Wednesday, February 15, 2012

10 Sebab Mengapa Twitter Lebih SEKSI Dari Facebook



Ramai orang tahu bahawa ruangan social networking ni banyak kegunaannya selain daripada berkomunikasi dengan saudara-mara mahupun sahabat handai yang berjauhan (dekat-dekat pun kontek guna tu jugak sebab nak jimat kredit). Selain daripada berkomunikasi dengan individu yang sudah kita kenali di alam nyata, ianya jugak memudahkan kita untuk mencari kenalan baru melalui ruang maya ini. Fenomena ini sudah lama berlaku lama semenjak kebangkitan Friendster pada tahun 2003 lagi. Kesan dari perkembangan tersebut, adalah tidak mustahil untuk kita mempunyai kenalan yang berasal dari luar negeri meskipun tak pernah bersua muka. Hebat bukan?


Itu baru nak cari kawan baru beb, sedarkah korang medium social networking ni jugak digunakan oleh si jejaka pemalu untuk memburu sang kekasih hati idaman kalbu?. Benda ni aku dah ulas dalam entry Mei lepas di SINI, so aku nak malas nak cakap lebih pasal tu lagi dah. Walaubagaimanapun, korang mungkin tertanya-tanya kenapa Twitter lebih SEKSI dari Facebook? Sebabnya begini, faktor utama yang menyukarkan para jejaka miang pemalu nak tackle awek dalam Facebook adalah kerana dalam segala aktiviti 'memburu awek' mereka akan dapat diketahui oleh para ahli keluarga dan kengkawan mereka. So, korang pikir sendiri camno nak jawab kalau dah terkantoi beb. 


Lagi satu dalam Twitter ni suasananya agak anonymous sikit so nak tekel menekel tu mungkin  agak selamatlah keadaannyer (walahualam). So, apa pandangan korang? aku nak tanya para jejaka sekalian pernah tak korang menekel awek dalam Twitter sebelum ni?. Ataupun korang guna Twitter sebab senang nak kacau selebriti kan. Hahaha 




sumber : Mashable

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget