Tuesday, September 13, 2011

Penyakit Misteri Menyerang Gadis Malaysia!


Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman aku di Times Square seminggu lalu bersama korang. Cerita macam gini, baru-baru ini aku ada membuat satu kajian tentang wabak penyakit yang nak kata chicken pox bukan tapi masalahnya yang sindrom ini 'pop' dan bukannya pox. Sindrom ini didapati kebanyakannya menyerang kaum wanita di negara ini.

Antara-antara simptom pertama kita boleh dengan jelas wabak penyakit ganjil ini ialah ;

  1. Kaum-kaum wanita mula meninggalkan kekasih sehati sejiwa yang kononnya nak sehidup semati bersama mereka apabila terkena jangkitan wabak ini.
  2. Kemudian kaum wanita berkenaan akan mula membuat satu 'Perhimpunan' yang nak kata Perhimpunan BERSIH bukan, nak kata hantar memorandum kepada YDP Agong pun tidak, tetapi apa yang mereka lakukan adalah terpekik terlolong tak tentu pasal macam pontianak langsuir sampai tak sedar tudung atas kepala.
  3. Mereka mula mengamalkan bahasa dan tulisan yang pelik-pelik dalam Facebook, Twitter, blog dan di kalangan wanita yang turut terkena jangkitan penyakit berkenaan. Ini termasuk cara mereka mengucapkan salam sejahtera.
  4. Mereka mula hilang kawalan dan bertindak di luar batasan sampai sanggup membazirkan wang membelanjakan 'bahan-bahan' yang berkaitan dengan sindrom jangkitan mereka itu. Anehnya, segala bahan-bahan yang mereka perbelanjakan itu bukan itu untuk mengubati penyakit ganjil itu. Malahan, lebih untuk menambahkan kronik penyakit yang mereka alami itu.
Yang turut membimbangkan lagi, penyakit ini telah bertukar menjadi lebih agresif di mana ia telah turut mula menyerang kaum lelaki!. Berbeza pula dengan kaum lelaki, personaliti mereka mula berubah daripada sedar diri kepada tak sedar diri. Ini boleh dilihat apabila mula menggayakan pakaian yang pelik-pelik seperti memakai baju yang mendedahkan dada mereka yang tak seberapa bidang dan berbulu itu. Sehingga mereka sanggup menubuhkan organisasi terlarang yang semestinya mendapat kritikan negatif sampai dilemparkan kek-kek busuk yang memualkan oleh masyarakat umum seperti yang dilihat dalam klip video SINI.

Berbalik kepada yang penghidap perempuan memang tidak kurang hebat kroniknya, punyalah tergila-gila artis lelaki punca penyakit tersebut sampai lelaki-lelaki bermuka jambu ala-ala jambu air tu pun jadi bahan pemujaan!. Mereka terpekik terlolong apabila menonton drama dan klip video yang memaparkan lelaki jambu pujaan mereka itu. Tak cukup dengan, dalam bilik mereka penuh dengan poster-poster yang memaparkan lelaki jambu. Bahkan bukan sahaja bilik mereka, tapi sampai profile picture Facebook dan blog mereka juga dipenuhi gambar lelaki jambu ini!. Sungguh kronik betul gadis-gadis kita yang menghidap penyakit misteri ini.

Mereka sanggup  membazirkan wang membeli produk-produk berkaitan dengan lelaki pujaan mereka yang mencecah ratusan ringgit meskipun ianya terpaksa diimport dan di mail order menggunakan pos laju DHL. Lebih mengkronikkan lagi keadaan, mereka turut berangan ingin berkahwin dengan spesies lelaki jambu ini! Apalah istimewa sangat lelaki jambu ini yang mana para perajuritnya tidak mampu menundukkan komunis saudara mereka sendiri meskipun telah berperang hampir 60 tahun berbanding kita yang sudah 20 tahun memperoleh kemenangan tak terhingga nilainya. Tetapi hairan sungguh, gadis kita tetap menggilainya walhal lelaki kita jauh lebih macho.

Anda nak tahu apa penyakit? Ianya dikenali sebagai K-POP yang kini digilai oleh sebilangan gadis kita terkinja-kinja tak sedar tudung atas kepala dan asal dari kampung hulu mana entah. Cakap BI tersasul-sasul ini kan pulak nak berangan jadi Korean kunun. Adehh, apa nak jadi dengan gadis sebangsaku ini?

Shacklesmith : Kalau sekarang K-Pop lepas tak tau pop entah ape kebendenyer pulak. B-Pop kot or atau lebih dikenali sebagai Bangla Pop. KAH KAH KAH KAH KAH KAH  KAH

Sepatutnya entry ini disiapkan pada waktu seminggu sebelum Syawal lagi, tapi disebabkan Shacklesmith tengah kesibukan membuat persiapan Aidilfitri maka artikel ditangguhkan begitu saja. Oleh itu atas dasar ingin membela nasib bangsa agar tidak menjadi mangsa tidak sedar diri kerakusan puak kapitalis asing. Aku siapkanlah jugak demi tatapan kita bersama.

1 comment:

Anonymous said...

betulll3.. apa la sgt mau mengidolakan manusia2 semua tu =,= lpastu bila kena tegur marah bukan main. pui

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget