Tuesday, September 20, 2011

16 September - Happy Birthday Malaysia (Belum Terlambat Lagi Bro)


Assalamualaikum para pembaca setia (termasuk yang tak setia jugak) blog Shacklesmith sekalian! SELAMAT HARI MALAYSIA!

Maaf kalau ada sesiapa yang tertunggu-tunggu entry baru aku sejak dari Selasa sudah. Yelah, buat entry pasal 16 September tapi la ni dah masuk 17,18,19 20hb da!. Sehari terlewat kan? Maaflah, kelewatan amatlah dikesali. Lagipun lewat berapa ari je kot. Janganlah emosi kerana itu ya wahai saudara dan saudari sekalian. Haha!.

Besar hati aku katakan bahawa tak pernah tarikh 16 September disambut dengan begitu meriah pada tahun ini kerana pada kebiasaanya tarikh 31 Ogos lebih diingati. Malahan, aku sangatlah yakin ramai yang tak tahu langsung pasal hari Malaysia ni sebab majoriti buta sejarah. Bukan sebab tak pernah dengar tapi ingat-ingat lupa. Yelah, dah habis SPM terus tutup buku sejarah kan.

Aku tau yang tak semua rakyat Malaysia bukannya patriotik mana tahap gaban pun. Keteguhan jati diri punyalah nipis ala daun bawang tapi tak senipis iman mereka juga (setakat pakai kopiah dan berjubah ke sana ke mari belum tentu layak digelar insan beriman). Senang cakaplah kita ni tak sepatriotik 'jiran' kita yang di seberang Selat Melaka tu. Golongan tua kita sendiri kurang semangat cintakan negara apa lagi golongan muda kita.

Kita boleh lihat betapa tidak patriotiknya golongan yang sudah berumur ini. Kalau dah berpolitik semua sekali nak dipolitikkan sampai seluar dalam boxer sendiri kena ada cap parti pujaannya kalau nak pakai. Contoh terbaik kita boleh ialah seorang 'loyar' yang baru terlepas dari kandang lembu Kobe Kamunting, Perak. Aiyoh macha, setakat hal bendera pun nak dipolitikkan. Bila masa pulak kalau kita menjulang bendera negara maka secara automatik kita mendaulatkan parti yang memerintah negara kita? WTF, sila baca SINI.

Adakah jikalau kita memegang bendera Iran (pra-revolusi maka secara automatiknya kita menjunjung Maharaja Shah Reza Pahlavi? my arse, the dagger wielding lion symbolism predates the Pahlavi's) padahal bendera sendiri membawa simbolisme merah putih yang sudah lama bertapak di Nusantara lagi. Manakala kuning pula warna yang melambangkan institusi beraja. Begitu juga dengan lambang bulan yang identik dengan Kesultanan Islam yang berkait rapat dengan pengaruh Turki Uthmaniah. Senang cakaplah bendera kita adalah hasil amalgamasi warna bendera-bendera 14 negeri dalam persekutuan ini. Kalau nak dikaitkan dengan BN lebih baik pakai warna biru ajer. Bongok punya lawyer longkang. Suka-suki ajer cari publisiti.

Anda tentu masih ingat lagi dengan fitnah bahwa kononnya kerajaan sedang melakukan ethnic cleansing terhadap kaum India. Aduyai nak tergelak aku membacanya, kalau betul kenapa tiada setitik darah manusia hasil 'pembunuhan beramai-ramai' aku lihat di Brickfield?. Yang ada hanya darah nyamuk yang mati dipukul ajer. Kalau dah berbohong tu maka tanggunglah risikonya. Ini tak bila dah kena ISA bising pulak. Padahal sapa suruh cari pasal. Sendiri buat sendiri mau tanggunglah macha. Ini negara ada undang-undang tak kiralah sapa yang perintah. Kalau nak buat mengamuk ala koboi mabuk dipersilakan berambus. Shame on him for tarnishing his name as a lawyer and activist. A pity for his client, it is true that lawyer are paid to lie. No wonder such deception happen in the name of justice.


Kita tinggalkan cerita pasal lawyer mabuk samsu tu dan mari bercerita pasal sejarah pulak. Hah, kalau aku dah agak sapa-sapa kalau terer menghafal memang gerenti boleh pass subjek ni punya. Memang senang sebab cerdik menghafal bukan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Entah paham ke idaklah, walahualam. Aku bukan nak mengatalah. Subjek cenggini penting untuk menaikkan jatidiri sesuatu bangsa walaupun kesannya mungkin tak mencapai sasaran memuaskan 100%. Contoh terbaik adalah bangsa Arab, yang terlalu bangga akan sejarah purba tamadun Mesopotamia, Mesir Kuno, Petra Jordan, Iram the city of Pillar dan sebagainya. Kalau korang tengok depa punyalah megah konon Nabi semua datang daripada darah depa sampaikan dulu orang Melayu kalau jumpa orang Arab sampai nak cium tangan bagai padahal entah betul ke tidak tok sheikh yang dicium tu berdarah Nabi?. Haha, begitulah realiti Melayu pra-merdeka tahun 1900 akibat dipijak, ditendang dan disepak penjajah sehingga lemah longlai tanpa semangat.

Tapi disebalik keangkuhan depa mengagungkan kononnya bangsa depa tu mulia sebab lebih awal bertamadun dan berdarah mulia para nabi Allah SWT tunjukkan balasan jugak. Depan mat salih punyalah mendabik padahal depan depa sendiri para mat salih boleh pijak kepala depa kowkow. Tengok apa jadi?, negara punya kaya dengan minyak tapi hasil keuntungannya sapa yang makan lebih?. Inilah akibatnya terlalu angkuh. Hidup punyalah kaya tapi nasib saudara mara hidup melarat dan menderita di Palestin buat tak kisah kisah pulak. Aduyai, ni revolusi Arab Spring tak kebendenya dah terhantuk kepala baru nak ternga'ah. What the frog??

Itu baru sejarah orang Arab di Timur Tengah, bagaimana pulak kita rumpun di Nusantara ni?. Kita sedia maklum bahawa hasil penjajah yang memisahkan kita mengikut sempadan. Kita telah banyak 'kehilangan' warisan-warisan penting kerana saudara kita telah dipisahkan dan seolah-olah mereka sudah menjadi asing bagi kita. Ingat tragedi buluh runcing dan tarian pundek  pendet lagi tak?. Begitulah kesannya terhadap kita. Mereka punyalah obses dengan sejarah perjuangan 'kemerdekaan berdarah' tapi mereka terlupa akan saudara mereka iaitu kita yang hanya dipisahkan oleh sempadan lakaran penjajah. Mereka bukan saja jiran tapi saudara yang berkongsi bahasa yang serupa dengan kita. Malah darah yang mengalir dalam tubuh kita juga darah merah yang sama komposisi aturcara DNA-nya. Mereka bersujud pada kiblat yang sama. Di akhirat tepat sekali di padang mahsyar kita juga akan bersama mereka. Tapi akibat taksub dengan nasionalisme melampau ala Kim Il Sung dan Mao Ze Dong maka inilah jadinya. Taksub gila babi sampai babi pun boleh jadi gila beb!.

Korang buta sejarah?. Aku malas nak eksplain lagi dah. Baik korang rujuk balik entry aku dari yang SINI dan SINI. Sebab apa penyakit buta sejarah di kalangan bangsa kita tersangatlah kronik, tambah pulak dengan sindrom malas membaca.

Setakat itu sajalah yang aku nak terangkan. Ni dah takder idea pulak daa.. (The mind boggles)

Shacklesmith : Blogging mood may ceased to be active for a while within few day's ago. Yet, my patriotism going at full speed..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget