Tuesday, November 26, 2013

Kisah Tentang Bumiputra Abad 21 bahagian 1

Aku dilahirkan beragama Islam, berbangsa Melayu keturunan Banjar dan berwarganegara Malaysia. Menurut takrif perlembagaan Malaysia, orang Melayu adalah asas kepada kaum Bumiputra di Malaysia ini. Ini kerana orang Melayu adalah kaum terbesar di antara kaum-kaum pribumi di Malaysia.

Untuk mengenalpasti siapakah pribumi-pribumi di Malaysia. Kita tak seharusnya memandang sesempit dari sempadan Perlis hingga Sabah sahaja. Ini kerana alam Nusantara itu luas sekali merangkumi Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan kepulauan Filipina. Yes my friend, these are the core realm of Austronesia. Sempadan politikal yang ada hari ni hanyalah sisa-sisa tinggalan penjajah. Sesiapa yang melintasi sempadan ini prior to 1957 dan 1963 tidak harus diklasikasikan sebagai pendatang.

Kita semua serumpun, lautan mahupun sempadan ciptaan penjajah bukanlah penghalang kepada keragaman kita. Ramai tidak mengetahui bahawa bahasa Suku Kubu di Sumatera memiliki banyak persamaan dengan bahasa Jakun dan Temuan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga bahasa Rejang di Bengkulu Sumatera amat mirip dengan bahasa Bidayuh di Sarawak. Selain itu rumpun bahasa suku Sungai  Sabah juga dipertuturkan oleh suku Yakan di kepulauan Sulu. Begitu bahasa Molbog pulau Palawan yang banyak persamaan dengan bahasa Dusun Bonggi di Pulau Banggi Sabah.

Alkisah tentang aku pulak. Menurut kata ibuku, aku ni berketurunan Banjar melalui nasab bapak aku. Dari sebelah ibuku pulak, jurai keturunan aku berasal dari Minangkabau Negeri Sembilan. Ini bermakna aku berkromosom Y kan Banjar dan berkromosom X kan Minangkabau. Jadi aku ni Banjar campur Minangkabau lah.

Mengikut perspektif antropologi, orang Banjar dan Minangkabau tergolong dalam kelompok Melayu Deutero yakni Melayu yang secara ketamadunan dan teknologinya lebih advance dari kelompok Melayu Proto.

Berikut adalah senarai suku-suku Nusantara yang tergolong dalam kelompok Melayu Deutero.
-Aceh
-Bugis
-Banjar
-Brunei
-Champa
-Patani/Kelantan
-Kedah/Ligor
-Deli
-Palembang
-Jambi
-Siak/Rokan
-Kampar
-Riau/Melayu Jati Johor
-Terengganu
-Melayu Kalimantan Barat (aku tak sure sama Melayu kat Sarawak tu sama dgn dorang)
-Bengkulu
-Lampung
-Sunda
-Jawa
-Bali
-Sasak (aku pun tak berapa pasti dgn orang Lombok ni sbb byk persamaan dari segi bahasa dgn orang Bali)
-Suluk
-Irranun
-Maguindanao

Antara elemen penting yang menyatupadukan Suku-suku ini sistem pemerintahan beraja dan agama Islam. Meskipun kelompok Melayu Deutero amat teguh kepercayaan mereka terhadap agama Islam, masih tersisa warisan tinggalan agama Hindu dan Buddha dalam kebudayaan mereka.

They are the noble race of Nusantara, sebab itulah mengikut sejarah hanya mereka sahaja yang berhak memegang kuasa di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo (Kalimantan) dan beberapa lagi pulau-pulau di Nusantara. It is fortunate that their sultans were given the mandate of heaven to rule over the realm since the times of Funan Empire.

Bukan hendak memperlekehkan keturunan Melayu Proto, namun inilah hakikatnya. Raja2 Melayu adalah penaung kepada Melayu Deutero dan juga Melayu Proto. Like what the feudalist always cried, Daulat Tuanku!

Sebenarnya, tanpa Melayu Proto takkan wujud Melayu Deutero. Teori first wave and the second wave out of Yunnan migration tidak lagi boleh dipakai kerana the brown race Austronesian of Nusantara ini adalah pribumi rantau Asia Tenggara.

Menurut sejarah suku Banjar. Orang Banjar yang bermastautin di selatan Kalimantan (Borneo) dikatakan berasal dari keturunan orang Dayak dari suku Maanyan, Ngaju dan lain-lain suku Dayak yang berdiam di sepanjang sungai Barito. Disana mereka membentuk kebudayaan perdagangan maritim dengan membekalkan hasil hutan seperti lada hitam, kayu belian dan pelbagai lagi keluaran asli rimba Borneo yang lain.

Mereka berdagang dengan kerajaan Nusantara lain seperti Funan,Langkasuka, Srivijaya dan malahan sehingga tanah Arab dan China. Lantaran dari gaya hidup mereka yang berasaskan maritim telah menyebabkan mereka juga turut menerima tempias arus Malayisasi yang dijalankan sama ada melalui proses akulturasi kebudayaan dan mahupun ekspedisi penaklukan oleh kuasa Melayu Deutero yang lain seperti Srivijaya dan Majapahit.

Proses ini mengambil masa hampir 1000 tahun untuk menjadikan orang Banjar itu sebagai salah satu rumpun Melayu Deutero dan sekaligus melenyapkan sisa-sisa unsur Dayak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, budaya mungkin terhapus tetapi tidak DNA. Justeru, boleh diperkatakan bahawa orang Banjar itu adalah orang Dayak yang telah dimelayukan.

Aku merasakan agaknya orang Brunei juga lahir dari proses akulturasi yang sama seperti orang Banjar. Cuma bezanya, genetically mereka lebih dekat dengan kaum pribumi Sabah dan utara Sarawak. Tiada yang mustahil sekiranya pribumi Borneo ini berdiam di pesisiran pantai ketika era kegemilangan kerajaan Srivijaya.

Ingatlah, walau kita berbeda agama tapi kita tetap bersaudara. Janganlah memandang lekeh saudara serumpun kita yang berlainan kepercayaan. BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU & BHINNEKA TUNGGAL IKA. Kata keramat buat penyatu kita bersama. Kerana kita anak pribumi nusantara. We were brothers and sisters.

Tuesday, November 12, 2013

Tamadun Islam Atau Tamadun Manusia?


Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk, sains, perubatan, parti, tamadun dan sebagainya, adalah fenomena pemikiran ramai para sarjana agama terutamanya di Malaysia, lantaran itu ramai segolongan sarjana agama mahu mengkonsumsikan Bank Islam, Insuran Islam, Ekonomi Islam, Universiti Islam, Taman Tamadun Islam, Parti Islam, Pajak-Gadai Islam, dan pelbagai lagi yang dijenamakan dengan istilah Islam untuk mengeksklusifkan.

Penjenamaan istilah Islam secara eksklusif keatas produk itu memang menarik perhatian ramai masyarakat Melayu di Malaysia pada masa kini. Saya pun tidak tahu kenapa mereka mengaitkan Islam yang berkaitan dengan persoalan ketuhanan itu dengan produk-produk yang dihasilkan manusia. Saya tidak tahu niat mereka berbuat begitu, samada mereka hendak menunjukkan diri mereka lebeh Islam dari kapal selam - tidaklah saya ketahui.

Namun saya berbaik sangka mungkin para sarjana agama itu hendak mengembalikan kegemilangan "Tamadun Islam" yang disangka boleh menunjukkan kesyumulan Islam. Namun kalau ikut cara itu, tentu sekarang ini kita dapati ada para penganut agama lain yang hendak menunjukkan kesyumulan agama mereka juga, tetapi kita tidak nampak pula penganut agama lain membuat "Bank Yahudi" atau "Bank Kristian" atau "Bank Buddha" atau "Bank Hindu".

Jika kita perhatikan ciptaan-ciptaan teknologi yang diguna pakai oleh orang yang mengaku Islam itu sendiri seperti kapal terbang, kereta, komputer, software, satelit, kapal selam, roket dan sebagainya itu, kebanyakannya adalah ciptaan ataupun rekaan yang dihasilkan oleh orang yang mereka anggap kafir (infidel), tetapi adakah mereka yang mencipta semua itu pernah menjenamakan produk atau ciptaan-ciptaan mereka dengan nama agama mereka??

Jadi sebelum kita berfikir soal tamadun Islam atau seperti laungan segolongan sarjana agama, "Hendak memertabatkan syiar Islam dengan membina Taman Tamadun Islam" atau produk-produk dijenamakan dengan perkataan Islam, maka sebaiknya difikirkan dahulu soal tamadun itu. Dimana sebelum perkembangan tamadun di tanah Arab dahulu terdapat para sainstis dan ahli falsafah Arab yang mempelajari ilmu-ilmu dari orang-orang Greek.

Orang-orang Greek lebih dahulu berkecimpungan dengan ilmu-ilmu samada ilmu falsafah, ekonomi, politik, sastera, sains dan dan berbanding dengan orang-orang Arab. Kemudian buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Greek itu telah diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh para sarjana Arab kerana mereka mahu mempelajarinya. Para sarjana Arab pada masa itu telah menaiktarafkan lagi (upgrade) ilmu-ilmu dari orang-orang Greek itu.



Nama-nama seperti Ibn Sina, Jaber ibn Hayan, al-Khwarizmi, al-Farabi, Ibn Rusyd dan sebagainya itu adalah mereka-mereka yang telah mempelajari ilmu-ilmu dari Greek itu. Kemudian mereka telah berjaya meningkatkannya lagi. Mereka adalah para sainstis dan para ahli falsafah. Diantara mereka ada yang dikafirkan oleh para sarjana agama, mereka adalah para pemikir. Mereka bukanlah seperti ramai golongan ustaz zaman sekarang ini.

Pada zaman-zaman mereka itulah yang telah dianggap sebagai Tamadun Islam kerana mereka telah membuat penemuan ilmiah yang menyumbang kepada kemajuan sainstifik. Kemudian para sainstis dan ahli falsafah dari Arab itu semakin berkurangan kerana ramai diantara mereka yang telah dikafirkan oleh para sarjana agama. Ini telah memerosotkan budaya berfikir, mengkaji dan sainstifik dikalangan ramai orang yang mengaku Islam.

Setelah kemerosotan masyarakat Arab, maka Barat pula meneruskan ilmu-ilmu itu untuk dikembangkan lagi sehingga membawa kepada kemajuan moden seperti yang kita lihat pada hari ini. Di Eropah Revolusi Industri bermula, dimana kereta api, kereta, kapal terbang, basikal, telefon dan lain-lain lagi telah dicipta. Setelah Revolusi Industri, kemudian Revolusi Teknologi. Dengan ini manusia telah melintasi zaman batu, zaman besi dan zaman moden.

Saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan pendapat seorang sarjana agama Arab ketika basikal mula-mula diciptakan pada zaman Revolusi Industri dahulu. Menurutnya pergerakan basikal itu melibatkan kuasa jin. Seolah-olah menggambarkan menaiki basikal itu adalah pengaruh Barat yang tidak Islamik. Namun pendapatnya itu amat berkesan kepada ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu, sehingga boleh dikatakan ramai orang yang mengaku Islam pada masa itu telah mempercayainya.

Namun apa yang terjadi sekarang ini bukan setakat basikal, malah kapal terbang yang dicipta oleh orang yang mereka anggap kafir itu jugalah yang mereka gunakan untuk memudahkan perjalanan jauh dan menunaikan Haji. Jika ini difahami mungkin ramai diantara kita boleh faham mengapa ramai orang yang mengaku Islam itu lambat berkembang maju walaupun pada satu ketika dahulu para saintis dan ahli falsafah pernah berada dikalangan mereka.

Mengapa ramai para sarjana agama dahulu telah mengkafirkan para saintis dan ahli falsafah dikalangan mereka sendiri tidak diketahui. Namun seperti ramai para sarjana agama dan ramai orang yang mengaku Islam sekarang ini yang sentiasa prejudis terhadap ilmu-ilmu yang ditulis oleh para orientalis berkemungkinan mereka juga berprejudis terhadap ilmu-ilmu dari Greek itu, dimana ia dianggap boleh membawa kesesatan dalam beragama.

Padahal para sainstis dan ahli falsafah Arab dahulu mempelajari ilmu-ilmu dari Greek dan ia berjaya dinaik tarafkan (upgrade), maka memang benar mereka telah memberikan sumbangan untuk kemajuan dunia. Namun kalau menurut turutannya bermula dari ilmu-ilmu yang dikembangkan oleh orang-orang Greek, selepas itu disambung pula oleh para sainstis dan ahli falsafah Arab, kemudian diteruskan oleh orang di Eropah atau Barat, maka nyatalah ini perkembangan yang saling berkaitan.

Ini menunjukkan semua tamadun yang dilalui manusia telah memberikan sumbangan, dimana manusia pinjam meminjam. Pakai memakai. Anak semua bangsa dan kepercayaan telah bercampur dan bergaul. Tidak ada sesiapa yang boleh mengakui bahawa ini hanya milik bangsa dan kepercayaan mereka sahaja. Manusia telah bercampur gaul. Kenal mengenal. Tiru meniru. Ini hakikat dunia hari ini. Begitu juga manusia tidak boleh memonopoli kebenaran dan kebaikkan. Kebaikan dan kebenaran adalah hak cipta Tuhan.

Agama atau apa-apa kepercayaan sekalipun tidak dapat menjustifikasikan kebaikan dan kebenaran boleh dimonopoli. Mereka yang ingin memonopoli itu hanya kerana mereka hendak mengawal dan memastikan keuntungan akan sampai ke saku mereka, maka jadilah ia label-label kepercayaan yang berbentuk eksklusif. Maka diakhir catatan ini kita boleh bertanya tamadun Islam atau tamadun manusia??

SUMBER - MAT ROJAK

Monday, October 28, 2013

Arka : Raja Haji - Sebuah Kisah Sejarah Perjuangan Menentang Penjajah Yang Dilupakan

Bagi generasi Melayu berdarah Bugis terdahulu di Selangor, Melaka, Johor, Singapura, Riau dan khasnya masyarakat Melayu dari Pulau Penyengat amat mengenali sosok Almarhum as-Syaheed Raja Haji Fisabillillah ibni Opu Daeng Chelak, seorang Raja Muda Kesultanan Johor-Riau yang selalu didendangkan di dalam kitab hikayat Tuhfat al-Nafis. Perjuangan baginda menentang hegemoni imperialisme kafirin Vereenigde Oost-Indische Compagnie (Belanda) ketika pertengahan hingga lewat kurun ke-18 meninggalkan legasi begitu mendalam di benak sanubari masyarakat setempat yang tahu akan kepentingan menghargai sejarah bangsa agar tidak dilupakan generasi akan datang.



Monday, September 9, 2013

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK : Before Malays tricked by subversive to demo, get facts right


Some Chinese subversive elements are working to agitate the people into going  out on the streets and demontrate the petrol hike. Unfortunately, some Malays fell for it.



The forget that most often Chinese do not demonstrate on the streets for fear of the law. Although they complain the most and loudest, it is the Malays that is being used using disinformation and lies.

Read below a Chinese debuked some of the myth and lies:  

Monday, September 2, 2013

Isu Miss World - Jangan Cepat Melatah! (Edisi Meleleh)

Dalam kita menyambut bulan Ramadhan yang suci lalu, sudah terjadi bebera paperkara yang mengguris hati dan perasaan kita umat Islam di Malaysia am-nya. Isu iftar dengan Bak Kut Teh oleh dua pelakon porno college dropout lepasan SJKC, fitnah budak sekolah makan dalam jamban oleh achi pariah mabuk todi yang tak reti nak tunjuk muka dalam mesyuarat PIBG, kes Ah Soh mabuk stout maki pekerja McD gara-gara minions Despicable Me dan seorang macai anak dara boddow (entah dara ke tidak) sapa entah yang kononnya mahu berlari bogel keliling Kuala Besut sekiranya UMNO menang pilihanraya kecil DUN tersebut. Dan sekarang UMNO sudah menang, Damia Izara tu ada berani ke tak?. Jangan pandai cakap saja wahai macai. Kebanyakan lebai-lebai pengampu PAS di negeri pantai timur masih menunggu cik Damia ini untuk menunaikan janjinya mempamerkan tubuh mulus putih melepaknya buat tatapan santapan batin mereka. Mesti tersengih kerang busuk bagai babi hendak mengawan mereka bila menatap tubuh montok cik Damia ni. Almaklumlah beb, orang PAS jer sembahyang so tak berdosa pun bagi mereka. Hanya 'set2' UMNO semua idoq. Yedop?

Bila bercakap pasal kemulusan tubuh seorang perempuan seperti Damia Izara (which I assumed her facebook account might be froud) ni kita semua mungkin tahu di abad 21 ni hampir kesemua benda boleh dikapitaliskan termasuklah kecantikan tubuh badan wanita yang mampu membuatkan lelaki meleleh air liur. Tipulah kalau ada lelaki yang mengatakan mereka tidak terangsang bila menatap tubuh wanita berbikini mahupun tanpa seurat benang tanpa mengira peringkat usia lelaki tersebut macam dua jantan separuh abad dari Bulgaria ini. Selain program Baywatch, katalog Victoria Secret, majalah Sport Illustrated, Playboy dan Hustler. Terdapat juga program TV yang menghidangkan tubuh badan wanita cantik iaitu pertandingan ratu cantik. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penyertaan 4 orang gadis Eurasian beragama Islam dalam pertandingan Miss World Malaysia yang disekat oleh JAWI.

At first bila gua dengar, rasa terkejut jugaklah coz mana pernah aku awek Melayu join pertandingan macam ni semua but then bila aku dapat tau yang join tu awek mixed aku rasa macam malas nak ambik pot sebab korang pun dah tau bukan semua dorang ni macam Wardina Safiyyah dan Natasha Hudson. Sincerely, aku tak kata semua minah Eurasian jahil-jahil belaka!. Nak masuk pertandingan ratu cantik pun pergi lantak depa lah beb, lagipun Miss World tahun takde bikini-bikini bagai sebab dianjurkan di Indonesia. Kalau ada kategori berbikini, mampus kena razed dengan FPI lu tau!. That's why aku tak paham kenapa religious authority kita ni paranoid sangat.


Tuesday, July 23, 2013

KEJATUHAN MURSI JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.

Artikel ini hasil nukilan Norman Fernandez dan merupakan pendapat peribadi beliau untuk renungan kita bersama.

Oleh Norman Fernandez

Mengikut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Sinar Sabtu 13hb Julai, penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam

Mengikut beliau rakyat Mesir yang miskin dan bodoh dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan dengan ada yang turut dibayar dan dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma yang disumbangkan oleh negara minyak Arab. Malahan mengikut Presiden PAS, protes dirancang dengan rapi dan sembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya.

Saya berpendapat ini adalah suatu analisa dangkal dan tidak berasas. 

Hakikatnya, jutaan rakyat Mesir "miskin" dan "bodoh" yang memprotes untuk mengguling Mursi adalah rakyat sama yang telah mengakhiri rejim Hosni Mubarak. Rakyat "miskin" dan "bodoh" yang sama ini jugalah yang telah memberikan undi dan amanah kepada Muslim Brotherhood dan Mohamed Mursi. Rakyat telah mengharapkan Mesir baru dan agenda baru untuk Mesir. Namun, sebalik yang berlaku.

Sepanjang setahun Mohamed Mursi menyandang jawatan presiden, prestasi pentadbirannya hambar, kalut dan tanpa visi dan agenda untuk memulihkan negara dan menambahbaik kehidupan rakyat. Mursi sebaliknya memfokus dan ghairah dengan menempatkan dan menguatkan Muslim Brotherhood dan berusaha lebih untuk menukar wajah Mesir dari sebuah negara Islam sederhana kepada sebuah negara Islam beracuan Muslim Brotherhood. Bukan mengeret keluar Mesir dari kancah kemiskinan dan pengangguran ke era perubahan untuk memanfaatkan rakyat.

Yang jelas, rhetorik pekik-lolong adalah berbeza bila dihadapkan realiti. Mudah untuk memerintah tetapi bukan mudah untuk mentadbir. Ini yang berlaku kepada Mursi. Bila di beri mandat memerintah, beliau tidak tahu mentadbir. 

Al-maklum pentas beliau selama ini ialah pekik-lolong membantah.  Jadi, jalan paling senang ialah untuk Mursi dan Muslim Brotherhood menyakinkan rakyat memfokus kepada life after-death (akhirat) dan bukan life-on earth (duniawi). 

Masalah negara sebaliknya dipersalahkan kepada Yahudi, Israel, Amerika dan Barat. Semua kepincangan negara salah mereka sahaja. Mursi atau Muslim Brotherhood tiada salah.

Tidak hairanlah rakyat Mesir yang tidak melihat apa-apa perubahan dibawah Mursi dan Muslim Brotherhood dan semakin menderita dan perit kehidupan akhirnya bangun sekali lagi menumpaskan Mursi dan kini menyalahkan Mursi dan Muslim Brotherhood untuk segala masalah yang telah berganda dibawah pemerintahan Mursi. 

Rakyat Mesir lebih tahu, lebih arif dan telah akhirnya sedar tentang agenda sebenar dan muslihat tersirat Mursi dan Muslim Brotherhood.

Adalah amat menghina untuk Hadi Awang mengatakan rakyat Mesir kononnya telah dikerah memprotes dengan upah dan kenderaan percuma. Bagaimana perasaan Hadi Awang jika tuduhan yang sama dilemparkan bahawa mereka yang menyertai perhimpunan Bersih atau Blackout juga telah di kerah dengan upah dan bas percuma?

Hakikatnya, rakyat rasional Mesir adalah lebih daripada gerombolan Muslim Brotherhood. Apa yang telah ditunjukkan oleh rakyat Mesir adalah golongan Islamist tidak mempunyai daya mampu untuk mentadbir dan mengurus sebuah negara dengan baik. Apabila diberi peluang, mereka gagal dengan teruk. Ini hakikat dan sahih.  Ini yang mengaibkan gerakan Islamist yang berinspirasi dan beracuan Muslim Brotherhood.


Rakyat Malaysia wajar celik mata melihat huru-hara dan haru-biru Mesir di bawah Mursi dan Muslim Brotherhood, dan was-was agar negara Malaysia yang indah dan tercinta tidak dinodai oleh mereka yang seimpian.

Saturday, July 20, 2013

Ucapan Salam Ramadan 1434H Dari Birthday Boy!


  1. It's been a while ever since I've last updated my blog. Last entry aku kalau tak silap bertarikh 30 Mei 2013. Ini bermaksud sudah lebih sebulan aku tak mengemaskini blog aku ni. Kalau dulu time aku belajar diploma kat Cybernetics, boleh dikatakan dalam sebulan lebih tiga entry gua karang. Kini kekerapanku mengemaskini blog ini sudah hampir menyamai kekerapanku menggunting rambut iaitu sebulan sekali. Taklah menghairankan dengan status aku ni sebagai blogger yang tak berapa nak popular. Hehehe
  2. Meskipun aku dah kurang berblog, tapi tidak semestinya aku malas kerana aku banyak tanggungjawab nak pikul sebagai seorang pelajar IPT, anak kedua parent aku, dan bakal suami (ewah2, calon dah ada ke bro?). Seriously, gua tak banyak masa nak hadap blogger ni bai. 
  3. Nak cerita kenapa aku dah kurang berblog sejak sambung Bachelor dulu berbanding Diploma. Okay sebab begini, time diploma dulu kerja aku tak sebanyak mana sebab tumpukan final project jer sekarang amekaw bertimbun-timbun assignment gua kena hadap sepanjang hari sampai naik muak gua dibuatnya. The cure-nya, gua baca blog orang pulak. Tak salah kan?
  4. Bertitik tolak dari aktiviti membaca blog orang seperti Teh Tarik Gelas Besar, The Other Khairul dan sebagainya. Maka ini sedikit sebanyak menimbulkan minatku untuk membaca novel indie karangan blogger hebat ini seperti Makan Dalam yang penuh sinikal dan Lelaki Eksistensial, yakni sebuah kisah realiti Melayu urban kontemporari.
  5. Tatkala membaca novel dan antologi sebegini aku merasa bagaikan satu anjakan paradigma melanda fikiranku mengerahkan naluri emansipasi untuk keluar dari kepompong belenggu kekolotan diri dek adat yang entah apa-apa (adat Melayu kampung ada yang mengarut dan lari dari ajaran Islam). To be honest, Nami Cob Nobbler adalah sebahagian dari sumber inspirasi aku sewaktu mula bergiat dalam dunia blogging dulu. Walaupun pendirian politik kami berbeza, at least dia lagi better dari blogger serbanista kolot lagi sempit akal fikirannya. Tu semua pada pengamatan akulah beb. No offence pada yang terasa.
  6. You know what I'm saying, these guys are an idealist. Orang macam nilah bangsa Melayu kita nak. Kritikan yang diberi harus membina agar membentuk bangsa berintegriti, bermaruah dan berfalsafah. Bukan jadi babi tonyok perhambakan diri pada pemikiran orang lain.
  7. Dipendekkan cerita, anyway korang tau apa yang specialnya bulan Julai ni? Bulan nilah aku dilahirkan di dunia ini 23 tahun dahulu. Tanggal 11 Julai 1990, maka sejak dari itu bermulalah pengembaraan aku di dunia yang fana dan penuh pancaroba ini. Terima kasih kepada mak dan ayah kerana susah payah membesarkan saya di dunia ini. Alhamdullillah
  8. Dan juga tidak dilupakan SELAMAT HARI JADI diucapkan kepada mantan Perdana Menteri kita TUN DR MAHATHIR, terima kasih kerana telau menaburkan bakti kepada ini selain menjadi mimpi ngeri yang menakutkan kepada musuh-musuhnya yang anti-Islam dan juga pura-pura bajet Islam pakai ketayap hijau putih sewaktu memangku jawatan perdana menteri dahulu. Tidak dilupakan pemimpin revolusionair Afrika Selatan yang telah berjaya menumbangkan rejim apartheid, Nelson Mandela yang kini masih tenat.
  9. Turut juga diucapkan selamat hari jadi kepada Tom Hanks, Tom Cruise, Harrison Ford, Vin Diesel, Sylvester Stallone serta ramai lagi selebriti dan karyawan seperti mendiang Ingmar Bergman yang berbintang Cancer. Sebab apa aku kepoh sangat pasal bintang Cancer ini kerana aku juga berbintang Cancer. Entah apa istimewanya aku pun tak tau lah. Aku sendiri pun tak suka makan ketam sebab jariku kerap kali terluka dek duri celah lengan sepit ketam itu.
  10. Apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam khasnya adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai yang mengenali Shacklesmith ni ha. Tidak dilupakan korang jugak yang sudi meluangkan masa di warung kopi aku yang tak seberapa nak meriah ini.


ahlan wa sahlan ya ramadhan

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget