Thursday, November 10, 2011

Benarkah Chef Riz (anak Chef Wan) Menipu??

Ke mana tak tumpahnya kuah dal kalau tak ke nasi briyani?. Begitulah kisahnya mengenai anak selebriti chef terkenal Chef Wan iaitu Chef Riz yang mengikuti jejak langkah bapanya menjadi seorang chef profesyional.


Beliau yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ana Dahlia kini semakin amat dikenali semenjak menjadi juri program realiti terbitan Astro yang kini hangat disiarkan di Astro Ria iaitu Masterchef Malaysia.


Walau bagaimanapun timbul kontroversi bahawa beliau dikatakan menipu dengan memalsukan pengalaman bekerja di dalam profile laman web Masterchef Malaysia!. Erm, terkejut jugak aku dibuatnya sejurus membaca entry dari blog Beautifulnara tuh. Kadangkala rasa terpinga-pinga pun ade. 


Masakan tidaknya, kalau dia betul-betul menipu bukankah ianya amat memalukan kerana bukan saja nama beliau terjejas malahan kredibiliti bapa beliau sebagai seorang chef ternama tanah air yang sudah berpengalaman selama lebih 20 tahun akan turut menerima kesannya. Perkara ini didedahkan kepada umum melalui portal berita Malaysian Insider.



Profil ini kemudian diubah kepada yang dibawah ini


Menurut laporan dari portal berita online tersebut, mereka dengan sendirinya telah menghubungi pihak pengurusan Restoran Babbo dan mereka telah menafikan bahawa menafikan yang mereka pernah memiliki pekerja bernama Mohd Nazri Redzuawan. Namun ianya tetap disangkal sendiri oleh Chef Riz yang tetap menyatakan beliau pernah menjadi salah seorang chef di sana.

Entah benar atau tidak itu Walahualam tapi aku juga tetap berkongsi pandangan dengan Abe Nara bahawa Chef Riz sememangnya menjadi juri untuk program Masterchef Malaysia ini bukan kerana nama bapa beliau tetapi oleh kerana beliau adalah contoh kepada para pelapis muda chef yang ada sekarang. Dalam kontroversi begini, Chef Riz tidak seharusnya dipersalahkan.

Aku bukanlah pengikut setia program Masterchef tu tapi berdasarkan apa yang aku tengok nampak tahap profesyionalisme beliau sebagai seorang juri ketika mengendalikan para peserta. Baru-baru ni ada seorang peserta buat taik hal dengan memasak ikan sehingga hangus!. Korang nak tau apa jawapan yang dibagi oleh Chef Riz. Bahasa sopan tapi punya maksud begitu mendalam, "Walaupun kita dah rasa nak give-up tapi sebolehnya janganlah buat bahan makanan kita jadi begini, sebab ianya seolah-olah tak bersyukur dengan rezeki Allah". Tengok, dia takkan buat macam Hell's Kitchen punya beb!.

Nah, aku bagi korang contoh bolehkah sumber berita online seperti The Malaysian Insider dipercayai dan diyakini laporannya?, kalau dalam politik pun fitnah je kejenyer ape lagi bab-bab yang ringkas pasal selebriti nih. Dalam politik pemimpin depa boleh fitnah Dajjal ikut suka mak bapak setakat Chef Riz? Alahai macam pukul lalat jela beb.

Oh ya, jangan dilupakan 'unsuspecting victim', boleh percayakah dengan kapitalis lintah darah nih yang saban hari mencekik darah rakyat Malaysia yang dahagakan hiburan yang melalaikan dan juga menolong menyebarkan berita fitnah dari media barat terhadap negara Islam seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera?. 


Shacklesmith : Didn't you get any clear picture on who's actually responsible stirring the shit out?

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget