Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Fahrin Ahmad Dimalukan Owen Wilson? WTF! Apa Pandangan Aku??



Buat pembaca setia Kerambit Assassin's sekalian, Shacklesmith menyusun 10 jari memohon maaf atas kelewatan untuk mengemaskini kandungan blog ini yang sudah lama tidak diperbarui atas kesibukan aku dengan hal-hal peribadi. Sepatutnya aku boleh mengemaskini blog ini pada hari minggu lalu ketika bercuti di Kuala Kangsar akan tetapi malangnya pulak laptop aku tertinggal di Kuala Lumpur gara-gara sebab nak kurangkan beban punya pasal. Alahai, lebih memeningkan Blackberry aku pulak buat hal tak dapat nak sambung dengan Streamyx kampung akak ipar aku tuh. Aisehman!. Tanpa melengahkan masa jom usha entry terbaru aku. 



Pada pagi Khamis lalu aku sempat meluangkan masa menonton (aku bukan selalu tengok TV pun beb) filem komedi barat berjudul 'Little Fockers' yang ditayangkan di channel HBO. Filem ni merupakan kesinambungan dari filem 'Meet the Parent' dan 'Meet the Fockers' menampilkan gandingan lakonan mantap dan bersahaja nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti Ben Stiller, Robert De Niro dan Dustin Hoffman dimana aksi dan keletah mereka pasti tidak akan membuatkan korang kering gusi melihatnya. Selain mereka bertiga, turut menjayakan filem ini adalah seniwati terkemuka barat Barbra Streisand dan Owen Wilson. Bagi aku okaylah filem ni walaupun tak sebaik prequelnya dulu.


Kalau nak diikutkan, tak apa yang istimewa langsung pun apabila menonton filem tu sebab bukannya aku tengok kat wayang tambahan pulak aku ni DVD pun jarang pasang. Selalunya aku bukak laptop dengan niat nak tengok DVD tapi last-last tersasar melayan Facebook jugak beb. Cuma yang membuatkan ianya sedikit istimewa adalah kebetulan kedatangan pelakon hebat dari Hollywood iaitu Owen Wilson sendiri ke Malaysia pada Khamis lalu kebetulan pada hari yang sama aku menonton filem lakonannyai tu. Dihangatkan pulak dengan kontroversi beliau menolak mentah-mentah pelawaan untuk bergambar bersama pelakon tempatan, Fahrin Ahmad seperti yang kita semua sedia maklum sejak lewat minggu lalu di sebuah majlis gala F1 bertempat di KLCC pada Khamis malam Jumaat (yang menghairankan dengan Marion Counter boleh pulak?).


Aku bukan nak kata apa beb, kesian jugaklah dengan brader Fahrin ni tak pasal pelawaan dia kena tolak mentah-mentah dengan superstar Hollywood. Kalau aku tahu nak jugak aku pergi malam tu beb, ingin sekali aku nak face to face dengan aktor Hollywood ternama tu sungguhpun niat nak bergambar bersama jauh sekali lagi. So, kenapa aku tak ingin bergambar dengan beliau?. Ingin tahu biar aku perjelaskan kepada korang apa pandangan aku terhadap Owen Wilson.


First of all, he wasn't my most favorite'd Hollywood actors compared to big names with the likes of other frat packs which includes Ben Stiller, Jack Black, Vince Voughn and Will Ferrell. Oleh itu, tiada sebab untuk aku menyesal jika tidak dapat bergambar dengannya sungguhpun aku sangat menggemari filem lakonannya seperti Starsky & Hutch, Wedding Crasher dan You, Me & Dupree. Jika dibandingkan dengan Owen Wilson, aku lebih favor nama-nama lain seperti frat pack yang sebutkan tadi. Kalau dia tolak pelawaan kita nak bergambar pun apa nak dihairankan sangat beb dengan artis Hollywood nie, depa kalau berlakon satu filem pun dapat gaji sampai berjuta-juta USD$ boleh pahamlah kenapa dia buat lagu tu sedangkan artis kita yang berlakon dua tiga filem setakat bayar gaji beribu-ribu jer pun boleh berlagak kekwat!. Lu pikirlah sendiri bai!




Aku bukan apa beb, lagipun aku dah banyak sangat dengar komplen peminat terhadap artis tempatan kesayangan mereka semua. Setakat tak balas tweet dengan approve friend request facebook tu aku boleh paham lagi sebab mungkin atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh terlalu banyak tweets yang masuk dan Facebook penuh tapi kalau menolak pelawaan bergambar mentah-mentah tu memang sial la weh. Sedarlah sikit artis tempatan semua, korang nothinglah nak dibandingkan dengan superstar Hollywood, Bollywood dan Hong Kong tu yang super-duper glamor lip-lap lip-lap disinari cahaya flashes. Kat Malaysia ni kalau Astro, Media Prima dan mana-mana media bangkrap jangan haraplah korang dapat publisiti lagi. Kalau Utusan Malaysia dan NSTP turut bungkus sama dimana muka korang nak keluar lagi?. Nak harapkan Meloyabikini dengan Melalai Outsider pulak yang tolong promosikan korang?. Haha, jangan nak mimpilah jika tak sertakan sekali campurtangan politik beb!. Sedarlah wahai artis tempatan sekalian, tiadanya peminat maka korang tak kemana beb.


Shacklesmith : Segala yang keluar di artikel ini adalah pandangan peribadi yang aku tujukan khas kepada para peminat fanatik artis-artis tempatan kita yang selalunya dengan muka tak malu mintak bergambar dengan artis pujaan mereka tapi last-last kena reject mentah-mentah. Turut tak dilupakan tembakan dua das kepada para artis tempatan yang menyombong tak tentu pasal bila nama dah naik bukan setakat dengan peminat sendiri, kawan satu sekolah dulu pun tak pandang!


Dengar cerita Anugerah Bintang Popular dah dekat, ramai muka-muka baru tercalon walaupun aku cukup sedih sikitlah sebab dua orang 'awek 1990' tidak berjaya dicalonkan dalam anugerah walaupun lakonan mereka berdua agak baik dan diterima peminat.


Agak-agak artis-artis yang menang nanti kerana apa ya? adakah kerana bakat dan kontroversi? Hehehe, 


Walahualam

Tuesday, February 14, 2012

Ayam Goreng KFC Punya Pasal, Calon Ini Bukan Lagi Winnable Candidates

Hampir seminggu aku tak berblog atas kesibukan hal peribadi sampai dekat nak berhabuk blog aku nih, tu pun nasib baik pisau kerambit aku masih tajam. Apa pun masih ingat lagikah korang dengan video kontroversi di Youtube sorang pekerja dapur KFC menumbuk sorang pelanggan berbangsa Cina di i-City, Shah Alam minggu lalu. Hangat sungguh diperkatakan oleh warga maya sehingga bermacam-macam andaian keluar dari pelbagai sudut perspektif. Ada yang menyalahkan pekerja KFC malahan tidak kurang jugak yang menyalahkan pelanggan Cina tersebut kerana bersikap mulut macam sial dan tidak menghormati kakitangan KFC yang penat memerahkan keringat mereka apatahlagi segala penat lelah mereka untuk memberikan yang terbaik tidak dihargai maka buku limalah jawabnya.




Seperti biasa, isu utama yang akan dimainkan adalah isu perkauman. Sangat obviouslah beb, puak yang pertama ini berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan kepentingan utama yang mereka ada merangkumi isu agama, bahasa, dan hak keistimewaan bangsa mereka. Manakala, puak yang kedua pula berasal dari luar nusantara pulak punyalah liat nak berasimilasi dan tidak mahu berkompromi dengawalaupun sudah tinggal berpuluh-puluh malah ratusan tahun di rantau ini. Sebaliknya, puak nombor dua pula beria-ria sangat nak puak nombor satu mengorbankan bukan satu tapi pelbagai kepentingan isu sensitif bagi kesenangan puak nombor dua sedangkan kepentingan puak nombor dua pulak tak boleh disentuh langsung!. Inilah keunikan hubungan kaum di Malaysia yang lebih indah dari sejarah 'Geger Pecinan' di pulau Jawa dan republik haram kongsi gelap 'Lanfang Republic' di Kalimantan pada kurun ke-18 yang selalu konfliknya berakhir dengan pertumpahan darah!. Di Malaysia, usahkan pistol. Pisau roti pun tak berani keluar!.


Namun begitu, itu bukan pokok utama permasalahan yang berlaku di outlet KFC di i-City Shah Alam. Sebaliknya, ianya berpunca SIKAP TAK SABAR DAN KEGAGALAN MENGAWAL EMOSI DALAM MENANGANI SESUATU PERKARA. Jujur aku katakan bahawa dalam hal 'Anger Management', MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MEMANG GAGAL!. Tak kira muda remaja mahupun yang sudah lanjut usia sampai dekat nak ajal. Sebahagian besar langsung tak pandai bersabar dan bersikap panas baran. Mulut tak jaga pun satu hal beb, aku sangat skeptik dalam kes ni sebab nak kata semua orang lelaki pun tak adil jugak sebab aku pernah nampak perkara yang sama dikalangan orang perempuan. Sikap ini jugak terpancar dalam statistik kemalangan jalan raya di mana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah kemalangan di jalan raya yang tertinggi di dunia. Sesiapa yang pernah ambil KPP JPJ memang tau punya yang sikap manusia (panas baran & kurang sabar) punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.


Tengok, mudah kan?. Kita semua sudah agak bahawa kes ini berpunca dari kegagalan 'Anger and Emotional Management' pada individu yang terlibat dan bukannya perkauman. Namun kita tak boleh menolak hakikat bahawa kuli-kuli underpaid restoran fast-food terkemuka (KFC, McD & etc.) majoritinya terdiri dari anak-anak muda Melayu manakala pelantak mentekedarahnya pula adalah kaum Cina especially di kawasan bandar. Aku sendiri ada kenalan yang pernah dan sedang bekerja di fast-food outlet berkenaan dan mereka semuanya BERBANGSA MELAYU SEBAB MEREKA AJER YANG SANGGUP. Apatah lagi kerjaya sebegini bukanlah untuk kekal selamanya, setakat setahun dua bolehlah beb. 


Berbalik semula kepada 'tragedi tak berdarah dan tak lebam-bengkak' KFC i-City ni pula dimaklumkan ianya bermula dengan provokasi oleh pelanggan bernama Danny Ng disebabkan ayam goreng sudah habis. Maka bermulalah satu episod drama swasta yang meloyakan, kalau dah cari pasal konfem nahaslah balasannya iaitu penumbuk buku lima. Sebab kalau dah biadab tak reti bersabar memang patut kena penumbuk pun. Yelah, masa-kan pokok boleh bergoyang kalau angin tak bertiup?, mustahil tiada provokasi oleh Danny Ng yang menyebabkan sorang kakitangan KFC tu bertindak ganas. Kita tengok video di bawah nie.




Seperti yang dinyatakan di video atas, video ini bukan versi penuh sebab salinan original berada di tangan pemilik asal yang merakamkannya iaitu Jesse Ng. Beliau bertanggungjawab mengedit dan mengupload rakaman tersebut ke dalam Youtube.  One thing fishy about this case was both Jesse and Danny carries the same surname. So, are they related? That may never be known. But one thing for sure is, look at the original uploader description.



Have any of you guys ever heard the KFC's dude uttered the word 'BABI'. I'm very sure none have heard one so. The video uploader were trying to elaborate from fact to fiction by adding some spices in order to make her video 'tastier' and more appealing to her own community. You know how sensitive the word babi is to the general Malaysian even though its commonly used to refer acts of foolishness.

Dan ini pulak komen yang menyusul selepas video itu disebarkan di Youtube oleh pihak yang mengaku saksi di tempat kejadian.


Korang tau apa jadi dengan komen di atas, ianya dipadamkan terus oleh Jesse Ng aka Jess6366. Lihatlah betapa kiasunya dia mempertahankan tindakan bangang Danny Ng memaki hamun pekerja KFC itu.


Ini pulak aku jumpa dari sebuah website portal media yang berpangkalan di People Republic of China. One comment seems to be very obvious. Nak baca selanjutnya boleh di SINI.




Beberapa hari kemudian sejurus selepas tersebar video berkenaan, pihak DAP diwakili MP SEGAMBUT, Lim Lip Eng tampil bersama Danny Ng mengadakan press conference mengenai kes tersebut. Untuk pengetahuan korang semua, PC tersebut dijalankan di PEJABAT MP SEGAMBUT sendiri. Beliau juga turut menyediakan khidmat guaman buat Danny Ng. Aku tertanya-tanya kenapa perlu dibabitkan dengan politik?. Why DAP??!!




Aku tak paham kenapa isu ini harus dipolitikkan, benda-benda bodoh sebegini pun ahli politikus seperti Lim Lip Eng pun boleh terjebak sekali. Oh, come on la man. This is a shitty childish issue. Why bothered one meh, just do police report lah. Nampak sangat parti DAP ni belang racistnya. Aku terpikir, kalau isu melibatkan orang Melayu adakah mereka akan tampil di hadapan?. Ptuihh! none at all. What a shame!


Untuk pengetahuan korang sekalian yang membaca entry aku ini, si kepala botak Lim Lip Eng ini adalah MP yang mewakili kawasan tempat tinggal aku iaitu Segambut. Seingat akulah, beliau ni bukanlah menyerlah sangat namanya berbanding MP-MP DAP first timer yang lain seperti Lim Guan Eng (sedaranya?), Tony Pua dan lain-lain. Aku yakin, ramai budak-budak sebaya aku tak pernah kenal nama beliau. Seriously, nama beliau hanya dikenali sekitar tahun 2007 sewaktu hangatnya kes kehilangan tangan akibat salah cucuk jarum baby Yoke Shan yang telah melonjakkan nama beliau di dada akhbar utama daripada sorang lawyer picisan kepada sorang politician. Bagi aku, kalau beliau masuk campur kes tu okeylah sebab memang high profile melibatkan service hospital kerajaan. But these stupid case is really such rubbishes to be handled. Damn wadefak.




Korang sendiri pun paham kenapa ramai orang undi dia masa PRU sudah sebab atas dasar undi protes terhadap Pak Lah Kaki Tido dulu dan penentangan penduduk Medan Damansara terhadap Damansara 21 yang merupakan faktor utama kemenangan lawyer botak ini. So, adakah dia akan dapat kemenangan selesa pada PRU 13 nanti? I dont think so, kalau dia menang mungkin tapi bukan majoriti lagi sebab orang Melayu takkan undi MP cabuk ni lagi dah gara-gara kes bodoh ini. Sorry to saylah, aku dulu mula-mula sokong dia jugak tapi sejak berubah angin aku dah mula meluat dan bosan dengan retorik politik murahan pembangkang ini. Next PRU 13 nanti, golongan-golongan yang akan mengundi dia hanya sebangsa dengan dia ajer. Minoriti Melayu buta sajer akan mengundi beliau. I wont gave him any votes at all. Definitely not my first times as a voter. (I'm 21 by the way)


Anyway, I'm looking for a peaceful ends of this rubbish issue. Anda semua boleh lihat sendiri betapa coolnyer pekerja KFC ini selepas keluar memberi keterangan di balai polis. Aku respek korang memang sempoi kerana tenang menghadapi dugaan tak macam insiden malam tu. Sudahlah, UMNO tak tolong, PAS dan PKR pun haram nak tunjuk dan lagi PERKASA, GPMS, dan JMM pun hilang entah ke mana tapi korang tetap jugak buat bodoh provokasi melampau puak rasis ultra kiasu ini. Respek lu bro!




Shacklesmith : Apabila kes remeh-temeh diperbesarkan, maka inilah jadinya.

Sunday, February 5, 2012

Leuniey Nafi Pernah Keluar Bersama Apeks, Bapa Saudara Leuniey aka Pengurus Apeks Minta Bukti

Aku mendapat laporan ni melalui portal berita Detikperubahan.com pada awal pagi tadi. Cuma  tidak sempat nak berkongsikan kepada korang semua atas kesibukan seharian akibat urusan peribadi. Baiklah, melalui laporan yang dikeluarkan portal tersebut. Benar terbukti bahawa gosip liar tuduhan Apeks punca utama terputusnya tali pertunangan Leuniey dan Hisham hanyalah khabar angin semata-semata bertujuan untuk menjatuhkan maruah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apeks).


Ini petikan lengkap laporan seperti yang disediakan portal berita Detikperubahan.com. Buat pengetahuan semua, wartawan terlebih dahulu meneruramah Leuniey sebelum menghubungi pengurus Apeks untuk menyiasat secara lanjut kebenaran khabar angin ini.





Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Gadis yang dikatakan putus tunang gara-gara menjalinkan hubungan dengan penjaga gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, menafikan sekeras-kerasnya tudahan yang dilemparkan kepadanya itu sebaliknya menyifatkan ianya fitnah daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ekoran itu, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, berita mengenainya itu dipercayai disebarkan oleh pemilik laman Twitter @MahSiH untuk memburuk-burukan namanya.
“Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di butik pengantin milik ibunya di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai fitnah itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu.
Beliau yang merupakan seorang usahawan butik pengantin berkata, tindakan undang-undang itu diambil kerana tuduhan itu bukan sahaja menjejaskan imej keluarganya tetapi juga perniagaan yang dijalankan.
“Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam,” katanya.
Beliau yang terkejut dengan berita itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada anaknya itu akan diambil tindakan.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.
Dan ini pulak sms Apeks yang diterima dari Bahrain semalam. Turut ditemuramah, Mohd Irwan Azni selaku pengurus peribadi beliau yang juga merupakan bapa saudara Leuniey (so this is how the wild allegations starts, note something fishy when there is hot babes around and people will throw bad remarks about Apeks being a player).


Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyatakan kontroversi yang melanda dinya kini tidak sedikitpun menggugat semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi perlawanan yang akan berlangsung malam ini.
Ini terbukti daripada sms yang dikirimkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek yang kini berada di Bahrain.
Sementara itu, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd, menafikan kontroversi membabitkan Apek yang dikatakan merampas tunang anak lelaki seorang usahawan terkenal di di sini.
Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
“Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Irwan Azni yang merupakan bapa saudara kepada Leuniey mengakui hubungan rapatnya dengan Apek namun menafikan anak saudaranya itu menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gawang terbaik Asia itu.
“Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat,” katanya.
Mengulas kontroversi itu, katanya, ia bermula apabila beliau membawa Apek ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya.
“Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.
“Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,” katanya.
Katanya, apabila gambar tersebut dimuat turunkan di dalam Facebook pelbagai cerita mula timbul sehinggalah sekarang.
“Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.
“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya,” katanya.
Beliau berkata, soal hubungan Apek dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.
“Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.
“Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.
“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan,” katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apek tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
“Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya,” katanya.
Akhirnya pihak yang sepatutnya sudah bersuara maka dengan itu tamatlah segala tohmahan dan tuduhan liar yang menimpa penjaga gol pasukan Harimau Malaya dan Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat. Nasib baiklah, si Apeks tu cool ajer apabila berhadapan dengan gosip liar ni.
Kepada si tukang tweet @MahsiH2, sudah tu sudahlah. Alhamdullillah, kau dah mintak maaf kat orang yang terlibat. Insaflah atas perbuatanmu itu.
Shacklesmith : Dari awal lagi aku dah agak yang semua ni 'hok tipu belako'.

Saturday, February 4, 2012

Nasib Baiklah Apeks Bukan Punca Utama Leuniey Dan Hisham Putus Tunang..

Hari ini segala persoalan mengenai benarkah Khairul Fahmi Che Mat punca utama terputusnya tali pertunangan Leuniey Natasha dan Hisham yang dilaporkan kononnya pemilik akaun Twitter @MahsiH2. 




Hisham, bekas tunang kepada Leuniey Natasha kini tampil membersihkan nama Apeks dan bekas tunangnya dengan mengesahkan bahawa Apeks bukanlah punca utama tali pertunangan mereka terputus. Disamping itu beliau juga menafikan dakwaan setengah spekulator gosip bahawa beliau pemilik sebenar akaun Twitter @MahsiH2 yang dikatakan kononnya oleh segelintir spekulator adalah keterbalikan namanya.


Beliau juga turut merayu agar isu ini dihentikan dan tidak diperbesar-besarkan lagi. Berikut adalah sebahagian laporan Harian Metro yang telah disunting semula oleh blogger Beautifulnara untuk ringkasan pembaca sekalian.



Kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Ditanya adakah dia mempunyai kaitan dengan twitter @MahsiH2, bekas tunang Leuniey memberitahu:-

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang. (kredit - Terbakor.com)

Aku harapkan dengan penjelasan oleh bekas tunang Leuniey ini maka berakhirlah segala spekulasi liar dakwaan bahawa kontroversi ini berpunca dari Apek sendiri. Semoga segala tuduhan liar ini berakhir dan tidak membawa tekanan kepada Apek terutamanya tatkala berdepan perlawanan besar esok. 



Shacklesmith : Apa kata Dahlia pulak? Baca di SINI. Aku harapkan segalanya berakhir, semoga Apeks tabah menerima dugaan ini sebab besok ada big match. Sama-samalah kita doakan Harimau Malaya menuju kejayaan menumbangkan Bahrain!.

Friday, February 3, 2012

Watak Steve Jobs Diejek Dalam Iklan Peranti Android



Kebanyakan penggiat ICT dan peminat gajet-gajet canggih sedunia sudah sedia maklum akan betapa bencinya mendiang Steve Jobs terhadap perisian sistem operasi Android keluaran Google yang beliau anggap selama ini sebagai produk cetak rompak dari iOs (sistem operasi iPad dan iPhone) yang merupakan keluaran dari syarikat beliau iaitu Apple Corporation.


Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar produk elektronik dari Taiwan telah mempromosikan komputer tablet Android melalui iklan yang menampilkan watak seorang lelaki bersayap dan memiliki halo di kepala (simbolik kepada orang yang sudah meninggal dunia seperti yang selalu digambarkan dalam kartun keluaran Hollywood) disamping memakai baju turtleneck hitam dan berseluar jeans biru  iaitu trademark rasmi Steve Jobs sendiri. Di dalam iklan tersebut, watak Steve Jobs tersebut sempat mengeluarkan dialog "Thank God I get to play with other tablets " sebelum mengeluarkan komputer tablet ActionPad seperti memperlekehkan iPad.


Tindakan syarikat elektronik berkenaan yang mengeluarkan iklan menampilkan watak persis Steve Jobs lakonan pelawak terkemuka Taiwan, Ah-Ken mendapat kecaman hebat dari pelbagai lapisan masyarakat dari serata dunia kerana menganggapn ianya sebagai suatu yang biadab dan tidak menghormati insan yang sudah pergi. Walaubagaimanapun, Chelsea Chen jurucakap kepada pengeluar ActionPad tetap mempertahankan tindakan syarikatnya mempermainkan watak Steve Jobs dengan menegaskan bahawa 'tiada apa-apa yang salah pun'.


Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober lalu. Menurut penulis buku autobiografi beliau, Walter Isaacson. Steve Jobs telah 'mengisytiharkan perang' terhadap Android dan merasakan bahawa dirinya telah dikhianati oleh Google. (sumber Mashable)




Shacklesmith : Steve Wozniak sendiri pernah mengiktiraf Android bulan lepas, oleh itu adakah beliau sendiri telah mengkhianati Steve Jobs?. Ada otak fikir-fikirkanlah.

Wednesday, January 18, 2012

Pekerja Supermarket Melayu Dipaksa Pegang Daging Babi Tanpa Beralas

Bukak jer blog ni sekejap tadi sekejap jer aku dapat berita ni daripada rakan-rakan blogger. Hmm, walaupun boleh dikatakan kali pertama dilaporkan secara terbuka di akhbar tapi aku rasa perkara ni dah lama berlarutan dan sering kali berlaku di mana-mana pasaraya yang umumnya dimiliki mereka. 




Isu ni berlaku di sebuah supermarket di Kamunting Perak. Ianya bermula apabila sorang customer ultra-kiasu pergi komplen pada manager supermarket sebab tak puas hati melihat pekerja Melayu mengenakan alas tangan sewaktu menghandle daging babi seolah-olah pekerja Melayu menghina makanan kaum mereka itu kotor! (Memang daging babi tu KOTOR bagi kami sebab tulah kami memakai sarung tangan bila handle BONGOK!)


Kalau korang nak tahu inilah respon manager supermarket terbabit selepas mendengar aduan dari customer bahlol yang tak paham-paham langsung dengan sensitiviti umat Islam walaupun mungkin sudah bertahun memegang kewarganegaraan Malaysia (mungkin harapkan kerakyatan jer tapi pergaulan dengan bangsa dia saja)
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata,"Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."


Ini baru satu manager cawangan Kamunting, agak-agaknya bagaimana pulak dengan mentaliti manager-manager supermarket di serata Malaysia ni?. Lagi-lagi arahan manager tu umpama satu kuatkuasa mutlak. Kalau dilanggar konfem kena buang kerja punya. Alahai, malanglah nasib pekerja Melayu sebab hari-hari terpaksa samak tangan lebih dari satu kali!. 


Aku pada mulanya pelik jugak bagaimana isu ni boleh berlaku. Apakah pihak pengurusan supermarket berkenaan tidak reti langsung nak bahagi-bahagikan tugasan seperti mengendalikan produk tidak halal kepada pekerja bukan Islam?. Aku tengok kes sebegini tak pernah pulak didengari di supermarket Jusco dan lain-lain supermarket di Lembah Kelang. Walhal kalau tak silap aku manager Jusco cawangan Taman Maluri adalah orang Jepun!.


Kalau dah namanya puak kiasu dan pentingkan diri sendiri ke tahap nombor wahid, jangan haraplah depa nak bagi muka pada kita lagi dah. Bila bercakap pasal keadilan dan hak asasi manusia punyalah pandai sehingga satu dunia depa pi meratib cakap tidak diperlaku adil dan sama ratalah. Begitu jugak bila bangsa kita tegur depa dengan cara kasar pandai pulak cakap 'tak takut sama lu punya Tuhan ka?'. Senang ceritalah, hak untuk dikompromi dan dihormati hanyalah untuk depa dan suku sakat depa. Kalau Melayu nak mengharapkan penghormatan yang sama jangan haraplah sampai mati pun takkan dapat. Beginilah nasib Melayu di bumi sendiri apabila berdepan dengan DISKRIMINASI PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN


Yet not to mention they also would loved to accuse our races are so badly corrupted especially the civil servant but in the first place WHO gave them the bribes? Think again..


What a frigging BULLSHIT they are..



They want us to tolerate and respect them but on the their side, THEY SPITTED BACK STINKING SLIMY SPUTUM UPON US..



Hidup kita biarlah hormat menghormati....


Siapa yang menghormati siapa? Siapa yang tidak hormat siapa? Siapa yang "Moderate" ? Siapa pula yang "Extreme"? Siapa yang menghina siapa? Siapa yang berhak? Siapa yang tidak bagi hak? Siapa yang merampas hak? (VOICE AROUND)

SHACKLESMITH : AKU CADANGKAN KEPADA WARGA KAMUNTING AGAR MEMBOIKOT SUPERMARKET BERKENAAN! BOIKOTLAH SEPUASNYA SEHINGGA MANAGER BAHLOL ITU DITUKARKAN KERJA DISEBABKAN PATRONAGE SUPERMARKET MERUDUM TERUK GARA-GARA TINDAKAN BAHLOLNYA ITU!!!

Sunday, January 15, 2012

Kenapa Perlu Ada Double Standard?

Aku baru dapat berita ni dari Melaka. Inilah al-kisahnya..


'Mr Muscle' di pesta pantai Melaka dibantahMuhamad Aizat Bahrudin12:28PM Dis 17, 2011 
Dewan Pemuda PAS negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.
Merujuk acara “Mr Muscle Beach” yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara. 
Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.
Dikatakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr Muscle Beach.
Apa yang membimbangkan, acara Mr Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak. 
Kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu-Islam.
Tidakkah suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?
Ia juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.
Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ia tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.
Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang diadakan.
Bila agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah dibuang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.
Sudahlah pengaruh Barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.- Penulis merupakan ketua penerangan Pemuda PAS Melaka.

Err, rasa-rasa korang bagaimana pulak dengan ini ya?.



Adakah pemuda PAS terlepas pandang atau buat-buat tak nampak?. Almaklumlah, mereka ni kan handal bab menyentuh perkara-perkara melibatkan hukum-hakam  halal haram sesuatu benda tu.


Shacklesmith : Gambar Tok Guru kat belakang tu cop halal ke hah?. Aduyai~

Sunday, December 18, 2011

Masih Ingat 'Bangsa' Lagi Mangkuk Ni Rupanya..

Aku rasa korang mesti ingat lagi akan sorang pondan Melayu bernama Fatine yang berkahwin dengan lelaki mat salih di London lebih dua tahun sudah. Kali ini sorang lagi pengamal songsang penyokong tegar fahaman sesat ajaran sami Ambiga, Seksualiti Merdeka telah 'mengharumkan' (dengan bau yang tersangatlah busuk) nama bangsa dan negara dengan melangsungkan perkahwinan sesama jantina (lelaki & lelaki) iaitu Ariff Alfian.




Apa yang menariknya, jika korang lihat gambar beliau di atas si pengantin ini siap lengkap dengan sepersalinan baju Melayu dan bertanjak sekali persis pengantin lelaki tipikal Melayu seolah-olah memberikan petanda bahawa beliau masih tidak melupakan asal-usulnya sebagai sorang insan berbangsa Melayu. Namun apa yang menjelikkannya adalah pasangannya bukanlah sorang gadis berketurunan Irish tetapi sorang lelaki Irish bernama Jonathan yang sejantina dengannya!. Nauzubillahminzalik!



Aku tak heran andai katanya beliau lengkap bertanjak dan berbaju Melayu dan isterinya pulak bergaun labuh dedah dada (low-cut) seperti ramai gadis-gadis mat salih lain (itupun kalau pasangannya perempuan!), almaklumlah kalau baru convert ni biasanya masih jahil lagi lagipun nanti pandai-pandailah dia sebagai suami nak membimbingnya kelak TAPI YANG MENJIJIKKAN ADALAH PASANGANNYA SEORANG LELAKI!. Jadi tindakan dia ni boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap bangsa kita apatah lagi Sultan-sultan dan Yang Di-Pertuan Agong kita jugak memakai tanjak sebagai satu simbol kebesaran!. Lebih-lebih lagi kita orang Melayu yang beragama Islam memang tidak mengiktiraf golongan homoseks yang bertentangan dengan fitrah kejadian alam kita.




So, kalau setakat lengkap berpakaian sepersalinan tradisional Melayu tu toksah lah nak gebang mendabik dada kononnya masih tak lupa asal-usul Melayu lagi. Sudahlah memusnahkan harapan mak bapak sendiri yang mengharapkan si Ariff ni menggenggam pulang Ijazah, tapi bukan Ijazah yang dibawa pulang. JANTAN KAFIR YANG TAK BERSUNAT pulak yang dibawa balik!!!. Aku tertanya-tanya gak beb, masih ingatkah si Ariff Alfian ni akan kedua orang tuanya di tanah air?. Dengar cerita gara-gara gagal menghabiskan pelajarannya dia berhutang dengan pihak Petronas. (Sila baca SINI,SINI,SINI dan SINI)


Shacklesmith : Kalau dah keadaan macam ni lah beb, agak mustahil dia akan balik ke pangkuan mak bapak dia semula..

Saturday, December 3, 2011

Edisi Meleleh 2.0! - Kembali Lagi!

Yeah, yo wassup-wassup bay-beh!. Edisi Meleleh kembali lagi dengan bahan-bahan yang semestinya menghangatkan lebih dari biasa. Kali ni bukan pasal kes awek Sarawak yang masuk pertandingan ratu cantik tempoh hari lalu. Tapi ini bahan baik punya beb!. Lagi bagus daripada Miss Borneo tu. Bukan aku nak buat perbandingan antara epal merah dengan hijau tapi aku tau kalau bubuh pasal perempuan konfem ramai berduyun masuk blog aku punya bai. Haha.




TAK SEKSI PUN TAKPER BEB!


Anyway, sapa tak kenal Victoria Secret?, brand barangan wanita yang paling famous dalam produk kosmetik, minyak wangi dan pakaian dalam di serata dunia. Aku pun dah kenal brand ni sejak Darjah 6 lagi sebab masa tu kakak aku ada melanggan body splash-nya yang ketika tu cukup terkenal sampaikan orang lelaki pun ada yang guna sekali. Boleh dikatakan setiap awal dan lewat tahun mereka akan kirimkan katalog produk mereka seperti barangan kosmetik dan yang paling disukai ramai iaitu katalog pakaian dalam wanita. Walaupun kita tak melanggan produk sedemikian tapi mereka akan tetap kirimkan jugak.


Aku masih ingat lagi masa Tingkatan 1 dan 2, setiap kali kakak aku night-stop (back then, dia bekerja sebagai pramugari) oversea. Aku akan curi-curi ambik katalog tu buat cuci mata sambil-sambil melayan games PS2 (sebab bilik dia ada TV), ada gak sekali aku bawak masuk bilik aku (ehem-ehem, tang tu hangpa jangan nak nyibuk!). Lagipun korang mesti tau masa tu lah zaman Alessandra Ambrosio, Adriana Lima (eksport terhangat Brazil selepas pemain bola), Petra Nemcova (yang mati balak masa Tsunami dulu) dan Marissa Miller tengah popular.


Sekarang ni dah hilang mana entah katalog tu, aku rasa mungkin terbuang sewaktu persiapan majlis perkahwinan akak aku tu masa aku baru masuk Tingkatan 3. Haha, sayang do'h aku tak simpan (simpan pun buat dosa jer). Tulah kenangan masa aku jahil-jahil jahat dulu. Sekarang la ni dah tak melayan dah benda-benda tak senonoh tu cuma sekarang minat fotografi snap gambar perempuan lawa-lawa jer. Dari mengusha gadis-gadis Victoria Secret ni lah aku meminati dunia fotografi tapi sayang $$$ tak cukup nak beli Nikon DSLR. Insyallah suatu hari nanti tercapai jugak hasrat ku itu.


Ni adalah video 'terbaru' yang aku dapat selepas disiarkan Obefiend dalam blog seriusnya beberapa hari sudah. Mereka buat lip synching lagu Maroon 5 dan Christina Aguilera iaitu 'Move Like Jagger'. Nampaknya walaupun diasak oleh model-model terbaru tapi Adriana Lima tetap hangat! Siapa model yang pernah memegang takhta 'The World Sexiest Virgin' sebelum dilanyak atas katil oleh Marko Jaric masih tampil hangat ketika berusia 30 tahun!. Hot jugak mak budak nih erk. Video ni lah yang paling jinak dan cukup kain kalau compare dengan last year punya beb.




Haha, peduli apa aku kalau Miranda Kerr jarang nampak kat situ. At least my muse Candice Swanepoel dan Lindsay Ellingson tetap ade jugak!. Yeah, they are my obsession. I love blonde, but only in photography. Tu dia gambar depa aku cilok dari Brosome!


Candice Swanepoel
Lindsay Ellingson

Shacklesmith : Untuk pengetahuan korang, video di atas tu adalah promo tu untuk Victoria Fashion Show yang menampilkan persembahan Maroon 5 bersama Christina Aguilera pada 29hb November lepas. Aku tak pasti kalau ada keluar Astro ke tak sebab aku ni bukan jenis orang suka tengok TV. Haha, daripada aku tengok program yang memberahikan tu lagi baik aku tengok Ustazah Pilihan.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget