Filem ni mengisahkan seorang pizza delivery boy merangkap mat rempit bernama Amran lakonan Zizan Raja Lawak yang telah memenangi sorang cikaro bernama lakonan Juliana Evans (agak logik tak awek datang dari kampung muka mix mat salih iras-iras Rosie Huntington-Whitley? teringat aku kat Yasmin Hani dalam citer Duyung dulu.. ohh Aspalela). Walaupun memiliki kerjaya sebagai rempit yang sentiasa bertukar-tukar pasangan cikaro setiap kali memenangi perlumbaan tetapi beliau tetap memiliki kekasih hati yang setia di hatinya bernama Halimahton seorang nurse hospital gomen.
Yang paling dalam dialog antara deme berdua yang sesuai dipraktikkan oleh pasangan bercinta sedang frust antara satu sama lain adelah.. "Amran: Baby... Baby... Tolongla Ucuk ni Baby... Baby... Baby... Baby.....Babyyyy....
Halimaton: Babi!!!" Memang kowkow gila beb! Sapa-sapa misi yang ada balak suka buat problem kalau dia datang bermanja-manja sila ikut dialog di atas kalau berani. Hahahaha
Filem ini seperti filem Ahmad Idham yang sebelumnya tak habis-habis dengan rempit! Sebijik macam filem tipikal Razak Mohaiddeen yang selalu mengetengahkan situasi kaum anak
Toq... Ape celup? <<<< What the frog??
Kalau dalam Adnan Sempit, popular dengan istilah "der", filem ni pulak cuba mempopularkan istilah yang lebih annoying untuk gantikan "der" tu dengan "toq". Haa.. sebab tu la awal² citer ni sy jadi blur giler.. sikit² toq.. toq... lepas 10 minit cite baru la ada sebut nama hero tu Amran. Seriously annoying gila.. toq.. toq... "der" kan lagi sedap? Selain "toq", filem ni jugak banyak pakai istilah "ape celup?". Hai... lantak ko la toq~Hok ni blogger banyak dah dok diskusikan. Buktinya memang aku dah nampak dari awal menonton lagi. Gila tahap gaban beb!. Entah siapalah penulis skrip dia yang sanggup menulis filem dia. Adakah barangkali industri filem kita sudah diceroboh tangan-tangan tersembunyi puak Al-Nuraniyyin dan Tukang Batu freelance?? Walahualam~
- Cerita ni sangat so-sial. Rempit-merempit, peluk-memeluk, togok arak, main pompuan etc. Siap ada plak tu bestfren dia cakap, "Selamat malam pertama toq, untuk kali ke-7". Siotttt~~~
- Nak halau hantu, jumpa bomoh. Bomoh lak tah pape bagi air suruh tabur kat simpang la bagai.
- Bomoh tak jalan, baru jumpa ustaz. Ustaznye pulak si Cat Farish. Memang ler kelakar... tapi macam tak proper pon ada. Nak halau hantu cuma baca Qulhualluahad. Nasihat orang pandai, tapi adik sendiri pakai seksi. Pakai tudung pon time buat gotong-royong kat surau je.
Wait, gotong-royong kat surau? Ape kena-ngena ngn cite ni? Yup, cite ni memang jauh melalut macam scriptwriter takde idea dah. - Diorang pegi jumpa ustaz tu dalam surau, masa pegi surau lak si Zizan boleh pulak pakai baju Death Note, siap ada tanda salib lagi. Ape dah takde baju lain ke nak pakai? Sangat tak sesuai okey~
- Lepas jumpa ustaz, si 2 ekor toq ni tadi pon jadi insaf... diorang nak jadi mat rempit suci la kunun. Bila jumpa awek pon si Amran ni ceramah baik punya kat awek dia. Pastu diorang jalan pegang² tangan. Problem?
- Scene bogel. Ada 2 kali Zizan berlakon bogelicious dlm ni, time dia jumpa hantu (sbb hantu takut org bogel) n masa dia kena blasah ngan abang awek dia pastu kena tinggal tanpa pakaian kat taman tasik titiwangsa. Paling tak boleh blah bila dia cakap kat #### dia sendiri, "Berhasil, terima kasih."
- Scene 18SX. Tak taulah macam mana cite ni boleh dapat pangkat U, padahal banyak dialog yg double meaning dan berbau seksa. Contohnya time adik Maya menumpang kat rumah Amran, sesedap jiwa oren je dia tido tayang peha... Time Amran dah stim, bestfren dia lak pegi azankan kat telinga dia. Lepas tu dia sedar diri, n berjalan sambil tutup #### dengan helmet. #lupikirlasendiri
- Scene nasik kangkang. Tak bley blah tuu kangkang atas rice cooker...
Gila bapak arh Ahmad Idham boleh arahkan cerita sebegini. Apa dia ingat perkara berkaitan agama boleh dibuat main-main?. Aku terus-terang cakaplah, aku dah lama respek Ahmad Idham ni sejak dari bangku sekolah lagi. Sejak dia berlakon drama Cinderella ngan Cinta Dua Benua (Giler beb, berlakon drama sampai oversea (New Zealand dan UK) tuh bai!! Tak terbayang berapa banyak gaji dia sebat!!). Terus terang dia bukanlah student perfileman sepertimana pengarah lain seperti Profesor sendiri. Dia pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM (subjek kira duit pecah kepala berdasarkan pemerhatian aku kat budak-budak akaun tapi still tak boleh lawan IT!!). Bahkan, beliau turut menaikkan semangat aku nak jadi PENGARAH FILEM!. Tapi semenjak kes ini aku dah mula hilang respek. Bukan hilang terus tapi dari 100% tinggal 50% ajer.
Ikuti penjelasan Ahmad Idham di SINI
Bukan niat aku nak mengata Ahmad Idham tapi kalau diikutkan tolonglah kembalikan 'kegemilangan' filem Jangan Pandang Belakang dulu sebab beliau bukan mengarahkan filem lawak bodoh. Biarlah cerita ada soul tersendiri dan boleh dibagi thumb's up oleh penonton. Ingatlah filem bukan sekadar medium melepaskan bosan tapi untuk suatu luahan perasaan demi menonjolkan imej positif pada penonton.
Shacklesmith : Dengar cerita Mamat Khalid dah mula bersuara pasal Namewee??
No comments:
Post a Comment