Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Tutorial : Hack Astro Mustika (Menonton Secara Percuma)

Salam,


Setelah seminggu kerja..esok bolehlah santai bersama keluarga. Semestinya dihujung minggu ni korang mesti nak rehat-rehat dekat umah sambil menonton channel kegemaran di Astro.. betul tak?
Tapi alangkah kecewanya bila ada sesetengah channel istimewa yang anda tidak langgan so kalau ada siaran best memang terlepaslah kan.. sebagai contoh di Channel Astro Warna sekarang tengah berlangsung rancangan MAHARAJA LAWAK.. dan ramai kecewa bila rancangan ini dipindahkan ke saluran yang perlu dibayar. Malam nih Finale Maharajalawak...rugi kalau tak dapat tengok. So, jom cuba try teknik di bawah nih untuk menonton Astro Mustika.


ASTRO MUSTIKA


Untuk itu saya baru sahaja menemukan satu teknik dari rakan yang bekerja di Astro bagaimana untuk menonton Channel MUSTIKA secara percuma..

Ingat entri ini akan didelete dalam masa 24 dari sekarang sebab takut kantoi dengan pihak Astro.
Ikuti langkah-langkah dibawah ni.. ** jangan kecoh2 gi tahu jiran ye **

Hanya untuk Unlock Channel MUSTIKA Sahaja.. Selain dari itu HBO, NG, Sport ke masih tidak boleh kerana dikawal oleh pihak penyedia siaran diluar negera.
  1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
  2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
  3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
  4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
  5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
  6. Tekan OK untuk pengesahan.
  7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
  8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
  9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK
Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)
  1. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.
  2. Langkah terakhir, tekan 130
  3. Saksikan pratonton Mustika.
  4. Untuk melanggan:
  • Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
  • SMS Mustika ke 32888; ATAU
  • Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.




Bang Bang Boom!!Hahaha... Seronok jugak sekali sekala kenakan orang ni. Aku buat macam ni sebab aku dah terkena, so sama-sama lah kita terkena yer. Minta ampun minta maaf. Bergurau dengan sahabat blogger..
('',)

Credits to Anak Teruna

Shacklesmith : Mood tengah sengal lagi sejak kelmarin, sekali-sekala pe salahnyer kenakan korang kan? Hahaha

Friday, June 10, 2011

Will.i.am Lupa Lirik Masa Concert..?? Otai Mana Boleh Lupa Lirik Bro..


                Agak-agak kan, boleh tak korang hafal semua lagu Black Eyed Peas?. Bagi peminat fanatik semua Shacklesmith  rasa konfemlah boleh kan sebab lirik dia punyalah catchy gila sampai anak buah aku yang umur 3 tahun pun boleh hafal. Setakat lagu I've got it from my mama tu kacanglah. Semua peringkat umur boleh hafal. Bukan lagu tu ajer, hampir semua lagu. Bagi performer's macam  Will.i.am, mustahil dia boleh lupa tapi begitulah berita yang Shacklesmith dapat dari Twitter baru-baru ni. Pelik tapi benar.

Will.i.am Lupa Lirik??


So, apa pendapat korang selepas menonton yang dipaparkan tu?. Benarkah beliau tak boleh hafal lirik lagu tersebut sebab tak tahan dengan cara berpakaian french dude kat sebelah dia?. Adakah dia nak jawab mesej yang dihantar oleh Cheryl Cole. Adakah ianya satu gimik persembahan sebab nak menunjuk-nunjuk handphone baru Android/Blackberry-nya(aku pun tak pasti brand apa) kepada peminat? Atau beliau benar-benar terlupa lirik lagu tersebut?. Aku pun tak berapa sure tapi korang nilailah sendiri.


Shacklesmith : Tak minat B.E.P, lagu makin lama makin mengarut.

Wednesday, June 8, 2011

Artis Dan Pengarah Tegur Gambit Saifullah.. Lepas Ni Bolehlah Maki Diorang Pulak Bro

Setelah menerima kritikan pedas dari para bloggers Malaysia akibat dari video muzik yang tak senonohnya dan ditegur pula oleh Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah dalam Mingguan Malaysia ahad lalu yang dikatakannya sebagai memalukan umat Islam dan orang Melayu secara amnya. Kini, giliran 'rakan sepermainan' beliau pula yang menegur beliau. Puncanya, adalah disebabkan beliau membandingkan 'hasil karyanya' dengan hasil karya penggiat seni yang lain. Jom terjah komen yang diutarakan oleh Khir Rahman dalam Twitter kepada Gambit Saifullah.

Good point, well said bro ;)

Dan ini pula reply tweet's dari Gambit Saifullah pula kepada Khir Rahman.

Mentaliti tong sampah mana yang kau cakap ni bro?.
Aku tertanya-tanya juga, mentaliti mana yang si Gambit nak cuba terangkan?. Kenapa, salahkah kita menegur perkara-perkara mungkar sebegini?. Kau cakap nak tembus pasaran US tapi kau tau tak bila dah masuk Youtube satu dunia boleh tembus kecuali China!. Mentang-mentanglah, Youtube tu kerajaan tak berhak nak tapis sebab server hosting dekat US jadi suka hati engkau ajer nak masukkan video apa-apa yang kau suka. Benda-benda ghairah yang kau arahkan tu bukannya BUDAYA kita jadi kami berhak untuk menegur!.  

Orang veteran macam Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga turut tampil membuat kenyataan media bahawa tindakan Gambit menghasilkan video tersebut dianggap tidak bermoral selain dianggap mencemarkan imej negara. Selain itu, beliau juga turut menasihati Gambit jangan menyamakan muzik video-nya dengan filem Anu Dalam Botol.

“Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran.”
“Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,”
Shacklesmith : Dengar tu bro, Sasterawan Negara dah bersuara, penggiat seni yang senior-senior pun turut sama menegur lu. Sebagai orang baru, cubalah tolak ke tepi ego tu dan dengar pandangan orang veteran seperti mereka. Dalam soal moral, akhlak, akidah dan adab. Tiada istilah ketinggalan zaman atau mentaliti sempit. Siapa yang malukan siapa?. Tepuk dada tanyalah iman.



Trailer Assassin's Creed Revelation's Baru Dah Keluar!!

      
         Setelah sekian lama Shacklesmith menunggu sejak seminggu sudah akhirnya trailer terbaru untuk siri video game paling epik terhebat di dunia Assassin's Creed : Revelation's keluar jugak dalam Youtube!. Rasanya belum terlambat Shacklesmith nak mengulas pasal siri terbaru game ni maklumlah punyalah jenuh aku menunggu masa 6 haribulan tu tapi tak keluar jugak. Last-last, semalam keluar jugak akhirnya. Maklumlah, timing kita dengan Amerika mana nak sama kan. Dekat sana lambat satu hari. Shacklesmith sendiri memang dah lama menyimpan hasrat nak buat review pasal game memandangkan tiada review yang dibuat berbahasa Melayu setakat ni. Apa pun, mari kita lihat video trailer terbaru yang dikeluarkan untuk E3 ni.


Daripada siri yang pertama sekali sampailah yang terbaru ni, bagi Shacklesmith-lah. Game ini memang AWESOME!!. Lebih hebat dari mana-mana game ninja yang dikeluarkan oleh produksi Jepun. Sebagai peminat games, aku memang tabiklah pada krew-krew Ubisoft sebab menghasilkan kelainan dalam game ni untuk lari dari cliche game ala-ala ninja. Ditambah dengan penggunaan 'hidden blade' yang begitu dahsyat sekali ketika membunuh musuh, nothing much to say but it's breathtaking to kill the enemy in such way that only an ultimate assassin's of the medieval age could imagine. Yelah, dulu mana ada silence pistol kan?. Justeru penggunaan hidden blade ini memang make sense.

Setelah membawa kita meneroka Perang Salib Ke-3 sebagai seorang pengikut Syiah Ismailiah yang bertariqat  Nizariyah di Syria pada tahun 1191 Masihi melalui watak Altair Ibni Al-Ahd pada Siri pertama tahun 2007, kemudian menjadi penggerak di sebalik tabir kebangkitan semula Eropah pada era Renaissance di Itali pada lewat kurun ke-15 dan awal kurun ke-16 sebagai Ezio Auditore Da Firenze pada siri Assassin's Creed 2 dan Assassin's Creed : Brotherhood. Kini siri terbaru membawa kita meneroka Empayar Khilafah Islam Turki Uthmaniah pula yang ketika masih lagi di awal kebangkitannya. Maka bermulalah pengembaraan Ezio Auditore sebagai seorang mentor Assassin's yang kini telah lanjut usianya walaupun masih gagah bertempur.

Ceritanya bermula selepas Ezio membebaskan Itali dari ancaman saki baki tentera salib Knight Templar dan sejurus selepas itu beliau tertanya-tanya apalah nasib hidupnya jikalau beliau bukan seorang Assassin's. Akibat dibelenggu persoalan tentang identiti sebenar dirinya sendiri maka ianya telah membawa beliau 'pulang' ke tanah asal moyangnya Altair Ibni Al-Ahd di kota Masyaf, Syria yang ketika itu telah dikuasai oleh Templar's. Ketika di sana, beliau mendapati terdapat sebuah ancient artifact (Pieces of Eden?) yang terkunci rapat dan hanya boleh dibuka oleh lima kunci iaitu Seals of Altair.

Pengembaraan beliau tidak terhenti setakat itu saja dan ianya telah membawa beliau ke ibu kota kekuasaan Khalifah Islam Turki Uthmaniah di Istanbul yang telah diperintah semenjak pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih lebih 50 tahun sebelum siri Revelations ini bermula lagi. Dimana di sana beliau mendapati sekumpulan pengkhianat khalifah yang terdiri dari anggota Templar's merancang untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniah tersebut. Disana jugalah bertemu dengan bakal sultan muda, iaitu Putera Sulaiman dan akan membantu putera tersebut. 

Mampukah Ezio Auditore yang telah lanjut usianya membantu putera mahkota tersebut menghapuskan pengkhianat-pengkhianat tersebut dan sekaligus membawa kebangkitan Empayar Khilafah Islam Uthmaniah yang akan menggoncang dan mengganggu gugat kekuasaan Knight Templar's (Freemason) di Eropah??. Kita sama-sama tunggu November ini.

Shacklesmith : Sapa-sapa yang ada PS3 dan Xbox 360 apa lagi?. Beli jangan tak beli beb :)

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget