Wednesday, March 21, 2012

Wujudkah Tasik Air Bateri?



Tahukah anda bahawa di Jawa Timur, Indonesia terdapat sebuah tasik dimana kadar pH airnya adalah bersamaan dengan asid air bateri kereta!. Tasik ini terletak di atas kawah gunung berapi ini merupakan tasik sulfurik asid terbesar di dunia dan kedudukannya juga menjadi punca mengapa tasik ini memiliki kadar pH sedemikian. Sukatan kadar yang dicatatkan adalah sebanyak 0.5!. Jadi sekiranya anda meletakkan sebarang bahan yang diperbuat dari aluminium ke dalam tasik ini, ianya akan menggelegak sambil membuih dan mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk meleburkannya sehingga menjadi senipis tisu. Perhatikan gambar di bawah bagaimana tin aluminium ini dileraikan.




Walaupun keadaan di sana agak membahayakan orang ramai, terdapat juga beberapa orang yang datang di sana untuk mencari sesuap nasi. Ini kerana kawah gunung berapi berkenaan adalah sebuah lombong sulfur (belerang) dimana para pelombong mengaut sebanyak mungkin belerang asli daripada lantai kawah gunung berapi berkenaan.



Seorang pelombong mampu memperoleh pendapatan kasar sebanyak US$10 bersamaan Rp 91,960 sehari untuk bekerja di suasana yang agak membahayakan itu. Asap tebal sulfur dioksida menyelebungi kawasan tersebut dan lombong berkenaan diklasifikasikan sebagai salah satu lombong paling merbahaya di dunia.




Sumber : Stormchaser


Shacklesmith : Takde kerja melombong yang tak membahayakan, boleh dikatakan semuanya ekstrim belaka.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget