Ini merupakan sambungan dari bahagian yang pertama, bagi sesiapa yang tak baca lagi. Sila-silalah kan diri tu untuk menjenguk entry tersebut dan baca sampai habis kalau berminat. Di sini Shacklesmith sekadar ingin berkongsi pengetahuan tentang alam siber ini. Maklumlah, aku ni baru belajar. Jadi kan elok kita berkongsi. Sama-samalah kita memperkembangkan ilmu pengetahuan alam maya ini walaupun susun aturnya sedikit berterabur akibat ketidak serasian Microsoft Word dengan Blogger.com ini. Jadi kurangkan berpolitik dan bergosip dan mari tingkatkan ilmu pengetahuan kita demi menempuhi era globalisasi ini.
Bahagian 2
Contoh bentuk-bentuk jenayah siber
1. Spam
Ø Merupakan satu kaedah penghantaran emel secara pukal untuk tujuan komersial secara sah ataupun tidak sah mengikut tahap-tahap undang-undang. Oleh kebanyakan individu yang menggunakan internet. Emel pukal ini biasanya dianggap sebagai sampah dalam folder mereka dan tidak diperlukan langsung. Penggunaan emel sebagai medium penghantaran pukal spam telah berkembang semenjak dekad 1990an lagi. Botnet atau sebuah rangkaian komputer yang dijangkiti virus telah dikenalpasti mengedarkan sebanyak 80% spam di seluruh dunia. Disebabkan kos penghantaran ditanggung oleh penerima dan pembekal barangan yang dipasarkan. Ianya dianggap cara pengiklanan yang paling menguntungkan.
2. Fraud (Penipuan Maklumat dan Identiti)
Ø Merupakan satu kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mengeksploitasikan individu lain untuk membolehkan atau menghalang dari melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan atau kerugian kepadanya. Dalam konteks tersebut, penjenayah akan melakukan pelbagai cara untuk;
i) Mengubah input komputer dengan cara yang tidak sah. Ianya memerlukan sedikit kepakaran dan bukan jarang dilakukan oleh pekerja biasa yang tidak professional.
ii) Mengubah, memusnahkan, menyekat atau mencuri output bertujuan untuk menyembunyikan transaksi. Ini amat sukar untuk dikesan.
iii) Mengubah atau memadamkan data yang disimpan.
iv) Mengubah atau menyalahgunakan peralatan sistem atau pakej perisian yang sedia ada. Termasuk juga mengubah dan membangunkan kod untuk tujuan penipuan maklumat
Ø Terdapat beberapa cara penipuan dengan menggunakan komputer termasuk penipuan bank, pencurian identiti, peras ugut dan pencurian maklumat sulit.
Ø Pelbagai penipuan perniagaan dalam internet yang menyasarkan kepada pengguna.
3. Kandungan yang tidak senonoh dan bermoral
Ø Sesetengah kandungan laman web mungkin mengandungi kandungan yang tidak menyenangkan mana-mana pengguna yang tersinggung dengan kandungan tersebut atas dasar tidak sepadan dengan norma budaya, adat dan agama sesetengah tempat yang terlibat.
Ø Beberapa negara di pelusuk telah mengehadkan had seperti kebebasan bersuara dan mengharamkan penyebaran maklumat yang berbaur hasutan, perkauman, ancaman politik dan fitnah durjana yang boleh mengakibatkan kebencian dan boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara tersebut.
Ø Undang-undang berkaitan dengan pornografi adalah berbeza mengikut sesetengah negara akan tetapi yang paling disekat dan diharamkan adalah pornografi melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur.
4. Cyberstalking
Ø Pada dasarnya, kaedah jenayah ini mungkin dilihat sebagai ancaman atau bukan ancaman bagi sesetengah individu. Kegiatan jenayah ini biasanya menyasarkan mangsa berdasarkan jantina, bangsa, agama, kerakyatan ataupun orientasi seks mangsa tersebut. Punca utamanya, adalah diskriminasi dan faktor dendam kesumat ke atas mangsa.
Ø Walaubagaimanapun, selain dari faktor di atas. Faktor bermotifkan rompakan dan persaingan dalam politik dan perniagaan boleh diambil kira.
Ø Perlakuan jenayah ini biasanya berlaku dalam ruangan chatroom, blog, emel dan laman ruangan rangkaian social. Sebarang komen yang berbaur ancaman akan dianggap sebagai peras ugut.
5. Keganasan Siber
Ø Terdapat peningkatan masalah Internet dan pelayan komputer dikesan semenjak tahun 2001 lagi. Ianya bermula dengan berlakunya penggodaman laman rasmi kerajaan, wakil kerajaan.
Sejarah kes berkaitan dengan jenayah siber bermula dengan terciptanya virus komputer ketika era 1980an lagi.Virus-virus tersebut dikenali sebagai Brain, Vienna, Cascade dan sebagainya. Virus Brain contohnya yang dicipta oleh warga Pakistan, Basit dan Amjad Farooqi pada tahun 1986. Selain itu, kes jenayah siber tidak terhad pada penggunaan virus semata-mata sahaja. Bahkan juga menggodam dan mencuri data melalui rangkaian komputer. Berikut adalah senarai kes berkaitan dengan jenayah siber dari tahun 2000;
1. Mei 2000:
Sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ILOVEYOU yang dibangunkan oleh dua orang pengaturcara muda yang berasal dari Filipina merebak dengan pantas dari negara ke negara Barat menyebabkan kerosakan sistem emel.
2. Ogos 2003:
Hampir seluruh bank-bank utama di Amerika Syarikat, Britain dan Australia lumpuh sama sekali akibat diserang phishing.
3. September, Oktober 2003:
Dalam usaha mencuri maklumat mangsa, para phisher telah mula meniru laman web seperti Pay-pal.com dengan memaparkan ciri-ciri seperti laman web yang asli.
4. Disember 2003:
Para phisher laman web perbankan dengan mempergunakan laman tersebut sebagai latarbelakang dan menghantar pop-up login palsu kepada mangsa untuk dicuri maklumatnya.
5. Februari 2004:
Cara yang lebih teratur mula muncul, selepas mangsa memberikan maklumat peribadinya. Mangsa akan dibawa ke laman sebenar yang disasarkan. Pendekatan psikologi ini amat memudahkan para penggodam ini untuk membuang rasa curiga di kalangan mangsa.
6. Jun 2004:
Sejumlah besar laman web di Amerika Syarikat dikhuatiri virus yang berupaya mencuri maklumat peribadi para pelawatnya. Selepas menceroboh komputer mangsa, ia menunggu mangsa untuk login ke laman akaun bank mereka dan melancarkan pop-up login-nya sendiri.
7. Julai 2004:
Para phisher mula menyasarkan laman sembang online chat pula.
8. Ogos 2004:
Ketika pilihanraya jawatan Presiden Amerika Syarikat, beberapa orang phisher telah menggunakan identity seakan-akan calon presiden. Senator John Kerry demi mendapatkan derma yang diberi rakyat Amerika.
9. October 2004:
Buat pertama kalinya di dunia, dua orang lelaki dan dua orang wanita yang disyaki terlibat dalam jenayah phishing ini didakwa di Mahkamah London.
10. Disember 2004:
Digital Phishnet, sebuah rangkaian penguatkuasaan yang merupakan gabungan antara industri dan pihak berkuasa mula ditubuhkan untuk menahan dan mendakwa sesiapa yang disyaki terlibat dengan jenayah ini.
11. Februari 2005:
Sebuah scam lebih sofistikated melibatkan PayPal mula muncul, selain meminta emel mangsa untuk dicuri. Para penjenayah ini mencuri maklumat kewangan peribadi mangsa dengan member emel tambahan kepada akaun PayPal mereka. Ini kerana seperti laman web lain, emel pengguna juga boleh ditukar.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber
No comments:
Post a Comment