Showing posts with label social networking. Show all posts
Showing posts with label social networking. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Sudut Kajian - Sejauh Mana Ketagihan Anda Terhadap Facebook!


How highly would you say you prioritize your Facebook-ing? A report by the University of Chicago Booth School of Business found that the desire to check social media platforms like FacebookTwitter and Pinterestwere among the toughest-to-resist temptations — equivalent to cigarettes and sex.
Subjects in the study, who were between ages 18 and 85, all living in Germany, were given BlackBerry devices and told to let the researchers know every 30 minutes if they felt a desire to drop by their social networks. They were also asked to document other impulses, like smoking, drinking and sleeping, among others, and rate them from “strong” to “irresistible.” The temptation to visit social media platforms was more difficult to resist than the rest, researchers concluded.
Part of the reason for the surprising results, says lead author of the study Wilhem Hofmann, is social media’s high availability. After all, engaging in a tweet or Facebook post doesn’t take much effort — especially when you can do so with the touch of a few buttons.
Watch the video below to learn more. What do you think? How often do you feel the urge to check your social media profiles?


Sumber : Mashable

Wednesday, February 15, 2012

10 Sebab Mengapa Twitter Lebih SEKSI Dari Facebook



Ramai orang tahu bahawa ruangan social networking ni banyak kegunaannya selain daripada berkomunikasi dengan saudara-mara mahupun sahabat handai yang berjauhan (dekat-dekat pun kontek guna tu jugak sebab nak jimat kredit). Selain daripada berkomunikasi dengan individu yang sudah kita kenali di alam nyata, ianya jugak memudahkan kita untuk mencari kenalan baru melalui ruang maya ini. Fenomena ini sudah lama berlaku lama semenjak kebangkitan Friendster pada tahun 2003 lagi. Kesan dari perkembangan tersebut, adalah tidak mustahil untuk kita mempunyai kenalan yang berasal dari luar negeri meskipun tak pernah bersua muka. Hebat bukan?


Itu baru nak cari kawan baru beb, sedarkah korang medium social networking ni jugak digunakan oleh si jejaka pemalu untuk memburu sang kekasih hati idaman kalbu?. Benda ni aku dah ulas dalam entry Mei lepas di SINI, so aku nak malas nak cakap lebih pasal tu lagi dah. Walaubagaimanapun, korang mungkin tertanya-tanya kenapa Twitter lebih SEKSI dari Facebook? Sebabnya begini, faktor utama yang menyukarkan para jejaka miang pemalu nak tackle awek dalam Facebook adalah kerana dalam segala aktiviti 'memburu awek' mereka akan dapat diketahui oleh para ahli keluarga dan kengkawan mereka. So, korang pikir sendiri camno nak jawab kalau dah terkantoi beb. 


Lagi satu dalam Twitter ni suasananya agak anonymous sikit so nak tekel menekel tu mungkin  agak selamatlah keadaannyer (walahualam). So, apa pandangan korang? aku nak tanya para jejaka sekalian pernah tak korang menekel awek dalam Twitter sebelum ni?. Ataupun korang guna Twitter sebab senang nak kacau selebriti kan. Hahaha 




sumber : Mashable

Monday, December 19, 2011

Revolusi Media Digital Menuju Dunia Bebas Kertas!



Sejajar dengan arus modernisasi dan meluasnya perkhidmatan internet di serata dunia termasuk jugak dengan perkembangan gajet sepert smartphone dan tablet (Android, Blackberry, dan iOs) yang memudahkan akses internet tanpa perlu lagi menggunakan komputer desktop ataupun laptop. Maka, tidak hairanlah portal-portal berita dan blog internet semakin mendapat tempat di kalangan ramai orang masa kini berbanding akhbar dan majalah. Begitu jugak dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter yang saban hari dilawati oleh pengunjung maya tidak kira masa sama ada untuk bersosial ataupun menyebarkan buah pendapat untuk dikongsi bersama. Rasanya tak sah kan kalau tak bukak dalam sehari.





Walaupun video di atas ini sudah diterbitkan lebih dua tahun sudah, namun kesedaran mengenai betapa besarnya pengaruh media siber ini sudah pun dirasai ketika itu. Saya sendiri sudah menyedari sejak dari sekolah rendah (lewat tahun 1990an) lagi betapa pentingnya pengaruh media siber ini dalam menyebarkan maklumat kepada umum lebih-lebih saya sudah menjangkakan bahawa akses internet akan lebih meluas pada 10 tahun ke hadapan (dan jangkaan saya tidak meleset dan benar sekali!). Malahan, ketika itu lagi saya sudah percaya bahawa ianya akan menggantikan akhbar harian kelak. Segalanya sudah dijangkakan ketika membaca laman web Utusan Malaysia pada satu malam  Februari 1999 sewaktu saya di Darjah Tiga. Ketika itu saya sendiri ada menyatakan kepada abang saya, "Kalau macam nilah baik tak payah susah-susah beli 'paper' tiap-tiap hari".


Pada tahun 2007 sewaktu saya menuntut dalam Tingkatan Lima, saya sudah menjangkakan dan beranggapan bahawa media internet seperti blog mempunyai pengaruh yang cukup besar sekirannya dipergunakan sebagai medium menyebarkan pendapat baik melalui isu politik, dakwah mahupun hiburan dan ternyata ianya benar sama sekali. Kesannya boleh dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-12 dimana medium blog internet yang ketika itu dikuasai dan dipergunakan oleh pihak pembangkang dalam menjayakan agenda mereka. 


Bayangkan betapa besarnya pengaruh dan kesan dari akses media digital ini kepada umum?, kalau dulu ramai yang beranggapan bahawa peranti seperti komputer dan telefony bimbit hanya mampu dimiliki oleh orang kaya saja tapi kini hampir kesemua orang tanpa mengira latar belakang mampu memilikinya. Apatah lagi, Blackberry yang dahulunya sewaktu di awal kemunculannya di pasaran hanya digunakan oleh golongan businessman dan politik tapi kini golongan pelajar juga didapati sudah menggunakannya.


Kita sendiri boleh lihat evolusi perkembangan peranti komputer yang dari dulu hingga sekarang semakin lama semakin mengecil dari saiz peti ais sehingga muat poket kita. Bayangkan pulak di masa hadapan dalam jangka masa 10 ataupun 15 tahun lagi ditambah pula dengan kemajuan 'nanotechnology' pada masa kini. Mungkinkah suatu hari nanti 'peranti' bersaiz sel darah kita bakal diciptakan dan disuntik ke dalam tubuh badan kita agar maklumat cepat sampai terus ke otak menerusi paparan maya yang muncul terus di fikiran kita?. Sesungguhnya tiada yang mustahil, Simply to say it isn't actually a Hollywood fiction.


Kalau dilihat circulation akhbar semakin berkurangan di bandar-bandar besar begitu jugak dengan perkhidmatan pos yang semakin hari semakin kurang mendapat sambutan. So, saya sendiri tidak pasti apakah nasib mereka kelak. Jika akhbar mungkin mereka terpaksa sepenuh menumpukan operasi dalam internet tapi bagaimana pulak dengan perkhidmatan pos di dalam dunia bebas kertas ini?. Apakah khidmat mereka masih diperlukan lagi?.


Shacklesmith : Sudah lama tak sentuh pasal IT beb..

Saturday, August 6, 2011

Pro dan Kontra Social Networking Dulu dan Sekarang


Bagi akulah 
1) Facebook
  • Tiap-tiap hari aku bukak sampai dah bosan
  • Ada member tapi malas nak tegur sebab dah bosan sangat main Facebook
  • Boleh berdebat politik tanpa melibatkan sebarang protokol parlimen. Ini termasuklah boleh mencarut, maki hamun, fitnah melulu, dan segala perkara keji yang dihalalkan mengikut prinsip Machiavellism

2) Google+

  • Tak boleh masuk lagi sebab takde 'invitation' (Sian dowh)
  • Apa beza dia ngan Facebook?
  • Boleh ke dapat sambutan? Entah-entah ends-up macam Orkut dulu!!
3) Twitter
  • Boleh usha-usha artis tapi bila nak tunggu dorang reply balik jangan haraplah (waste of time dude!)
  • Boleh suka-suka Tweeting dengan orang yang tak kita kenali langsung tapi tak boleh nak tweet panjang-panjang sebab terhad (gunakan Twitlonger)  
  • Boleh berdebat politik tanpa melibatkan sebarang protokol parlimen. Ini termasuklah boleh mencarut, maki hamun, fitnah melulu, umpat-mengumpat dan segala perkara keji yang dihalalkan mengikut prinsip Machiavellism                                                                                    
4) Myspace
  • Old school gila doh! Sapa yang main lagi aku tak taulah camner nak cakap dah. Bukan bermaksud menghina ya. Hehe. Finger crossed
  • Ruangan internet yang paling aku benci masa sekolah dulu sebab penuh budak kerek tapi jadi ketagih pulak bila dah masuk kolej
  • Setakat nak usha band ngan artis baik bukak Youtube ngan Facebook jer weh!
Shacklesmith : Pelik jugak weh?, Apesal dorang tak masukkan review pasal Tagged lagi ye?. Setau aku Tagged masih lagi hangat berbanding ngan Myspace yang hidup segan mati tak mau tuh.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget