Showing posts with label the malaysian insider. Show all posts
Showing posts with label the malaysian insider. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Apa Kata Chef Wan Tentang Chef Riz - SHAME ON HIM!!!

Baru sekejap tadi aku baca surat khabar NST mengenai kes pemalsuan CV oleh anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang merangkap juri bagi program masakan Masterchef Malaysia. Dilaporkan beliau telahpun memohon maaf atas kesilapan beliau kerana memalsukan pengalaman bekerja ketika berada di Amerika Syarikat sebagai seorang senior di restoran terkemuka New York walhal beliau hanyalah seorang trainee di premis ternama berkenaan.


Kes ini telahpun diselesaikan dengan baiknya menurut laporan Malay Mail yang aku terima baru-baru ini. Pihak Astro pun telahpun menyunting semula profilenya di laman web utama Masterchef Malaysia. Shacklesmith berpendapat ini adalah satu kewajaran kerana mana mungkin dengan usia semuda itu Chef Riz boleh pulak jadi senior chef?. Kalau di tempat sendiri tu mungkinlah tapi ini kat Amerika Syarikat pulak tuh. Impossible!


Ikuti pendapat bapanya beliau pulak iaitu Chef Wan;



Tindakkan Chef Wan menegur anak beliau Chef Riz menampakkan kejujuran tanpa sebarang unsur berat sebelah dalam menangani kes ini. Aku cukup respek dengan beliau yang tetap menegur kesilapan anaknya itu. Bagi beliau kalau dah salah tetap salah walaupun yang buat salah itu anaknya sendiri berbeza dengan sikap ibu bapa lain yang tetap menyebelahi anak mereka seolah anak merekalah malaikat paling jujur sekali meskipun terbukti anak mereka sudah buat silap hatta menyusahkan orang lain. Jujur aku ingin bagitau yang aku dah lama respek Chef Wan sejak aku belum masuk sekolah rendah lagi dan aku tetap takkan rasa down pada beliau meskipun anaknya sudah buat silap. He will always be our number one most beloved celebrity chef for almost 20 years in the limelight!

Kepada Chef Riz tak perlulah nak exaggerate pengalaman bekerja dulu sebagai senior, lagipun apalah yang nak dimalukan sangat sebagai seorang trainee. Bukankah dapat honored jugak berkhidmat di tempat eksklusif. Aku secara peribadi ada kawan jugak yang belajar kulinari tapi mereka pelajari di institusi tempatan. Apakah ini harus menjadi contoh kepada mereka?

Shacklesmith : A senior chef or a trainee? working experiences in oversea it's already an honor.

Benarkah Chef Riz (anak Chef Wan) Menipu??

Ke mana tak tumpahnya kuah dal kalau tak ke nasi briyani?. Begitulah kisahnya mengenai anak selebriti chef terkenal Chef Wan iaitu Chef Riz yang mengikuti jejak langkah bapanya menjadi seorang chef profesyional.


Beliau yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ana Dahlia kini semakin amat dikenali semenjak menjadi juri program realiti terbitan Astro yang kini hangat disiarkan di Astro Ria iaitu Masterchef Malaysia.


Walau bagaimanapun timbul kontroversi bahawa beliau dikatakan menipu dengan memalsukan pengalaman bekerja di dalam profile laman web Masterchef Malaysia!. Erm, terkejut jugak aku dibuatnya sejurus membaca entry dari blog Beautifulnara tuh. Kadangkala rasa terpinga-pinga pun ade. 


Masakan tidaknya, kalau dia betul-betul menipu bukankah ianya amat memalukan kerana bukan saja nama beliau terjejas malahan kredibiliti bapa beliau sebagai seorang chef ternama tanah air yang sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun akan turut menerima kesannya. Perkara ini didedahkan kepada umum melalui portal berita Malaysian Insider.



Profil ini kemudian diubah kepada yang dibawah ini


Menurut laporan dari portal berita online tersebut, mereka dengan sendirinya telah menghubungi pihak pengurusan Restoran Babbo dan mereka telah menafikan bahawa menafikan yang mereka pernah memiliki pekerja bernama Mohd Nazri Redzuawan. Namun ianya tetap disangkal sendiri oleh Chef Riz yang tetap menyatakan beliau pernah menjadi salah seorang chef di sana.

Entah benar atau tidak itu Walahualam tapi aku juga tetap berkongsi pandangan dengan Abe Nara bahawa Chef Riz sememangnya menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ini bukan kerana nama bapa beliau tetapi oleh kerana beliau adalah contoh kepada para pelapis muda chef yang ada sekarang. Dalam kontroversi begini, Chef Riz tidak seharusnya dipersalahkan.

Aku bukanlah pengikut setia program Masterchef tu tapi berdasarkan apa yang aku tengok nampak tahap profesyionalisme beliau sebagai seorang juri ketika mengendalikan para peserta. Baru-baru ni ada seorang peserta buat taik hal dengan memasak ikan sehingga hangus!. Korang nak tau apa jawapan yang dibagi oleh Chef Riz. Bahasa sopan tapi punya maksud begitu mendalam, "Walaupun kita dah rasa nak give-up tapi sebolehnya janganlah buat bahan makanan kita jadi begini, sebab ianya seolah-olah tak bersyukur dengan rezeki Allah". Tengok, dia takkan buat macam Hell's Kitchen punya beb!.

Nah, aku bagi korang contoh bolehkah sumber berita online seperti The Malaysian Insider dipercayai dan diyakini laporannya?, kalau dalam politik pun fitnah je kejenyer ape lagi bab-bab yang ringkas pasal selebriti nih. Dalam politik pemimpin depa boleh fitnah Dajjal ikut suka mak bapak setakat Chef Riz? Alahai macam pukul lalat jela beb.

Oh ya, jangan dilupakan 'unsuspecting victim', boleh percayakah dengan kapitalis lintah darah nih yang saban hari mencekik darah rakyat Malaysia yang dahagakan hiburan yang melalaikan dan juga menolong menyebarkan berita fitnah dari media barat terhadap negara Islam seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera?. 


Shacklesmith : Didn't you get any clear picture on who's actually responsible stirring the shit out?

Tuesday, October 25, 2011

Sentuh Politik Sat No! - Kesian DPM Tan Sri Muhyiddin, Tak Pasal-pasal Jadi Mangsa Kena Tuduh Puak Kaki Putar Belit

Dah lama sebenarnya aku tak sentuh pasal isu politik kat sini, banyak isu-isu yang aku bawak pun lebih terarah kepada pengetahuan am dan gosip artis biasa jer. Tapi tu tak bermaksud aku dah tak follow politik lagi dah, aku masih lagi aktif kaut cerita-cerita terbaru. Sebagai peminat dan pengikut setia berita dan gosip politik tanah air, aku cukup syok melayan cerita pasal meraba dada yang dikatakan dilakukan oleh seorang anak pemimpin politik merangkap ketua menteri Pulau Pinang. Entah betul kesahihan cerita ni gua tak pasti 50/50 tapi bukti kebenaran sudah nampak semakin jelas dengan isu perpindahan anak VVIP berkenaan yang cuba dinafikan dengan alasan 'potong rambut' dan 'penyalahgunaan dadah'. Yang paling meragukan adalah isu pemberian duit sebanyak RM200,000 untuk menutup kes ini. Untuk apa ianya diberi?, sudah nampak macam nak tutup satu kes yang teramatlah besar!.

Gua sebenarnya beb cukup kesian betul dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak pasal-pasal kena serang dengan CM Pulau Pinang gara-gara dituduh 'menyokong' tindakan para blogger pro-kerajaan menyerang CM Pulau Pinang pasal kes raba tetek tu. WTF?, usah cakap aku ni pro-kerajaan bahkan dulu masa aku umur aku nak meningkat naik seperti golongan muda yang lain aku sebenarnya menyokong kuat Pakatan Haramjadah Rakyat ni sehinggalah tiba satu peristiwa yang cukup membuatkan aku cukup meluat dengan pembangkang disebabkan persepsi kononnya mereka itulah yang paling baik di dunia dan takde perangai buruk langsung. Hark Tuihh! (Baik buruk manusia semua same jelah bro!)

Portal berita milik makhluk bekas belaan Pak Lelah Kaki Tidor, Riong Kali iaitu The Malaysian Insider memang tak pernah serik dan insaf langsung dari melakukan kerja memutar-belit dan fitnah walaupun disaman  oleh Tan Sri Tajuddin Ramli bekas CEO Malaysian Airline sebanyak RM200 juta!. Inilah namanya kalau puak pemfitnah dan pemutar belit, takkan serik walau kubur dah kata mari sekalipun!. (Sila baca berita serangan Lim Guan Eng itu di SINI)

Segalanya bermula dari satu perenggan jawapan yang diberi oleh Tan Sri Muhyiddin sendiri kepada wartawan The Malaysian Insider selepas ditanya oleh wartawan portal pro-pembangkang tersebut, Melissa Chi untuk mengulas mengenai kes meramas dada yang dimainkan di media alternatif dan blog-blog pro kerajaan. Untuk pengetahuan lanjut sila baca ulasan putar belit penuh fitnah wartawan yang memutarbelit jawapan yang diberikan Tan Sri Muhyiddin. Kalau korang nak tau apa yang putar belitnya baca ulasan aku dan BUKTI yang wartawan Melissa Chi ni sebenarnya memfitnah dan memutarbelit kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Muhyiddin!.


Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget