Thursday, September 22, 2011

Lantaq Biaq Pilah.. Dah Dosa Dia, Biarlah Dia Tanggung Sendiri

Kecoh sejak kelmarin dalam blog-blog hiburan memperkatakan tentang kontroversi gambar bekas pemenang program TV3 Siti Nurhaliza Pantene Mencari Bintang 2007, Fida yang gambar tak bertudungnya kantoi tersebar secara meluas di internet. Ramai yang mengutuk, ada jugak yang membela. Khabarnya, gambar tersebut dimuatnaik oleh kekasih barunya, Mamat Sepah.

Kita semua dah tau sejak penyertaannya dalam program realiti berkenaan beliau sudah sinonim dengan imej bertudung apa lagi sejak mengacarakan program kanak-kanak Riwayat Kamil dalam Astro Oasis setahun kemudian (2008). Imej bertudung sudah begitu melekat dengan namanya sehingga sepupu kepada Datuk Siti Nurhaliza (patutlah senang jadi pemenang program Pantene TV3 tu kak oi, sepupu-sepapat rupenyer... cehh!!) ini menjadi duta kepada jenama tudung Ratu.

Namun, semenjak penglibatan beliau yang lebih aktif dalam dunia seni ini ternyata menghanyutkan beliau ke dalam lautan kontroversi yang lebih ganas!. Tidak cukup dengan khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa lakonan beliau dalam Kasih Alia yang terlalu open dan tidak memaparkan imej sebenar wanita bertudung, beliau dituduh sebagai perampas Mamat Sepah daripada Adda Butterfly. Kini kecoh pulak beliau yang dikatakan bahawa semakin membuka kerudung sedikit demi sedikit sehingga tinggal topi cap yang digayakan ala-ala telekung serkup kepala pulak!. Apa sudah jadi kak Fida oii!!

Dalam banyak-banyak orang mengutuk tindakan Fida yang semakin menjadi-jadi la ni. Aku hanya mampu tertawa. Tertawa bukan kerana lucu tapi mengenangkan tindakan jahil beliau itu yang nampak sangat dah hanyut bila dah bercinta. Sebab apa? Yelah, bila seronok sakan bercinta ni semuanya boleh beb!. Korang nak tau kenapa majoriti awek yang bertudung la ni kalau keluar balak mesti ada yang tanggal tudung. Korang bukaklah sendiri Facebook kengkawan korang yang bertudung dan tengok ade punya gambar-gambar freehair depa.

Kalau dah sakan bercinta tu semuanya harus dikongsi bersama, termasuklah mahkota indah yang harus ditonton oleh mata balak sendiri. Kalau dah tudung pun dibukak tak lama lagi percayalah. Seluar panties sendiri pun sanggup dibukak depan balak demi kepuasan kekasih sendiri. Aku tak merujuk kepada Fida tetapi mungkin gadis-gadis lain yang diluar sana. Siapa yang makan cili maka dialah yang terasa pedasnya.

Berbalik kepada cerita Fida ni telah membenarkan kata-kata daripada pelakon yang senior dalam industri ini, Wardina Safiyyah bahawa para artis ini tak layak untuk dijadikan ikon kerana kita tidak tahu kehidupan mereka disebalik lensa kamera  para media arus perdana. Ingat bukan dalam TV ajer mereka berdrama, depan belakang kita pun mereka masih berlakon cuma tanpa dorongan dari para pengarah ajer. DIY, no cut and action!. Buat ikut suka hati ajer tapi dalam pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak.

Ikuti penjelasan Mamat (Sepah) di SINI

Kepada adik-adik yang pernah menonton Riwayat Kamil dan ingin mengetahui perkembangan terbaru Kak Fida. Abang tunjukkan gambar kat korang gambar terbaru beliau yang abang cilok dari entah mana. Enjoy! Penampilan beliau yang terkini!



Shacklesmith : Bukan tak paham tapi dah paham sangat-sangat dah. Kalau dah namanya pelakon, dia berlakon pun bukan setakat depan pengarah jer. Pengarah takde lagi ligat dowh.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget