Showing posts with label dunia hiburan. Show all posts
Showing posts with label dunia hiburan. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Fahrin Ahmad Dimalukan Owen Wilson? WTF! Apa Pandangan Aku??



Buat pembaca setia Kerambit Assassin's sekalian, Shacklesmith menyusun 10 jari memohon maaf atas kelewatan untuk mengemaskini kandungan blog ini yang sudah lama tidak diperbarui atas kesibukan aku dengan hal-hal peribadi. Sepatutnya aku boleh mengemaskini blog ini pada hari minggu lalu ketika bercuti di Kuala Kangsar akan tetapi malangnya pulak laptop aku tertinggal di Kuala Lumpur gara-gara sebab nak kurangkan beban punya pasal. Alahai, lebih memeningkan Blackberry aku pulak buat hal tak dapat nak sambung dengan Streamyx kampung akak ipar aku tuh. Aisehman!. Tanpa melengahkan masa jom usha entry terbaru aku. 



Pada pagi Khamis lalu aku sempat meluangkan masa menonton (aku bukan selalu tengok TV pun beb) filem komedi barat berjudul 'Little Fockers' yang ditayangkan di channel HBO. Filem ni merupakan kesinambungan dari filem 'Meet the Parent' dan 'Meet the Fockers' menampilkan gandingan lakonan mantap dan bersahaja nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti Ben Stiller, Robert De Niro dan Dustin Hoffman dimana aksi dan keletah mereka pasti tidak akan membuatkan korang kering gusi melihatnya. Selain mereka bertiga, turut menjayakan filem ini adalah seniwati terkemuka barat Barbra Streisand dan Owen Wilson. Bagi aku okaylah filem ni walaupun tak sebaik prequelnya dulu.


Kalau nak diikutkan, tak apa yang istimewa langsung pun apabila menonton filem tu sebab bukannya aku tengok kat wayang tambahan pulak aku ni DVD pun jarang pasang. Selalunya aku bukak laptop dengan niat nak tengok DVD tapi last-last tersasar melayan Facebook jugak beb. Cuma yang membuatkan ianya sedikit istimewa adalah kebetulan kedatangan pelakon hebat dari Hollywood iaitu Owen Wilson sendiri ke Malaysia pada Khamis lalu kebetulan pada hari yang sama aku menonton filem lakonannyai tu. Dihangatkan pulak dengan kontroversi beliau menolak mentah-mentah pelawaan untuk bergambar bersama pelakon tempatan, Fahrin Ahmad seperti yang kita semua sedia maklum sejak lewat minggu lalu di sebuah majlis gala F1 bertempat di KLCC pada Khamis malam Jumaat (yang menghairankan dengan Marion Counter boleh pulak?).


Aku bukan nak kata apa beb, kesian jugaklah dengan brader Fahrin ni tak pasal pelawaan dia kena tolak mentah-mentah dengan superstar Hollywood. Kalau aku tahu nak jugak aku pergi malam tu beb, ingin sekali aku nak face to face dengan aktor Hollywood ternama tu sungguhpun niat nak bergambar bersama jauh sekali lagi. So, kenapa aku tak ingin bergambar dengan beliau?. Ingin tahu biar aku perjelaskan kepada korang apa pandangan aku terhadap Owen Wilson.


First of all, he wasn't my most favorite'd Hollywood actors compared to big names with the likes of other frat packs which includes Ben Stiller, Jack Black, Vince Voughn and Will Ferrell. Oleh itu, tiada sebab untuk aku menyesal jika tidak dapat bergambar dengannya sungguhpun aku sangat menggemari filem lakonannya seperti Starsky & Hutch, Wedding Crasher dan You, Me & Dupree. Jika dibandingkan dengan Owen Wilson, aku lebih favor nama-nama lain seperti frat pack yang sebutkan tadi. Kalau dia tolak pelawaan kita nak bergambar pun apa nak dihairankan sangat beb dengan artis Hollywood nie, depa kalau berlakon satu filem pun dapat gaji sampai berjuta-juta USD$ boleh pahamlah kenapa dia buat lagu tu sedangkan artis kita yang berlakon dua tiga filem setakat bayar gaji beribu-ribu jer pun boleh berlagak kekwat!. Lu pikirlah sendiri bai!




Aku bukan apa beb, lagipun aku dah banyak sangat dengar komplen peminat terhadap artis tempatan kesayangan mereka semua. Setakat tak balas tweet dengan approve friend request facebook tu aku boleh paham lagi sebab mungkin atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh terlalu banyak tweets yang masuk dan Facebook penuh tapi kalau menolak pelawaan bergambar mentah-mentah tu memang sial la weh. Sedarlah sikit artis tempatan semua, korang nothinglah nak dibandingkan dengan superstar Hollywood, Bollywood dan Hong Kong tu yang super-duper glamor lip-lap lip-lap disinari cahaya flashes. Kat Malaysia ni kalau Astro, Media Prima dan mana-mana media bangkrap jangan haraplah korang dapat publisiti lagi. Kalau Utusan Malaysia dan NSTP turut bungkus sama dimana muka korang nak keluar lagi?. Nak harapkan Meloyabikini dengan Melalai Outsider pulak yang tolong promosikan korang?. Haha, jangan nak mimpilah jika tak sertakan sekali campurtangan politik beb!. Sedarlah wahai artis tempatan sekalian, tiadanya peminat maka korang tak kemana beb.


Shacklesmith : Segala yang keluar di artikel ini adalah pandangan peribadi yang aku tujukan khas kepada para peminat fanatik artis-artis tempatan kita yang selalunya dengan muka tak malu mintak bergambar dengan artis pujaan mereka tapi last-last kena reject mentah-mentah. Turut tak dilupakan tembakan dua das kepada para artis tempatan yang menyombong tak tentu pasal bila nama dah naik bukan setakat dengan peminat sendiri, kawan satu sekolah dulu pun tak pandang!


Dengar cerita Anugerah Bintang Popular dah dekat, ramai muka-muka baru tercalon walaupun aku cukup sedih sikitlah sebab dua orang 'awek 1990' tidak berjaya dicalonkan dalam anugerah walaupun lakonan mereka berdua agak baik dan diterima peminat.


Agak-agak artis-artis yang menang nanti kerana apa ya? adakah kerana bakat dan kontroversi? Hehehe, 


Walahualam

Friday, September 30, 2011

Bila Anjing Menyalak - Namewee Mencarut Lagi (Mungkin Entri Paling Kontroversi)

Pernah dengar anjing menyalak tak bro? Bising bukan, begitulah yang aku boleh katakan mengenai seorang ah bing buncit yang tak habis-habis nak mencari publisiti murahan sejak tahun 2007 lagi. Boleh dikatakanlah, si pemilik perut buncit penuh bak kut teh dari Muar, Johor ini adalah KING OF ATTENTION SEEKER terpoyo di Malaysia (tapi mula buat hal di Taiwan) yang paling ulung sekali.

Siapa tak kenal Namewee angkat tangan?, kalau tak kenal memang sahlah buta IT sebab ah bing buncit ni antara selebriti Youtube local yang paling feymes di antara ramai-ramai penyanyi underground yang bergerak mempromosikan lagu mereka dalam Youtube. Bagaimana dia jadi popular berbanding artis-artis mee segera Youtube yang lain? Hah, hak tu memang sungguh berbeza sama sekali. Kalau artis Youtube mee segera sibuk dok main gitar depan webcam pastu nyanyi lagu recycle penyanyi popular lain ataupun adakalanya ciptaan sendiri kalau ada bakat menggubah lagu. Tapi cara Namewee sungguh berbeza.

Kita sedia maklum bahawa Namewee adalah RAPPER's dan sesiapa sajer boleh jadi rapper kalau suara tak sedap dan lemak (bukan lemak babi) merdu pun asalkan boleh bercakap laju song seng song seng macam beruk kene cucuk buntut dengan kayu panas. Tengoklah, si Ja Rule yang suara macam cookie monster bak kata 50cent tu pun boleh jadi rapper inikan pulak Namewee. Suara dia sedap sangat kah? Kita tanya Paul Moss dulu (dia ada lagi di Malaysia ke?).

Kalau dia nyanyi rap pasal lifestyle ngarut dia takpe jugak sebab aku peduli apa. Lantak pergi mampus dialah tapi yang dia kacau adalah keharmonian kaum di negara ini!. Semua orang tak boleh lupa kes penghinaan terhadap azan dalam lagu 'Negarakuku' yang mana dia telah mempermainkan lagu kebangsaan dulu. Tidak cukup dengan kes fitnah (oleh wakil PIBG yang merupakan anggota Hindraf) terhadap Puan Hajah Siti Inshah seorang pengetua di sebuah sekolah di Johor yang dituduh mengeluarkan kata-kata perkauman walhal beliau hanya menceritakan pasal pemandu kereta dan penumpang yang berbilang bangsa sehingga si Namewee lahanat ini menyanyi lagu rap sambil mencarut FUCK-FUCK bagai lebih menyakitkan hati orang Melayu walaupun terpaksa bersabar di bulan Ramadhan. Sudahlah tak minta maaf, si Nazri botak ahli Freemason 33rd Degree boleh bawak dia masuk dalam Parlimen pulak tanpa perlu mengikut protokol (kemungkinan diseru untuk melakukan demikian oleh Lucifer (Iblis) yang juga mengasuh Namewee sebagaimana Iblis mengasuh Dajjal Al-Masih, Madonna, Britney Spear dan Lady Gaga).

anjing belaan Namewee

Berbalik kepada cerita asal, iaitu anjing menyalak. Siapa yang menyalak sebenarnya?, adakah anjing belaan Namewee yang menyalak? (Namewee bela anjing? ada aku kesah?). Ye, setiap kali Namewee buat video upload kat Youtube mesti orang Melayu akan troll balik videonya seperti biasa anjing-anjing belaan Namewee yang berpendidikan SJKC (majoriti belum habis UEC lagi) akan bising-bising memaki orang Melayu demi mempertahankan dewata mereka iaitu Namewee. Tapi kali ini dia sendiri yang menyalak macam anjing bulldog belaan Datuk-Datuk dan Tan Sri Cina di kawasan elit Damansara (ini cerita betol beb!, kalau aku joging tiap-tiap petang lalu depan rumah banglo milik golongan elit Cina di kawasan rumah aku. anjing mereka pasti menyalak. Mungkin anjing tu nak perhatian kot. Almaklumlah, tuan dia terlalu sibuk bekerja sampai takde masa nak melayan dan bermanja-manja). Kali-kali ni Namewee pulak yang menyalak woof-woof. Ape ke kongkek semua ni?.

Nak tengok punca salakan dia? Mari SINI (sila right click kepada New Tab agar korang tak terlepas blog aku). Baru-baru ni dia ada upload video terbaru dia bertajuk 'Fuck Utusan'  tapi walaubagaimanapun aku tak boleh nak post kan video dia dalam blog sebab kena private (da tak tahan kena troll kot). Puncanya dia marah sangat kat kolumnis tu kononnya buat review tak baik pasal filem dia. Ape ke zina semua ini?. Adakah kolumnis tu benar-benar mengkritik filem dia? Korang baca link yang aku bagi kat atas tu dan nilaikan.
Memang sahlah budak Cina tu tak paham bahasa Melayu langsung! Artikel tu adalah satu rencana yang mempertikaikan perangai biadap dia dan ketidakwajaran dia mendapat keistimewaan layanan dari Menteri si Botak Liberal dan bukannya review filem nasi lemak basi dia!. Bingai punya mangkuk hayun. Cakap BM pun tunggang langgang. Ingat Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee..... Aiya, itu manyak simple punya BM pun lu tatak paham ka?. Lupa, lu ada mintak ka bulum? Kalau bulum ah.. aiyah, sorry naik lorry ooo.. Gua selitkan sikit bait lirik yang aku dapat dalam ni untuk korang semua nilaikan beserta dengan ulasannya sekali.

"Dulu-dulu" apa? Dulu lain sikalang sudah lain ka? Ohh, si ah bing buncit ni mintak orang ramai supaya jangan ungkit kesalahan dia. Wah lau eh, banyak cantik. Habis tuh, kalau tak mintak maaf kenapa mintak orang jangan ungkit. Ingat!, say sorry dulu baru suruh orang jangan ungkit okay.

"Dulu wa pukimak, sikalang wa sudah patliotik !" Aiyah, itu maciam ka?. Lu mengaku lu dulu pukimak dan sekarang dah jadi patriotik. Bukan lu dulu mengaku masa buat video 'Negarakuku' tahun 2007 yang lu 'patriotik'? Habis macam mana mau buang itu title 'pukimak' kalau lu dah mengaku patriotik dari dulu lagi?. Jadi ah, lu talak mintak maap sama olang Melayu maknanya lu masih pukimak lagi. Maka pukimaklah Namewee sampai bila-bila. Sudikah kami memanggil nama Namewee dengan gelaran Namewee Pukimak? Dengan itu kami rakyat Malaysia akan menggelarkan Namewee sebagai manusia paling pukimak di Malaysia!.  Kepada penjilat bontot dan pencacai angkat taik Namewee sekalian yang majoritinya tidak boleh berbahasa Malaysia dengan betul. Fuck OFF and a big fat middle finger for you all. Don't blame me for saying Namewee a motherfucker (pukimak) because he himself said so. Yeah, the most 'patriotic' motherfucker of all time dude!. No need to call me racist fellas. Anyway, it's freedom of speech maa. Also this is my blog haiz so I can say what the hell i want!.




"You mau tulis orang punya filem ah, baik ke atau tak baik ke, lu mesti pergi tengok dulu mah. Lu tak tengok, tulis apa *****"


Apasal dia dok membebel tak tentu pasal kenapa penulis kolum tu faham atau tidak filemnya dengan mesej subliminal yang disampaikannya?. Sebab penulis kolum itu BUKAN PENGULAS dan PENGKRITIK FILEM!!! Apa mangkuk hayun punya Namewee!!!. Sepatah haram pun dia tak refer pasal filem tu sebab dia tak hingin pun nak tengok. Ingat!, Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee... Aiyah, Lu ada paham ka?? Kalau lu pernah buat taik before this and then tak mintak maaf sapa mau tengok cerita lu?. Yang tengok tu kononnya open minded sangat sampai biarkan taik tu masuk. Tak sedarkah kesilapan dia menghina agama dan bangsa kita belum lagi dia maafkan. So, like hell I care...




"Saya ah ada degree tau, mass communication tau, lu jangan tipu saya tak pernah makan durian tau. Suratkhabar ialah laporkan ..... lapor ..... bukan tulis syiok sendiri punya  ...."


Aduyai, nak tergelak sampai tergolek (tapi tak tergolek pun) mendengar statement paling poyo Namewee dalam video klip tu. Artikel dalam kolum tu berbentuk rencana dan bukannya laporan berita wahai Namewee yang sengal. Rencana itu merupakan satu analisis isu semasa mengikut pendapat peribadi si penulis. Beliau bukan wartawan Utusan lah bahlol!. Aiyah, itu paper Cina macam Nanyang Siang Pau, Sinchew Jit Poh, China Press dan Oriental Daily yang percuma pun banyak buat analisis ikut syiok sendiri punya sampai pernah jadi kontroversi, tapi editor cakap apa? "Aiyah, apa mau risau lor.. itu personal opinion maa.."


Yang anjing-anjing pencacai Namewee dalam Youtube pun satu biol jugak. Kononnya, penulis tak ikut etika kewartawanan bagai semua la dan tak patut keluarkan 'ulasan' begitu. Aduh mak ai, lu olang semua ada baca tu artikel ka?. Setakat dengar one sided story dah berlagak as if they know it all from the beginning. Kebanyakan pencacai Namewee ni untuk makluman korang sebenarnya tak habis PMR dan SPM lagi tapi dah berlagak pandai. Biasalah tu, kalau dah kiasu bagai nak mampus kan memang bajet syok sendiri. Aku rasa dorang tak pernah baca buku berbahasa Malaysia pun. Yang dibaca pun hanyalah buku teks pengajian Bahasa Melayu di sekolah. Buku lain macam novel, majalah dan surat khabar pun haram tak pernah langsung akibat sikap kiasu dan chauvinisme yang menebal dalam benak hati dan otak mereka.


Lagi satu kenapa poyo sangat dengan degree tu?. Boleh bawak sampai mati ka?. Takpela, kalau lu mati awal lagi bagus. Suruh lu punya parent bakar sekali kertas degree tu sama dengan hell money nya sekali. Apasal sensitif sangat tak boleh accept kritikan?. Biasalah mana ada artis tak pernah kena kritik, itu Hollywood punya actor's pun selalu kena kritik kowkow depan press tapi dorang tak pernah emosi pun. Macam ni mau maju ka? Aiyah, lu punya perangai macam ini jangan haraplah Melayu nak sokong lu. Lu hanya success dengan bangsa lu ajer, tapi orang Melayu majoriti takkan support lu sampai bila-bila. Only the most blind of all Malay will support your cause. Remember, changes isn't enough. Apology is important.


Tengoklah sendiri gaya bahasa dan pertuturan Namewee, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan degree yang dimilikinya.. standard budak tadika curi chewing gum di kedai ajer. Satu lagi dia tak faham apa itu 1Malaysia yang dilaung-laungkan berkali-kali dalam videonya. Setakat ada muka berbilang kaum dalam filem tajaan TIGER BEER tu dia boleh suka-suka nak claim 1Malaysia? Haha, Lawak sungguh. Tengok kat bawah , Namewee sebenarnya tak paham dengan maksud sebenarnya 1Malaysia dengan perkara yang paling asas sekali.


Gagasan ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, apa bila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan etnik berteraskan beberapa nilai –nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Gagasan ini adalah digagaskan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
cuba perhatikan prinsip ke-5 dalam rukun negara...

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan



   Dimanakah kesopanan Namewee kalau asyik nak melancau ajer kerjanya hah? What The Frog...?


Alah, lagipun aku yakin kalau takde artikel daripada Utusan pun Namewee tetap akan bikin ribut percayalah. Hampir dua minggu sudah dia bising cakap kat orang ramai sila cepat-cepat menonton filem Nasi Lemak Basi 2.0 tu sebab takut ianya akan diharam walhal ape ke jadahnyer penayangan nak ditarik balik sebab FINAS dan LPFM dah luluskan dari awal lagi. Impossible! banyak filem kontroversi yang dah diluluskan oleh FINAS dan LPFM agak mustahil nak ditarik balik syarat wajib tayangnya. Ini membenarkan bukti bahawa Namewee  yang poyo itu adalah mangkuk paling syok sendiri di Malaysia ini!.


Oh ya, dengar cerita selepas filem Nasi Lemak Basi 2.0 ni ada ura-ura yang mengatakan bahawa Namewee filem terbarunya yang baru siap akan ditayangkan pada tahun depan. Makin menjadi-jadilah perangai syok sendiri Namewee ni mana taknya. Filem sulung hampir sebulan ditayangkan yang terbaru keluar tak lama lagi pulak. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah usha poster filem terbarunya akan datang tu. Ni kat bawah ni ha! Filem ini bertajuk..........




[MESTI BACA]>Luahan Pengarah Mamat Khalid 1<[MESTI BACA]

[MESTI BACA]>Luahan Pengarah Mamat Khalid 2<[MESTI BACA]

[MESTI BACA]>Jebat Must Die - Name Salah Asuhan<[MESTI BACA]

Shacklesmith : No I'm not racist, in fact i'm totally against it. The reason why i said this because I'm actually pointing at those hypocrites who run around and shout they aren't racist but in reality in they are the biggest chauvinist bigot's of all time.

Friday, August 26, 2011

BIAR BETUL - Syamsul Yusof bakal Tinggalkan Skop Productions?


KUALA LUMPUR 26 Julai - Syamsul Yusof amat diperlukan dalam memastikan Syarikat Skop Production terus maju ke depan.

Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam mendakwa beliau bersyukur kerana mempunyai anak yang bukan sahaja berbakat dalam bidang pengarahan, malah bijak dalam mengukuhkan perniagaan yang beliau tubuhkan sekian lama.

Beliau juga tidak menduga akan minat yang sama turut diwarisi seorang lagi anak lelaki beliau, Syafiq yang bakal mengarahkan sebuah filem selepas ini.

Datuk Yusof juga dalam pada yang sama meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul akan kekal setia bersama Skop Productions. Malah setakat ini beliau yakin, dengan usaha gigih anaknya memperkukuhkan Skop Productions, tidak ada sebab Syamsul akan meninggalkan syarikat tersebut.

Datuk Yusof Haslam berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan beliau di Bangunan Finas pada Rabu lepas.


Pada kesempatan Majlis tersebut juga, beliau turut menunaikan tanggungjawab memberikan bonus kepada 160 warga Skop Productions bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. 


Ini merupakan salah satu langkah yang sangat efektif setelah mencapai keuntungan hasil filem karya Syamsul. Keuntungan ini bagi beliau sewajarnya dibahagikan bersama tenaga-tenaga kerja di syarikat produksi ini.

Apakah benar semua ini? Skop Production yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Yusof Haslam sudah amat sinonim dengan filem-filem keluaran beliau. Bahkan dengan penglibatan Syamsul ke dalam industri perfileman tempatan telah memperluaskan skop dengan penambahan genre filem sesuai dengan kehendak generasi baru yang lebih 'up to date' dan segar. Malahan, bakat yang diwarisi oleh Syamsul dari bapanya merupakan satu aset penting yang tak ternilai buat Skop Production. Malahan, produksi itu kini dilihat sebagai satu bisnes keluarga yang patut dipertahankan oleh Syamsul dan adiknya sendiri. Bagi aku sebagai peminat dan penyokong industri filem tempatan amat terkejut jugaklah mendengar khabar ni.


Aku percaya sejak daripada tahun 2008 lagi, pengaruh dari Datuk Yusof Haslam-lah yang buat Syamsul dikenali. Mana tidaknya, filem pertama pun dah box-office. Sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan kegemilangan filem arahan Yusof Haslam pada tahun 1990an dulu. Cuma, Syamsul membawa genre yang berbeza semestinya diminati oleh generasi sekarang. Aku juga berkongsi pendapat dengan Datuk Yusof, tidak ada sebab untuk Syamsul untuk meninggalkan Skop Production. Harap ini semuanya hanyalah khabar angin.


Sekian,

Tuesday, August 16, 2011

Miera Leyana - Saya Masih gadis timur


Aku cukup kesian sungguh dengan dia, baru nak naik jadi pelakon tapi dah dilanda kontroversi. Umur pun baru 18 tahun dan masih naif lagi untuk mengenal baik dan buruk penjara dunia ini. Yelah, kalau kontroversi tu akibat dari tohmahan orang lain takpe jugak ini sendiri cari nahas bikin masalah sendiri. Masakan pokok boleh bergoyang kalau takde angin?. Sendiri buat, sendiri mau ingatlah. Berani buat, beranilah tanggung beb. Fikir-fikirkanlah.


Pekakkan telinga hadapi tohmahan

TIDAK surut dugaan ditempuhi aktres muda, Miera Leyana Kasmi, 18, apabila baru saja reda kontroversi gaun seksi yang menampakkan bahagian tertentu tubuhnya, kini timbul pula cerita dia dikatakan mabuk selepas berlibur di pusat hiburan.
Bagi empunya diri, ia tohmahan yang jelas cuba memburukkan namanya, malah jauh di sudut hati berharap si penyebar cerita palsu jangan memfitnah sesuka hati tanpa memikirkan maruah insan lain.
“Saya pernah dicop seksi, namun tidak bermakna saya pemabuk. Memang saya terkejut kerana saya tak buat benda seperti itu. Malah lokasinya pula dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan berhampiran kediaman keluarga saya.

“Walau ibu bapa saya bersikap terbuka, pergaulan serta tatasusila sebagai orang timur tetap dititikberatkan. Jangan menilai buku daripada kulitnya. Biar tampak lincah, saya bukan jenis mudah lupa diri,” kata pelakon berbakat besar itu penuh bermakna.

Akuinya, kebebasan yang diberikan keluarga tidak mungkin dipersiakan dan bersama kepercayaan itu Miera berani melangkah sama ada di arena lakonan mahu pun peragaan yang diminati sejak kecil.

Gadis berdarah campuran Melayu-Cina ini sebenarnya mempunyai hati waja apabila menganggap gosip atau khabar angin sebagai asam garam yang perlu dilalui semua insan seni.
“Ramai lagi yang pernah berdepan dugaan lebih hebat. Bagi saya jika tidak benar, baik pekakkan telinga dan pejamkan mata. Saya bersyukur apabila setiap kali datangnya ujian, ibu bapa antara insan pertama yang akan menjadi penenang.

“Bermula lebih awal di bidang peragaan iaitu pada usia 15 tahun menyediakan mental dan fizikal saya supaya kalis tekanan. Pengalaman mengajar saya supaya tidak cepat melatah,” kata si tinggi lampai yang pernah terbang hingga ke Jerman untuk memperagakan pakaian.

Enggan memanjangkan isu kontroversi, gadis yang ditemui pada pertunjukan fesyen Hari Raya di sebuah pusat beli belah di ibu kota baru-baru ini, bicaranya dialihkan ke projek baru semetelah namanya kian mendapat perhatian penerbit.

Baru selesai penggambaran drama bersiri berjudul Psikik, katanya, orang kuat produksi berkenaan turut membuka peluang kepadanya tampil bersama sebuah lagu khusus untuk produk terbabit, Miliknya.

Lagu tema berentak balada yang bakal diedarkan sebagai single itu ialah percubaan pertama Miera di arena rakaman, membuatkannya gementar menanti maklum balas orang ramai.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka kerana segala-galanya bermula secara kebetulan iaitu selepas penerbit mendengarnya mendendangkan sebuah lagu Yuna dalam satu babak.

“Menyanyi sudah menjadi hobi keluarga, tetapi sekadar suka-suka. Cuma apabila diberi peluang merakamkan lagu, saya minta tempoh untuk memikirkannya kerana langsung tidak punya asas nyanyian.

“Namun ibu bapa saya memberi galakan, selain penerbit yang menaruh kepercayaan. Memang sukar kerana selain mengawal vokal, pernafasan juga sama penting. Alhamdulillah, saya mampu melepasi ujian itu,” katanya yang mengambil masa dua hari untuk menyempurnakan rakaman.

Dijangka lagu tema akan dipromosikan dulu di stesen radio sebelum drama bersiri terbabit menemui penonton sekitar akhir tahun ini, manakala penggambaran pula sudah diselesaikan lebih awal sebelum bermulanya puasa.

Lash hanya kawan

MENERUSI Psikik, Miera digandingkan bersama pelakon baru, Lash Mokhtar, dan dek keakraban mereka dikatakan intim apatah lagi tersebar gambar yang menandakan kemesraan kedua-duanya.

“Lash macam kawan lain. Macam biasalah kalau bergambar sudah tentu kita duduk rapat dengan orang di sebelah. Dalam gambar itu pun kami bukan berpeluk. Lagi pun ada ramai lagi teman yang ada ketika itu sebab ia berlangsung ketika penggambaran Psikik.

“Biar apa pun orang cakap saya sudah tak kisah. Antara saya dan Lash tetap berkawan. Dia sendiri pun tahu saya jenis gila-gila dan cepat mesra, jadi mereka yang rapat tahu sejauh mana persahabatan kami,” dedah si jelita yang sememangnya peramah itu.

Bercerita soal sambutan Syawal pula, Miera berkata, tahun ini mereka sekeluarga akan terbang ke Eropah mengambil cuti panjang yang sudah dirancang sejak tahun lalu.

Begitupun, mereka akan menziarahi dulu sanak-saudara di sekitar ibu negara dan menghabiskan masa di kampung sebelah ayah di Parit Buntar, Perak sebelum berlepas ke negara orang.

“Mama sudah merancang percutian ini sejak tahun lalu dan lebih seronok kerana ia turut disertai anggota keluarga terdekat. Baik destinasi mahu pun persiapan, segala-galanya diuruskan ibu saya tambahan pula kami sudah lama tidak bercuti sekeluarga.

“Memang tak sabar kerana selain menenangkan fikiran, saya dapat meninjau perkembangan fesyen di sana. Kami akan ke London dulu sebelum singgah ke Paris. Ikut perancangan awal, percutian ini berlangsung selama tiga minggu,” katanya bintang filem Apokalips yang tampak begitu teruja.-BH-

PROFIL

NAMA: Miera Leyana Kasmi 
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993 
USIA: 18 tahun 
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru 
KARIER: Pelakon dan model 
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik 
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari 
CITA-CITA: Ahli perniagaan 
DRAMA: Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto 
FILEM: Apokalips



Pandai jugak gadis ini menjaga nilai ketimurannya..





Shacklesmith : Ayat standard artis bila dah kantoi buat kontroversi melampau "saya masih berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai ketimuran".. Itupun hanya ungkapan di mulut sambil berposing kebaya ketat nampak curves, posing maut tepi swimming pool, nampak lurah dan ketiak karat.. Timurlah la sangat dik miera oii..

Thursday, July 21, 2011

Totally Hot (Posing Maut Dari 'Hantu Kum-Kum'!!!)

Era globalisasi pada abad ke-21 ini telah menyaksikan banyak perubahan. Bak kata orang, semuanya canggih-canggih belaka. Zaman dah moden lah katakan. Oleh itu tidak hairanlah kalau 'hantu' pun dah pandai bergaya sakan siap posing dengan pakaian yang style gitu lorh. Posing punyalah seram sampai Abang Nara pun dah tak mampu nak menulis panjang lagi.  Opps, Shacklesmith bukan nak bercerita pasal hantu ya!. Malam ni pun malam Jumaat. Tak pasal-pasal korang tak boleh lena pulak nanti.

Shacklesmith sebenarnya sedang memperkatakan tentang seorang pelakon drama seram bersiri 'Kum-kum' yang dikhabarkan telah muncul dalam majalah FHM bulan Julai 2011, Marsha Milan Londoh (AF3). Wah, bukan main lagi pose seksinya, tak pernah sepanjang hidup aku membaca FHM Malaysia punya gambar seseksi itu. Serius tu beb, FHM Malaysia ni yang paling 'jinak' dalam rantau Asia Tenggara. Kandungan kita tidaklah sepanas edisi Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini adalah bagi aku satu 'peningkatan yang baek punya!'. (Apa nak dihairankan, pembaca FHM di Malaysia bukan majoriti Melayu pun). Satu issue pun dah berharga RM10 lagipun berbaloilah sapa-sapa dapat cuci mata membacanya.

Bulan sudah heboh satu negara memperkatakan tentang khabar 'perkahwinannya'. Kini gambar panasnya pula yang tersebar. Apa pun bagi korang yang belum tengok gambarnya lagi. Sila-silakan, tengok dengan akal bukan dengan nafsu okay. Kredit gambar kepada Abang Nara dan Samax Forum Cari.

Friday, June 24, 2011

Bilalah Video Muzik Lagu Melayu Kita Nak Sampai Ke Tahap Ni...?


            Sungguh tidak terucap dengan kata-kata, itu saja yang mampu aku luahkan perasaan tatkala menonton video klip muzik yang hebat ini. Kepada peminat J-Pop dan Emo sapa tak kenal Gackt bukan? usah cakaplah memang bukan peminat J-Pop asli kalau tak kenal Gackt, begitu jugak dengan peminat style Emo. Tak berjiwa Emo kalau langsung tak tahu siapa Gackt. Okeylah, aku tak sentuh pasal J-pop ke, Emo ke atau apa-apa yang peribadi pasal penyanyi yang bernama pelik bunyinya ni.

Aku cuma nak korang berfikir sejenak tentang video muzik ini yang pada pendapat aku begitu menyentuh jiwa dan perasaan sesiapa yang menontonnya. Pada pendapat aku, tangan-tangan dan buah fikiran kepala kreatif yang menghasilkan video ini memang hebat dan fantastik. Mereka sungguh bangga dengan warisan budaya bangsa mereka yang terkenal dengan jiwa kepahlawan itu sehingga menjadikannya sebagai bahan video klip ini.

Terus-teranglah gua cakap beb, aku tengok video muzik sampai 4-5 kali semata-mata nak menjiwai mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu ini sungguhpun aku tak paham sepatah haram lirik yang dinyanyikan. Setiap paparan babak-babak pertempuran para samurai ini seakan-akan menyentap jiwa kemelayuan aku yang mula mengenal apa itu erti warisan pusaka bangsa. Sehingga menimbulkan tanda-tanya, bilalah klip video muzik kita nak mencapai tahap macam ni. Bosan gak aku ngan klip video cintan-cintun hawa nafsu semua ni bai. Tak habis-habis ngan CINTA, CINTA, CINTA. Balik-balik video klip kat taman bunga.

Apa yang nak dimalukan sangat dengan warisan bangsa ni, budaya kita bukan setakat lemah lembut gemalai macam tarian zapin, inang, makyong, dan joget semua. Tapi kita ada ilmu kepahlawanan mempertahankan diri macam silat dan kuntau. Banyak cerita sejarah yang kita boleh eksploit sebagai contoh perang Melayu Bugis dan Minangkabau atau paling tidakpun perang saudara Selangor dan Pahang. Apa ingat orang Melayu dulu berperang tak pakai armour ke?. Cuba pergi muzium Ngah Ibrahim kat Bukit Larut, Perak and see for yourself. Jangan malu lah dengan bangsa sendiri. Aku haraplah suatu hari nanti persepsi inferiority complex ini berubah dan orang Melayu yakin dengan warisan budaya bangsa kita sendiri.

Shacklesmith : Setakat nak masuk pasaran US lagi baik buat video muzik macam ni daripada yang TUT ni. Adelah pekdahnyer jugak yeop.

Monday, June 20, 2011

Al-Fatihah, Pelawak Veteran Zami Ismail Meninggal Dunia

           
            Selepas pemergian M-Rajoli pada tahun lalu kini seorang lagi pelakon veteran mengikutnya pulang ke Rahmatullah. Zami Ismail, nama yang cukup dikenali oleh ramai peminat komedi tempatan dan amat terkenal menerusi sitkom lakonan beliau, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai watak Pak Uda. Beliau menghebuskan nafas terakhir pada jam 10.15 pagi akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang aktif bidang seni lakonan sejak tahun 1980an lagi menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu beliau juga turut membintangi hampir 17 buah filem serta puluhan drama tempatan sehingga turut dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM-9).

Allahyarham juga amat sinonim dengan filem komedi hebat arahan Mamat Khalid seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Allahyarham akan turut muncul dalam filem arahan Saiful Apek, Shhh... Dia Datang Lagi yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang turut terkejut atas pemergian beliau menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. Turut mengikut jejak langkah Allahyarham dalam bidang seni adalah dua orang lelakinya, pelakon komedi Opie Zami dan pengarah drama dan filem Dunia Baru, Mohd Hitler Zami.

Thursday, June 9, 2011

Demo Gameplay Assassin's Creed Revelation's Di E3 2011

        Semenjak dari siri pertama lagi, Assassin's Creed never ceased to impressed me with it's outstanding game play and unique storyline. Banyak skil-skil baru yang di update kan ke dalam game hebat ini demi kepuasan para pemain sebagai contoh cara berlawan dengan musuh. Penambahan ini memang amat perlu demi menandingi game-game ninja buatan Jepun selain dari mengekalkan mood ke-Eropah-an yang menjadi teras penceritaan game ini. Selain itu, flying fox juga ditambahkan ke dalam permainan sebagai satu ability untuk mengkomplementasi pergerakan parkour dan leap of faith (terjunan bebas dari cerun dan bangunan tinggi). Aku memang tabiklah kepada team-team developer Assassin's Creed ni. Mereka memang kreatif dan AWESOME!.


Kegigihan para krew syarikat Ubisoft dalam memperbaikkan mutu permainan video teragung dekad ini memang patut dicontohi oleh para-para penggiat IT tanah air. Diharapkan para pelajar bidang IT di IPTA dan IPTS seluruh negara khasnya pelajar bumiputera perlu berani dalam menceburi bidang game ini agar berupaya menghasilkan karya-karya seni interaktif yang terbaik sehingga berupaya menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana juga filem Merong Mahawangsa yang diterbitkan KRU. Berbalik kepada game ini, kepada siapa-siapa yang ada PS3 dan Xbox 360. Sila save budget untuk beli DVD original game ni bulan 11 depan!. (kalau korang nak beli cetak rompak RM10, lantak koranglah). P/S : Aku pun beli budget jugak brader ;)

Shacklesmith : KRU ada bukak studio untuk filem di Cyberjaya. Agaknya bila untuk industri game pula ya? Teringin jugak aku nak main game buatan Malaysia kat PS3 dan X-box 360.

Wednesday, June 8, 2011

Artis Dan Pengarah Tegur Gambit Saifullah.. Lepas Ni Bolehlah Maki Diorang Pulak Bro

Setelah menerima kritikan pedas dari para bloggers Malaysia akibat dari video muzik yang tak senonohnya dan ditegur pula oleh Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dalam Mingguan Malaysia ahad lalu yang dikatakannya sebagai memalukan umat Islam dan orang Melayu secara amnya. Kini, giliran 'rakan sepermainan' beliau pula yang menegur beliau. Puncanya, adalah disebabkan beliau membandingkan 'hasil karyanya' dengan hasil karya penggiat seni yang lain. Jom terjah komen yang diutarakan oleh Khir Rahman dalam Twitter kepada Gambit Saifullah.

Good point, well said bro ;)

Dan ini pula reply tweet's dari Gambit Saifullah pula kepada Khir Rahman.

Mentaliti tong sampah mana yang kau cakap ni bro?.
Aku tertanya-tanya juga, mentaliti mana yang si Gambit nak cuba terangkan?. Kenapa, salahkah kita menegur perkara-perkara mungkar sebegini?. Kau cakap nak tembus pasaran US tapi kau tau tak bila dah masuk Youtube satu dunia boleh tembus kecuali China!. Mentang-mentanglah, Youtube tu kerajaan tak berhak nak tapis sebab server hosting dekat US jadi suka hati engkau ajer nak masukkan video apa-apa yang kau suka. Benda-benda ghairah yang kau arahkan tu bukannya BUDAYA kita jadi kami berhak untuk menegur!.  

Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.

“Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”
Shacklesmith : Dengar tu bro, Sasterawan Negara dah bersuara, penggiat seni yang senior-senior pun turut sama menegur lu. Sebagai orang baru, cubalah tolak ke tepi ego tu dan dengar pandangan orang veteran seperti mereka. Dalam soal moral, akhlak, akidah dan adab. Tiada istilah ketinggalan zaman atau mentaliti sempit. Siapa yang malukan siapa?. Tepuk dada tanyalah iman.



Trailer Assassin's Creed Revelation's Baru Dah Keluar!!

      
         Setelah sekian lama Shacklesmith menunggu sejak seminggu sudah akhirnya trailer terbaru untuk siri video game paling epik terhebat di dunia Assassin's Creed : Revelation's keluar jugak dalam Youtube!. Rasanya belum terlambat Shacklesmith nak mengulas pasal siri terbaru game ni maklumlah punyalah jenuh aku menunggu masa 6 haribulan tu tapi tak keluar jugak. Last-last, semalam keluar jugak akhirnya. Maklumlah, timing kita dengan Amerika mana nak sama kan. Dekat sana lambat satu hari. Shacklesmith sendiri memang dah lama menyimpan hasrat nak buat review pasal game memandangkan tiada review yang dibuat berbahasa Melayu setakat ni. Apa pun, mari kita lihat video trailer terbaru yang dikeluarkan untuk E3 ni.


Daripada siri yang pertama sekali sampailah yang terbaru ni, bagi Shacklesmith-lah. Game ini memang AWESOME!!. Lebih hebat dari mana-mana game ninja yang dikeluarkan oleh produksi Jepun. Sebagai peminat games, aku memang tabiklah pada krew-krew Ubisoft sebab menghasilkan kelainan dalam game ni untuk lari dari cliche game ala-ala ninja. Ditambah dengan penggunaan 'hidden blade' yang begitu dahsyat sekali ketika membunuh musuh, nothing much to say but it's breathtaking to kill the enemy in such way that only an ultimate assassin's of the medieval age could imagine. Yelah, dulu mana ada silence pistol kan?. Justeru penggunaan hidden blade ini memang make sense.

Setelah membawa kita meneroka Perang Salib Ke-3 sebagai seorang pengikut Syiah Ismailiah yang bertariqat  Nizariyah di Syria pada tahun 1191 Masihi melalui watak Altair Ibni Al-Ahd pada Siri pertama tahun 2007, kemudian menjadi penggerak di sebalik tabir kebangkitan semula Eropah pada era Renaissance di Itali pada lewat kurun ke-15 dan awal kurun ke-16 sebagai Ezio Auditore Da Firenze pada siri Assassin's Creed 2 dan Assassin's Creed : Brotherhood. Kini siri terbaru membawa kita meneroka Empayar Khilafah Islam Turki Uthmaniah pula yang ketika masih lagi di awal kebangkitannya. Maka bermulalah pengembaraan Ezio Auditore sebagai seorang mentor Assassin's yang kini telah lanjut usianya walaupun masih gagah bertempur.

Ceritanya bermula selepas Ezio membebaskan Itali dari ancaman saki baki tentera salib Knight Templar dan sejurus selepas itu beliau tertanya-tanya apalah nasib hidupnya jikalau beliau bukan seorang Assassin's. Akibat dibelenggu persoalan tentang identiti sebenar dirinya sendiri maka ianya telah membawa beliau 'pulang' ke tanah asal moyangnya Altair Ibni Al-Ahd di kota Masyaf, Syria yang ketika itu telah dikuasai oleh Templar's. Ketika di sana, beliau mendapati terdapat sebuah ancient artifact (Pieces of Eden?) yang terkunci rapat dan hanya boleh dibuka oleh lima kunci iaitu Seals of Altair.

Pengembaraan beliau tidak terhenti setakat itu saja dan ianya telah membawa beliau ke ibu kota kekuasaan Khalifah Islam Turki Uthmaniah di Istanbul yang telah diperintah semenjak pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih lebih 50 tahun sebelum siri Revelations ini bermula lagi. Dimana di sana beliau mendapati sekumpulan pengkhianat khalifah yang terdiri dari anggota Templar's merancang untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniah tersebut. Disana jugalah bertemu dengan bakal sultan muda, iaitu Putera Sulaiman dan akan membantu putera tersebut. 

Mampukah Ezio Auditore yang telah lanjut usianya membantu putera mahkota tersebut menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut dan sekaligus membawa kebangkitan Empayar Khilafah Islam Uthmaniah yang akan menggoncang dan mengganggu gugat kekuasaan Knight Templar's (Freemason) di Eropah??. Kita sama-sama tunggu November ini.

Shacklesmith : Sapa-sapa yang ada PS3 dan Xbox 360 apa lagi?. Beli jangan tak beli beb :)

Monday, June 6, 2011

Hello Brader Gambit.. Baru Nak Mintak Maaf?

        
           At last, akhirnya pengarah video muzik yang penuh kontroversi Gambit Saifullah telah memohon maaf kerana 'menganjingkan' para bloggers beberapa hari yang lalu dalam Twitters. Tulah bro, baru kau tau betapa tinggi langit dan bumi. Kalau dalam bab politik para bloggers lah bertanggungjawab menentukan baik buruk kerajaan dan pembangkang, setakat dalam dunia artis dan hiburan apa lagi. Senang gila beb. Bukan ada parti yang tolong naungkan kau wahai Gambit. Bersyukurlah bro, kitorang jugak yang tolong 'popular'kan kau. Nak harapkan video youtube tu?. Emm, boleh ke..?

Credit's to The Garang


Tapi aku tertanya jugak dengan siapa yang dia mintak maap?. Barangkali, adakah dengan makcik dan pakcik iaitu ibubapa kepada kanak-kanak yang telah tertengok muzik tak senonoh arahan dia dalam Youtube tempoh hari?. The same question's baffled me and The Garang. Please be more specifics when apologizing dude. 'Mintak maaf' is general and it could the other's and isn't us the bloggers. Selain itu, aku pun masih meragui keikhlasan dia beb, tengoklah kan. Sapalah nak fitnah dia, dia yang terfitnah diri dia sendiri dengan memburukkan nama mengarahkan video penuh berahi dia tu.

Nak mintak maaf pun baru sekarang padahal dah hampir 2 minggu video arahan dia tu dikeluarkan. Tu pun kalau tak kerana keluar Pancaindera (Mingguan Malaysia) sampai diulas video tersebut oleh seorang tokoh sasterawan negara barulah terhegeh-hegeh nak mintak maaf sekarang. Tapi kalau dah menggelarkan para bloggers anjing tu silap besarlah. Orang Melayu memang pantang digelar dengan kata-kata kesat sebab terlajak perahu boleh undur, terlajak tutur kata mana boleh bro. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanlah binasa!.

Sedarlah, kalau kau duduk zaman 1990an tu bolehlah nak elak kontroversi sebab bahan-bahan gosip disiarkan sebulan dan seminggu sekali jer oleh mainstream media macam Mangga dan Pancaindera semua. Sekarang ni zaman para bloggers bro, even pihak mainstream media pun dah take note pasal golongan bloggers ni semua. Blogger's nak bukak cerita bukan setakat satu kali sehari jer. Banyak kali dalam sehari pun boleh kalau dia nak.  Tulah, sapa suruh keluarkan video tu tak senonoh tu lagi.

Aku harap kau insaflah bro, jangan cari pasal buat kontroversi siarkan video muzik yang entah apa-apa tu lagi. Kononnya nak tembus US market pulak. Padahal, perlu ke buat seksi-seksi. Kita Malaysia banyak lagi caranya. Kalau tak insaf jugak tak nak terima kritikan blogger cari jelah kerja lain. Even, kalau tak mau jugak cari kerja lain dan berdegil nak bergelumang dalam dunia hiburan aku sarankan kau pergi jumpa Najib dan Anwar takpun Tok Guru Nik Aziz untuk belajar macam mana nak jadi telinga kuali tahan segala kritikan blogger's. Dorang dah lali sangat kena kritik. Ade berani? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Shacklesmith : Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.

Saturday, June 4, 2011

Jejaka Macho Kacukan Korea dan Indonesia??

          Tidak berapa lalu kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemunculan sebuah boyband yang membawa konsep K-pop iaitu 24:7 (kini M-pop MAX 247) dan kumpulan padu suara anak gadis ala 'WonderGirl's' Gula-Gula. Ini menimbulkan spekulasi kepada peminat dunia muzik tempatan, apakah mereka ini akan menjadi modal bahan kutukan oleh rakyat Indonesia bahawa kononnya Malaysia ini negara 'maling' seperti yang digembar-gemburkan media-media sampah  mereka?. Shacklesmith tertanya-tanya.

Ternyata sangkaan ku tidak meleset malah benar sama mereka menerima kutukan di laman Indonesia. Lihat saja SINI dan SINI. Para pelayar internet Indonesia memang takde kerja lain selain mengutuk orang saja, lagi -lagi apa saja berkaitan dengan Malaysia pasti tidak lekang dari menerima kutukan. Semua saja negatif. Saban hari berbagai kutukan dilemparkan, tak terbayang kira-kira berapa banyak pahala yang diterima oleh Malaysia hasil amal ibadat rakyat negara jiran yang mengutuknya itu.

Akan tetapi perbuatan mengutuk Malaysia itu mungkin boleh diibaratkan seperti meludah ke langit kerana apa yang berlaku di negara kita baru-baru ini juga berlaku juga di negara mereka. Apa lagi kalau tidak bukan demam K-POP!!!.  Mau buktinya gan..


Sekilas pandang, persis Super Junior dan Shinee. Tapi bila dua kali pandang, macam mat indon pula. Begitulah sebuah boy-band berkonsepkan genre K-Pop dari Indonesia yang bernama SM*SH yang dianggotai 6 orang pria muda yang kayak jambu itu. Waduh kok!. Indonesia seperti juga Malaysia tidak terkecuali dari dilanda fenomena K-Pop ini sehingga menyebabkan ramai anak-anak gadisnya tergila-gilakan cowok dari Korea. Sudahlah sejak zaman berzaman lagi, ramai gadis-gadis Indonesia telah di 'maling' oleh jejaka luar khasnya dari Belanda dan Australia. Tidak mahu peristiwa lama berulang dengan kemasukan pencabar baru yang diimport dari Korea Selatan, maka demi menyelamatkan keadaan sebelum menjadi lebih parah. Maka muncullah kumpulan SM*SH ini demi memperbetulkan keadaan sebelum menjadi bertambah runcing sebelum ramai lagi gadis-gadis Indonesia berkahwin lari dengan jejaka Korea.


Namun begitu, bagaimana pula implikasinya terhadap Malaysia apabila boy-band plagiat ini bakal membina nama di Malaysia kelak berdasarkan liberalnya stesen radio swasta dalam mengudarakan lagu dari seberang?.
Hampir sedekad lalu majalah hiburan utama URTV sanggup menyiarkan gambar anggota Sheila On Seven membuka pakaian (bukan telanjang bulat) di kawasan pancuran air di KLCC. Tidak mustahil perkara yang sama akan berulang. Bukan setakat itu saja dong, sudahlah gadis Malaysia tergila-gila 'cowok' atau Mat Lombok dan kiri memasang angan-angan untuk berkahwin dengan lelaki Korea. Kini ada pula mat Indon yang mahu berlagak mahu menjadi Korean Guy pula, agak teruk juga kesannya nanti. Gadis Malaysia bakal di'maling' sekali lagi!!. Kepada para towkay radio-radio swasta sekalian terutamanya AMP (Astro) dan Media Prima. SILA AMBIL PERHATIAN. Kami tak mahu lagi sampah-sampah dari Indonesia!.


SHACKLESMITH :  Kalau Korea K-Pop, kalau Malaysia M-Pop, kalau Indonesia apa pula ya? Indon- Pop ya?? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Saturday, May 7, 2011

Perlukah Nak Naikkan Nama Dengan Cara Begini??

Macam-macam cara dipergunakan oleh penggiat filem tanah air untuk meningkatkan publisiti filem yang bakal mereka keluarkan. Pelbagai caralah nak pakai sama ada mempromosikan filem-filem tersebut melalui suratkabar dan majalah walaupun filem tu tak siap lagi dan belum lulus syarat wajib tayang ataupun menjual nama pelakonnya yang tak seberapa popular malahan tak popular langsung ke merata-rata  media terbitan Utusan, NSTP, Karangkraf dan sebagainya. Usah cakap Dr Rozmey lah, ramai jugak yang begitu tapi setakat suam-suam kuku ajer.

Baru-baru ni aku terbaca dekat laman blog abang Nara dan mak aih punyelah terkejut berok sampai nak tercabut keluar bijik mata aku tengok pendedahan paling berani tahap gaban sebuah produksi filem untuk mempromosikan filem yang bakal mereka keluarkan. Caranya, eksploitasi susuk tubuh badan  heroin filem keluaran mereka. Sesuatu perkara yang cliche dibuat oleh produksi filem luar negara tapi agak melampau buat standard kita yang berpemikiran moden tapi konservatif.


Tuan punya tubuh badan yang dieksploitasikan untuk tujuan promosi filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah Nurul Ain Nordin seorang pelakon baru yang belum cukup dikenali oleh rata-rata penonton di tanah air. Merupakan seorang model sambilan sebelum terjun ke dunia pengacaraan dan pernah menjadi finalis Dewi Remaja 2008/2009 (patutlah, kebanyakan produk keluaran pertandingan ini memang majoriti meletup tahap gunung berapi dengan kontroversi baik sebelum kahwin sampai dah kahwin).  Pernah berlakon beberapa television series jugak sebelum ini. Aku perhatikan gambar lain dia aku dapat merasakan orangnya rendah dan kecil-kecil molek jer tubuh badannya walaupun dia lebih tua setahun dari aku. Sila rujuk SINI, SINI dan SINI untuk memastikan kebenarannya.

Kalau diikutkan kes Miera Liyana memang boleh dikatakan ianya tidak disengajakan sebab adik Mira ni mungkin tak perasan payudaranya sebesar itu. Tapi kalau korang tengok ini nampak bebenor ianya disengajakan. Apa tidaknya, kalau nak katakan ianya ditangkap secara kandid sewaktu shooting filem kenapa background warna putih?. Foto pun semacam ditangkap oleh jurugambar yang pro. Kalau korang amati betul-betul gambar ini jelas kelihatan yang pelakon ni hanya memakai kain batik untuk menutup payudaranya saja dan mendedahkan sebahagian besar belakangnya. Namun begitu, bukan setakat bahagian atas belakangnya saja yang kelihatan malahan bahagian pinggangnya juga kelihatan. Ini menimbulkan tanda tanya apakah pelakon filem yang bakal ini tidak memakai panties?. Agak berani juga beliau mendedahkan punggungnya kepada jurugambar sebab mungkin tukang tangkap gambar ini mungkin seorang perempuan jadi rasa malu menjadi kurang.  Jurugambar itu juga seorang yang bijak untuk menyembunyikan alur punggung pelakon tersebut dari jelas kelihatan dalam gambar ini. Boleh jadi jugak panties atau alur punggung tersebut dihilangkan menggunakan teknik penyuntingan imej Adobe Photoshop. Aku bukan nak cakap apalah, sedangkan FHM Malaysia, NewMan atau Men's Health sekalipun tak pernah buat gambar sebegini. Tak silap aku ini kali kedua selepas filem Mantera yang membabitkan gambar 'kemban terlucut' seperti ini juga.

Tapi ingat, apa yang perjelaskan tadi tu hanyalah spekulasi dan bukan tuduhan. Sebab kalau ye pun bermakna aku fitnah tapi aku tak suruh saudara sekalian percaya pun. Itu hanya pendapat peribadi, yelah 'A picture worth a thousand word's'. Memang akan menimbulkan 1001 persoalan buat para penilainya. Cuma, aku tertanya jugak. Kenapa semata-mata nakkan publisiti filem yang bakal dikeluarkan itu maka trick ini dipergunakan. Apakah pelakon tersebut sedar akan implikasinya, kalau hal artis tu free hair mungkin kebanyakan orang boleh tolerate lagi tapi ini sampai yang tak sepatutnya didedahkan pun ditunjuknya. Perkara aurat jadi mainan, penggiat seni jadi acuh tak acuh dan endah tak endah.

Lagi gambar Nurul Ain Nordin di SINI

Shacklesmith : Apa nak jadilah weh, kapitalis ni segala benda nak dikomersialkan sampai tubuh badan wanita jadi sandaran!!. Aku kesian tengok pelakon perempuan diperlakukan begini sampai jadi takde maruah.. Memang bukan hak kita untuk menentukan dosa dan pahala seseorang tapi. Tapi kita kena berhati masa nak melakukan sesuatu agar tidak dipergunakan oleh orang yang berkepentingan sendiri.


Thursday, March 24, 2011

An Unfortunate Tweets by Someone...

Tiga hari lepas Shacklesmith bukak Twitter. Dan yang tidak sungguh disangka sekali, Shacklesmith terbaca satu tweet's daripada seorang artis dari seberang yang aku respek jugak la sejak dari awal kemunculan dia. Terkedu jugak membacanya, apakah dosa artis kita sehingga dipandang begitu. Katanya itu memang ada kebenarannya. Tapi satu jer yang Shacklesmith rasakan. Dorang tu perfect sangat ke?


Baca dan renungkanlah wahai rakyat Malaysia yang menjadi pencacai setia artis dari negara seberang tambak berkenaan. Bila mereka masuk cari makan kat negara kita, macam-macam publisiti mereka dapat. Tapi apalah artis kita di mata mereka?. Sedarlah, di negara mereka kalau tak terbitkan album atau lagu English jangan haraplah nak dapat market tapi setakat kat Malaysia ni buatlah collaboration's atau duet dengan artis Melayu kat Malaysia sekalipun gerenti meletup punya. Sampaikan Xfresh fm yang sepatutnya keudarakan lagu dari hasil karya anak tempatan pun masukkan sekali lagu artis dari Kota Singapura ni. Sedarlah wahai gergasi media Astro, Media Prima dan mahupun media cetak seperti Utusan, NST, Star Publication dan Karangkraf sekalipun, walau sebanyak mana coverage mereka dapat tapi apakah ianya sihat untuk industri hiburan kita sendiri?. Sudahlah terpaksa bersaing dengan penggiat seni dari Indonesia yang semacam memperlecehkan industri kita sendiri, inikan pula dengan artis Singapura yang kita anggap sebagai saudara kandung sendiri.

Shacklesmith sedar, yang aku ni bukan wartawan hiburan yang suka menjaja gosip murahan di koran-koran akhbar dan majalah. Tapi moga ini menjadi kesedaran bagi kita tentang sikap 'senang bagi muka' kita terhadap artis luar yang datang mencari makan di sini. Untung emosi kita rakyat Malaysia tidak seperti rakyat Indonesia

Sekian,

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget