Tuesday, March 6, 2012

Hanya Mereka Saja Yang Mabuk Daratan



Pernahkah korang mendengar nama suku Bajau?, bagi para penduduk negeri di bawah bayu iaitu Sabah suku ini bukanlah suatu nama yang asing buat mereka kerana suku Bajau diiktiraf sebagai salah satu asli di negeri yang indah dan aman damai berkenaan serta mempunyai sejarah tersendiri dalam perkembangan negeri bertempatnya gunung Kinabalu berkenali. Bahkan aku sendiri juga mempunyai rakan berketurunan Bajau dari Kudat dan Sepanggar yang turut sama menuntut di kolej aku. Selain terdapat di Sabah, suku ini juga turut bertebaran di pulau-pulau sekitar selatan Filipina dan utara pulau Sulawesi, Indonesia.


Untuk pengetahuan korang, di Sabah suku Bajau terbahagi kepada dua dimana terdapat perbezaan ketara dari segi loghat di antara suku Bajau yang tinggal di pantai timur dan pantai barat Sabah. Malahan, di kawasan pantai barat Sabah sendiri terdapat dua sub-etnik suku Bajau antaranya Sama Kota Belud yang terkenal dengan penternakan kuda mereka dan suku Bajau Laut yang tinggal di perkampungan air dan ada jugak yang menjadikan sampan sebagai tempat mereka berteduh. Suku Bajau Laut ini jugak turut dikenali sebagai 'sea gypsies' kerana kehidupan mereka yang sering berpindah-randah di kerana berumah di atas sampan.


Menurut hasil kajian dari para penyelidik barat. Anak-anak suku Bajau Laut memiliki daya penglihatan tajam yang menakjubkan ketika berada di dalam air, ini kerana kelopak mata mereka mampu mengadaptasi keadaan sekeliling. Mereka jugak mampu berenang sedalam 20 meter dan turut mampu menahan nafas dalam jangka masa yang agak lama. Disebabkan pemakanan mereka sendiri berasaskan makanan laut, maka tidak menghairankan kebolehan sebegini amat diperlukan sama sekali.


Sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama korang mengenai mereka adalah suku Bajau Laut ini adalah satu-satunya suku yang mengalami simptom mabuk daratan apabila tinggal terlalu di lama di atas darat. Amat ganjil bukan?. 


Sumber : BBC


Shacklesmith : Aku sendiri pun tak pernah kena mabuk laut, almaklumlah aku ni jarang turun ke laut punya orang. Kalau boleh nak jugak merasa, sebab nak tahu apa bezanya dengan muntah biasa.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget