut. Seingatnya, tak silap aku depa ada buat pengakuan kata mereka memperjuangkan genre muzik M-Pop, tapi kenapa video klip sebijik macam Super Junior pulak?. Ini K-Pop namanya bro. Haha


Cuba anda tonton video ni kat Youtube, anda perhatikan punyalah ramai penonton yang unlike video ini. Sedangkan semasa permulaan music video ini punyalah ramai gadis-gadis terpekik-pekik, terlolong-lolong bagai terkena histeria. Anda cuba agak sendirilah berapa ratus ringgit agaknya yang telah diupah kepada mereka demi menjayakan music video ini. Popular sangatkah kumpulan ini sampai diberi 'penghormatan' sedemikian rupa?. Memang popular pun sampai dikenali di Indonesia (klik SINI) dan klip video pun lebih intense dari yang SINI

Koreografi pun seakan kelam kabut sebab ramai sangat yang menari. Mana taknya, ahli kumpulan pun sampai 12 orang. Kalau ahli kumpulan pun 12 orang, ini membenarkan fakta bahawa jumlah lelaki lebih ramai di Malaysia berdasarkan statistik terbaru jabatan perangkaan yang Malaysia merupakan negara yang mengalami masalah lambakan lelaki melebihi wanita mengikut nisbah 105 : 100. Aku tengok pun jadi pening beb sebab terlampau banyak sangat penari. Apa lagi pengacara video klip yang ala-ala bapok tu siap cakap lagi 12 jejaka 'kacak'. Aduhai kacak ker nokk?? Berbulu mato den menengoknyo. GELI!!! Aku tak nak kritik lebih-lebih lagi lah weh. Nanti tak pasal-pasal kurang pahala puasa aku. Apa pun please enjoy music video yang nan hadoh ni.

Shacklesmith : M-Pop? Do you mean by Maknyah Pop...???

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget