Monday, December 19, 2011

Revolusi Media Digital Menuju Dunia Bebas Kertas!



Sejajar dengan arus modernisasi dan meluasnya perkhidmatan internet di serata dunia termasuk jugak dengan perkembangan gajet sepert smartphone dan tablet (Android, Blackberry, dan iOs) yang memudahkan akses internet tanpa perlu lagi menggunakan komputer desktop ataupun laptop. Maka, tidak hairanlah portal-portal berita dan blog internet semakin mendapat tempat di kalangan ramai orang masa kini berbanding akhbar dan majalah. Begitu jugak dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter yang saban hari dilawati oleh pengunjung maya tidak kira masa sama ada untuk bersosial ataupun menyebarkan buah pendapat untuk dikongsi bersama. Rasanya tak sah kan kalau tak bukak dalam sehari.





Walaupun video di atas ini sudah diterbitkan lebih dua tahun sudah, namun kesedaran mengenai betapa besarnya pengaruh media siber ini sudah pun dirasai ketika itu. Saya sendiri sudah menyedari sejak dari sekolah rendah (lewat tahun 1990an) lagi betapa pentingnya pengaruh media siber ini dalam menyebarkan maklumat kepada umum lebih-lebih saya sudah menjangkakan bahawa akses internet akan lebih meluas pada 10 tahun ke hadapan (dan jangkaan saya tidak meleset dan benar sekali!). Malahan, ketika itu lagi saya sudah percaya bahawa ianya akan menggantikan akhbar harian kelak. Segalanya sudah dijangkakan ketika membaca laman web Utusan Malaysia pada satu malam  Februari 1999 sewaktu saya di Darjah Tiga. Ketika itu saya sendiri ada menyatakan kepada abang saya, "Kalau macam nilah baik tak payah susah-susah beli 'paper' tiap-tiap hari".


Pada tahun 2007 sewaktu saya menuntut dalam Tingkatan Lima, saya sudah menjangkakan dan beranggapan bahawa media internet seperti blog mempunyai pengaruh yang cukup besar sekirannya dipergunakan sebagai medium menyebarkan pendapat baik melalui isu politik, dakwah mahupun hiburan dan ternyata ianya benar sama sekali. Kesannya boleh dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-12 dimana medium blog internet yang ketika itu dikuasai dan dipergunakan oleh pihak pembangkang dalam menjayakan agenda mereka. 


Bayangkan betapa besarnya pengaruh dan kesan dari akses media digital ini kepada umum?, kalau dulu ramai yang beranggapan bahawa peranti seperti komputer dan telefony bimbit hanya mampu dimiliki oleh orang kaya saja tapi kini hampir kesemua orang tanpa mengira latar belakang mampu memilikinya. Apatah lagi, Blackberry yang dahulunya sewaktu di awal kemunculannya di pasaran hanya digunakan oleh golongan businessman dan politik tapi kini golongan pelajar juga didapati sudah menggunakannya.


Kita sendiri boleh lihat evolusi perkembangan peranti komputer yang dari dulu hingga sekarang semakin lama semakin mengecil dari saiz peti ais sehingga muat poket kita. Bayangkan pulak di masa hadapan dalam jangka masa 10 ataupun 15 tahun lagi ditambah pula dengan kemajuan 'nanotechnology' pada masa kini. Mungkinkah suatu hari nanti 'peranti' bersaiz sel darah kita bakal diciptakan dan disuntik ke dalam tubuh badan kita agar maklumat cepat sampai terus ke otak menerusi paparan maya yang muncul terus di fikiran kita?. Sesungguhnya tiada yang mustahil, Simply to say it isn't actually a Hollywood fiction.


Kalau dilihat circulation akhbar semakin berkurangan di bandar-bandar besar begitu jugak dengan perkhidmatan pos yang semakin hari semakin kurang mendapat sambutan. So, saya sendiri tidak pasti apakah nasib mereka kelak. Jika akhbar mungkin mereka terpaksa sepenuh menumpukan operasi dalam internet tapi bagaimana pulak dengan perkhidmatan pos di dalam dunia bebas kertas ini?. Apakah khidmat mereka masih diperlukan lagi?.


Shacklesmith : Sudah lama tak sentuh pasal IT beb..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget