Saturday, March 31, 2012

5 Inovasi Terhebat Yang Bakal Merubah Dunia Perkomputeran 2012


1. Eye Control


Pernahkah korang terfikir untuk mengawal komputer korang tanpa sebarang sentuhan tetikus, mahupun sekadar tanpa menyentuh touchpad ataupun touchscreen dengan hanya menggunakan gerak mata?. Sekali dengar mungkin korang anggap ini semua sekadar fantasi fiksi sains tapi percayalah ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sebuah sistem yang baru dibangunkan dan dinamakan Tobii akan membenarkan pengguna komputer menavigasi, scroll, zoom dan memilih item (select) hanya dengan menggunakan isyarat gerak anak mata saja. SINI

2. Gesture Control

Semenjak kemunculan Eye Toy keluaran Sony untuk Playstation 2 yang berasaskan webcam hampir sedekad lalu. Ramai penggiat teknologi menyedari akan potensi sebenar yang bakal diperolehi dari kuasa kawalan isyarat tangan terhadap dunia perkomputeran. Kesinambungan ini diteruskan kepada Playstation Eye untuk Playstation 3 dan Kinect oleh pencabar terdekatnya X-Box 360. Tidak lama lagi teknologi ini bukan lagi terhad dalam dunia permainan video saja. Malahan, ia akan turut diperkenalkan kepada komputer biasa korang. Selain Sony dan Microsoft yang memasarkan teknologi ini untuk sistem konsol permainan video mereka. Syarikat lain juga turut serta dalam mengeksperimentasi kelebihan 'gesture recognition' ini. XTR3D bakal menawarkan sistem kawalan isyarat tangan cross-platform untuk para penggguna. SINI

3. Advanced Touchscreen Control


Meskipun sentuhan merupakan satu kaedah input yang intuitif, namun begitu teknologi touchscreen tidak mampu menawarkan kawalan mudah yang sama seperti komputer tradisional. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh kesukaran untuk membuka tab baru  apabila melayari laman web menggunakan iPad, tablet Android dan smartphone bernavigasikan touchscreen. Masalah yang sama juga turut berlaku iaitu kesukaran meng-copy-paste sesuatu perkataan ketika menaip kerana ketiadaan right mouse button seperti tetikus dan touchpad. Oleh kerana dunia perkomputeran arus perdana semakin cenderung kepada kawalan berasaskan touchscreen, Ringbow sejenis peranti menggunakan teknologi tanpa wayar yang dipakai seakan cincin dijari akan membantu sekaligus memudahkan lagi para pengguna peranti touchscreen untuk menangani permasalahan 'ketiadaan butang kanan' ini. SINI

4. Wearable Input Device

Keyglove adalah merupakan sejenis 'tetikus' yang dipakai seakan-akan sarung tangan menggunakan teknologi tanpa wayar dan sebuah peranti bercirikan sumber terbuka (open source) yang menawarkan lebih kemudahan dan fleksibiliti tak terhingga kepada para pengguna untuk semua jenis aplikasi komputer. SINI

5. Speech Control


Akhir sekali, kita lihat pula kaedah penting semulajadi bagi manusia untuk berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya menggunakan pancaindera paling utama untuk berkomunikasi yakni suara kita. Pada masa kini, kaedah pengecaman suara semakin mendapat tempat di arus perdana teknologi perkomputeran. Sistem pembantu iPhone 'Siri', Microsoft Kinect dan juga ruang laman pencarian Google akan membuatkan kaedah 'bercakap dengan komputer menjadi semudah menekan butang pada tetikus.

Sumber MASHABLE





No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget