Tuesday, March 27, 2012

Fahrin Ahmad Dimalukan Owen Wilson? WTF! Apa Pandangan Aku??



Buat pembaca setia Kerambit Assassin's sekalian, Shacklesmith menyusun 10 jari memohon maaf atas kelewatan untuk mengemaskini kandungan blog ini yang sudah lama tidak diperbarui atas kesibukan aku dengan hal-hal peribadi. Sepatutnya aku boleh mengemaskini blog ini pada hari minggu lalu ketika bercuti di Kuala Kangsar akan tetapi malangnya pulak laptop aku tertinggal di Kuala Lumpur gara-gara sebab nak kurangkan beban punya pasal. Alahai, lebih memeningkan Blackberry aku pulak buat hal tak dapat nak sambung dengan Streamyx kampung akak ipar aku tuh. Aisehman!. Tanpa melengahkan masa jom usha entry terbaru aku. 



Pada pagi Khamis lalu aku sempat meluangkan masa menonton (aku bukan selalu tengok TV pun beb) filem komedi barat berjudul 'Little Fockers' yang ditayangkan di channel HBO. Filem ni merupakan kesinambungan dari filem 'Meet the Parent' dan 'Meet the Fockers' menampilkan gandingan lakonan mantap dan bersahaja nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti Ben Stiller, Robert De Niro dan Dustin Hoffman dimana aksi dan keletah mereka pasti tidak akan membuatkan korang kering gusi melihatnya. Selain mereka bertiga, turut menjayakan filem ini adalah seniwati terkemuka barat Barbra Streisand dan Owen Wilson. Bagi aku okaylah filem ni walaupun tak sebaik prequelnya dulu.


Kalau nak diikutkan, tak apa yang istimewa langsung pun apabila menonton filem tu sebab bukannya aku tengok kat wayang tambahan pulak aku ni DVD pun jarang pasang. Selalunya aku bukak laptop dengan niat nak tengok DVD tapi last-last tersasar melayan Facebook jugak beb. Cuma yang membuatkan ianya sedikit istimewa adalah kebetulan kedatangan pelakon hebat dari Hollywood iaitu Owen Wilson sendiri ke Malaysia pada Khamis lalu kebetulan pada hari yang sama aku menonton filem lakonannyai tu. Dihangatkan pulak dengan kontroversi beliau menolak mentah-mentah pelawaan untuk bergambar bersama pelakon tempatan, Fahrin Ahmad seperti yang kita semua sedia maklum sejak lewat minggu lalu di sebuah majlis gala F1 bertempat di KLCC pada Khamis malam Jumaat (yang menghairankan dengan Marion Counter boleh pulak?).


Aku bukan nak kata apa beb, kesian jugaklah dengan brader Fahrin ni tak pasal pelawaan dia kena tolak mentah-mentah dengan superstar Hollywood. Kalau aku tahu nak jugak aku pergi malam tu beb, ingin sekali aku nak face to face dengan aktor Hollywood ternama tu sungguhpun niat nak bergambar bersama jauh sekali lagi. So, kenapa aku tak ingin bergambar dengan beliau?. Ingin tahu biar aku perjelaskan kepada korang apa pandangan aku terhadap Owen Wilson.


First of all, he wasn't my most favorite'd Hollywood actors compared to big names with the likes of other frat packs which includes Ben Stiller, Jack Black, Vince Voughn and Will Ferrell. Oleh itu, tiada sebab untuk aku menyesal jika tidak dapat bergambar dengannya sungguhpun aku sangat menggemari filem lakonannya seperti Starsky & Hutch, Wedding Crasher dan You, Me & Dupree. Jika dibandingkan dengan Owen Wilson, aku lebih favor nama-nama lain seperti frat pack yang sebutkan tadi. Kalau dia tolak pelawaan kita nak bergambar pun apa nak dihairankan sangat beb dengan artis Hollywood nie, depa kalau berlakon satu filem pun dapat gaji sampai berjuta-juta USD$ boleh pahamlah kenapa dia buat lagu tu sedangkan artis kita yang berlakon dua tiga filem setakat bayar gaji beribu-ribu jer pun boleh berlagak kekwat!. Lu pikirlah sendiri bai!




Aku bukan apa beb, lagipun aku dah banyak sangat dengar komplen peminat terhadap artis tempatan kesayangan mereka semua. Setakat tak balas tweet dengan approve friend request facebook tu aku boleh paham lagi sebab mungkin atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh terlalu banyak tweets yang masuk dan Facebook penuh tapi kalau menolak pelawaan bergambar mentah-mentah tu memang sial la weh. Sedarlah sikit artis tempatan semua, korang nothinglah nak dibandingkan dengan superstar Hollywood, Bollywood dan Hong Kong tu yang super-duper glamor lip-lap lip-lap disinari cahaya flashes. Kat Malaysia ni kalau Astro, Media Prima dan mana-mana media bangkrap jangan haraplah korang dapat publisiti lagi. Kalau Utusan Malaysia dan NSTP turut bungkus sama dimana muka korang nak keluar lagi?. Nak harapkan Meloyabikini dengan Melalai Outsider pulak yang tolong promosikan korang?. Haha, jangan nak mimpilah jika tak sertakan sekali campurtangan politik beb!. Sedarlah wahai artis tempatan sekalian, tiadanya peminat maka korang tak kemana beb.


Shacklesmith : Segala yang keluar di artikel ini adalah pandangan peribadi yang aku tujukan khas kepada para peminat fanatik artis-artis tempatan kita yang selalunya dengan muka tak malu mintak bergambar dengan artis pujaan mereka tapi last-last kena reject mentah-mentah. Turut tak dilupakan tembakan dua das kepada para artis tempatan yang menyombong tak tentu pasal bila nama dah naik bukan setakat dengan peminat sendiri, kawan satu sekolah dulu pun tak pandang!


Dengar cerita Anugerah Bintang Popular dah dekat, ramai muka-muka baru tercalon walaupun aku cukup sedih sikitlah sebab dua orang 'awek 1990' tidak berjaya dicalonkan dalam anugerah walaupun lakonan mereka berdua agak baik dan diterima peminat.


Agak-agak artis-artis yang menang nanti kerana apa ya? adakah kerana bakat dan kontroversi? Hehehe, 


Walahualam

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget