Sunday, March 18, 2012

Surat Terbuka Untuk Bank Rakyat



KELUHAN DARI PEMEGANG SAHAM

Assalamualaikum, 
Saya sungguh kecewa dengan dengan pentadbiran Bank Rakyat mengenai saham yang telah kami laburkan.

Biasanya dividen diberi kepada para pemegang saham setiap 12 bulan sekali tetapi Bank Rakyat Rakyat memberinya setiap 14 bulan sekali. Itu tidak menjadi masalah kerana ianya masih tetap diberikan diawal tahun. Kemusykilan timbul apabila sehingga lewat bulan Mac kami tidak mendapat apa-apa khabar berita mengenainya. Ada yang pergi mengemaskini buku akaun dan mendapati ianya masih kosong dan tiada satu sen pun wang masuk. Apabila ditanya biasanya tahun-tahun terdahulu wang sudah masuk, jawapan dari staff 'kali ini luar biasa'. Mereka sendiri tiada jawapan sebenar mengenai permasalahan ini.

Bayangkan kebanyakan kami telah melabur selama bertahun-tahun dan menambahkan pelaburan dengan mengorbanka sejumlah wang dengan harapan mendapat pulangan lebih dari ASB dan pelaburan lain. Kami mengharapkan apabila mendapat balik dividen nanti dapatlah membayar cukai pintu, tanah dan keperluan lain. Kami tidaklah mengharapkan seperti pelaburan ASB apabila cukup tahun kami sudah boleh mengemaskinikan buku akaun. Tetapi memandangkan dividen Bank Rakyat lebih meyakinkan iaitu sebanyak 15% berbanding ASB yang hanya sebanyak 9% sahaja. Kami tidak kisahlah walau dibayar 2 bulan lebih lewat. Kini kami merasakan seperti 'mendengar guruh di langit, air ditempayan kami curahkan'.

Pertimbangkanlah keluhan dari kami yang kebanyakannya, orang-orang yang telah bersara. Sekian Terima Kasih.

Shacklesmith : Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, surat terbuka ini ditulis oleh ibu saya sendiri selaku pemegang saham yang masih menunggu dividen saham Bank Rakyat. Oleh itu, saya sebagai seorang anak diberikan tanggungjawab untuk menyebarkan surat terbuka ini kepada umum sehingga sampai ke bahagian pentadbiran Bank Rakyat dan kerajaan Malaysia sendiri agar ianya dapat dinilai dan diberi perhatian dengan sewajarnya agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin!. Justeru, saya mohon kepada rakyat Malaysia agar memberikan perhatian sewajarnya terhadap masalah begini kerana Bank Rakyat merupakan sebuah GLC yang bernaung di bawah kerajaan. Jadi sebarang bentuk kelemahan pentadbiran akan dipertanggungkan sewenang-wenangnya pada kerajaan. Oleh itu, saya sangat berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum ianya dieksploitasi kelak oleh pihak lain.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget