Showing posts with label indon. Show all posts
Showing posts with label indon. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Artis Indon Bangga Buah Dada Diraba Beckham!

Kalau mendengar berita sebegini dari negara seberang tu, aku tak berasa hairan dan pelik bin ajaib pun. Sebabnya kerana mereka merupakan golongan warga yang tak tahu malu!. Aku tak menuduh seluruh warga Indonesian bersikap sedemikian. Cuma golongan yang suka mencari publisiti murahan ni ajer yang berperangai tak senonoh!. Khasnya golongan artis-artis mereka yang sebilangan besarnya tak tahu pakai otak.

Indon oh Indon, mengapa kau masih tak sedar-sedar akan bala yang datang menimpa dari Yang Maha Esa sekiranya perbuatan jelik ini yang kau gemari dan gilai.


Saturday, June 4, 2011

Jejaka Macho Kacukan Korea dan Indonesia??

          Tidak berapa lalu kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemunculan sebuah boyband yang membawa konsep K-pop iaitu 24:7 (kini M-pop MAX 247) dan kumpulan padu suara anak gadis ala 'WonderGirl's' Gula-Gula. Ini menimbulkan spekulasi kepada peminat dunia muzik tempatan, apakah mereka ini akan menjadi modal bahan kutukan oleh rakyat Indonesia bahawa kononnya Malaysia ini negara 'maling' seperti yang digembar-gemburkan media-media sampah  mereka?. Shacklesmith tertanya-tanya.

Ternyata sangkaan ku tidak meleset malah benar sama mereka menerima kutukan di laman Indonesia. Lihat saja SINI dan SINI. Para pelayar internet Indonesia memang takde kerja lain selain mengutuk orang saja, lagi -lagi apa saja berkaitan dengan Malaysia pasti tidak lekang dari menerima kutukan. Semua saja negatif. Saban hari berbagai kutukan dilemparkan, tak terbayang kira-kira berapa banyak pahala yang diterima oleh Malaysia hasil amal ibadat rakyat negara jiran yang mengutuknya itu.

Akan tetapi perbuatan mengutuk Malaysia itu mungkin boleh diibaratkan seperti meludah ke langit kerana apa yang berlaku di negara kita baru-baru ini juga berlaku juga di negara mereka. Apa lagi kalau tidak bukan demam K-POP!!!.  Mau buktinya gan..


Sekilas pandang, persis Super Junior dan Shinee. Tapi bila dua kali pandang, macam mat indon pula. Begitulah sebuah boy-band berkonsepkan genre K-Pop dari Indonesia yang bernama SM*SH yang dianggotai 6 orang pria muda yang kayak jambu itu. Waduh kok!. Indonesia seperti juga Malaysia tidak terkecuali dari dilanda fenomena K-Pop ini sehingga menyebabkan ramai anak-anak gadisnya tergila-gilakan cowok dari Korea. Sudahlah sejak zaman berzaman lagi, ramai gadis-gadis Indonesia telah di 'maling' oleh jejaka luar khasnya dari Belanda dan Australia. Tidak mahu peristiwa lama berulang dengan kemasukan pencabar baru yang diimport dari Korea Selatan, maka demi menyelamatkan keadaan sebelum menjadi lebih parah. Maka muncullah kumpulan SM*SH ini demi memperbetulkan keadaan sebelum menjadi bertambah runcing sebelum ramai lagi gadis-gadis Indonesia berkahwin lari dengan jejaka Korea.


Namun begitu, bagaimana pula implikasinya terhadap Malaysia apabila boy-band plagiat ini bakal membina nama di Malaysia kelak berdasarkan liberalnya stesen radio swasta dalam mengudarakan lagu dari seberang?.
Hampir sedekad lalu majalah hiburan utama URTV sanggup menyiarkan gambar anggota Sheila On Seven membuka pakaian (bukan telanjang bulat) di kawasan pancuran air di KLCC. Tidak mustahil perkara yang sama akan berulang. Bukan setakat itu saja dong, sudahlah gadis Malaysia tergila-gila 'cowok' atau Mat Lombok dan kiri memasang angan-angan untuk berkahwin dengan lelaki Korea. Kini ada pula mat Indon yang mahu berlagak mahu menjadi Korean Guy pula, agak teruk juga kesannya nanti. Gadis Malaysia bakal di'maling' sekali lagi!!. Kepada para towkay radio-radio swasta sekalian terutamanya AMP (Astro) dan Media Prima. SILA AMBIL PERHATIAN. Kami tak mahu lagi sampah-sampah dari Indonesia!.


SHACKLESMITH :  Kalau Korea K-Pop, kalau Malaysia M-Pop, kalau Indonesia apa pula ya? Indon- Pop ya?? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Saturday, May 28, 2011

Kalau Beginilah Jadinya Baik Tak Payah Rujuk Ejen Pembantu Rumah

          Ketika menikmati secawan Hollick panas pada waktu minom petang lalu, aku bagai nak terbeliak bijik mata aku apabila terpandang muka depan akhbar The Star yang bertarikh 28 Mei 2011. "More for maids under new deal" bukanlah tajuk yang membuatkan aku terkejut beruk tapi isi kandungannya yang buat aku mula loya tekak. Kalau anda semua nak tau. Sila baca penuh artikel dari akhbar The Star berkenaan. Aku akan kupaskan mana petikan yang buat aku loya tadi.



         Seperti kita sedia maklum, kualiti pekerja domestik yang diimport dari Indonesia dan Filipina adalah berbeza sama sekali kerana mereka memiliki kepakaran yang tersendiri.Sebagai contoh orang gaji Filipina fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan ini merupakan satu kelebihan kerana majikan mereka rata-rata terdiri daripada kaum Cina dan expatriate Eropah. Rajin juga tiap-tiap petang bawak anjing peliharaan majikan mereka bersiar-siar ambik angin. Memang satu kebiasaanlah dekat kawasan perumahan elit seperti Damansara Height. Aku kalau berjoging mesti terserempak dengan orang gaji Pinay ni. Biasanya, kalau tidak ditemani oleh anak-anak majikan mereka yang berbasikal. Mereka akan berjalan mengikut geng bersama orang gaji jiran kepada majikan mereka yang juga sebangsa dengan mereka. Ada masa mereka bercot-cet dalam bahasa Tagalog dan Cebuano yang tidak kufahami. Memang galak perbualan mereka disertai dengan derai tawa usik-mengusik satu sama lain. Cuma yang membezakan mereka dengan orang gaji warga Indonesia adalah mereka diberi cuti sehari dalam seminggu iaitu di hari Ahad. Cuti tersebut bukan untuk mereka bersuka-ria tapi untuk memudahkan mereka menyertai masses di Gereja kerana mereka adalah penganut Catholic. Namun kita lihat pula apakah tuntutan kerajaan Indonesia mengenai penetapan baru buat pekerja domestik mereka setelah lebih dua tahun dilarang bekerja di Malaysia. Anda tentu masih ingat lagi peristiwa dahulu yang menjadi punca kemelut masalah ini.


"PETALING JAYA: The revised memorandum of understanding (MoU) on the recruitment of Indonesian maids will be inked in Bandung on Monday with them getting one day off a week and being allowed to keep their passport. Their salary is also learnt to be set at a minimum of RM600.
“Domestic helpers will get one day off a week and will get to hold their passports,” Indonesian Labour and Transmigration Ministry director Rostiawati told The Star in an interview yesterday."
          Ya, inilah artikel yang membuatkan aku loya tekak apabila membaca syarat baru yang ditetapkan kerajaan Indonesia buat kerajaan Malaysia demi 'melindungi' pekerja domestik mereka. Sudahlah kualiti kerja mereka tak seberapa, nak dibagi pula cuti sehari dalam seminggu siap dengan dibenarkan memegang passport sendiri pula tu. Apa relevannya?. 
         Apakah perlunya dibagi masa cuti sehari dalam seminggu untuk mereka ini sedangkan tiap-tiap hari mesti ada masa mereka untuk relaks di rumah majikan sambil menonton sinetron Indonesia yang sering dimainkan di rangkaian TV percuma dan berbayar?. Kebiasaannya majikan mereka dikalangan orang Melayu Islam memang ada memberikan mereka day off dalam sebulan untuk memudahkan mereka bertemu sanak saudara (jika adalah) yang juga merantau di Malaysia. Namun begitu, biasanya mereka mempergunakan peluang tersebut untuk bertemu cowok dan seterusnya akan berlakulah satu perhubungan yang terlarang!. Itu baru sebulan sekali, kalau dibagi cuti seminggu mau bertambah seronoklah mereka. Orang gaji Filipina cuti seminggu sekali untuk menunaikan tuntutan agama tapi orang gaji Indonesia cuti seminggu sekali untuk 'sedap-sedap bersama atas kamar dengan syaitan di celah kangkang'.
         Lagi satu yang akan memburukkan keadaan adalah mereka dibenarkan untuk memegang passport mereka sendiri!. Ya, pada tanggapan warga Indonesia itu memang 'gak salah' tapi cuba kalian fikirkan. Siapakah yang membayar passport mereka ketika sebelum mereka sampai ke Malaysia?. Bukankah bakal majikan yang membayar segala tiket penerbangan dan passport semua. Ejen pembantu rumah hanya makan duit upah saja menguruskan segala persiapan kedatangan orang gaji tersebut ke Malaysia sedangkan bakal majikanlah yang membayar yuran latihan, passport dan tiket penerbangan sebagainya. Yang gatal kasi orang gaji pegang sangat buat apa. Senanglah dia nak lari nanti. Yang rugi pun majikan jugak. Kerajaan Indon peduli apa. Kerajaan (menteri) Malaysia jugak yang bacul!.
Nah, yang ini satu lagi yang buat gua panas beb!. Kualiti kerja orang gaji Indon ni bukannya bagus sangat pun tapi kerajaan mereka suruh bayar minimum RM600. Adakah itu termasuk upah tidur, makan percuma dan menonton sinetron Indonesia tatkala masa terluang?. Kalau kerja bagus dan berdisiplin tidak mengapa jugak. Ini ditegur sikit pun tak boleh tapi demand gaji tinggi apa cer bai?!!. Percayalah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia ini mengupah orang gaji Indon ni pun semata-mata nak buat kerja simple ajer seperti jaga anak dan kemas rumah. Bukan kerja berat sampai mati yang disuruh majikan bangsa lain!. Nak kena pun sorrylah beb, majikan Melayu la yang paling banyak bagi muka berbanding majikan Cina. Sebab kesian satu agama dan serumpun.
Sebelum anda semua berhasrat nak ambil orang gaji Indon sila tengok video ini dulu dan buat penilaian. Jangan tersilap langkah!!!

Shacklesmith : Kalau orang Cina banyak pilihan sama ada nak ambil Filipina atau Vietnam. Tapi orang Melayu takde pilihan dah. Nampak gayanya kenalah ambil Indon jugak. Kalau lari, biarlah duit tu burn begitu saja.



Friday, May 27, 2011

Waduh!! Sama Tapi Tak Serupa

        Banyak benda yang kita lihat di dunia nampak serupa tapi hakikat tidak pun. Apa tak nya, setakat luaran jer yang nampak sama tapi dalaman lain-lain. Memang sama tapi tak serupa langsung kan. Kadang-kadang persamaan tu terjadi secara kebetulan dan kadangkalanya mungkin disengajakan. Walaubagaimanapun semua nya bergantung pada niat 'orang' yang melakukannya. Ingat, Shacklesmith bukan bercakap pasal kejadian alam semua tapi pasal video klip yang aku jumpa kat Youtube ni. Diminta anda semua yang bertandang di blog ini menonton dan menilainya. Dua buah lagu yang wajib dinyanyikan tatkala berkaraoke bersama orang tersayang :)


       Aku sedar kewujudan lagu tu masa menemankan member berkaraoke di sebuah premis di Taman Maluri selepas makan tengah seminggu sebelum peperiksaan akhir lebih sebulan yang lalu. Masa tu boleh dikirakan gua first time la melalak kat dalam tu walaupun dengan suara yang tak seberapa merdu nih. Berbalik pasal lagu ni pulak berkisar mengenai kebosanan dan kegersangan tidak dilayan kekasih tersayang. Waduh! kok bete ngapain gak cari aja yang lain  dong?. Haha, bukankah tabiat cewek disana suka bertukar-tukar pacar gitu kan. Cara nyanyian dalam klip video tu pun aku tengok menggoda habis. Cair sapa-sapa jantan yang menengok nie. Konfem pakcik-pakcik dato-dato semua tempah bilik kat Pulau Batam 7 hari 7 malam semata-mata nak 'bermesra-mesraan' bersama cewek-cewek ini. KAH KAH KAH KAH KAH!!! Yang ini lagi satu klip video gua taruk, lagu sama jugak tapi dinyanyikan dengan loghat yang berbeza. 


        Video ni aku dah ketahui kewujudannya lama jugak lah. Ketika sibuk orang dok pertikai betul ke negeri tu betul-betul mengamalkan gaya pemerintahan 'Isle'. Nak dijadikan cerita klip video ini dijadikan penilai apakah kebenaran tersebut. Lenggok suara Mek-mek yang menyanyi dalam lagu dangdut ni memang menggoda tapi dalam bab tarian 'meme serupo menate beruk!'. Kalau Tok Guru tengok mau tak tercabutlah serban dan kopiah dia termasuklah macai-macai awe-awe pengampu yang tutup muka lepas tu bukak sekejap sebab nak tengok peha ayam KFC yang gebu-gebu tu. Sumpah gila kelakar lah beb, aku tengok video klip ini berkali-kali pun udah tak tertahanlah nak tergelak sampai berguling-guling dibuatnya. Kalau korang tengok komen-komen video ni kat Youtube memang mengundang kutukan yang pedas-pedas. Yelah, udahlah menyakitkan mata orang yang memandang. Yang tak sedapnya, betulkah mereka ini menumpang nama Dikir Barat?. Aduyai, come on lah. Apa kena mengena Dikir Barat dengan menari tertonggeng ni?. Jangan rosakkan budaya lah. Ni memang sah-sah Dangdung dan bukan Dikir Barat. Cuma penyanyinya aje yang ada background Dikir Barat. Tapi walau apapun jangan kaitkan si gemuk yang memakai baju ketat menari terkinja-kinja ni  dengan Dikir Barat!. Jauh langit dengan bumi. Kalau betul demo ni asal Siam nak mencari glamer kat M'sia. Lagi bagus suruh SB tembak celako ni sekor-sekor. Molek gitu doh!! Huhuhu :D

Shacklesmith : Jangan bosan-bosan wahai cik adik

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget