Friday, September 9, 2011

Al-Kisah Malaysian Boy - Astro Takkan Disaman!

Gara-gara betina jahanam Adlin Binti Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai MakCik Hjh Sitt Al-Wuzara. Bilangan pembaca blog aku semakin bertambah-tambah dari hari ke hari. Waduh kok, giler bapak arh blog picisan aku yang tak seberapa ni tiba-tiba disenaraikan no.1 dalam list pakcik Google. Ini semua disebabkan oleh betina Adlin yang jahanam. Aku sendiri tak taulah apa tarikan entry aku tu sampai sekarang jadi top sejak dari hari raya minggu sudah. Apa pun kredit kepada kumpulan Hacker's kita yang berjaya menjejaki identiti sebenar bajingan lahanat tersebut.

Kita lihat sekarang Sitt Al-Wuzara sudah senyap seribu tak dapat memaki hamun dah. Kalau tidak didedahkan mau dia tak sudah-sudah asyik meroyan dalam wordpress dan twitter. Kini yang menjadi mangsa meroyan dia bukan lagi junjungan besar dan agama kita. Para hacker's pulak jadi mangsa. Apa gila punya perempuan, tak habis nak meroyan je kejenyer taula kehidupan ko memang lame sebab tu keje ko nak mencaci Tuhan kan?. Aku berharap polis UTK arrest kau dan sumbatkan kau dalam ISA!. Memang situlah tempat kau yang sepatutnya.

Apa pun walau jika korang tengok betul-betul walaupun entry mengenai Sitt Al-Wuzara merupakan yang paling panas sejak seminggu lebih ni. Tapi ia tidak mampu menandingi entry aku pasal Rosie Huntington Whitley. Nak tahu apa sebabnya? Cuba korang sekalian tengok dengan betul-betul.


Berbeza bukan?, yang sebelah kanan punyalah seksi tapi sebelah kiri tersangatlah hodoh dan perasan nak tiru Lady Gaga pulak tu. Sungguh EPIC FAIL!!!. Patutlah kejenyer menghina Allah SWT dan Islam sebab tak dikurniakan dengan kecantikan yang sangat digila-gila kan. Kepada Cik Adlin yang gila meroyan tak tentu pasal, bersyukur jelah dengan ape yang kau ade. Toksahlah nak menghina agama bagai sebab kau rasa Tuhan tu tak adil pada kau. Lagipun dah DIA jadikan kau gemuk gedempul nak buat macam mana kan?. Maka gemuk gedempul lah kau sampai bila-bila melainkan kalau kau mampu buat liposuction. Dah 28 tahun hidup kau kan? Jangan dibilang nggak bisa dong!.

Akibat dari kes pembongkaran sebenar MakCik gila berkenaan, ramai yang tak sedar pihak Astro telah mengupload satu music video sempena hari kemerdekaan sehari sebelum Aidilfitri. Aku rasa kalau korang baca title entry ni pun korang dah tau kan video ape. Haha


Al-kisah Malaysian boy telah pun bermula (Shacklesmith lambat, orang lama dah sibukkan pun). Sejak mula ditayangkan kat Youtube lagi, music video ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari kalangan golongan muda peminat muzik tanah air. Kita dapat berbilang bangsa menyokong lagu. Cuba bayangkan lagu Namewee dulu satu bangsa jer minat tapi bangsa Melayu mengeji tapi dalam music video ni satu Malaysia memberi sokongan padu! Syabas Astro sebagai penganjur dan penaja utama Suara Kami 2011 kerana berjaya  menerbit music video hebat ini. 

Antara artis yang terlibat dalam menjayakan lagu baru ini adalah Altimet, Point Blanc, DJ Fuzz, Rabbit Mac dan juara Mentor 2010 Ila Damiaa. Mungkin korang semua masih ingat lagi Altimet yang telah lama senyap sejak dari tahun 2008. Beliau mula dikenali dari kumpulan Teh Tarik Crew bersama Mizz Nina (isteri Noh Hujan) pada tahun 2003 dan kemudian bergerak secara solo pada tahun 2008 dengan lagu yang begitu sweet sekali iaitu 'Cantik' yang pernah mendapat tempat nombor 1 dalam Carta HotFM 30 pada Mac 2008. Point Blanc tak perlu kita perkenalkan lagi sebab dia ni orang lama yang dah terlibat dalam industri sejak dari tahun 1990an lagi. Anda masih ingat Poetic Ammo dan Pop Shuvit?. Ingat Poetic Ammo dan Pop Shuvit maka ingat Point Blanc. Beliau juga amat popular dengan lagu Ipoh Mali bersama Jaclin Victor pada tahun 2007. Rabbit Mac mungkin kurang dikenali dikalangan non-Indian Malaysian tapi bagi peminat rap tanah air mesti pernah dengar  lagu dia kat dalam Youtube tu. Bagi peminat rancangan realiti muzik pula mesti lebih kenal Ila Damiaa daripada Bumi Kenyalang, Sarawak. Beliau adalah protege Joe Flizzow (Too Phat), memang tak sia-sia lah Joe Flizzow didik dia kan beb!.

Apa pun seperti biasalah ade jer suara sumbang yang mengutuk kononnyer tak kreatif la plagiarism or whatsoever. Di sebalik 'like' yang berjela-jela tu ade jugak yang unlike. Aku sendiri tak paham lah kenapa rakyat Malaysia sendiri tergamak nak sabotaj usaha murni yang nak memupuk perpaduan nih. Kalau Singaporean ke, Filipino's ke, atau Indonesian aku pahamlah sebab dorang tu memang ada perasaan hasad dengki dan dendam tak sudah dengan kita.

Aku fahamlah budaya Malaysia nih kalau sehari tak mengutuk memang tak sah!. Ade jer yang nak dikondem hatta kereta buruk bapak sendiri pun. Kalau bini atau awek korang tak cantik dan seseksi Candice Swanepoel yang menggiurkan dan mencairkan iman nipis lelaki pun agak-agak mesti korang kutuk jugak kan?. Jadi begitulah korang tipikal Meleis yang memiliki perangai yang amat memalukan negara! Kalau music video Prema Yin arahan Gambit tu boleh lah kutuk sebab dah terang-terang menampakkan kemungkaran tapi music video yang tak berdosa ni pun korang jadikan mangsa apa citer beb?. Sebelum korang pakat ajak Universal Music dan WMG pergi saman Astro atas  penghasilan video ini tengok dulu penjelasan Altimet!

Berikut adalah antara penerangan daripada Altimet di laman web Twitter berkenaan kontroversi lagu Malaysian Boy:
  • Tengok video Malaysian Boy. Perasan tak kredit pada awal video tu? Apa dia kata? Tu tandanya dah ada izin.
  • Projek Malaysian Boy ini ialah projek astro, syarikat yg bernilai jutaan ringgit. Ingat diorang nak main langgar je ke?
  • Kalau langgar sekalipun, pasti ada rundingan dulu, kalau tak betul2 tak boleh settle, baru naik mahkamah.
  • Kerajaan negara kita terlibat dlm projek @suarakami2011 ni. Sebahagiannya ialah lagu Malaysian Boy. Takkan label yg jaga lagu American Boy tak nak bagi kot....
  • American Boy ni lagi dicipta oleh Will.I.Am & Estelle. Kanye West nasi tambah je. So dia boleh rilek one corner.
  • Akhir sekali, nama dia KANYE, bukan KENYA. Tu nama negara afrika. Marah dia korang tak reti eja nama dia tau. Nak kena saman ke? trololool <- [Sangat LOL] (dipetik dari blog Admiralhafiz)


Lagipun takkan korang tak tau kot sape Astro yang nak suka-suka hati memplagiat?. Astro tu kan big company yang dah lama jadi big player media swasta utama negara sebelum ada Media Prima lagi. Lagipun kepada peminat setia Kanye West sekalian, apasal korang nak makan dalam pada hal ni?. Apakah korang terjejas kalau lagu fevret korang kena ambik. Lagu ni pun dah tak sama lirik malahan background music pun dah berbeza. Sebelum ada FlyFm kat mana korang dengar lagu Kanye West?. Kanye West mula dikenali pada tahun 2003 dengan lagu Through the Wire yang 'diplagiat' dari lagu Through the Fire nyanyian Chaka Khan. Tak lama kemudian beliau muncul dengan single All Fall's Down yang dinyanyikan bersama Syleena. Orait, aku nak tanya masa tahun 2003 kat mana korang first dengar lagu Kanye West?. Jangan jadi bodoh cakap kat radio. Ye memang radio tapi radio mana?. Semestinya bukan radio milik RTM tapi stesyen radio Hitz.fm!. Siapa pemilik Hitz.fm kalau tak lain dan tak bukan melainkan Astro sendiri!. Toksah nak pusing cakap korang tengok kat MTV sedangkan mak bapak korang yang bayar Astro tiap-tiap bulan supaya korang dapat menikmati rancangan MTV yang melalaikan itu. Jadi Astro-lah yang memperkenalkan Kanye West kepada kita rakyat Malaysia secara tak langsungnya!. Terima Kasih ASTRO!!!

Kepada ingrates sekalian, nak marah Astro marahlah. Korang boleh marah kalau Astro naikkan harga bil sebab aku rasa benda yang sama tapi dalam kes ini biar berpadalah sebab Universal Music dan Warner Music Group takkan saman Astro sebab dah lebih 10 tahun Astro promosikan produk keluaran dorang beb. Aiyah, lu sumua olang apa tau?!!

Anyway, lupakan sajalah pasal kontroversi ni sebab aku tau ianya akan lapuk jugak bila dah dekat sebulan. Pedulikan hal berkaitan dengan 'hantu' dalam saat ke 42-43 sewaktu video yang ditayangkan sebab aku tau tu mungkin adalah bloopers yang sengaja dimainkan oleh pengarah music video sebab nak tambah rencah supaya video tu jadi lebih panas dalam internet!. The video itself was a greatest masterpiece produced to an EPIC SCALE.

Dan part yang paling epic bagi aku adalah bahagian terakhirnya. It's so magnificent.

Shacklesmith : Aku pun peminat Kanye West jugak tapi takdelah rasa sentap pun.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget