Thursday, November 10, 2011

Apa Kata Chef Wan Tentang Chef Riz - SHAME ON HIM!!!

Baru sekejap tadi aku baca surat khabar NST mengenai kes pemalsuan CV oleh anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang merangkap juri bagi program masakan Masterchef Malaysia. Dilaporkan beliau telahpun memohon maaf atas kesilapan beliau kerana memalsukan pengalaman bekerja ketika berada di Amerika Syarikat sebagai seorang senior di restoran terkemuka New York walhal beliau hanyalah seorang trainee di premis ternama berkenaan.


Kes ini telahpun diselesaikan dengan baiknya menurut laporan Malay Mail yang aku terima baru-baru ini. Pihak Astro pun telahpun menyunting semula profilenya di laman web utama Masterchef Malaysia. Shacklesmith berpendapat ini adalah satu kewajaran kerana mana mungkin dengan usia semuda itu Chef Riz boleh pulak jadi senior chef?. Kalau di tempat sendiri tu mungkinlah tapi ini kat Amerika Syarikat pulak tuh. Impossible!


Ikuti pendapat bapanya beliau pulak iaitu Chef Wan;



Tindakkan Chef Wan menegur anak beliau Chef Riz menampakkan kejujuran tanpa sebarang unsur berat sebelah dalam menangani kes ini. Aku cukup respek dengan beliau yang tetap menegur kesilapan anaknya itu. Bagi beliau kalau dah salah tetap salah walaupun yang buat salah itu anaknya sendiri berbeza dengan sikap ibu bapa lain yang tetap menyebelahi anak mereka seolah anak merekalah malaikat paling jujur sekali meskipun terbukti anak mereka sudah buat silap hatta menyusahkan orang lain. Jujur aku ingin bagitau yang aku dah lama respek Chef Wan sejak aku belum masuk sekolah rendah lagi dan aku tetap takkan rasa down pada beliau meskipun anaknya sudah buat silap. He will always be our number one most beloved celebrity chef for almost 20 years in the limelight!

Kepada Chef Riz tak perlulah nak exaggerate pengalaman bekerja dulu sebagai senior, lagipun apalah yang nak dimalukan sangat sebagai seorang trainee. Bukankah dapat honored jugak berkhidmat di tempat eksklusif. Aku secara peribadi ada kawan jugak yang belajar kulinari tapi mereka pelajari di institusi tempatan. Apakah ini harus menjadi contoh kepada mereka?

Shacklesmith : A senior chef or a trainee? working experiences in oversea it's already an honor.

4 comments:

alyea said...

cian chef riz.malu dia..terkantoi sudah..hehe..nmpk x berapa matang disitu..sama la awak,sy pon respect chef wan ni..memang la mulut dia laser,tp hati x semestinya jahat kan..=)

Shacklesmith said...

chef riz tu sy tgk ok jer awk.. tp tula, sbb nk bajet otai sgt smpikn resume tu pun nk mnipu..huhu

drpd taun 90an lg kte da familiar ngn dy kn awk.. klu ade show dy kat tv msti x jemu la menengoknyer sbb dy sporting & pandai tarik audience.. mulut laser pun sbb outspoken.. tp owg camnila bole dikatakan jujur bab ckp jer ape yg tbuku dlm isi hati =)

Bingai @ Bangang said...

Semoga Chef Wan tabah menempuh dugaan. IsyaAllah.

Dari peminat mulut laser dia. He is still the BEST! (Masakan dia aku tak minat sebab aku masak campak-campak je.) heheher

Shacklesmith said...

Amin..

wah2, komentator terfeymes blog politik udah mai!.. hehehe

ye btol tu saudara, dia hirup kuah pun pakai senduk kena mulut lepas tu kacau balik.. tang tu sy xbkenan.. tp kesah ape kn.. janji layan dy punya show ;)

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget