Showing posts with label ilmu pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label ilmu pengetahuan. Show all posts

Monday, March 5, 2012

10 dari 13 Jambatan Terpanjang Di Dunia Terletak Di Tanah Besar China


Senarai jambatan terpanjang di dunia adalah merujuk kepada jambatan-jambatan yang dibina panjangnya lebih daripada 2 kilometer. Amat menariknya, hampir separuh daripada jambatan-jambatan tersebut dibina hampir 3 tahun sahaja yang lalu.

Tahukah anda bahawa 10 daripada 13 jambatan terpanjang di dunia terletak di dalam negara China (PRC). Mengapa negara China memegang jumlah terbanyak memiliki jambatan bersaiz berkenaan kerana kadar pembangunan yang begitu pesat disamping terdapat sungai-sungai besar yang biasanya tertumpu di kawasan timur negara tembok besar tersebut sebagai contoh sungai Yangtze, Hwang He, dan Mekong. Sementara itu mengikut senarai tersebut, 3 lagi jambatan terdapat di Thailand manakala 2 lagi di Amerika Syarikat.

Sumber : Wikipedia

Shacklesmith : Jambatan Pulau Pinang tersenarai di dalam ranking ke-31.

Thursday, June 2, 2011

Bina Laman Web Guna Weebly.com

Assalamualaikum para pembaca setia laman Kerambit Assassin's semua!, dah dua hari aku tak masukkan cerita baru semenjak kes video klip lucah arahan seorang pelakon yang paling banyak demand tu. Memang bingai punya penjelasan yang dia bagi kan. Macam-macamlah perangai manusia akhir zaman ni. Hanya Dia saje yang tau. Dia yang berkuasa menentukan dosa dan pahala umatnya.

Okeylah pembaca sekalian, eden dah malas nak cakap pasal video sampah tu. Cukuplah, sebagai pembuka tirai bulan Jun ni. Aku nak cerita pasal IT balik, maklumlah Shacklesmith ni kan student IT yang sedang menunggu untuk graduation Diploma. Jadi pe salahnya bercerita pasal IT kan. Walaupun dah tiga tahun aku menuntut ilmu IT ni kat kolej tapi tak bermakna aku dah khatam kesemuanya. Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari, ini termasuklah dalam kemahiran membina laman web. Setakat ini, aku hanya mampu membina laman web menggunakan perisian cabuk seperti Dreamweaver MX yang kalau diikutkan paling bajet (aku dapat free ajer) buat masa ini. Itupun masih tak mampu membina laman web bertaraf 2.0. That why-lah aku malas nak buat template blogger guna software tu. Sebabnyer mesti jadi macam classic view punya. Anyway, bukan tak boleh nak capai tahap web 2.0 (XML). Tapi ianya bergantung kepada kemahiran web builder tu sendiri. Bukan amatur seperti aku ya.



Biar saya perkenalkan kepada anda. Weebly.com
Mungkin ada di antara anda pernah mendengar mengenai laman web ni sebab ianya dah famous di Amerika sejak tiga tahun sudah lagi (2008). So, korang semua mesti tertanya-tanya apa istimewanya laman web ini kan?. Adakah ianya berupa hosting percuma untuk korang semua masukkan laman web yang korang bina guna Dreamweaver macam Webs.com tu. Senang ceritalah, anda semua tak payah guna ape kejadah software cabuk tu semua. Buat ajer macam korang kat blog ni, yang best nya korang hanya main 'drag and drop' macam korang arrange page element kat blogger ni. Senang jer kan? Bukan arrange element's tapi widget. Nak kepastian tengok video kat bawah ni.


Video yang diberi ni pun dah lama. So, kalau korang nak cuba silalah beranikan diri mencuba Weebly.com ni. Cara yang teramatlah muda untuk membina laman web dan blog. Interface dy pun lagi cantik dari Bloggers. Sebelum ni kalau korang nak cantik-cantik pun guna Wordpress jela kan. Tapi sayang nak tambah Nuffnang dan edit widget cool pun kena bayar. So, apa lagi peluang ada. Jomlah guna Weebly.com!

Shacklesmith : Ni baru pasal Weebly, nanti aku cover Yola pulak ek. Banyak benda IT yang perlu aku terokai di alam maya nih. Aku promise akan inform korang kalau website aku siap nanti. (Kalau siaplah. ngee~)


Thursday, March 17, 2011

Isu Berkaitan IT : Perihal Jenayah Siber Bahagian 2

Ini merupakan sambungan dari bahagian yang pertama, bagi sesiapa yang tak baca lagi. Sila-silalah kan diri tu untuk menjenguk entry tersebut dan baca sampai habis kalau berminat. Di sini Shacklesmith sekadar ingin berkongsi pengetahuan tentang alam siber ini. Maklumlah, aku ni baru belajar. Jadi kan elok kita berkongsi. Sama-samalah kita memperkembangkan ilmu pengetahuan alam maya ini walaupun susun aturnya sedikit berterabur akibat ketidak serasian Microsoft Word dengan Blogger.com ini. Jadi kurangkan berpolitik dan bergosip dan mari tingkatkan ilmu pengetahuan kita demi menempuhi era globalisasi ini.

Bahagian 2

Contoh bentuk-bentuk jenayah siber
1.      Spam
Ø Merupakan satu kaedah penghantaran emel  secara pukal untuk tujuan komersial secara sah ataupun tidak sah mengikut tahap-tahap undang-undang. Oleh kebanyakan individu yang menggunakan internet. Emel pukal ini biasanya dianggap sebagai sampah dalam folder mereka dan tidak diperlukan langsung. Penggunaan emel sebagai medium penghantaran pukal spam telah berkembang semenjak dekad 1990an lagi. Botnet atau sebuah rangkaian komputer yang dijangkiti virus telah dikenalpasti mengedarkan sebanyak 80% spam di seluruh dunia. Disebabkan kos penghantaran ditanggung oleh penerima dan pembekal barangan yang dipasarkan. Ianya dianggap cara pengiklanan yang paling menguntungkan.

2.      Fraud (Penipuan Maklumat dan Identiti)
Ø Merupakan satu kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mengeksploitasikan individu lain untuk membolehkan atau menghalang dari melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan atau kerugian kepadanya. Dalam konteks tersebut, penjenayah akan melakukan pelbagai cara untuk;
i)                    Mengubah input komputer dengan cara yang tidak sah. Ianya memerlukan sedikit kepakaran dan bukan jarang dilakukan oleh pekerja biasa yang tidak professional.
ii)                  Mengubah, memusnahkan, menyekat atau mencuri output bertujuan untuk menyembunyikan transaksi. Ini amat sukar untuk dikesan.
iii)                Mengubah atau memadamkan data yang disimpan.
iv)                Mengubah atau menyalahgunakan peralatan sistem atau pakej perisian yang sedia ada. Termasuk juga mengubah dan membangunkan kod untuk tujuan penipuan maklumat
Ø Terdapat beberapa cara penipuan dengan menggunakan komputer termasuk penipuan bank, pencurian identiti, peras ugut dan pencurian maklumat sulit.
Ø Pelbagai penipuan perniagaan dalam internet yang menyasarkan kepada pengguna.

3.      Kandungan yang tidak senonoh dan bermoral
Ø Sesetengah kandungan laman web mungkin mengandungi kandungan yang tidak menyenangkan mana-mana pengguna yang tersinggung dengan kandungan tersebut atas dasar tidak sepadan dengan norma budaya, adat dan agama sesetengah tempat yang terlibat.
Ø Beberapa negara di pelusuk telah mengehadkan had seperti kebebasan bersuara dan mengharamkan penyebaran maklumat yang berbaur hasutan, perkauman, ancaman politik dan fitnah durjana yang boleh mengakibatkan kebencian dan boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara tersebut.
Ø Undang-undang berkaitan dengan pornografi adalah berbeza mengikut sesetengah negara akan tetapi yang paling disekat dan diharamkan adalah pornografi melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur.

4.      Cyberstalking
Ø Pada dasarnya, kaedah jenayah ini mungkin dilihat sebagai ancaman atau bukan ancaman bagi sesetengah individu. Kegiatan jenayah ini biasanya menyasarkan mangsa berdasarkan jantina, bangsa, agama, kerakyatan ataupun orientasi seks mangsa tersebut. Punca utamanya, adalah diskriminasi dan faktor dendam kesumat ke atas mangsa.
Ø Walaubagaimanapun, selain dari  faktor di atas. Faktor bermotifkan rompakan dan persaingan dalam politik dan perniagaan boleh diambil kira.
Ø Perlakuan jenayah ini biasanya berlaku dalam ruangan chatroom, blog, emel dan laman ruangan rangkaian social. Sebarang komen yang berbaur ancaman akan dianggap sebagai peras ugut.

5.      Keganasan Siber
Ø  Terdapat peningkatan masalah Internet dan pelayan komputer dikesan semenjak tahun 2001 lagi. Ianya bermula dengan berlakunya penggodaman laman rasmi kerajaan, wakil kerajaan.


Sejarah kes berkaitan dengan jenayah siber bermula dengan terciptanya virus komputer ketika era 1980an lagi.Virus-virus tersebut dikenali sebagai Brain, Vienna, Cascade dan sebagainya. Virus Brain contohnya yang dicipta oleh warga Pakistan, Basit dan Amjad Farooqi pada tahun 1986. Selain itu, kes jenayah siber tidak terhad pada penggunaan virus semata-mata sahaja. Bahkan juga menggodam dan mencuri data melalui rangkaian komputer. Berikut adalah senarai kes berkaitan dengan jenayah siber dari tahun 2000;
1.      Mei 2000:
Sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ILOVEYOU yang dibangunkan oleh dua orang pengaturcara muda yang berasal dari Filipina merebak dengan pantas dari negara ke negara Barat menyebabkan kerosakan sistem emel.
2.      Ogos 2003:
Hampir seluruh bank-bank utama di Amerika Syarikat, Britain dan Australia lumpuh sama sekali akibat diserang phishing.
3.      September, Oktober 2003:
Dalam usaha mencuri maklumat mangsa, para phisher telah mula meniru laman web seperti Pay-pal.com dengan memaparkan ciri-ciri seperti laman web yang asli.
4.      Disember 2003:
Para phisher laman web perbankan dengan mempergunakan laman tersebut sebagai latarbelakang dan menghantar pop-up login palsu kepada mangsa untuk dicuri maklumatnya.
5.      Februari 2004:
Cara yang lebih teratur mula muncul, selepas mangsa memberikan maklumat peribadinya. Mangsa akan dibawa ke laman sebenar yang disasarkan. Pendekatan psikologi ini amat memudahkan para penggodam ini untuk membuang rasa curiga di kalangan mangsa.
6.      Jun 2004:
Sejumlah besar laman web di Amerika Syarikat dikhuatiri virus yang berupaya mencuri maklumat peribadi para pelawatnya. Selepas menceroboh komputer mangsa, ia menunggu mangsa untuk login ke laman akaun bank mereka dan melancarkan pop-up login-nya sendiri.
7.      Julai 2004:
Para phisher mula menyasarkan laman sembang online chat pula.
8.      Ogos 2004:
Ketika pilihanraya jawatan Presiden Amerika Syarikat, beberapa orang phisher telah menggunakan identity seakan-akan calon presiden. Senator John Kerry demi mendapatkan derma yang diberi rakyat Amerika.
9.      October 2004:
Buat pertama kalinya di dunia, dua orang lelaki dan dua orang wanita yang disyaki terlibat dalam jenayah phishing ini didakwa di Mahkamah London.
10.  Disember 2004:
Digital Phishnet, sebuah rangkaian penguatkuasaan yang merupakan gabungan antara industri dan pihak berkuasa mula ditubuhkan untuk menahan dan mendakwa sesiapa yang disyaki terlibat dengan jenayah ini.
11.  Februari 2005:
Sebuah scam lebih sofistikated melibatkan PayPal mula muncul, selain meminta emel mangsa untuk dicuri. Para penjenayah ini mencuri maklumat kewangan peribadi mangsa dengan member emel tambahan kepada akaun PayPal mereka. Ini kerana seperti laman web lain, emel pengguna juga boleh ditukar.








 Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber

Monday, March 7, 2011

Isu Berkaitan IT : Perihal Jenayah Siber Bahagian 1

Assalamualaikum diucapkan buat pembaca sekalian yang sudi meluangkan masa bersama blog Kerambit Assassin's, kali ini Shacklesmith ingin membawa satu topik baru untuk diperbincangkan. Ianya merupakan salah satu yang cabang ilmu yang amat aku minati selain ilmu sejarah dan sosial politik. Topiknya adalah berkaitan dengan IT yang juga merupakan bidang pelajaran dan kerjaya buat aku sendiri. Walaupun aku bukanlah seorang profesyional dalam bidang ini sendiri kerana masih banyak yang perlu dipelajari. Baiklah, pada hari aku akan berikan serba ringkas dan lengkap mengenai Jenayah Siber. Sesungguhnya di zaman serba canggih ini jenayah tidak terhad pada real life semata-mata. Malahan turut berlaku di dalam ruang maya iaitu internet sendiri. Jom ikuti penjelasan mengenai apa itu Jenayah Siber mengikuti pendapat aku sendiri.

Bahagian 1
Jenayah siber atau lebih dikenali dalam istilah Inggeris, cybercrime adalah merujuk kepada perlakuan jenayah yang menggunakan computer ataupun rangkaian elektronik. Kebiasaannya, komputer dipergunakan sebagai peranti untuk melakukan jenayah ini ataupun dijadikan sasaran. Ianya dilakukan melalui komputer dalam sambungan talian internet seperti mengeluarkan wang simpanan akaun milik orang lain, membuat jualan dalam talian palsu, menceroboh sistem kerajaan dan syarikat awam juga swasta. Kes penyalahgunaan siber ini tidak terhad setakat itu sahaja malahan cetak rompak dan pornografi juga merupakan sebahagian dari jenayah siber. Terdapat juga masalah privacy dimana maklumat-maklumat sulit dicuri sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, berikutan dari kekangan media oleh kebanyakan negara yang ditadbir oleh golongan authoritarian, penyebaran maklumat dari media yang tidak sehaluan dengan perjuangan politik mereka amatlah digeruni. Sehingga sesiapa yang menyebarkan maklumat dan propaganda di internet yang dikhuatiri boleh menjejaskan nama baik dan kedudukan pentadbiran atau kepentingan mereka juga dianggap sebagai penjenayah siber.

Ruang lingkup jenayah siber merangkumi suatu konteks  yang amat luas sekali. Pada kebiasannya, ianya terbahagi kepada dua kategori
  • Penjenayah menyasarkan rangkaian komputer atau pun peranti yang menjadi storan menyimpan data yang sulit dan maklumat peribadi.
  • Ianya dijana melalui komputer yang telah diprogramkan untuk menjalankan kerja secara sendiri. Sasaran utamanya, data dan maklumat sulit yang bebas dari kawalan rangkaian komputer.
Ini adalah beberapa contoh bentuk serangan utama utama penjenayah siber menyasarkan terhadap rangkaian komputer dan peranti;
  • Cyberstalking (Pengintipan)
  • Fraud (penipuan identiti) dan pencurian identiti
  • Perang Informasi
  • Phishing Scams
Definisi utama bentuk serangan penjenayah siber;
  1. Virus komputer   merupakan sejenis aturcara komputer yang berupaya untuk menyalin (pengklonan)   sendiri dan menjangkiti sesebuah atau banyak komputer yang dicapainya. Istilah ‘virus’ biasanya merujuk kepada beberapa jenis malware tetapi tidak terhad kepada adware atau spyware yang tidak memiliki keupayaan membiak dengan sendirinya. Sebagai contoh, satu virus komputer berupaya melakukan penyebaran dari satu komputer ke komputer yang lain (melalui kod aturcara .exe) dalam masa yang singkat apabila induknya disasarkan kepada komputer tersasar sama ada melalui rangkaian internet ataupun dibawa menggunakan medium seperti disket, CD, DVD dan pemacu USB.
  2. Denial of service attack  atau serangan penafian hak akses adalah satu percubaan untuk menjadikan sumber data dan maklumat komputer tidak dapat dibuka kepada sesetengah pengguna. Walaupun terdapat pelbagai cara dan motif utama serangan ini, ia biasanya terbahagi mengikut kepada niat dan usaha individu dan kumpulan dalam mengekang internet atau sesuatu perkhidmatan komputer itu daripada berfungsi dengan baik sama ada buat sementara waktu atau selamanya. Dalang utama serangan DoS ini kebiasannya menyasarkan laman perkhidmatan seperti laman perbankan dan saluran pembayaran kad kredit. Istilah serangan ini biasanya juga merujuk kepada dalam rangkaian komputer semata-mata sahaja. Tetapi, ianya tidak terhad pada itu bahkan juga serangan terhadap pengurusan sumber CPU.
  3. Malware merupakan istilah singkatan kepada malicious software. Ianya dicipta bertujuan untuk menyelinap masuk secara sembunyi ke dalam komputer yang disasarkan tanpa pengetahuan pemilik komputer itu sendiri. Istilah ini kerap diungkapkan oleh para professional komputer untuk  merujuk kepada pelbagai bentuk aturcara  yang merbahaya serta memberikan ancaman terhadap komputer misalnya. Sesebuah perisian yang dianggap sebagai malware adalah disebabkan oleh niat sebenar pembangunnya dan bukan sebab dari ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada perisian tersebut.


Perilaku jenayah tersebut dilakukan dengan begitu terselindung sekali sehinggakan amat sukar untuk pihak berkuasa mengenalpasti siapakah gerangan penjenayah tersebut kerana umumnya penjenayah tersebut adalah dari kalangan golongan berpengatahuan dan professional. Mereka mungkin adalah dari kalangan sahabat handai kita, pelajar atau pengajar kita dan mungkin juga ahli keluarga kita sendiri. Faktor utama yang mendorong mereka melakukan perkara yang tidak bermoral ini adalah kerana mungkin disebabkan perasaan syak wasangka terhadap ahli keluarga atau kenalannya tersebut, hasad dengki dan mungkin mereka telah diupah oleh golongan tertentu. Mereka mungkin saja menyerang sistem-sitem atas dasar suka-suka ataupun perasaan ingin mencuba kemahiran yang baru mereka pelajari itu. Selain itu juga, sifat tamak dan ingin cepat untung juga menjadi dorongan utama berlakunya jenayah siber. Ini kerana, sejak bermulanya alaf baru ini. Ramai yang mendapat keuntungan singkat dan luar biasa dengan melakukan jenayah siber. Tidak hairanlah, ada di kalangan mereka menjadikannya satu pekerjaan tetap berbanding pendapatan sampingan sahaja. Golongan cerdik pandai komputer ini akan cuba mengeksploitasikan kejahilan orang ramai terhadap komputer. Mereka akan mempergunakan ilmu mereka sehingga menyebabkan golongan buta IT ini menderita akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2




Wednesday, December 22, 2010

Atas Nama Ilmu Pengetahuan!

IN THE NAME OF SCIENCE'S 
(AND HISTORY OF COURSE)


Dr Jekyll memang beruntung - dia hanya berubah setakat menjadi seorang pembunuh yang kejam saja. Sedangkan ramai lagi saintis tolol menderita nasib jauh lebih buruk daripada beliau ketika mereka menguji penyakit merbahaya pada diri mereka sendiri demi mengenalpasti punca sebenar penyakit tersebut tanpa menyiksa binatang seperti arkus putih di makmal tu... Kita ikuti 3 kes berkaitan dengan ujikaji yang dijalankan oleh saintis-saintis yang berkenaan ... Jom!



Kes Pertama : Hidung reput dulu, lepas 15 tahun baru mati!
Mungkin yang paling terbodoh dalam sejarah uji-kaji menggunakan tubuh badan pengkajinya sendiri adalah seorang anatomist dan pakar bedah berketurunan Scottish pada kurun ke 18, Sir John Hunter. Kerja ujikaji yang dilakukan beliau adalah dengan beraninya menyuntik sampel nanah yang diambil dari seorang pelacur ke dalam tubuh badannya. Akibat dari tindakannya gila nya itu, beliau kemudian dijangkiti penyakit sifilis dan gonorea(sejenis penyakit berjangkit yang didapati dari hubungan kelamin tak terkawal). Selepas dijangkiti penyakit merbahaya berkenaan, beliau menjadi gila dan kehilangan hidung dan beberapa bahagian muka yang lain akibat proses 'pereputan'. Juga, yang menariknya, Hunter masih mampu hidup sebagai bangkai bernyawa selama lebih 15 tahun kemudian walaupun dalam keadaan menderita. Walaubagaimanapun, percubaan gila yang beliau lakukan itu sedikit sebanyak membuktikan pada hari ini tentang bahayanya penularan penyakit kelamin terhadap manusia. Cheers John!.




Kes Kedua : Takkan keliru punca sebenar taun kot brader..
Pada kurun ke-19, seorang ahli uji-kaji terkenal dari Jerman Max Von Pettenkoffer dengan beraninya tanpa rasa jijik dan waswas telah meminum kuman taun yang berisi penuh dalam tabung uji. Tujuan beliau melakukan uji kaji berkenaan adalah untuk membuktikan bahawa punca sebenar jangkitan taun adalah disebabkan faktor persekitaran dan bukannya disebabkan oleh kuman itu jer. Akan tetapi, tanggapan beliau sememangnya salah dan tidak tepat sama sekali!. Max menerima kesan sampingan yang teramatlah dahsyat akibat apabila beliau jatuh sakit dan hampir menemui ajal akibat kebodohan beliau sendiri. Pikirlah dulu sebelom buat Dr. Max oi..



Kes Ketiga : Penawar kepada AIDS?? Perhap's precisely not..
Seorang doktor dari Nigeria, Jermiah Abalaka amat yakin bahawa vaksin HIV yang dihasilkan beliau amat mujarab menyembuhkan penyakit merbahaya tersebut. Belau mendakwa telah mengambil vaksin tersebut dan dengan beraninya menyuntik darah yang dicemari HIV kedalam badannya sebanyak enam kali tanpa dijangkiti penyakit pembunuh tersebut!. Abalaka juga mendakwa beliau telah menemui penawar yang berjaya menghapuskan virus tersebut dari 20 orang pesakit. Berdepan dengan tuduhan pihak kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Nigeria bahawa  'vaksin' yang diciptanya lebih banyak membunuh dari menyembuhkan pesakit, Abalaka dengan sendirinya menawarkan untuk menyuntik tubuhnya sendiri secara live di kaca televisyen. Cehh, memang gila tahap gaban lah doktor negro nih. Penawar AIDS kejadahnyer..






Kes Keempat : Gara-gara ubur-ubur.. nyawa hampir melayang..
Pada tahun 1966, seorang saintis yang berasal dari Cairns Australia, Jack Barnes sedang mengkaji punca sebenar penyakit misteri yang dinamakan Sindrom Irukandji. Percaya bahawa pembawa induk penyakit tersebut adalah sejenis hidupan laut kecil, Barnes menghabiskan masa di laut selama beberapa jam. Setelah menemui seekor ubur-ubur yang kecil dan tampak mencurigakan itu, Barnes telah menguji berapa benarkah teorinya dengan cara yang paling bijaksana iaitu dengan menyengat dirinya sendiri!. Kemudian untuk menambahkan keyakinan betapa benarnya teori beliau tersebut, anak lelakinya yang berusia 14 tahun pun disengatnya jugak. Masih tidak yakin lagi, lifeguard yang berdekatan pun disengatnya dengan bisa ubur-ubur tu sekali. Ternyata teori yang diutarakan beliau adalah tepat sekali, mereka semua dikejarkan ke hospital dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Huh, gilo ko apo doktor ni eh..




Kes Terakhir : Pandai-pandai suka hati mak bapak lu pi putar belit Sejarah!!
Kes terakhir ni berlaku di tempat yang tidak lain dan tidak bukan tanah tumpah kita sendiri iaitu, Malaysia. Pada tahun 2007 lepas, seluruh negara telah dikejutkan dengan penerbitan sebuah buku yang kononnya menceritakan semula 'perkara sebenar' yang berlaku ketika peristiwa hitam 13 Mei 1969, May 13 : Declassified Document yang ditulis oleh seorang bekas ahli Parlimen, Dr Kua Kia Soong. Penulis buku berkenaan mendakwa bahawa beliau telah berjaya menemui satu declassified document yang akan menceritakan akan menjelaskan punca sebenar peristiwa berdarah berkenaan dan menyatakan peristiwa tersebut adalah satu konspirasi kudeta yang dilaksanakan oleh Almarhum Tun Abdul Razak, Allahyarham Datuk Haron Idris, dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Almarhum Tunku Abdul Rahman dari tampuk pemerintahan. Hakikatnya, setelah digeledah segala 'bukti' yang beliau kemukakan oleh blogger Jebatmustdie. Ternyata, segala tipu helah dan permainannya memutar belit sejarah terbongkar. Segala 'declassified document' yang dikemukakan beliau hanyalah pandangan peribadi seorang wartawan asing iaitu Bob Reece, dan beliau yakni Kua Kia Soong suka hati mak bapak datok nenek dia ajer cedok semua sebagai 'fakta'. Ini menunjukkan kedangkalan beliau yang hanya menangguk di air keroh demi menutup segala kesilapan yang dilakukan oleh parti beliau sendiri yakni DAP yang merupakan batu api peristiwa tersebut!. Parti beliaulah yang menjadi punca sebenar peristiwa tersebut ketika perarakan meraikan kemenangan di Kuala Lumpur. Baru-baru ini tanpa rasa malu akibat dikantoikan segala bukti beliau melalui buku kontroversinya itu, beliau telah melancarkan buku terbarunya "Questioning Arms Spendings In Malaysia : From Zikorsky to Altantuya" di London. Wow, jauh sekali nak dilancarkan buku itu. Memang dasar puak ultra-kiasu, tak tahu malu. Dalam buku dikeluarkan sebaris ayat menyatakan bahawa perbelanjaan untuk pertahanan itu sepatutnya digunakan untuk membina lebih banyak sekolah vernakular. Kenapa sekolah vernakular? kenapa tidak sekolah kebangsaan, hospital dan segala kemudahan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Memang itulah dasar pemikiran si otak sempit ultra kiasu perkauman yang bernama Kua Kia Soong ini. Pemikiran sesempit kepalanya yang kecil itu lengkap dengan wajah penipunya sekali. Malaysia are better enough without the likes of him and he's is not behaving as a true Malaysian fighting for the school which uses the national language of People Republic of China. Why can't every Malaysian go to the same school instead of this silly and crappy bahasa ibunda thingy? In other countries these people can assimilate but why can't them do so whereas still keeping on to their alien origin.




Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget