Wednesday, April 25, 2012

Demo Anti-PTPTN, Apa Pendapat Aku? BHG 3 (Ultimatum)



Sudah hampir lebih seminggu aku menyentuh isu demonstrasi jalanan oleh golongan mahasiswa sewel yang mahu menuntut penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma. Demonstrasi jalanan haram ini dijadualkan akan berlangsung sehingga 28 April ini sempena satu lagi perhimpunan haram iaitu BERSIH 3.0. Akan tetapi, atas menghormati konsert kebudayaan Diraja yang bakal dihadili oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Difahamkan, Adam Adli selaku ketua demonstrasi ini telahpun 'menutup kedai' lebih awal lagi iaitu sejak Jumaat lalu. Alhamdullillah, ringat sudah kerja DBKL. Sebelum tu korang baca dulu BY LAW DI DATARAN MERDEKA yang sudah berkuatkuasa sejak lebih 10 tahun dulu lagi. Aku dapat dari sahabat blogger merangkap mentor kepada aku sendiri. So, sesiapa yang berhajat nak buat perhimpunan haram beragak-agaklah dulu.





By-Law 4. OffencesNo person shall, unless approved by the Commissioner in writing, in the Dataran Merdeka- (a) eat any food, drink or smoke any cigarette, cigar or any tobacco; (b) cut, remove, damage, pluck any leaf, branch, flower or seed of any plant or tree; (c) cut, uproot, dig, remove or damage any plant, tree or grass; (d) excavate or remove any earth; (e) climb any tree or structure; (f) dirty, deface, make alteration to, displace or damage any structure; (g) nail, tie, bind, chain, draw, scribble, paint, spray, mark, affix, inscribe, display, place or hang anything on any tree, plant or structure; (h) walk over, step or stand on any planting bed or shrubbery; (i) enter or climb the hundred metre flag pole; (j) ride, drive, pull or push any vehicle whether mechanically propelled or otherwise or slide with a skate; (k) contaminate or pollute the water in any fountain; (l) deface or remove any notice displayed by the Commissioner; (m) spit, urine or defecate; (n) displace, make any alteration to, remove, deface or tamper with anything displayed, exhibit, affixed, hung, placed, constructed or set up by the Commissioner; (o) erect any tent, booth, shed or other structure;(p) drop, throw, deposit, place or leave anything whatsoever; (q) kindle any fire or any fireworks or crackers; (r) lie down or sleep in any part of Dataran Merdeka; or (s) allow any animal which is under his control to enter or remain in any part of Dataran Merdeka.


By-Law 6. No entry at certain hoursNo person shall remain in the Dataran Merdeka between 1 a.m. and 6 a.m.

By-Law 8. Prohibition against holding assembly, etc. without permit.No person shall unless exempted, hold any public address, demonstration, assembly, meeting, gathering or any other activity in the Dataran Merdeka without a permit from the Commissioner.

By-Law 10. Application for permit. (1) An application for a permit to hold any public address, demonstration, assembly, meeting, gathering or any other activity shall be made in writing to the Commissioner in such form as may be determined by the Commissioner. (2) Where the application is approved, the Commissioner shall, on payment of a sum as deposit as he may determine, issue to the applicant a permit. (3) The permit holder shall comply with the conditions attached to the permit.

By-Law 14. Power to order out of Dataran Merdeka. Any person who contravenes any of the provisions of these By-laws may be ordered out of the Dataran Merdeka by the Commissioner.

By-Law 15. PenaltyAny person who contravenes any of the provisions of these By-laws shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or a term of imprisonment not exceeding one year or to both.
Alright, understood?. Okay kali aku nak bubuh cukup-cukup pasal PTPTN. Jujur, untuk aku bagitau pada korang. AKU PUN PEMINJAM PTPTN JUGAK. Oleh itu, takde andaian aku cuba memutarbelit kononnya aku rela berhutang dan membayar cash pinjam ni. Bagi aku, mungkin PTPTN sendiri mempunyai kekhilafan dari segi sistem dan pentadbiran. Tapi tidak bermakna aku nak ianya dimansuhkan 100% kerana ia satu cadangan yang kurang relevan. Sebaliknya, aku kelemahannya diperbaiki agar para peminjam tidak lagi dibebani kerenah birokrasi yang membebankan serta merumitkan ini.


Cakap tu senang, nak free education konon. Kalau dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah tu tak mengapa sebab aku pun sokong, ibubapa cuma hanya perlu peruntukkan untuk peralatan dengan buku teks jer. Namun, untuk tertiary education seperti pengajian lanjutan itu harus diperhalusi dengan lebih mendalam lagi kerana kos untuk setiap jenis pengajian adalah berbeza mengikut kursus yang disediakan oleh IPT-IPT terlibat. PERLU DIINGATKAN BAHAWA YANG MEMINJAM BUKAN SEMUA PELAJAR IPTA, TAPI JUGAK IPTS. Sekali lagi aku hendak ingatkan modus operandi institusi pengajian tinggi milik swasta adalah berasaskan KEUNTUNGAN. Jadi adakah kerajaan jugak perlu menanggung 100% institusi milik swasta ini yang kita sedia maklum MEMANG CEKIK DARAH $$$ PARA PELAJAR.


Jika benarlah kerajaan jugak perlu menanggung sama IPTS PENCEKIK DARAH dengan cukai yang dibayar oleh rakyat dan GLC. Oleh itu, terpaksalah IPTS ini diconvertkan kepada syarikat bertaraf GLC supaya segala urusan penanggungan yuran ini dipermudahkan sama sekali. Maka tidak hairanlah nanti sekiranya berlaku situasi IPTS ini mengalami kerugian maksima berjuta-juta ringgit gara-gara hasil pendapatan kurang. Kerajaan pusat melalui kementerian kewangan terpaksa mem-'bail them out'-kan mereka sebagaimana juga yang turut dilakukan terhadap Malaysia Airline System dan Proton.  Cuba kalau satu IPTS tak mengapa, bagaimana pulak jika 10 IPTS menanggung kerugian sekaligus!.


Mari kita mulakan dengan sejarah asal PTPTN dan kaji semula kelemahan yang patut diperbaiki. Kredit bekas pemimpin berkenaan kerana berkesempatan mengutarakan pendapat mengenai PTPTN ini.


1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri. 

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini. 

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). 

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang. 

19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya. 

20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang. 

21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman. 

22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat. 

24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
http:SUMBER


Dan sekali lagi aku nak petik sumber dari luar siapa pula yang mencekik darah para peminjam dengan begitu kejam sekali iaitu menggunakan TINDAKAN SAMAN MAHKAMAH kepada para peminjam yang gagal melunaskan hutang pinjama mereka!.


"Untuk makluman pembaca, salah seorang daripada parasit Anwar (sebelum ini) adalah Zaid Ibrahim. Selain daripada dilantik menjadi Menteri ketika zaman Pak Lah, Zaid juga melalui firma guamannya Zaid Ibrahim & Co ("ZICO") telah mendapat kontrak jutaan ringgit untuk mewakili PTPTN. Antara tugas firma Zaid adalah menyaman para pelajar yang gagal melunaskan hutang. Dan firma ini juga antara sebab kenapa peminjam PTPTN marah kepada Kerajaan kerana perkhidmatan mereka yang kurang mesra peminjam."


Zaman siapa jadi PM law firm beliau mendapat kontrak mencekik darah ini?

Orang tua ni pun berhutang jugak. Lagi dahsyat hutangnya RM218 juta tak bayar-bayar lagi!.

Siapa beliau sebenarnya, dan dimana kiblat perjuangan penyamun dan pencekik darah peminjam ini..?

Say cheese! Senyum selepas mencekik darah para peminjam.  (Tok Guru Nik Aziz takde kena-mengena, sekadar enter frame jer. Haha)

Shacklesmith : I'l rest my case. Fikir-fikirkanlah

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget