Thursday, June 2, 2011

Bina Laman Web Guna Weebly.com

Assalamualaikum para pembaca setia laman Kerambit Assassin's semua!, dah dua hari aku tak masukkan cerita baru semenjak kes video klip lucah arahan seorang pelakon yang paling banyak demand tu. Memang bingai punya penjelasan yang dia bagi kan. Macam-macamlah perangai manusia akhir zaman ni. Hanya Dia saje yang tau. Dia yang berkuasa menentukan dosa dan pahala umatnya.

Okeylah pembaca sekalian, eden dah malas nak cakap pasal video sampah tu. Cukuplah, sebagai pembuka tirai bulan Jun ni. Aku nak cerita pasal IT balik, maklumlah Shacklesmith ni kan student IT yang sedang menunggu untuk graduation Diploma. Jadi pe salahnya bercerita pasal IT kan. Walaupun dah tiga tahun aku menuntut ilmu IT ni kat kolej tapi tak bermakna aku dah khatam kesemuanya. Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari, ini termasuklah dalam kemahiran membina laman web. Setakat ini, aku hanya mampu membina laman web menggunakan perisian cabuk seperti Dreamweaver MX yang kalau diikutkan paling bajet (aku dapat free ajer) buat masa ini. Itupun masih tak mampu membina laman web bertaraf 2.0. That why-lah aku malas nak buat template blogger guna software tu. Sebabnyer mesti jadi macam classic view punya. Anyway, bukan tak boleh nak capai tahap web 2.0 (XML). Tapi ianya bergantung kepada kemahiran web builder tu sendiri. Bukan amatur seperti aku ya.



Biar saya perkenalkan kepada anda. Weebly.com
Mungkin ada di antara anda pernah mendengar mengenai laman web ni sebab ianya dah famous di Amerika sejak tiga tahun sudah lagi (2008). So, korang semua mesti tertanya-tanya apa istimewanya laman web ini kan?. Adakah ianya berupa hosting percuma untuk korang semua masukkan laman web yang korang bina guna Dreamweaver macam Webs.com tu. Senang ceritalah, anda semua tak payah guna ape kejadah software cabuk tu semua. Buat ajer macam korang kat blog ni, yang best nya korang hanya main 'drag and drop' macam korang arrange page element kat blogger ni. Senang jer kan? Bukan arrange element's tapi widget. Nak kepastian tengok video kat bawah ni.


Video yang diberi ni pun dah lama. So, kalau korang nak cuba silalah beranikan diri mencuba Weebly.com ni. Cara yang teramatlah muda untuk membina laman web dan blog. Interface dy pun lagi cantik dari Bloggers. Sebelum ni kalau korang nak cantik-cantik pun guna Wordpress jela kan. Tapi sayang nak tambah Nuffnang dan edit widget cool pun kena bayar. So, apa lagi peluang ada. Jomlah guna Weebly.com!

Shacklesmith : Ni baru pasal Weebly, nanti aku cover Yola pulak ek. Banyak benda IT yang perlu aku terokai di alam maya nih. Aku promise akan inform korang kalau website aku siap nanti. (Kalau siaplah. ngee~)


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget